BREAKING NEWS

Muammar Gaddafi terbunuh didalam pertempuran dengan tentera NTC dan NATO


Satu laporan berita dari Al Jazeera menyebut Muammar Gaddafi telah terbunuh, beliau cedera di kedua-dua kakinya,

Punca kematian Gaddafi akibat daripada kakinya yang cedera parah selepas diserang bertubi-tubi oleh tentera pealihan kerajaan (NTC) dengan bantuan tentera NATO yang berjaya menawan kubu terakhir Gaddafi di bandar kelahirannya, Sirte.

Jurucakap NTC, Jamal abu-Shaalah yang juga komander operasi menangkap Gaddafi berkata, semasa ditawan, Gaddafi merayu supaya tidak ditembak kerana kedua-dua kakinya cedera teruk semasa pertempuran.

Satu lagi laporan menyebut bahawa Gaddafi bersembunyi di dalam lubang bawah tanah setelah cuba melarikan diri menggunakan lebuh raya menuju ke sempadan Tunisia.

Jurucakap NTC yang berada di Sirte, Abdel Majid berkata Gaddafi dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah ambulans.

Majed juga menyebut semasa pertempuran tersebut, ketua turus tentera Gaddafi, Abu Bakr Younus Jabr terbunuh berhampiran dengan tempat di mana Gaddafi ditawan.

Agensi berita Reuters turut mengesahkan bahawa Gaddafi terbunuh, sebentar tadi.

TERKINI !!! MalaysianInsider pula KANTOI menipu...



Diberitakan Malaysia insider haprak melaporkan DISINI..

Beberapa wakil rakyat yang ditemui melahirkan pendirian menjauhkan diri mereka daripada tindakan itu ketika kemarahan rakyat makin meningkat ekoran dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya anak ketua menteri Pulau Pinang telah mengganggu seorang pelajar perempuan dari kelasnya dan melepaskan diri daripada hukuman menggunakan nama Lim.

Sementara beberapa ahli Parlimen dari BN memberitahu The Malaysian Insider bahawa dakwaan itu hanya satu pandangan peribadi ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri, yang lain pula, sambil enggan nama mereka dipetik mengakui turut marah dengan perbuatan mengaibkan pelajar berusia 16 tahun.

“Polis harus menyiasat dakwaan ini memandangkan ia melibatkan soal rasuah tokoh masyarakat. Tetapi jika tidak benar, maka polis harus mengambil tindakan terhadap pemblog-pemblog terbabit. Parti juga perlu mengambil tindakan ke atas Dr Novandri,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Umno seperti Datuk Mohamad Aziz berkata, Lim seharusnya menyaman pemblog-pemblog terbabit jika dakwaan mereka tidak benar.

“Umno tidak terlibat, selesaikan dengan pemblog-pemblog terbabit,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata, “ini bukan pendirian parti, Dr Novandri tidak mewakili Umno kerana beliau bukan merupakan pemimpin kanan.”


Sementara itu...., pagi ini ketika ditemui di Dewan Rakyat..

Hakikatnya YB Dato Bung Mokhtar Kinabatangan dan YB Datuk Mohamad Aziz Sri Gading berkata bahawa kenyataan mereka telah ditokok tambah dan Malaysiainsider salah dalam mengambil fakta kenyataan mereka.

Menurut Bung beliau bersetuju bahawa siapa jua yang membuat fitnah harus diambil tindakan, tidak kira siapa. Tapi beliau tidak pula melahirkan perasaan marah kepada blog terbabit.

Pihak Malaysiainsider perlu menamakan ahli parlimen BN mana yang marah kepada blog tersebut dan jangan hanya membuat kenyataan secara rambang.

Datuk Mohamad Aziz pula menafikan bahawa beliau meminta Guan Eng untuk menyaman blogger terbabit, apa yang beliau sebutkan semalam ialah isu ini tiada kena mengena dengan UMNO dan Lim perlulah menyelesaikannya dengan pihak blogger terbabit.

Beliau sependapat dengan Dato Bung bahawa mereka sebenarnya tidak pasti akan kebenaran cerita berkenaan namun mengakui bahawa blog juga berperanan besar dalam membawa halatuju pemikiran rakyat.

Datuk Mohamad juga menambah, beliau secara peribadi merasakan jika benar apa yang didakwa oleh blog berkenaan maka guan eng sebenarnya terkena tulah dari sikap biadap beliau kepada Sultan dan Rakyat Johor, beliau melahirkan rasa pelik kenapa Malaysiainsider tidak pulak memuatkan laporan peribadi beliau ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Nerus gagal dihubungi.

Malaysiainsider cuba untuk melagakan pemimpin UMNO dengan blogers, kenyataan mereka diputar belit malah menipu bahawa Ahli Parlimen marah kepada pihak bloggers dan simpati kepada guan eng..



Hasil pembongkaran oleh blogger Putra Merdeka..

Bob Lokman mengaku dipergunakan oleh PAS.


"Apa salahnya saya menjadi alat kepada Islam yang merupakan the way of life?" tanya bekas selebriti terkenal, Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman.

Bob ketika ditemui di majlis ceramah anjuran PAS di Taman Melewar malam tadi berkata, tidak timbul soal beliau dipergunakan PAS dan diheret ke setiap ceramah parti itu.

Namun tegasnya, apa yang dilakukan kini adalah atas kerelaan dirinya sendiri yang berazam untuk terus berjuang di lapangan dakwah bersama PAS.

"Soal dipergunakan ini, kita kena tau apa ini dunia. Dunia ini satu lapangan. Lapangan perlukan alat untuk membuka pintu akhirat dan agama alat menuju akhirat.

"Jadi orang kena fahamlah apa itu the way of life. Kalau orang tak boleh faham the way of life, maka dia menyembah dunia.

"Kita menyembah Allah, Islam itu Allah beri kepada kita untuk bagaimana kita nak guna. Bagaimana nak pakai umur, nak pakai harta kita, Islam itulah caranya...dan saya tak salah diperalat Islam untuk buka pintu akhirat," jelasnya panjang lebar.

Selepas menyerahkan borang keahlian PAS Februari lalu, Bob terus aktif menyertai program PAS, kebanyakannya diundang menyampaikan tazkirah dan sesi perkongsian pengalaman bergelumang dalam dunia artis.

Pada 10 Oktober lalu, Bob ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengikut seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.

Ketawa apabila dituduh "degil" dan "tidak sopan" kerana nekad untuk tidak akan hadir ke pejabat Jais, beliau tetap dengan pendirian bahawa Jais bertindak atas arahan Umno.

"Sopan ini termasuk dalam bab akhlak. Akhlak ni kalau bab bersopan mesti dalam keadaan tertentu. Dalam kes (tangkapan Jais) ini, kita nampak Jais buat kerja kerana Umno.

"Jadi kalau saya duduk dalam PAS orang yang panggil saya itu orang Umno saya tak datanglah.

"Kalau dia bersifat neutral saya akan datang. Tapi ada kenyataan Jais menghina bahawa ahli PAS 85 peratus tak boleh baca Quran maka saya tau pendirian dia...maka saya pun kena nyatakan pendirian saya.

"Jadi kita kena tahu pendirian dan orang yang berjuang kena tahu prinsip," katanya bersahaja namun dalam nada tegas.

Sambil mengakui kehidupan sekarang lebih bermakna berbanding ketika menjadi artis dahulu, beliau berkata apa yang dituturkan ini hanya untuk Islam.

"Hari ini pun macam dulu jugak banyak bercakap tapi sekarang cakap ada maknalah. Dari hati, cakap untuk mati," katanya.

Tambahnya, kehidupannya sekarang lebih kepada menguatkan jiwa untuk perjuangan Islam.

"Ini perjuangan yang menggunakan zahir dengan apa cara sekalipun tapi tujuannya ialah memperkukuhkan roh.

"Kalau dulu berlakon cari duit nak makan je. Sekarang bukan berlakon tapi cakap betul...tapi bukan cari duit nak makan. Kadang-kadang bukan dapat duit pun, bukan orang bayar pun," katanya berseloroh.

Hasan Ali jadi WAKIL PAS di program Himpunan Sejuta Umat.


Penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan pada 22 Oktober ini di Stadium Shah Alam mengesahkan bahawa sebahagian pemimpin PAS Selangor akan menyertai perhimpunan itu.

Jurucakap Gabungan Cegah Murtad (GCM) Hamidzun Khairuddin, penganjur perhimpunan tersebut, berkata, mereka adalah pemimpin PAS yang dipinggirkan oleh parti. Ini termasuk NGO-NGO yang ada kaitan dengan PAS telah menyatakan komitmen untuk hadir.

Kenyataan itu bertentangan dengan mesyuarat PAS malam tadi yang membuat keputusan untuk tidak menyertai program tersebut.

Himpunan yang akan bermula jam 2 petang hari Sabtu ini dianjurkan bertujuan untuk mempertahankan akidah dari serangan gejala- gejala yang tidak diingini di samping memperaga penyatuan dan kekuatan umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, Hamidzun menjelaskan pihaknya tidak menjemput parti politik menghadiri program tersebut tetapi mereka boleh datang atas kapasiti peribadi.

Malam tadi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan PAS tidak menyertai perhimpunan itu atas alasan “PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam Himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.”

Difahamkan kumpulan pemimpin PAS yang akan menghadiri Himpunan tersebut merupakan kumpulan penyokong bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali. Beliau tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan GCM tersebut.

Hamidzun turut mengecam keputusan PAS untuk tidak menghadiri perhimpunan tersebut dengan menyifatkan sebagai ‘hipokrit tertinggi’.

Katanya, sehingga ini Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan beberapa NGO Islam lain menyatakan persetujuan untuk hadir. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga akan hadir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum dilapurkan mempertahankan tujuan perhimpunan itu diadakan.

“Untuk pertahankan Islam demi penyatuan umat,” kata bekas mejar tentera itu.

Video Anwar jual pasembor sambil menyanyi..


Korang pernah dengar Anwar nyanyi tak? Fuhhh..., menggegarkan jantung beb kalau dengar.. Berdiri tegak habis semua bulu dibadan gua akibat penangan suara Anwar...

Orang ramai nak ambik pasemboq tu pun naik takut bila dengar Anwar nyanyi... Dalam hati dorang mesti kata.." dah mental apa orang tua sekor nih"...

Memang betul lah dia ni manusia anugerah Tuhan... Semua dia boleh...

Video 2 budak pompuan berebut jantan... Berebut anak VVIP kot?


Mangkuk hayun betul la anak-anak dara zaman sekarang ni.. Dah tak ada kerja lain gamaknya sampaikan gaduh berebutkan jantan..

Kat tempat awam pulak tu.. Memang confirm dah hilang "kemaluan" bebudak pompuan ni..

Macam lah dah tak cukup bebudak jantan di Malaysia sampaikan dorang sanggup berkungfu macam tu.. Lagipun.., apa kejadahnya berebutkan Mat Rempit yang duit belanja sekolah pun still mak bapak tanggung?

Ishhh..., memang memalukan... Kalau berebut anak VVIP tu lain lah ceritanya.. Kalau kena ramas pun still dibayar RM 200K.. Duniaaa..., duniaaa....

Lim Guan Eng kata Sekolah CINA Penang sarang penagih DADAH !!!


Akhbar Guan Ming Daily pada halaman A10 melontarkan kenyataan Lim Guan Eng ekoran dakwaan anaknya meraba pelajar perempuan Sekolah Cina Heng Ee. Menurut laporan akhbar terbabit, Lim Guan Eng menyifatkan dakwaan tersebut adalah fitnah dari pemimpin UMNO yang tidak senang dengan kepimpinannya.

Lim Guan Eng menjelaskan bahawa anaknya dipindahkan ke Sekolah St Xavier’s Institution kerana bimbang terjebak dengan gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar. Alasan itu tidak munasabah kerana bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkannya kepada bloggers dan media sebelum ini bahawa anaknya dipindahkan kerana masalah displin.

Manakala kenyataan media lain menyebut beliau pindahkan anaknya kerana kerana mahu berambut panjang. Apakah motif sebenar pertukaran sekolah anaknya? Alasan demi alasan dikeluarkan untuk menutup pekung di dada. Akhirnya sedikit sebanyak ianya akan merungkai kebenaran yang sebenar.

Agak mencurigakan lagi, Lim Guan Eng menyifatkan kegiatan tidak bermoral ( meraba buah dada pelajar perempuan ) itu tidak bersangkut paut dengan anaknya kerana anaknya seorang yang baik dan pelajar harapan di Sekolah. Rentetan tragedi anaknya meraba pelajar perempuan, anaknya mengalami masalah kesihatan darah rendah dan terpaksa cuti sakit selama 2 hari.

Jika benar anaknya tidak terlibat, Lim Guan Eng perlu yakin dan rasional perjelas situasi tersebut dengan alasan munasabah. Selain tidak masuk akal langsung dengan alasan yang diberikan, beliau tergamak tuduh UMNO dalang untuk menjatuhkan mentalitinya sebagai seorang pemimpin.

Lim Guan Eng tidak perlu tuding jari kepada UMNO, tuduh UMNO sengaja mencari masalah untuk mencemar maruahnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Sebaliknya olah jawapan yang baik kepada rakyat untuk tutup sifat kepura-puraan yang semakin menyerlah selama ini.

Tidak soal isu cemburu di kalangan parti UMNO dan DAP, sebaliknya rakyat mahu Lim Guan Eng perjelas tujuan sebenar anaknya dipindahkan sekolah. Hairan juga beliau bertindak melulu ke atas anaknya sedangkan pelajar akan menghadapi peperiksaan dan cuti semester tidak lama lagi. Tiada keperluan yang penting dilihat melainkan ada agenda tersembunyi.

Sumber DISINI..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online