BREAKING NEWS

JAIS tak laksanakan syiar Islam dengan betul - Bob Lokman.


Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman memberitahu bahawa beliau tidak akan pergi ke pejabat Jais atas alasan agensi agama itu tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan, tetapi lebih memihak kepad dasar pemerintahan Umno-BN.

“Kalau nak tangkap saya, tangkaplah, nak heret sekalipun, tapi saya tak kan pergi menyerah kepada mereka,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Laporan media hari ini menyebut Jais akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadapnya seandainya enggan hadir memberi keterangan kepada agensi itu.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata, selebriti yang berusia 47 tahun itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya.

“Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian.

“Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap,” katanya.

Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut “mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.” Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor.”

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Bob Lokman menambah, dengan pergi ke pejabat Jais, perjuangan agama yang dipegangnya selama ini seakan hancur kerana jabatan itu sendiri tidak melaksanakan syiar Islam dengan telus.

“Ini soal akidah, prinsip dan kepercayaan, saya yakin dengan perjuangan saya, Bilal Bin Rabbah sendiri menerima tentangan hebat waktu diseksa kerana Islam,” kata beliau.

Beliau ditahan Jais selepas menceritakan pengalamannya menerima hidayah Islam di Hulu Langat awal minggu ini.

“Saya yakin kepada agama, kepada al-Quran, sekiranya saya tidak menentang, mereka tidak akan tahu wujudnya ketidakadilan dalam pentadbiran mereka, sekiranya orang PAS sendiri tidak tidak bersetuju, tak apa... saya yakin dengan kepercayaan saya,” tegasnya.

Menurut Bob Lokman lagi, dia yakin penguasa Jais dan kadi yang menahannya pada malam itu datang sebagai ‘wakil’ Umno, yang cuba menghalang usaha dakwah dilakukannya demi kepentingan politik.

“Saya bukan nak masuk politik, (atau) jadi wakil rakyat, saya nak bantu orang-orang Islam negara kita ini, mengaku kenal Allah, kenal Islam, tapi sebenarnya Islam pada nama, pada Melayu sahaja,” katanya lagi.

“Mungkin ada pihak yang kurang senang dengan kehadiran saya di sana kerana menganggap saya menggugat mereka, tapi saya hanya bercerita soal akidah, berdakwah di jalan Allah, saya juga menolak sikap kadi Hulu Langat yang tidak profesional, yang lebih pentingkan diri daripada membantu mengembalikan akidah dan iman umat Islam di landasan yang betul,” katanya lagi.

[VIDEO INSIDE] Pakcik ni ada BUKTI Anwar tak mampu bersetubuh..


Seorang pesara tentera yang mengalami sakit tulang belakang yang sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya Ketua Pembangkang itu kini mampu melakukan hubungan seks dengan sempurna kerana penyakit itu menjejaskan kekuatan tenaga batin.

Ini kerana penyakit yang dialami Anwar itu menjejaskan tulang belakang kata Hashim Othman, bekas askar infantri di sini.

Tambahnya, hanya orang yang mengalami penyakit yang sama dapat merasakan penderitaan Anwar.

"Tapi kalau macam cerita Anwar mereka dok cerita tu, saya ingat mustahil. Tak terima akal. Pasal pakcik yang kena pakcik tahu. Orang yang tak kena boleh cakap apa saja. Tapi memang kekuatan tulang belakang. Pasal apa urat kita ni melalui tulang belakang. 0120

"Tapi kalau macam Anwar kena ni saya kata , bukan saya nak masuk sebelah siapa. Makna saya kena saya tahu. Apa macam kedudukannya, Kalau macam kes Anwar ni kita kata ini kes kita kata kes-kes rogollah, paksa atau sukarela . Ini maknanya saya tak percaya . Tapi saya tak kata 100 peratus. Kalau 99 peratus saya kata Anwar tak boleh."

Bekas askar berusia 77 tahun ini tidak malu menceritakan pengalamannya agar Anwar tidak dihujani dengan fitnah dan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang memalukan.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sedang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondo pada 26 Jun 2008.

Minggu lalu, peguambela Anwar mengemukakan bukti dari doktor beliau yang menyatakan kecederaan pada tulang belakang Anwar menghalangnya dari melakukan aktiviti-aktiviti lasak.

Beliau membuat pendedahan dalam satu sidang media di pejabat PKR di sini.

Menurut Hashim nafsunya menjadi lemah selepas menjalani pembedahan tulang belakang setelah terjatuh di banjaran berbatu batan di hutan Gunung Ledang berhampiran Tangkak, Johor.

Menurut Hashim, dia menjalani pembedahan selepas bersara pada umur 58 tahun, lebih kurang 19 tahun dahulu. Katanya, selepas pembedahan, dia menyedari nafsunya menjadi semakin lemah.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online