BREAKING NEWS

GEMPAR!!! Bila Paderi dan Sami bagi derma untuk orang Islam...

Sami yang datang melawat sambil menderma..

Kita marah bila tahu ada umat Islam yang kesusahan serta kesempitan hidup mendapatkan sumbangan berbentuk wang ringgit ataupun bahan makanan dari Mubaligh Kristian ataupun Sami Buddha.., tapi siapa yang perlu kita marah sebenarnya?

Perlukah kita marah kepada umat Islam yang terima bantuan tu? Ataupun kita marah pada masyarakat Islam sekitar yang bakhil untuk membantu..? Ataupun kita marah kepada pegawai kebajikan dan pegawai agama?

Apa yang gua nak sampaikan disini ialah.., baru-baru ni gua dapat satu berita mengenai seorang wanita muslim yang mengidap kanser payudara tahap 4 dan juga anaknya yang mengidap penyakit jantung di Johor.


Dorang ni amat memerlukan bantuan khususnya untuk membiayai pembedahan jantung anaknya yang menelan belanja beribu-ribu ringit..

Ada sahabat blogger gua yang prihatin dan baik hati, cuba untuk mewar-warkan kisah keluarga malang tu didalam blog dia.. Tapi macam biasalah.. Selagi tak masuk TV3.., selagi tu lah bantuan tak sampai..

Yang menariknya..., lain yang diharap.., lain pulak yang datang. Wanita dan anaknya tu didatangi oleh sekumpulan Paderi Kristian untuk menyalurkan sumbangan berbentuk wang ringgit.

Dua tiga hari berselang, datang pulak Sami Buddha tunjukkan simpati pada dorang.. Of course lah dorang datang dengan bantuan wang ringgit dan kelengkapan hidup..

Yang jadi persoalannya sekarang.., mana perginya pegawai kebajikan dan juga pegawai-pegawai agama kita untuk memantau orang yang memerlukan bantuan??


Gua dimaklumkan.., pederi-paderi Kristian dan para Sami tu sentiasa berkeliaran di kawasan Hospital terbabit bagi tujuan membantu pesakit-pesakit yang perlukan bantuan khususnya umat Islam dan melayu..

Korang nampak tak apa yang gua nampak? Selain dari alasan untuk bantu pesakit.., paderi dan para sami ni mengambil peluang untuk berdakwah dengan menunjukkan keprihatian agama dorang..

Soo..., sekali lagi gua nak tanya.., mana perginya pegawai kebajikan dan pegawai agama untuk bantu umat Islam yang kesusahan macam wanita dan anaknya ni? Takkan hanya tahu tunggu diatas kerusi empuk pejabat sambil diselubungi udara sejuk penghawa dingin??

Gua dah cuba tanya beberapa sahabat gua pasal isu ni.., tapi jawapan dorang amat TOLOL dan Bangang beb.. Apa kejadahnya dorang harap umat yang perlukan bantuan macam wanita dan anak dia tu mengadap dorang di Pejabat? Tak reti ke nak turun padang untuk bantu sesama Islam?

Dan bila umat Islam tertarik kepada agama lain yang lebih menjaga kebajikan dan juga prihatin terhadap keperluan penganutnya, tahu pulak para cerdik pandai agama tu nak marah.. Tapi lu nak marah pada siapa sebenarnya tu beb?

Kepada pegawai-pegawai kebajikan dan juga pegawai-pegawai agama yang sepatutnya memikul amanah memantau umat Islam yang perlukan bantuan, gua suka banget nak tanya korang..., korang sebenarnya nak tunggu TV3 dan Program BERSAMAMU datang ke baii? Masa tu baru korang reti nak tunjukkan muka ke?

Kalau semua nak tunggu TV3 dan program BERSAMAMU.., baik serahkan je semua peruntukan kebajikan dan segala duit kutipan Baitulmal kepada TV3 untuk diagihkan kepada orang yang memerlukan.. Betul tak?

Anwar JANJI akan selamatkan Kg Baru JIKA Pakatan menang Putrajaya..


Korang ingat tak lagi peristiwa Anwar berjanji untuk selamatkan Kampung Buah Pala kalau Pakatan menang di Penang? Masa tu, Anwar minta tempoh dua minggu saja untuk settlekan masalah yang berbangkit.

Tapi korang tentu dah maklum apa yang jadi lepas tu.. Anwar dan Kepala Regim DAP Penang Lim Guan Eng terus robohkan penempatan tu lepas dorang menjajah negeri..

Jom kita tengok sikit video kejadian bersejarah penduduk Kampung Buah Pala kena kencing dengan manusia munafik Anwar Bin Ibrahim...


Dah tengok? So sekarang ni korang mesti tahu jenis macam mana manusia Anwar ni kan?

Dan ini ada cerita baru untuk korang.. Anwar semalam BERJANJI akan selamatkan Kampung Baru di KL sekirannya Pakatan Haram menang di Putrajaya..

Dulu Anwar dah berjaya kencing diatas kepala india-india di Kampung Buah Pala..., sekarang ni dia nak berak pulak diatas kepala melayu-melayu Kampung Baru..

Bagi gua.., kalau ada sesapa yang tanya sama ada janji Anwar tu boleh percaya atau tak.., dia tu memang SAH kategori manusia bahalol..


Sambil menyifatkan pengkhianatan kepada orang Melayu, Pakatan Rakyat berjanji Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011, yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu di sebalik siri protes sejak tahun lalu, akan dibatal jika perikatan itu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

“Pilihan raya umum akan datang, insya-Allah kalau Pakatan Rakyat menang kita akan batalkan rang undang-undang ini,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Penerangan “Selamatkan Kampung Baru” di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Ketua Pembangkang itu berkata hanya itu sahaja pilihan yang ada pada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru untuk menyelamatkan kawasan penempatan eksklusif orang Melayu daripada menjadi “mangsa” pembangunan.

“Siapa (Senator Datuk) Raja Nong Chik (Raja Zainal Abidin)? Raja Kampung Barukah? Orang Melayu di Kampung Baru tidak boleh dihina seperti ini... patut beri mesej dan ajar Raja Nong Chik (agar) hormat budaya orang Melayu.

“Apa kepentingan kita di sini? PAS dan PKR, kita tiada kepentingan... ini sahaja kampung kawasan orang Melayu, biarlah ia dipertahankan. DAP pun tiada kata mahukan kawasan Kampung Baru, orang Cina pun tak mahu yang Melayu haprak ini nak mengapa? Kita Little India (di Brickfields), Little Cina (di Jalan Petaling) kita tak kacau tapi mengapa Little Melayu (Kampung Baru) ini jadi masalah? Kalau betul nak tolong bangunkan, beri pinjaman... tidak perlu nak buat perbadanan,” katanya.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online