BREAKING NEWS

Pengakuan Ihklas Bob Lokman MAKI Pegawai Pejabat Agama..


Bob memulakan ceritanya :

Menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya). seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob."Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut.

Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3"

Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.

ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.

Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya."Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan.


p/s: Gua cilok cerita ni blog pencacai Pas.. Samseng jugak ye Bob Lalokman tu.. Mentang-mentanglah dia "dijamin syorga" bila masuk Pas..

NAJIBBBB... Apasal lu tak upah gua sekali ??????


Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook.

Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran.

"Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain," kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini.




Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu.

"Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia," tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu - HaraMkahdaily



p/s: Gua tak nak komen banyak sebab gua tengah marah kat Najib nii.. Woit Najib!!! Kenapa tak upah gua sekali untuk hentam puak-puak pencacai tu?? Bahasa gua ni tak cukup ganas ke??

Cer cite.. cer cite...

PAS Selangor anggap Bob Lokman lebih MULIA dari JAIS..


Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang mengesa JAIS agar lebih bersikap terbuka dalam menjalankan tugasnya sebagai institusi yang memperkasakan Islam di negeri ini.

Dr Rani menjelaskan pihaknya tidak mempertikaikan tindakan JAIS menghalang penceramah yang tidak bertauliah, tetapi usaha ini dikhuatiri mengekang proses pembelajaran agama di negeri ini.

"Kes-kes seperti ini JAIS sepatutnya terlebih dahulu dengar ceramah tersebut, sekiranya orang itu berceramah tidak betul, tegur golongan itu.

"Saya sendiri sebagai Pesuruhjaya PAS tidak setuju dengan ceramah berunsur politik kepartian di dalam masjid mahupun surau, tetapi sekirannya ceramah itu bersifat politik Islam ia tidak menjadi masalah.

"Siapa yang menyatakan politik berasingan daripada Islam, maka golongan itu perlu mengucap kembali," katanya.

Bob Lokman dipercayai ditahan atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Penulis lirik lagu Isabella itu difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kepada hadirin surau itu malam tadi.

Dr Rani yang juga ADUN Meru berpendapat tindakan JAIS menggunakan alasan tiada tauliah sebagai menghalang sesorang dari berceramah dilihat kurang tepat.

"Sekirannya benar Bob Lokman bercakap benda yang tidak betul, beritahu, jangan terus tangkap, kalau benar Bob Lokman salah dakwanya di mahkamah, soal tahan seseorang dengan alasan tanpa tauliah, itu tidak berapa tepat," jelasnya.

WARNING!!!! Cikgu Mala akan saman PapaGomo dan GAP..


Alahai Cikgu Mala... Kenapa sampai nak saman blogger ni cikgu? Apa yang blogger dua orang tu dah buat sampai cikgu nak saman dorang?

Kalau si PapaGomo tu.., gua tahulah dia agak "nakal" sikit dalam bab-bab pompuan cantik ni.. Sebab tu lah Gomo asyik dendam kat Anwar pasal dapat Chinadoll cun..

Tapi cikgu Mala kena tau yang Gomo tu pun jenis yang anak yang patuh pada suruhan ibubapa dan hormat pada orang tua (kecuali pemimpin pembangkang lahh)..

Dan untuk makluman Cikgu Mala.., si GAP tu pun budak yang baik sebenarnya.. "Ketayap" tak pernah lekang dari kepala sampaikan dia tidur pun pakai ketayap jugak.. Percayalahh...

So..., takkan lah Cikgu Mala masih terasa hati pasal kena "belasah" di PRK Tenang hari tu sampaikan Cikgu Mala berdendam pada anak muda yang berwawasan seperti Gomo dengan GAP?

Kita ni sebagai orang Islam.., tak baik menyimpan dendam.. Yang sudah tu sudah lahhh.. Sedangkan Nabi pun ampunkan umat, inikan pulak kita sebagai umatnya..

Takkan Nik Aziz tak ajar pasal keburukan berdendam ni didalam PAS wahai Cikgu Mala? Oppsss.., gua lupa... Nik Aziz pun still berdendam kat UMNO kann.. Jadi tak heranlah kalau Cikgu Mala pun sama...

Bak kata pepatah.., kalau Tok Guru kencing berdiri.., anak murid dah tentu kencing berlari... ye tak?


p/s: Mesti huduh banget kalau pompuan kencing berlari kannn... Hahahahaha....

Aziz Bari patut dilucutkan kerakyatan kerana mempertikaikan kuasa Sultan !!


Bagi gua, mamat sorang ni memang dah melampau.. Dia ingat bila dah dapat gelaran Professor, dia boleh cakap apa saja pasal perlembagaan didalam negara.. Kononnya dialah paling pakar dalam perlembagaan..

Sebab tu lah agaknya Profesor kangkung ni berani mempertikaikan tindakan Sultan Selangor yang bertitah pasal isu siasatan JAIS didalam kes agenda memurtadkan orang Islam di Selangor..

Yang paling kurang ajar sekali ialah, Aziz Bari mempersoalkan kenapa sebelum ni Sultan tak campurtangan didalam isu kononnya perobohan surau di Selangor..

Dan diatas sebab tu, Aziz Bari cuba nak mengajar Sultan supaya bertindak "selaras dengan ajaran Islam"..

Apa yang gua nampak ialah.., profesor kangkung ni dah lupa diri bila dia selalu dipuji oleh puak-puak pembangkang terutamanya bila dia dilantik jadi penasihat tak rasmi PAS..

Pasal tu lah dia rasa dia yang paling pandai dan dia perasan bahawa dia saja yang betul beb.. Alahh..., sama je lah dengan mentaliti puak-puak yang menyokong dia lahhh...

So.., gua sarankan kepada semua rakyat Selangor yang masih hormatkan Sultan dorang.., buat satu desakan supaya Aziz Bari tu dilucutkan kerakyatan!!

Paling koman pun.., desak supaya dia diharamkan dari melintasi atau masuk ke negeri Selangor !!

Jangan lupa.., bila dia mempertikaikan tugas Sultan sebagai Ketua Agama didalam negeri.., Aziz Bari secara langsung telah derhaka pada Rukun Negara!!!


Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

“Seseorang akan berfikir sama ada dengan meletakkan umat Kristian dalam kedudukan itu - sesuatu yang tidak dapat dielakkan berikutan serbuan ke atas DUMC - adalah benar-benar mengikut ajaran Islam.

“Lebih-lebih lagi, campurtangan istana dalam perlembagaan negara amat jarang sekali. Apa yang berlaku di Selangor hari ini bukan sesuatu yang lazim.

"Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan,” katanyanya.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online