BREAKING NEWS

Darjat Anwar dah SETARAF dengan Pok Nik..


Selama ni gua ingat puak-puak Pas je yang ada penyakit taksub kepada Nik Aziz.., sampai satu tahap tu, ada yang kata boleh dapat pahala HANYA dengan tengok gambar orang tua tu beb...

Tapi sekarang ni gua baru dapat tahu yang Anwar pun dah naik pangkat setaraf dengan Pok Nik..

Kalau korang tengok gambar diatas, mamat yang "jilat" tangan Anwar tu mungkin berpendapat "boleh dapat pahala" bila buat macam tu..

Korang jangan pulak heran ye.. Cuba fikir.., Anwar dianggap sebagai manusia anugerah Tuhan didalam Pakatan..

So kalau title anugerah Tuhan pun dorang boleh bagi, apalah sangat dengan anggap Anwar sebagai manusia keramat beb?

Nak nafi pun tak boleh jugak sebab kita pun tahu.., dah beberapa kali Anwar kantoi menipu.. Dan terang-terang muka dia ada didalam video skandal China Doll..

Tapi itupun masih puak-puak Pakatan tak percaya lagi.. Sebab apa? Macam gua kata lahh... Anwar tu dah setaraf dengan Pok Nik beb... Hahahaha...

Manoharan "DIBEBASKAN" dari hukuman gantung..


DAP menggugurkan hukuman menggantung keahlian enam bulan dikenakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M Manoharan bulan lalu ekoran kenyataannya berkaitan Jalur Gemilang.

“Jawatankuasa disiplin telah mengetepikan (hukuman menggantung) dan digantikan dengan teguran tegas.

Ini selepas Jawatankuasa mengambil kira kekesalan dilahirkan oleh Manoharan dengan memohon maaf dan mengeluarkan komen di Facebook dengan segera,” kata parti itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pada 23 September lalu, jawatankuasa disiplin telah menggantung keanggotaan Manoharan selama enam bulan berhubung kenyataannya bahawa Jalur Gemilang perlu ditukar.

Manoharan dikecam berhubung entri dalam Facebooknya yang mencadangkan supaya Jalur Gemilang diubahsuai kerana reka bentuk sekarang menyerupai bendera Barisan Nasional dan tidak melambangkan Malaysia.

Ceramah Mat Sabu di Tenang DISERANG penduduk tempatan..


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kesal dengan insiden gangguan pada program anjurannya di Dataran Cikgu Mala, Tenang, malam tadi meskipun ia mendapat permit.

Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor.

Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar mengganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah.

Presiden Anak, Mazlan Aliman dipetik Harakahdaily mempersoal sikap polis yang seakan-akan ‘melepaskan’ mereka membuat gangguan di tempat ceramah.

“Saya sangat dukacita dengan gangguan malam tadi dalam pada program itu dapat permit polis.

“Bagaimana polis menjalankan tugas sehingga kumpulan bermotor itu dapat masuk dengan senang sedangkan sekatan jalan raya diadakan,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tanpa mengetahui motif gangguan, Mazlan yakin ada dalang di sebalik insiden tersebut.

“Saya yakin ia dirancang dan kita boleh cari siapa dalangnya tapi saya serah kepada pihak polis untuk menyiasat,” kata beliau.

Dua laporan polis dibuat iaitu oleh mangsa sendiri yang hanya ingin dikenali sebagai Amer, 29, dan satu laporan lagi daripada petugas Jabatan Amal yang lain kira-kira pukul 1.40 pagi tadi.

Akibat serangan itu, Amer yang dikejarkan ke Hospital Segamat terpaksa menerima tujuh jahitan di bahagian muka.

Mazlan dalam pada itu meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan pihaknya tampil berbincang, bukan membuat serangan sedemikian.

“Kalau nak buat bantahan atau nak serah apa-apa memorandum kepada kami, silakan sebab PAS bersikap terbuka. Jangan gunakna budak-budak buat kerja tak sihat begini,” katanya.

Beberapa hari lalu, insiden serangan turut berlaku di program ceramah Mohamad Sabu di Rembau, Negeri Sembilan.


p/s: Mat Sabu ni patut dibuang negara je.. Ke mana dia pergi mesti akan menimbulkan kekecohan..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online