BREAKING NEWS

Jangan kata MELIWAT.., nak berlutut pun Anwar tak mampu..


Gua berpendapat.., karier politik Anwar dah hampir ke penghujungnya bila dia terdesak nak buktikan dia tak mampu melakukan hubungan seks akibat sakit tulang belakang..

Kalau inilah cara Anwar nak lepaskan diri dia dari tuduhan meliwat.., semua penyokong Pakatan patut rasa malu pasal berketuakan seorang penipu besar macam Anwar tu..

Kita semua patut faham.., kes sekarang ialah kes liwat yang melibatkan bukti DNA.. Dan pihak pendakwaraya berjaya buktikan yang DNA tu adalah milik Anwar..

Tambah pulak DNA tu dijumpai berada didalam buntut si Sepul.. Malah sebelum ni Karpal jugak pernah kata Sepul dan Anwar melakukan aksi luar tabie tu secara suka sama suka..

So apa kaitannya dengan sakit tulang belakang?

Patutnya Anwar dan lawyer dia berusaha nafikan semua yang diatas dan bawak saksi ALIBI yang boleh buktikan Anwar tak bersama Sepul pada hari kejadian.., tapi kenapa Anwar tak bawa?

Sekarang ni Anwar nak rakyat Malaysia percaya yang dia tu tak boleh mengadakan hubungan seks sebab sakit belakang? Macam tu je modal Anwar nak suruh Hakim percaya kat dia?

SAH lah sebelah kaki Anwar dan berada didalam penjara Sg Buloh beb.. Dan bagi gua.., hanya manusia bangang saja percaya cakap Anwar yang kononnya sakit tulang belakang tu...

Persoalan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim "boleh melakukannya" terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tinggal misteri, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya prosiding itu didengar secara tertutup selama kira-kira 10 minit, dalam perbicaraan kes liwat Anwar hari ini.

Bagaimanapun, dari keterangan pakar bedah ortopedik Belanda dan pakar sakit belakang, Dr Thomas Hoogland sejak pagi tadi, pihak pembelaan telah menegaskan bahawa secara logik ataupun fizikal, aksi sedemikian tidak mampu dilakukan.

Galeri awam mahkamah telah dikosongkan sebelum Hoogland memberi keterangan selama 10 minit, dan selepas itu prosiding hari ini tamat, dan akan disambung pagi esok.

Malah, Presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beredar dari galeri itu selepas polis mengarahkan ia dikosongkan.

Saiful juga telah memberikan keterangan secara tertutup mengenai dakwaan tersebut apabila dia menjadi saksi pendakwa tahun lepas.

Hoogland, 66, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar pada September 2004 dan memeriksanya sekali lagi pada bulan lepas, berkata Anwar mengalami masalah untuk melutut dan tidak boleh melakukan aktiviti yang lasak.

Tun Mahathir bakal dikenakan tindakan oleh kerajaan PAS Kelantan..


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dikenakan tindakan menghina Dewan Undangan Negeri (Dun) kerana menghalang Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II).

Pakar undang-undang perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berhujah surat Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan pada 1994 dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap Dewan Undangan Negeri (Dun).

Menurutnya anggota Dun di kalangan penyokong kerajaan boleh mengusulkan dalam dewan untuk diambil tindakan terhadap Perdana Menteri.

“Tak kan pula surat yang pernah dihantar Perdana Menteri menghalang hudud dilaksanakan di Kelantan ada tarikh luputnya.

”Perdana Menteri boleh dipanggil menghadap Jawatankuasa Terpilih Dewan kerana surat yang dihantar boleh disifatkan sebagai menghina keputusan Dun,” katanya pada wacana pelaksanaan hudud di Kelantan di Kota Darulnaim petang ini.

Turut bertindak sebagai ahli panel pada wacana tersebut dua orang yang terbabit menggubal rang undang-undang hudud iaitu Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dan bekas anggota Exco, Datuk Mohamed Daud Iraqi.

Jawatankuasa pengubal rang undang-undang tersebut diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Anggota lain termasuk Mufti Kelantan, Datuk Shukri Mohamad, Prof Ahmad Ibrahim dan bekas Pendakwa Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty.

Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan UIAM berkata, tindakan sama boleh dikenakan terhadap bekas Ketua Polis Terengganu yang pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu memberi kerjasama kepada kerajaan Terengganu yang juga melulus enakmen hudud ketika di bawah pentadbiran PAS.

“Sepatutnya ada pihak yang membuat usul pada persidangan Dewan kerana tindakan seumpama itu boleh ditakrifkan sebagai menghina Dewan,” katanya.

Sedangkan menurutnya di bawah Akta Polis disebut dengan jelas pasukan itu berperanan melaksanakan tugas sama di bawah undang-undang sivil atau syariah.

Sebelum itu pada hujah awalnya beliau berkata, tidak ada lagi sesuatu pelik di negara ini apabila kerajaan melanggar sesuka hati undang-undang dan perlembagaan.

Contohnya hal ehwal agama adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya persekutuan.

Namun katanya, kerajaan pusat melanggar peraturan apabila turut menubuh agensi agama sendiri.

Malah kata Dr Abdul Aziz banyak lagi perlanggaran perlembagaan dilakukan kerajaan pusat termasuk menghapus imuniti raja-raja Melayu dan kuasa perkenan yang dimiliki Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Beliau sekali lagi mengulangi pendiriannya tidak perlu kepada pindaan perlembagaan dengan mendapat majoriti dua pertiga bagi melaksana hukum hudud di Kelantan.

TERKINI !!! Anwar dibogelkan dalam Mahkamah?


Cakap-cakap diluar Mahkamah sekarang ni hanyalah mengenai kenapa Anwar mintak perbicaraan tertutup? Dan dikalangan wartawan, rasa tak puas hati dorang memang jelas nampak di muka masing-masing..

Ramai yang kata, Anwar akan "dibogelkan" bagi menunjukkan kesan parut pada Tuan Hakim. Dan ada pulak yang buat spekulasi bahawa Anwar tak mau ramai tau mengenai "kecederaan" sebenar dia..

Tadi.., peguambela Anwar Ibrahim telah memohon Mahkamah mengadakan sesi keterangan tertutup. Semua wartawan diarahkan keluar dari kamar perbicaraan.

Yang menariknya.., Kak Jijah pun kena halau dari kamar Mahkamah. Ishhh..., apalah Anwar ni kannn..., takkanlah bini sendiri pun dihalaunya..

Jelas lah Anwar Ibrahim tu jenis yang tak telus dan takut dengan kebenaran.. Mesti dia ada sembunyikan apa-apa yang boleh meng"kantoi"kan dia..

Kalau betullah Anwar "dibogelkan" dalam Mahkamah, maka betul la Dr Thomas tu didatangkan khas untuk mengesahkan yang Anwar tak mampu melakukan hubungan seks akibat sakit tulang belakang..

Kalau dah tak boleh lakukan hubungan seksual, maknanya dalam tabiee ke.., luar tabiee ke.., semuanya tak valid lahh.. Itu yang Anwar cuba buktikan kot?

Tapi.., mana datangnya air mani Anwar dalam buntut si Sepul hari tu? Takkan Najib dan Rosmah pulak sendiri yang sumbat kot? Jeng..jeng...jenggg.....

The Truth Is Inside Mahkamah... Hahahahaha...

Lagi gambar UNIK Nik Aziz nak cari glamour..


Kalau semalam kita dah tengok Pok Nik mencari glamour dengan tunjukkan zuhud dia apabila ambik wudhuk tepi sungai.., hari ni kita tengok pulak adegan seterusnya..

Bagi gua.., pasal hal beribadat ni tak perlulah kita nak bermegah-megah dan juga menunjuk-nunjuk.. Ibadat tu sebenarnya adalah diantara kita dengan Tuhan je beb..

Tapi lain betul dengan perangai Pok Nik dan penganut PAS sekalian.. Korang tengoklah sendiri para penganut PAS berebut-rebut nak tangkap gambar Tok Wali dorang tu tengah sembahyang..

Dan gua tak rasa Pok Nik akan tegah pengikut taksub tu dari ambil gambar dia.. Mungkin dengan kehadiran ramai jurugambar tak bertauliah tu boleh buat sembahyang Pok Nik lebih khusyuk kot...

Apapun, gambar Pok Nik bersembahyang ni sentiasa dijadikan modal politik oleh para pengikut PAS untuk tunjukkan betapa hebatnya Mursyidul Am dorang..

Gua rasa.., kalau amalan sembahyang tu dah boleh dikira hebat.., hebat lagi Tok Siak kat tempat gua ni sebab dia langsung tak pernah terlepas bersembahyang di Masjid..

Cuma malangnya.., tak ada sapa nak tangkap gambar Tok Siak tu sebab dia bukan ahlul politik yang gila glamour macam Pok Nik...

TERKINI !!! Dr Thomas akan SAHKAN Anwar tak mampu buat hubungan SEKS..


Pakar tulang belakang dari Jerman yang pernah merawat Anwar selepas dibebaskan dari Sg Buloh, Dr Thomas Hoogland dipanggil sebagai saksi peguam bela.

Doktor yang didakwa sebagai pakar terkenal dan juga merupakan sahabat karib Anwar ini akan memberi keterangan berhubung tahap kesihatan dan fizikal Anwar dihadapan Hakim Mahkamah.


Berikut kronologi perbicaraan di mahkamah hari ini:

9.29: Galeri awam dipenuhi hadirin dan juga wartawan.

9.35 pagi: Mahkamah bersidang. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membacakan keputusan beliau terhadap permohonan mengenepikan perintah sapina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Permohonan Najib dan isteri dibenarkan mahkamah.

9.44 pagi: Mahkamah terus bersidang untuk kes Fitnah II. Peguam-peguam yang mewakili Najib dan Rosmah beredar meninggalkan mahkamah.

9.45 pagi: Saksi ketujuh pembela, pakar tulang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland mengambil tempat di kandang saksi.

9.46 pagi: Dr Thomas mengangkat sumpah dan memberitahu beliau berumur 66 tahun.

Beliau tamat pengajian perubatan pada tahun 1972 dan pada tahun 1973 memulakan latihan ortopaedik di Amerika Syarikat.

Sehingga ke hari ini, beliau memberitahu mahkamah beliau sudah menjalankan kira-kira 14 ribu pembedahan tulang belakang.

9.54 pagi: Menurut Dr Hoogland, beliau pernah memberi keterangan dalam mahkamah sebelum ini dan keterangan beliau diterima mahkamah.

Kali terakhir beliau memberi keterangan di mahkamah adalah sekitar bulan Julai lalu di County Court Oklahoma City.

9.57 pagi: Dr Hoogland menerangkan struktur tulang belakang manusia menggunakan model rangka tulang manusia dalam mahkamah.

Menurutnya, tulang belakang manusia ada 7 vertebra, 12 torasik dan 5 vertebra lumbar.

10.17 pagi: Dr Hoogland pertama kali merawat kecederaan tulang belakang Anwar dalam bulan April 2001.
Rawatan seterusnya adalah pada bulan September 2004 selepas Anwar dibebaskan dari penjara.

11.02 pagi: Mahkamah berhenti rehat 15 minit.

11.55 pagi: Sankara Nair bertanya kepada Dr Hoogland samada Anwar bertanya kepada beliau tentang pergerakan dalam solat (selaku seorang pesakit tulang belakang).

Dr Hoogland berkata beliau banyak ditanya perkara itu oleh pesakit Muslim terutamanya dari Timur Tengah.

Beliau berpesan kepada Anwar agar melakukan sebarang pergerakan dengan sangat berhati-hati dan dengan sangat perlahan agar kecederaan tulang belakangnya tidak berulang.

Sebelumnya, Dr Hoogland memberitahu mahkamah Anwar bukan sahaja pernah mengalami cakera tulang belakang yang tergelincir beliau juga mengalami stenosis.

12.00 tghhari: Mahkamah berhenti untuk makan tengah hari dan akan disambung semula jam 2 petang nanti.




Apa keperluan Anwar panggil Pakar Tulang belakang dalam kes membabitkan liwat? Nampak sangat Anwar nak Dr Thomas tu SAHkan dia tak mampu lagi nak melakukan hubungan seksual disebabkan kecederaan belakangnya dulu..

Kalau nak buat seks pun tak boleh.., apatah lagi meliwat.. Bersedialah korang untuk tengok Drama King beraksi diatas kerusi roda sambil merempit dengan Karpal Singh di Mahkamah nanti... Hahahahaha...

SAH !!! Malaysia bakal dapat Perdana Menteri CINA dari DAP..


Selama ni puak-puak Pakatan siang malam dok berzikir nama Anwar untuk jadi Perdana Menteri kalau pakatan menang di PRU13.. Nak buat macam mana.., hanya itu je mentaliti pencacai bawahan..

Rupanya.., di peringkat atasan nama Anwar dah disaingi oleh Kit Siang dan Hadi Awang.. Dan kalau ikut senioritinya.., pastilah bapak kepada Guan Eng tu yang jadi PM..

Gua nampak macam ni.., sebaik saja Pakatan menang di PRU13 (kalau dorang menanglah yee..), yang paling awal diperdebatkan ialah siapa yang layak jadi PM..

Antara kriteria yang bakal diukur ialah.., siapa paling berpengalaman dalam politik.., parti mana paling banyak menang dan siapa yang paling banyak terima sokongan wakil-wakil rakyat Pakatan..

Korang percaya tak kalau gua kata semua ni akan memihak kepada Lim Kit Siang..? Tak percaya? Percayalahhhhh.. The truth is out there... Hahahaha...

Gua cakap macam tu sebab.., yang pertamanya Kit Siang adalah jauh lebih berpengalaman didalam politik melebihi Anwar dan Hadi.. Yang keduanya DAP bakal menang banyak kerusi di PRU 13 nanti...

Dan ketiga.., kalau dah DAP paling banyak menang kerusi, dah tentu jugak banyak wakil dorang dalam Pakatan yang sokong Kit Siang... Kena ingat beb.., cina akan utamakan bangsa dia dulu melebihi yang lain..

So.., korang agak Anwar ada can lagi ke nak jadi PM kalau Pakatan menang?? Maka...., Malaysia akan dapat Perdana Menteri CINA yang pertama dalam sejarah...

Siapa yang salah pada masa tu? Lu fikirlah sendiri beb... Hahahahaha...

AKHBAR China Press pada 4 Oktober 2011 menyiarkan berita yang memetik kenyataan Bendahari DAP, Fong Kui Lun mengenai barisan Kabinet bayangan pihak pembangkang.

Berita bertajuk “Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim ialah Perdana Menteri Bayangan – Fong Kui Lun’’ disiarkan dalam ruangan Dalam Negeri, halaman A15.

Menurut Kui Lun; Ketua DAP di Parlimen, Lim Kit Siang; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah ‘perdana menteri bayangan’.

Beliau berkata, jika pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang, pihak pembangkang dapat memerintah Kerajaan Pusat, siapa menjadi Perdana Menteri akan ditentukan kelak daripada kalangan ketiga-tiga tokoh berkenaan.

Kui Lun yang juga Ahli Parlimen Bukit Bintang yang bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen turut memberitahu tiga ahli Parlimen masing-masing daripada DAP, Pas dan PKR akan mengawasi setiap kementerian secara bersama.

‘‘Kita telah mempunyai kumpulan kecil untuk mengawasi jawatan Kabinet dan selepas ini jika dapat memerintah Kerajaan Pusat, menteri akan dipilih daripada kalangan tiga ahli Parlimen yang memantau setiap kementerian,’’ katanya.

Kui Lun memberi contoh, gandingan beliau dengan Ahli Parlimen Kota Bharu daripada Pas, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah dan Ahli Parlimen Kapar daripada PKR, S. Manikavasagam bertanggungjawab terhadap Kementerian Pelancongan.

‘‘Apabila timbul isu pelancongan kami bertiga akan diutamakan untuk bersuara,’’ katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Beruas yang juga Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham berkata, Kabinet bayangan pihak pembangkang sudah lama wujud, cuma ia tidak diumumkan kepada pihak luar.

Koo Ham berkata, beliau sendiri dilantik untuk menangani isu-isu di Jabatan Perdana Menteri manakala Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mengawasi Kementerian Pengajian Tinggi.

HOT !!! Wardina kata artis TIADA ILMU dalam bab Hudud..


Apa yang gua nampak.., antara artis yang komen pasal Hudud didalam keratan akhbar diatas tu ialah Datuk Aziz Sattar.., Enot.., Ayu Raudah.., Cat Farish.., Alif Satar dan jugak Heliza AF..

Dan kalau ikut saranan "ustazah glamour" kita didalam Fesbuk dia tu.., ini bermakna semua artis yang ditemuramah tu "TIADA ILMU" lah yee.. Kesian kat Datuk Aziz Sattar kannnn..

Agaknya.., "Ustazah glamour" kita tu terkilan sebab wartawan akhbar tak mintak pendapat dia kot?


Just my 2 cent... Hahahahaha...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online