BREAKING NEWS

Gambar UNIK Nik Aziz.. Najib pun tak boleh buat macam ni beb...


Perkara pertama yang timbul dalam kepala gua bila tengok gambar Pok Nik tu ialah.., apa sebenarnya orang tua tu nak tunjuk dengan ambik wudhuk di tepi sungai? Kat kawasan tu tak ada bekalan air paip ke?

Nak ambik wudhuk tu lain ceritalah.., tapi kenapa perlu Pok Nik sengaja bagi orang ambil gambar dia dan jadikan ia sebagai satu modal politik?

Untuk pengetahuan korang, gambar ni di sebarkan dalam Fesbuk dan juga beberapa blog tegar PAS, kononnya Pok Nik ni memang zuhud dan berjiwa besar sebab sanggup ambik wudhuk di sungai..

Tapi.., maaf cakaplah yee.. Gua berpendapat, Pok Nik tu 2x5 je dengan Ahmad Maslan..

Kalau dulu puak-puak PAS kata Ahmad Maslan gila publisiti bila bergambar sambil menoreh getah di PRK Manek Urai.., macam tu lah juga Pok Nik yang nak cari glamour dengan ambik wudhuk di tepi sungai..

So.., kalau macam ni punya gayanya.., memang sesuai lah Pok Nik tu di gelar ulamak politik.. Semuanya nak dipolitikkkan sampaikan ambik wudhuk pun boleh di jadikan bahan pameran...

Hebat betul Pok Nik.. Najib pun tak boleh nak buat macam tu.... Hahahaha...

Banner yang MENGGEMPARKAN di Batu Gajah Perak..


Ishhh..., dah tak ada kerja lain ke puak-puak PAS di Perak tu yeop? Asyik nak main gantung banner je kerjanya.. Lepas tu nuduh pulak Umno yang punya keroje..

Ni mesti akibat tak belajor english education.. Sendiri gantung.., sendiri amik gambo.., Ate.., deme pulak sendiri buat report Polis tuduh orang lain jahat..

Udah-udah le tu yeop oiii.. Rakyat dah tahu temberang kome semua..

Satu negeri Perak semua dah tahu.., dah tak laku bebenor si Nizar tu.. Ate, puak-puak Pas tak payahlah nak cari populariti murahan kononnya nak menang PRU 13.. Mati berangan le kome semua di Bukit Gantang nanti...

'Banner' yang tertera ‘DAP GANTI PAS’ didakwa bersifat provokatif telah digantung sekitar kawasan Batu Gajah semenjak beberapa hari lalu.

Ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Perak, Sdr Rosdy Abdullah telah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah pada 4 September lalu kerana bimbang perbuatan itu boleh menggugat keharmonian antara kaum.

Ketika ditemui, selepas membuat laporan polis, Rosdy percaya perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini merupakan satu fitnah jahat yang berbaur hasutan dan berniat untuk memburukkan dan mengaibkan nama PAS.

“Saya berharap pihak berkuasa terutama polis membuat tindakan yang lebih tegas dan serius dalam menangani masalah ini,” katanya.

Pihak PAS mendapat maklumat daripada masyarakat sekitar Batu Gajah tentang banner provokasi ini dan meminta petugas PAS menurunkan dengan segera sebaik sahaja ianya dikesan.

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Gajah turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab jangan sekali-kali bermain api perkauman kerana ia boleh mengundang bahaya.

Skandal Chinadoll : Laki Ning Baizura ikut jejak langkah Anwar Ibrahim..


Gosip rumahtangga Ning Baizura dikhabarkan bergolak apabila suaminya menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan Cina yang difahamkan setiausahanya.

Walaubagaimanapun, Ning menafikan gosip tersebut sambil menjelaskan suaminya kini sudah berhenti bekerja kerana mempunyai kerjaya seni sepenuh masa.

Ditemui pada majlis ramah mesra di kediaman pelakon dan pengarah, Erma Fatima di Taman Melawati, di sini, semalam, Ning mengakui tahu akan berita yang disiarkan selepas pulang daripada bercuti panjang di London, Britain.


“Saya terkejut apabila ada rakan bertanya kepada saya sendiri mengenai berita disebarkan. Perkara itu tidak benar dan Omar tidak pernah mempunyai hubungan dengan mana-mana perempuan,” katanya.

Jelas Ning lagi, kenyataan mengatakan Omar menjalinkan hubungan dengan perempuan Cina yang juga setiausahanya juga tidak benar kerana suaminya sudah lama berhenti kerja dan kini menguruskan kerjaya seninya sepenuh masa.

“Mana mungkin rumah tangga kami sedang bergolak sedangkan saya dan Omar bahagia. Kami baru saja pulang bercuti panjang dan menyambut Aidilfitri bersama anak di London,” katanya.

Errrr..., gua nak join MCA boleh tak???


Kehadiran tujuh jelitawan muda pada Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA pada Sabtu lalu, cukup mencuri tumpuan para perwakilan dan sesetengah media memilih menyiarkan gambar mereka di halaman utama di akhbar mereka pada keesokan harinya.

Jelitawan itu mendahului kumpulan wanita MCA memasuki dewan di Wisma MCA itu dan mengambil tempat dududuk yang disediakan khas. Mereka juga sempat memberikan senyuman kepada jurugambar yang sibuk merakamkan kejelitawan mereka.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada permulaan simbolik kepada Pemuda MCA yang bakal membuka pintunya kepada ahli-ahli wanita mulai tahun depan.

Gambar-gambar jelitawan itu juga banyak tersebar di internet, terutamanya di Facebook, sehingga ada yang berpendapat tujuh wanita itu telah diupah sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan publisiti secara meluas.

Ketika dihubungi semalam, ketua Beliawanis MCA, Tee Hooi Ling menolak dakwaan bahawa wanita berkenaan bukan ahli bona fide parti itu.

"Hal ini tidak benar, mereka adalah semua ahli. Jika tak silap, ada antara mereka adalah dari bahagian Subang. Saya tidak tahu bagaimana orang boleh tergamak membuat dakwaan seumpama itu," katanya.

Tee berkata bahawa ia "sangat menjijikkan" untuk netizens (warga di internet) mempersoalkan keanggotaan wanita berkenaan semata-mata kerana mereka berpendapat wanita itu cantik.


p/s: Gua tidak sama sekali ada perasaan rasis didalam hal-hal pompuan ni beb... Ini adalah bukti gua menyokong kuat Gagasan 1Malaysia... Hahahahaha..

Dr Mahathir SAHKAN Anwar mengidap sindrom jiwa kacau..


"Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu merupakan jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat.

Dilaporkan Pakatan Rakyat membentangkan belanjawan tahunannya semalam, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr. Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini, hari ini.

"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.

"Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr. Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

Terdahulu ketika berucap pada forum tersebut, beliau berkata, pemimpin di negara Islam perlu berusaha menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk rakyatnya bagi memastikan kestabilan dan keharmonian negara yang berterusan.

Katanya, di sesetengah negara Islam ketika ini, masih ada kerajaan yang tidak berusaha membuka peluang pekerjaan dan memulakan usaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat mereka.

"Pengajaran yang boleh diambil berdasarkan krisis di beberapa negara Islam ialah tidak ada peluang pekerjaan untuk rakyat yang akhirnya menyebabkan mereka bangun memberontak.

"Bagaimanapun di negara ini, atas kesedaran dua Perdana Menteri yang awal, usaha telah mula dijalankan dengan pembukaan tanah untuk kegiatan pertanian seperti Felda. Semua itu merupakan usaha bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kesan Krisis di Asia Barat dan Negara Afrika: Pengajaran Yang Boleh Diambil Negara Islam' sempena Persidangan Antarabangsa Kepimpinan Islam di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, jika sesebuah kerajaan itu sentiasa komited dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat, ia akan memberi jaminan kepada kestabilan negara memandangkan rakyat tidak akan tertekan.

"Apabila ada kerja dan punca pendapatan, rakyat akan kurang berasa marah kepada kerajaan walaupun akan sentiasa ada usaha daripada pihak pembangkang supaya rakyat marah kepada kerajaan.

"Ini merupakan antara pengajaran yang boleh kita pelajari daripada krisis di negara yang rakyatnya bangun dan menggulingkan kerajaan," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, cabaran menguruskan negara demokrasi juga adalah besar dan ia tidak mudah seperti membuat janji dalam kempen pilihan raya.

"Membuat janji memang senang, sama seperti Barack Obama yang mengatakan mahu melepaskan tahanan Teluk Guatanamo selepas dua hari ambil alih kerajaan, tetapi sampai sekarang tahanan di situ belum dibebaskan," katanya.

Justeru menurutnya, para pemimpin di negara Islam yang lain perlu mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku di negara-negara tersebut dan tidak hanya membuat janji.

Bukan saja Anwar.., Hantu pun ada rakaman CCTV laa...



Seorang lelaki, Andrew Dasilva memuat naik imej kelibat seorang gadis yang dipercayai sebagai hantu di YouTube.

Imej itu mendapat liputan di beberapa laman web di Internet yang membincangkan mengenai sama ada ia sebenarnya gambar yang tulen.

Imej itu dirakamkan di sebuah kedai menjual telefon bimbit menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pada waktu malam.

Dasilva memberitahu akhbar The Sun baru-baru ini, dia tidak percaya apa yang dilihatnya itu dan ia membuatkan dirinya berasa terkejut.

Kedai itu dibina di lokasi bekas tapak sebuah rumah anak yatim yang dikenali rumah anak yatim Yorkshire. - Agensi

Jepun hasilkan animasi lagenda Hang Tuah..


Sebenarnya, gua agak berbanggalah dengan Finas bila dorang buat usahasama bersama pihak dari Jepun untuk hasilkan siri animasi Hang Tuah..

Seperti yang kita tau.., Jepun memang pakar bila buat cerita-cerita animasi ni.. Dari dulu sampai sekarang, memang tak ada negara boleh lawan Jepun punya anime..

Tapi gua sedikit terkilan.., kenapa Finas tak gunakan je tenaga tempatan macam produksi yang buat animasi Upin&Ipin tu?

Sekadar berfikiran positif.., gua beranggapan, mungkin dorang tak pakar kot buat kartun jenis lukisan animasi macam tu..

Apapun.., tahniah sekali lagi pada Finas.. Lepas ni gua harap dorang animasikan cerita sejarah yang lain pulak yee..



p/s: Errrr... Cerita pasal ANUwar tu boleh di"animasi"kan tak? Hahahahaha...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online