Bertempat di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, Anwar Ibrahim baru je sebentar tadi membentangkan Belanjawan Kesejahteraan 2012 khas sempena Bajet 2012 yang bakal dibentangkan oleh Najib Jumaat ni.
Antara insentif dan reformasi politik yang bakal diperkenalkan adalah Jabatan Perdana Menteri akan di rombak. SPR, SPRM akan bertanggungjawab terus kepada Parlimen.
Selain tu, kesemua penerima bantuan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menikmati bantuan sebanyak RM550 sebulan berbanding dengan RM300 sebulan sahaja yang masih diamalkan sekarang.
Yang paling lawak ialah.., Anwar kata Pakatan akan hapuskan semua akta yang bersifat menjajah seperti ISA, OSA dan lain-lain.
Ia akan dimansuhkan berkuat kuasa serta merta dan segala lapan tuntutan Bersih 2.0 akan dilaksanakan segera.
Korang nak tau tak berapa jumlah yang diperuntukkan oleh Anwar dan Pakatan untuk laksanakan Bajet ni? RM 220 bilion beb.... Kat manalah dia nak cekau duit tu agaknya yeee... Hahahahaha...
Antara isi kandungan Bajet yang sempat gua dapat ialah..
1- Perdana Menteri PR tidak akan juga menjawat jawatan Menteri Kewangan.
2- Defisit negara pimpinan UMNO mencecah 6% bagi tahun 2011 tersimpang dari janji Najib untuk kurangkan ke kadar 5.2%.
3- Cadangan pemotongan belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM 10 bilion dan kembali kepada Kementerian lain.
4- Lesen import AP akan dibuat secara lelongan dengan jangkaan menambah hasil negara RM1.2 bilion.
5- Pembangunan wilayah terutama pembinaan infra termasuk lebuhraya yang menghubungi Sabah dan Sarawak.
6- Akta Universiti dan Kolej Universiti di Mansuhkan. Mahasiswa akan bebas dari cengkaman dan kekangan.
7- Elaun penjagaan anak sebanyak RM1000 setahun untuk ibu2 yang layak, dipadan dengan pelaburan, bina pusat penjagaan anak2
8- Kembalikan cukai2 eksais & duti yg dibatal PM atas barang2 mewah (beg2 mewah dll)
9- Pengumuman pengenalan gaji minima pd RM1,100 yg juga melibatkn kenaikan gaji k/tgn awam m'ikut tangga gaji.
10- Sasar defisit 4.4% daripada KDNK dan dividen Petronas diunjur pada RM26 billion setahun.
11- Umumkan pemberian lesen lesen teksi secara terus kepada pemandu pemandu teksi dan batalkan sistem konsesi ala BN.
12- Pembayaran elaun pendidik sebanyak RM 500 sebulan
Dua tiga hari lepas, kita diberitahu akan ada sorang saksi MISTERI yang akan bagi keterangan di Mahkamah dan digembar gemburkan bakal jadi "pemusnah" kepada kredibiliti Saiful..
Rupanya, saksi MISTERI Anwar ialah sorang staff kerajaan Pakatan di Negeri Selangor.
Kononnya mamat tu tinggal di sebelah bilik Saiful semasa di UNITEN dan selalu makan bersama, menghadiri kuliah sama, dan melakukan aktiviti sukan bersama dengan Saiful.
Dia juga mengaku bahawa Saiful benci sesangat pada Anwar dan terkejut bila dapat tahu yang Saiful berkerja sebagai Pegawai Khas Anwar selepas menamatkan pelajaran.
Saksi Anwar yang bernama Mohd Najwan Halimi tu juga memberitahu Mahkamah bahawa dia pernah menulis email amaran kepada Anwar supaya berhati-hati dengan Saiful, tapi tak diendahkan oleh Anwar..
Persoalan pertama yang timbul dalam kepala hotak gua ialah.., kenapa baru sekarang si Najwan Halimi ni muncul?
Kenapa dia tak dedahkan kononnya perangai buruk Saiful masa mula-mula kes Anwar ni timbul? Kenapa dia diamkan diri walaupun dia rapat dengan Pakatan Rakyat dengan berkerja sebagai staff ekonomi Selangor?
Nampak sangat saksi ni adalah bidan terjun dalam kes Anwar.. Lagipun, saksi Anwar ni memang tak mampu nak jawab soalan-soalan dari pihak pembela sendiri bila ditanya pasal aktiviti Saiful di kampus..
Gua yakin.., saksi MISTERI Anwar ni pun akan kantoi jugak akhirnya macam yang jadi pada Dr McDonald dari Australia hari tu..
Kalau korang tak percaya, kita tunggulah nanti yee...
Baca transkrip kes Anwar DISINI..
Bagi korang yang masih tak tahu, Anwar akan bentangkan belanjawan Edisi Pakatan Haram petang ni lebih kurang pukul 1 nanti.. Dan Najib pulak akan bentangkan Belanjawan negara pada hari Jumaat..
Tapi percaya tak korang kalau gua kata Anwar akan bentangkan Belanjawan yang akan jadi ikutan Najib? Kenapa gua cakap macam tu? Sebabnya.., Anwar is the master of spin..
Anwar sekarang ni tahu game Najib dan cara populis Perdana Menteri untuk tarik sokongan rakyat.. So.., Anwar dah buat satu rangka belanjawan yang lebih kurang sama dengan apa yang Najib fikirkan..
Secara tak langsung, bila belanjawan kedua-dua belah pihak adalah sama.., Anwar akan canang pada rakyat yang Najib dah tiru belanjawan Pakatan Haram.. Bijak tak Anwar?
Jadi sebab tu lah Anwar nak bentangkan belanjawan dorang lebih awal dari Najib.. Dan dorang harapkan apa yang dorang bentangkan tu akan di ciplak oleh kerajaan UMNO/BN..
Gua nak korang ingat satu perkara je.. Tak kiralah belanjawan Anwar dan Najib tu sama atau tak, yang pentingnya rakyat dapat faedah didalam belanjawan kali ni..
Dan jangan lupa berterima kasih pada kerajaan jika belanjawan Najib tu nanti menguntungkan korang.. Tak payahlah terhutang budi pada Anwar kalau belanjawan dorang tu sama sebab sesiapa pun boleh berjanji, tapi yang penting ialah sapa yang tunaikan janji-janji tersebut..
Anwar pernah patuh pada janji ke? 16 September dia pun entah ke mana perginya dah..
Ingat jugak bahawa antara belanjawan bayangan dengan belanjawan yang real punya.., tentulah kita tak boleh harapkan pada belanjawan bayangan beb.. Apa yang nak diharapkan pada sekadar impian ye tak?
Susah la kita kalau asyik nak percaya pada mimpi syok sendiri dan janji-janji hancing puak Pakatan yang sedang cari sokongan rakyat..
Kalau setakat bijak berjanji.., gua yakin korang pun boleh pasang angan-angan nak jadi Perdana Menteri..
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.