BREAKING NEWS

Mahathir bagi WARNING pada Najib..


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu balik kepada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tidak lama lagi.

Malah, bekas perdana menteri menegaskan Umno boleh kalah teruk jika pilihan raya umum diadakan pada masa sekarang kerana semangat telah pudar dan “perpecahan masih kritikal.”

Justeru katanya, hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi ‘duri dalam daging’ iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus.

“Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

“Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas menyampaikan ‘Bicara Negarawan’ pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang Umno ini terhapus.

Beliau yang ditanya adakah sesuai pilihan raya umum diadakan sekarang, menjawab: “Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun Umno belum cukup kuat.”

“Dalam Umno masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang Umno seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain,” katanya dipetik Bernama Online.

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: “Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah.”

“Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

“Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel... adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

“Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama,” kata beliau lagi.

“Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud,” soal Dr Mahathir.

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata, rakyat masih marah pada komunis.

“Dia pilih untuk mengkhianati negara... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng,” tambahnya.

Dr Mahathir menegaskan, Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan.

PANAS!!! Namawee HINA wanita melayu dalam Nasi Lemak 2.0..


Bro.., zaman sekarang ni mana ada pompuan melayu dikampung-kampung berkemban broo.. Come on lahhh.. Tapi dalam filem Nasi Lemak 2.0 Namawee tu, still ada dia tunjuk pompuan melayu berpakaian seksi macam tu dikampung...

Gua terfikir.., cina kafir tu sengaja nak menghina pompuan melayu ke atau dia memang tak faham situasi kampung melayu?

Bagi gua.., cina sohai tu memang tak sensitif dengan adat dan budaya kaum dalam negara.. Macam ni pun ada lagi melayu-melayu yang suka kat dia ke?

So..., dengan penghinaan cina Namawee ni pada kaum pompuan melayu ni dalam filem dia.., memang layaklah filem tu digelar filem sampah !!!


p/s: Ikhlas pengakuan dari gua.., gua dapat gambar diatas tu melalui Fesbuk.. Sumpah gua tak tengok pun filem sampah si cina rasis tu..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online