Debat sejarah yang dimulakan dengan isu Mat Indera kini berjangkit kepada persoalan sama ada ulama lantang Ibrahim Libya yang terbunuh dalam peristiwa Memali pada tahun 1985 merupakan seorang pengkhianat atau tidak.
Menjawab persoalan yang diajukan, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau pernah mendengar pengakuan itu daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri berhubung perkara itu.
"Tentang Memali, ketika saya sedang menuntut di Amerika, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah menteri pelajaran ketika itu. Saya pengerusi (sebuah) forum...
"Dia (Anwar) mengatakan Ibrahim Libya adalah seorang penderhaka, Ibrahim Libya adalah individu yang mencetuskan suasana yang boleh menimbulkan huru hara, ketegangan politik," katanya. - MalaysiaKini.
Sebenarnya.., gua bukan nak cerita pasal Anwar kata Ibrahim Libya sebagai pengkhianat tu sangat.. Gua cuma nak tunjuk kat korang satu komen dari pencacai tegar PAS yang cuba samakan Anwar dengan Saidina Omar r.a..
Punyalah taksub si pencacai tu dengan Anwar sampaikan dia sanggup samakan Anwar dengan sahabat Nabi saw.. Mangkuk ayun punya pencacai..
Korang tengok sendirilah komen dia kat bawah ni.. Kalau macam tu punya gayanya.., patutlah dorang tak kisah bila Anwar main pelacur... Maksum jugak Anwar tu rupanya bila jadi geng PAS...
Gua heran betul dengan puak-puak penyokong Pakatan nih.. Apalah yang dorang benci sangat dengan Sultan dan Raja-Raja Melayu dalam negara? Ada je yang tak kena dimata dorang...
Yang paling baru.., si Hishamuddin "gay jamban" mempersoalkan cara Sultan Perak dilantik.. Dia membayangkan Sultan Perak dilantik melalui sistem "musical chair".. KLIK SINI
Korang tahu tak "musical chair" tu apa? Alahh, yang permainan kerusi bulat lepas tu ada budak-budak pusing disekeliling sambil diiringi dengan muzik tuu.. Cuba tengok video kat bawah ni...
Haa.. lebih kurang macam tu lah si Hishamuddin@Tukar Tiub gambarkan sistem perlantikan Sultan Perak.. Tak ke kurang ajar namanya tuu...
Inilah fahaman yang diterapkan dalam Pakatan yang diketuai oleh Anwar.. Gua rasa dorang nak jadikan negara ni sebagai negara Komunis.. Tak ada sistem Raja dan juga tak ada kepercayaan agama..
Sebab tu lah si gay jamban tu suka sangat sokong Pakatan.. Memang sesuai sangat lah dengan jiwa dan perangai dia tu...
Seperti yang kita ketahui, Anwar Ibrahim adalah pengguna twitter tegar yang sangat kerap bertweet melayan twitter serta forwardkan inti blog dan media yang memihak diri beliau.
Tweet Anwar Ibrahim menggunakan sistem 'Selective Tweets' yang akan forwardkan mesej di dalam twitter secara automatik ke dalam Facebook seseorang.
Yang peculiar nya, seperti isu Anwar hilang 2 jam yang tidak terjawap oleh Anwar dan Rafizi Ramli, MiM mendapati bahawa Anwar Ibrahim juga 'hilang' dari social networking pada 12hb Januari 2011 sehingga ke pagi 13 Januari 2011!
Anwar Ibrahim 'hilang' hampir 17 jam daripada Facebook dan selective tweets!
Dan jika video pertama adalah disekitar Kuala Lumpur, video kedua pula adalah di Bangkok iaitu 1,178 km perjalanan kapalterbang dari Kuala Lumpur! Sudah tentu masa yang di ambil lebih lama. Rujuk di bawah :-
Tentera pengaman Kesatuan Afrika (AU) yang melawan pihak pemberontak di ibu negara Somalia, Mogadishu, mengakui hari ini bahawa askarnya mungkin secara tidak sengaja telah menembak mati seorang jurugambar Malaysia pada awal bulan ini.
Noramfaizul Mohd Nor terbunuh apabila tentera pengaman dari Burundi yang meronda di bandar itu melepaskan tembakan ke atas kenderaannya. Seorang lagi wartawan Malaysia juga cedera pada kejadian itu.
“Lembaga siasatan yang ditubuhkan mendapati empat orang askar terlibat dalam kejadian tembakan itu … dan mengesyorkan supaya keempat-empat askar, dari Burundi itu dihadapkan ke mahkamah mengikut proses ketenteraan dan undang-undang negara mereka,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan pengaman Amisom.
Menurut kenyataan itu lagi, keempat-empat orang askar itu juga telah digantung daripada ditugas.
Amisom mempunyai kira-kira 9000 askar di Somalia bagi menghalang pemberontak yang disokong oleh al-Qaeda dan sekutunya daripada menumbangkan kerajaan yang didirikan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Militan al-Shabaab menarik diri dari Mogadishu pada bulan lalu tetapi memberi amaran, mereka akan menjalankan serangan gerila di bandar itu, termasuk melancarkan serangan bom kereta dan serangan berani mati.- Reuters
Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Excellent Pictures dalam satu kenyataan di sini, Isnin, berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.
“Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan.
“Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat,” katanya.
Aikk..., senang sungguh Nasrudin selesaikan kes Hantu Bonceng ni.. Hari tu bukan main lagi meroyan marah kat Ahmad Idham.. Sekarang ni bila jumpa je dah sejuk hati ke?
Gua syak si Nasrudin tu sebenarnya saja je nak cari populariti murahan.. Dan mungkin dia saja je nak lunaskan impian untuk bergambar dengan pengarah pojaan dia tu..
Manalah tahu kann.. Kot-kot si pengarah tu offer dia jadi pelakon.. Dapat watak Hang Cangkul pun jadilahhhh... Hahahahaha...
"Lalalala... Pagi yang gelap.., kini sudah cerahh... Depan ada nampak amoii cantik maa.."
Koh Tsu Koon yang juga pengerusi Barisan Nasional negeri, terlibat dalam satu kemalangan kecil yang berlaku di hadapan Pantai Molek di sini ketika mengiringi Najib mengayuh basikal di dalam program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong di sini.
Koh ketika ditemui pemberita berkata, kejadian itu berlaku apabila satu kemalangan membabitkan dua remaja di hadapannya dan beliau tidak sempat mengelak.
"Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan saya tidak sempat menekan brek basikal lalu melanggar basikal dua remaja itu," katanya yang kelihatan berjalan terhencut-hencut dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius meskipun berasa sakit di bahagian lutut kiri.
Gua dah kata.., si biawak sekor ni memang kaki auta.. Putar belit dan pembohong dia kurang satu level je dari Anwar Ibrahim..
Hari tu bila didedahkan dia burukkan negeri Johor di luar negara, mati-mati dia tak mengaku.. Nah sekarang dah ada bukti rakaman video.. Jangan kata bukti video ni tak boleh pakai pulak yee..
Sekarang ni memang confirmlah apek kiasu ni jenis yang kurang ajar.. Bukan kata rakyat Penang je yang dia cuba tipu.., satu malaya pun dia nak kelentong sekarang...
2-3 hari lepas dia cakap nak saman Bernama kan pasal kononnya dah fitnah dia.. Sekarang ni pergilah saman... Itu pun kalau dia berani laa...
p/s: Terima kasih pada Dr MiM.., blogger termacho di Penang diatas rakaman video di atas.. Gua tak sempat nak rakam semalam sebab hujan lebat..
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik, (Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, (Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pensyarah ketuai projek patukan ular
-
SEORANG penyelidik kelahiran Malaysia kini mengetuai projek antarabangsa
untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang mati setiap tahun akibat
patukan ...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...