Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Ketua Regim DAP di Penang kasi WARNING sama Pok Nik.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.
Beliau mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.
“Jika anda berkata sebarang perkataan dalam prinsip bersama dalam Buku Jingga itu menyebut tentang hudud atau negara Islam, saya fikir bukan sahaja saya tetapi semua anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan meletakkan jawatan.
“Kami adalah parti yang berprinsip dan pemimpin berpegang pada prinsip, jadi tidak ada jalan bagi pemimpin yang berkata selepas memegang tampuk kuasa di Putrajaya akan melaksanakan hudud dan menubuhkan kerajaan Islam. Tidak mungkin kerana ia bukanlah dalam rangka dasar bersama.
“Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Guan Eng berkata, mengadakan hukum hudud atau sebuah negara Islam tidak pernah disebut dalam Buku Jingga pakatan dan ketiga-tiga parti hanya bersetuju menyatukan rakyat Malaysia di bawah prinsip bersama yang antara lain bagi tujuan kebebasan, keadilan dan demokrasi.
Beribu naskah Al-Quran dibuang di kandang lembu.
BACHOK - Penduduk Kampung Pauh Sembilan dekat sini gempar apabila menemui beribu-ribu naskhah al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal lembu dipercayai untuk dilupuskan secara tidak sah.
Seorang penduduk, Mamat Harun, 65, berkata, kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin, sebuah treler telah memasuki kampungnya dan dia sempat melihat beberapa lelaki sedang memunggah kotak ke dalam sebuah lori kecil.
Menurutnya, treler tersebut berhenti dalam jarak satu kilometer dari bangsal tempat al-Quran tersebut ditinggalkan dan terpaksa menggunakan lori kecil untuk mengangkutnya.
"Jalan ke bangsal ini sempit, jadi treler berhenti di simpang jalan dan mereka menggunakan sebuah jengkaut untuk memindahkan al-Quran dari treler ke sebuah lori kecil sebelum dihantar ke bangsal tersebut.
"Saya sempat tanya, mereka beritahu dari Kuala Lumpur dan diarahkan untuk menghantar al-Quran tersebut ke sini untuk disimpan," ceritanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, jarak antara rumahnya ke bangsal tersebut hanyalah 200 meter dan pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.
Bagaimanapun dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas beberapa orang polis dan pegawai pejabat agama datang ke kawasan tersebut petang kelmarin.
Katanya, bangsal tersebut yang seluas 1.4 meter x 2.8 meter itu pernah dijadikan tempat menyimpan makanan lembu seperti dedak dan rumput namun tetapi kini tidak lagi digunakan oleh pemiliknya.
Sementara itu, sumber Pejabat Agama Jajahan Bachok memberitahu, siasatan awal mendapati al-Quran tersebut mungkin untuk dilupuskan.
Ia berikutan terdapat kecacatan daripada segi cetakan dan reka bentuk ataupun kesilapan pada ayat al-Quran itu sendiri.
Katanya, al-Quran tersebut telah dihantar ke sini oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur dan akan diserahkan kepada individu tertentu untuk dilupuskan dan bangsal tersebut hanya dijadikan transit.
"Kita telah membuat laporan polis dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu terbabit kerana tindakan melupus al-Quran perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan hanya boleh dibuat di kawasan tertentu sahaja.
"Saya dimaklumkan tempat untuk melupus al-Quran ini hanya di Kuala Lumpur dan prosesnya melibatkan kos yang tinggi. Jadi, ini mungkin salah satu cara pihak tersebut untuk mengurangkan kerugian yang dialami," ujarnya.
Jelas beliau, pihaknya telah menutup kawasan tersebut dan kesemua al-Quran terbabit juga ditutup dengan rapi bagi mengelakkan ia disalah guna.
Kawasan tersebut kini di bawah pemantauan polis sehingga siasatan selesai dan tindakan susulan diambil.
TERKINI!!! Mat Sabu TIPU pelajar sekolah Pondok..
Penganjur Majlis Memperingati 27 Pelajar Mangsa Kebakaran Pondok Pak Ya di Sekolah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah dekat Yan, kecewa dengan tindakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang gagal hadir pada majlis itu Khamis lalu.
Pengarah projek majlis berkenaan, Zainon Ismail mendakwa pihaknya rugi kira-kira RM30,00 kerana kos persiapan majlis dan aktivitinya serta harga mencetak buku lebih 1,000 naskah, "Kisah Sedih 27 Puteri Rentung Dalam Tragedi Kebakaran 22 Sept" yang dijadualkan dijual kepada hadirin pada perasmian majlis itu.
Beliau juga amat merasa malu dengan tohmahan yang dilemparkan oleh hadirin kerana dimaklumkan Mat Sabu tidak dapat hadir pada majlis itu, katanya.
Majlis berkenaan julung kali diadakan oleh Alumni Pondok Pak Ya bagi memperingati 27 mangsa yang terkorban dalam satu tragedi kebakaran di Pondok Pak Ya yang kini ditukar menjadi Sekolah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah pada 22 September 1989, di samping mengeratkan hubungan antara alumni dengan pelajar baru.
Dalam kejadian 2.30 pagi pada 22 September 1989 itu, lapan blok asrama perempuan di sekolah yang lebih dikenali Pondok Pak Ya di Padang Lumat rentung dan mengorbankan 27 pelajar manakala enam pelajar dapat menyelamatkan diri dalam keadaan melecur teruk dan cedera lain termasuk pinggang patah.
Katanya, beliau difahamkan Mat Sabu tidak dibenarkan hadir ke majlis itu tanpa alasan kukuh oleh Perhubungan PAS negeri dan kawasan.
Perhubungan PAS negeri memberikan syarat bahawa pemimpin pusat parti itu perlu mendapatkan persetujuan daripada kepimpinan PAS kawasan terlebih dulu sebelum hadir pada sesuatu majlis.
Bagaimanapun, Mat Sabu tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara ini.
Banyak pusat URUT.., Bukti PAS Kedah jaga kesihatan rakyat.
Para penduduk di bandar ini kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.
Menurut mereka, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked.
Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut.
“Namun lain pula jadinya. Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah.
“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut,” katanya.
Bagi Jalali, penambahan pusat hiburan dan rumah urut menyebabkan masalah sosial semakin melarat di negeri ini, khususnya di Sungai Petani.
“Memang kita berasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi ‘sarang’ perbuatan negatif. Lebih sakit hati bila pihak penguat kuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini,” katanya.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.
“Pengunjung nampaknya tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke pusat hiburan seperti itu kerana ia dibenarkan beroperasi secara sah oleh kerajaan negeri,” katanya.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah pusat hiburan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak kebelakangan ini.
Beliau juga melahirkan rasa hairan bagaimana keadaan tersebut berlaku sedangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.
p/s: Tahniah PAS Kedah kerana menjaga kesihatan rakyat. Rakyat Kedah sekarang ni tak lagi diancam sakit-sakit urat... Ini barulah betul negeri BERKEBAJIKAN... Hahahaha
Luahan hati pengunjung Jamuan Raya PKR.
Gua dapat satu email dari seseorang berkenaan dengan jamuan Raya PKR yang berlangsung semalam. Khabarnya, 5 ribu orang hadir di majlis tu yang dibuat di Tropicana, Damansara.
Tapi mamat dalam email ni tak puas hati dengan Majlis Raya PKR ni.. Kenapa agaknya ye? Dia tak cukup makan ke? Tak dapat cium tangan Anwar ke? Atau tak dapat jumpa Nurul Izzah?
Jom kita baca apa yang dia tulis...
Parti Keadilan Rakyat mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya di Ibu Pejabat PKR semalam. Saya berada di sana sejak jam 12.30 tengahari sehingga majlis berakhir sekitar jam 3 petang untuk memerhati gelagat pemimpin yang bakal berlakon lagi bila masa kempen pilihanraya bermula.
Apa yang dapat diperhatikan adalah:
- Beranika jenis makanan disediakan. rendang, lemang, nasi empit, roti canai, cendol dan satay antaranya.
- Tidak kurang daripada 15 buah khemah berukuran 20' x 20' didirikan
- Tidak kurang daripada 20 bas berbaris menurunkan penyokong parti yang diangkut dari entah mana-mana.
- Hampir kesemua pimpinan parti hadir.
- Saya sempat sembang dengan Cikgu Faris Musa yang nampak rancak gerak ke hulu ke hilir... bagus le macam tu..
Mari kita tengok, apa yang hebatnya dalam Majlis Jamuan itu?
- Kesemua wakil rakyat dan pemimpin PKR berlagak tidak ubah seperti pemimpin Umno.
- Wakil Rakyat dan kepimpinan parti berlagak macam "Tuan Besar" berteduh dan bersembang di khemah VIP
- Khemah dibahagikan kepada 'dua darjat'. Satu darjat, khemah VIP (untuk wakil rakyat dan pemimpin parti). Manakala yang satu bahagian lagi untuk tetamu dan penyokong parti yang membolihkan VIP itu menjadi VIP... !!!
- Khemah untuk Wakil Rakyat dan pemimpin parti, makanannya siap terhidang dalam 'Dom'.
- Khemah untuk penyokong dan ahli parti... alahai nasib engkau lah.. ada yang makan tepi parit.
- Orang macam Latifah Koya, Samm dan yang seangkatan dengannya tidak bolih bergerak jauh daripada khemah VIP sebab mereka adalah raja dan pemaisuri lilin, tak bolih kena panas matahari... nanti cair.. !
- 'Usetat' Badrul Amin (penjual keset ugama) pun bersembang juga dengan tetamu. Daripada banyak meja kosong, usetat ini pilih untuk duduk makan dan bersembang di meja perempuan wakil-wakil dari Kelana Jaya. Saya ingatkan 'usetat' tu memang dah kenal biasa dengan mereka, tapi bila diselidiki... rupanya usetat tu sesaja 'syiok' dok situ.
Saya berharap lain kali "khemah VIP" tak perlu diadakan di majlis rumah terbuka hari raya bagi memberi peluang rakyat duduk bebas bersama pemimpin pujaan mereka kerana pemimpin dan rakyat berpisah tiada.
Ada yang datang dari jauh hampa nak bergambar kerana pemimpin sibuk berbual sesama kawan2 pemimpin saja. Nanti dekat2 pilihanraya, jangan turun ke rumah rakyat kerana di sana tiada "tempat VIP".
Dalam bab bersama rakyat nih.. saya rasa Najib lagi bagus kot...Sekian!
Langgan:
Catatan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.





