BREAKING NEWS

Kantoi PAKAR DNA.., Anwar akan bawa PAKAR TULANG pulak ke Mahkamah..


Pakar tulang dari Jerman yang pernah merawat Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwatnya yang disambung 3 Oktober depan.

Perkara itu dinyatakan peguam Anwar, Sankara Nair yang ditemui selepas perbicaraan tersebut selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dr Thomas Hoogland pernah merawat kecederaan tulang belakang yang dialami Anwar pada 2004 selepas didakwa dicederakan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor ketika dalam tahanan polis pada 1998.

Thomas akan memberi keterangan pada 6 Oktober depan apabila perbicaraan kes itu bersambung semula 3 sehingga 7 Oktober depan.

Justeru itu, pakar berkenaan dijangka akan mengesahkan tentang tahap kesihatan dan keupayaan fizikal Anwar, 64.

Bercakap lanjut, Sankara memberitahu Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Dr Lim Kong Boon akan turut hadir untuk memberi keterangan.

Lim Kong Boon adalah watak sama yang pernah terlibat dalam kes liwat 1998 sebagai pegawai kimia yang juga merupakan saksi pendakwa pada masa itu.

Beliau juga sebelum ini dalam keterangan Nor Aidora Saedon bertanggungjawab memberikan arahan khas kepada Aidora untuk melakukan analisa segera ke atas sampel dari putik kapas yang diperolehi daripada pegawai penyiasat, Jude Pereira.





P/S: DNA sudah tak laku.., sekarang main pulak wayang sakit belakang.. Lepas ni gua ramalkan kita semua boleh tengok Anwar datang ke Mahkamah naik kerusi roda pulak...

Memang Raja Drama betullah Syeikh Al Buntuti tu...

Nasrudin Tantawi SERANG Finas...


Kalau dengan bangsa sendiri.., puak-puak PAS ni memang berani.. Laju je dorang pergi hentam Finas pasal isu Hantu Bonceng yang dikatakan menghina Islam..

Tapi mana pi puak-puak PAS bila kafir DAP hina Islam? Mana bayang PAS masa umat Islam dimurtadkan di Selangor? Mana suara puak-puak berserban besar bakul tu bila Anwar kantoi main dengan pelacur?

Nak tegakkan Islam pun main pilih kasih ke Nasrudin oiii? Kalau berani, lu try nasihatkan Nik Aziz yang suka jual agama tu dulu laa...

Orang tua tu bukan setakat persendakan Islam.., tapi dia sanggup buat apa saja demi politik dia... Berani ke Nasrudin??


Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia [FINAS] berkaitan Isu Filem Mempersenda Islam [Filem Hantu Bonceng].

Filem tersebut adalah berkenaan dengan salah satu babak yang seakan-akan mempersendakan lafaz syahadah yang menjadi asas kepada agama Islam.

Menurut Ustaz Nasrudin juga bukan hanya filem ini [Hantu Bonceng] bahkan belakangan ini terdapat banyak filem-filem yang berunsur tahyul, seram yang menjadi sajian kepada pertumbuhan masyarakat Malaysia.

Beliau juga berkata, "Kita tidak menafikan bahawa filem mempunyai potensi besar dalam membantu pertumbuhan masyarakat kita".

Justeru, DPPM mahu agar filem-filem atau drama-drama yang ditayangkan kepada penonton adalah cerita yang dapat membina pemikiran dan menjana pertumbuhan masyarakat yang positif.

DPPM sedia membantu demi memastikan perfileman di dalam negara kita lebih maju dan terkehadapan sambil tidak melanggari batasan-batasan Islam.

Rombongan DPPM ke FINAS ini telah diketuai oleh Ketua Pemuda DPPM Ustaz Nasrudin Hassan dan juga Penolong Setiausaha 2, Ustaz Syed Abdul Kadir.

Memorandum DPPM ini diserahkan kepada Tuan Haji Abdul Khalid Maulod selaku Pengarah Pemasaran dan Promosi FINAS sambil ditemani oleh saudara Ahmad Syazli Muhd Khiar selaku Penolong Pengarah Komunikasi Korporat.

Anwar kata Najib BERNIAT JAHAT..


Pakatan Rakyat mengutuk pendakwaan terpilih dan berniat jahat terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang didakwa di Mahkamah Seksyen Butterworth hari ini.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenyataan Mohamad adalah berasaskan interpretasi berbeza memngenai sejarah dan ia seharusnya boleh dibincang secara ilmiah.

Anwar mendakwa, pendekatan keras kerajaan dalam mendakwa Mohammad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bercanggah dengan pemgumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru sahaja mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) minggu lalu, yang membayangkan beliau bersedia untuk berbincang mengenai hal seperti ini.

"Keputusan kerajaan mendakwa Mat Sabu bercanggah dengan apa yang diwar- warkan Najib untuk pembaharuan.

"Mereka nak mansuhkan ISA namun dakwaan ke atas Mat Sabu rakus dan berniat jahat," tegasnya.

Toyota Camry Interceptor 2.4 jadi kereta peronda Unit MPV PDRM


Baru-baru ini bertempat di Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Syarikat SGT Power Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) telah menyempurnakan satu kunjungan hormat, taklimat dan penyerahan kereta Prototaip Peronda MPV jenis Camry Interceptor 2.4 kepada Unit MPV PDRM


Berlangsung di bangunan Menara 1 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sesi penyerahan unit peronda MPV ini diketuai oleh Capt. Adam Abdullah, Pengarah Teknikal SGT Power Sdn. Bhd. manakala PDRM telah diwakili oleh YDH DIG Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.


Dilengkapi dengan peralatan-peralatan canggih dan berteknologi tinggi yang akan membantu memudahkan penugasan di lapangan, kewujudan jentera ini dijangka akan menjadi pelopor kepada pembaharuan kaedah dan teknologi PDRM dalam memerangi jenayah di negara ini.


Turut hadir sama pada hari ini, YDH CP Dato’ Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato’ Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timb. Pengarah KDN/KA (Kepolisan / Pencegahan Jenayah), YDH DCP Dato’ Acryl Sani bin Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, YDH DCP Dato’ Haji Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Dr Brian McDonald semakin KANTOII... Anwar makin hilang akal...


Perbicaraan kes liwat Dato’ Seri Anwar semakin menarik semalam apabila pendakwaraya mempersoalkan ‘kejujuran’ saksi pembela yang merupakan ‘pakar’ DNA dari Australia, Dr. Brian McDonald.

Bagaimanapun Dr. Brian berkali-kali mengelak kejujurannya dipersoal dengan menganggap yang ianya tidak relevan.

Sebelum ini, apabila disoalbalas oleh pihak pembela, Dr. Brian telah memperlekehkan kepakaran tempatan dan dengan yakin mencadangkan bahawa pakar tempatan telah melakukan kesilapan dalam pengambilan sampel DNA.

Namun, apabila transkrip mengenai perkara tersebut dibacakan, beliau terpaksa akur bahawa kenyataannya sebelum ini adalah silap.

Dr. Brian mungkin mempunyai mentaliti barat yang tipikal iaitu memandang rendah terhadap bangsa Asia dan menyangka beliau pasti dapat menghadapi apa jua ‘serangan’ pendakwa berbangsa Asia dan lebih lagi, berbangsa Melayu yang sering digembar-gemburkan oleh sesetengah kaum minoriti Malaysia yang kini bermastautin di Australia sebagai bodoh dan malas.

Justeru itu, beliau telah datang ke mahkamah dalam keadaan tidak bersedia dengan asakan soalan secara terperinci oleh pihak pendakwa serta gagal membuat kerjarumah dengan baik.

Kini, peguamcara Datuk Mohd Yusoff Zainal Abidin telah membuktikan bahawa Dr. Brian sebenarnya tidak punya kelayakan untuk bercakap apatah lagi mempertikaikan kepakaran mengenai DNA.

Ini kerana beliau hanyalah pakar patologis dan bukanlah pakar DNA. Malah sebelum ini mahkamah Brunei dan Australia juga pernah mengenepikan kenyataannya akibat tiada kelayakan.

Dr.Brian juga didapati tidak tahu menahu mengenai prosedur bahawa makmal perlu diestradisi setiap 2 tahun. Ini menunjukkan betapa ceteknya pengetahuannya mengenai DNA.

Ternyata, Dr. Brian tersalah sangka bahawa dirinya lebih hebat dari pakar-pakar tempatan hanya dengan berbekalkan pengalaman dalam bidang ‘paternity test’ iaitu untuk menentukan ibu atau bapa dalam kes kekeluargaan.

Itupun kali terakhir beliau melakukan ujian DNA ialah 7 tahun yang lalu sedangkan teknologi dan prosedur mengenai DNA begitu pantas berkembang maju dan berubah-ubah.

Persoalannya, kenapakah peguam-peguam Anwar yang kononnya bijak lagi tersohor telah memilih Dr. Brian sebagai saksi pakar? Apa agaknya yang difikirkan mereka?

Bagaimana peguam-peguam hebat ini gagal menyelidik latarbelakang beliau sedangkan pihak pendakwa dengan mudah dapat ‘menelanjangkan’ beliau hanya dengan beberapa soalan?

Apakah pihak pembela benar-benar terdesak sehingga sanggup mengambil risiko mempertaruhkan saksi yang tiada kredibiliti? - FMT

HOT!!! Lawyer Anwar dan McDonald jadi bahan ketawa di Mahkamah hari ni..


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka memutuskan untuk mendengar permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang mengenepikan sepina supaya hadir memberi keterangan dalam perbicaraan Fitnah II.

Empat peguam – bekas timbalan pendakwa raya Salehuddin Saidin, peguam-peguam kanan jenayah Hisyam Poh Teik, M Athimulan dan Ghazi Ishak – memfailkan permohonan itu semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang itu dijangka memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan Najib dan Rosmah

Anwar semalam menyelar tindakan Najib mengemukakan permohonan itu memandangkan perdana menteri telah berjanji akan hadir sebagai saksi jika disepina oleh mahkamah.

Pada perbicaraan hari ini, DNA Australia Dr Brian McDonald akan diperiksa-balas hari ini oleh peguambela Ram karpal Singh setelah dua hari berturut-turut disoal-balas oleh pendakwaraya.

Semalam, pendakwaraya cuba mempertikaikan kredibiliti Dr McDonald sebagai pakar DNA apabila mengungkit kes di mahkamah yang pernah menolak keterangan beliau.

Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini

9.49 pagi: Mahkamah mula bersidang. Ram Karpal Singh mula menyoal balas Dr Brian MacDonald.

9.53 pagi: Dr Brian memberitahu kepakarannya pernah dicabar sewaktu beliau menjadi saksi di Australia.

Namun, ia bukanlah berkenaan ujian DNA. Ia adalah berkenaan dengan model populasi, yang bersifat statistikal.

Populasi yang dimaksudkan adalah populasi orang asli Barat Australia.

10.00 pagi: Dr Brian menunjukkan kepada mahkamah sijil-sijil beliau.

Beliau adalah ahli Fellowship of Human Genetics Society of Australia.

10.26 pagi: Ram Karpal Singh bertanya keada Dr Brian samada situasi beliau yang kali terakhir menjalankan ujian dan analisa pada tahun 2004 menjejaskan kepakarannya.

Dr Brian menjelaskan bahawa walaupun beliau tidak menjalanka ujikaji dengan tangannya sendiri, beliau melakukan kerja berkaitan dalam skop yang berbeza.

Beliau memberi contoh bagaimana dalam sebuah firma guaman, peguam yang menjadi rakan kongsi dalam firma itutidak semestinya bertugas menjawab telefon di pejabatnya.

10.33 pagi: Ram Karpal bertanya tentang dakwaan pendakwa raya bahawa DNA air mani masih boleh dikesan selepas berada dalam tubuh mangsa serangan seksual selama 133 jam.

10.36 pagi: Menurut Dr Brian, kes itu adalah kes unik dalam masalah berkenaan kajian ujian DNA.

10.40 pagi: Berlaku pertengkaran kecil di antara Ram Karpal dan Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abidin.

Ia berlaku apabila Ram Karpal membangkitkan isu rencana dalam bahasa Thai yang tidak difahami Yusof tetapi digunakannya sewaktu menyoal balas Dr Brian sebelum ini.

Yusof membantah dan mendakwa artikel itu tidak perlu dibincangkan lagi kerana ia berbahasa Thai.

10.43 pagi: Ram Karpal kelihatan terganggu dengan Yusof yang ketawa kecil sepanjang sesi soal balas dan mengadukan perkara itu kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin.

Hakim Zabidin mengarahkan Ram Karpal meneruskan sesi soal balas.

10.47 pagi: Hakim dan Yusof ketawa kecil dengan Ram Karpal yang kelihatan sedikit berang apabila Yusof masih lagi senyum tersipu-sipu sewaktu Ram Karpal meneruskan sesi soal balas.

Sebahagian hadirin di galeri awam turut ketawa kecil dengan tingkah laku Ram Karpal.

11.10 pagi: Mahkamah berhenti rehat buat seketika

11.40 pagi: Mahkamah disambung semula. Hakim menetapkan mahkamah akan menyambung perbicaraan itu pada 3 hingga 7 Oktober. Permohonan sepina Najib pula akan didengar pada 29 Oktober nanti.

Nik Aziz nak masuk PKR??? BIAR BETUL NIII....


Dah lama gua tak baca cerita lawak dari PKR nih sebenarnya.. Tapi bila gua baca kenyataan PKR Kelantan tu yang nak senaraikan golongan ulamak untuk bertanding di Pilihanraya umum 13 nanti di negeri tu, gua memang tak boleh tahan rasa nak gelak..

Persoalannya.., ada ulamak ke dalam PKR tu beb? Gua tak tahu lah macam mana korang nampak, tapi bagi gua.., hanya ada satu je ulalalamak dalam PKR tu..

Tak lain tak bukan hanyalah manusia anugerah Tuhan.., Syeikh ANUwar Al-buntuti Wal chinadoll... Tak pun.., mungkin PKR nak offer Nik Aziz untuk bertanding atas tiket parti cap mata tu.. Panas tu beb...

Tak mustahil jugak sebab puak-puak PAS dah mula desak Nik Aziz supaya jangan bertanding lagi di PRU 13 nanti.. Lagipun.., Nik Aziz tu memang sayang banget kat Syeikh ANUwar tu...

Korang tak percaya?? Percayalahhhh... The Truth is out there... Hahahahaha...

Tak Malu !!!! Guan Eng tiru Najib di konti radio....


Memang betullah kepala rejim komunis kiasu di Penang ni langsung tak reti malu.. Muka tebal macam tembok china..

Bila dia tengok Najib dapat sambutan hebat bila turun berkomunikasi bersama rakyat di konti-konti radio.., si lidah bewak Guan Eng ni pun teringin jugak nak buat benda yang sama..


Tapi masalahnya.., tak ada stesyen Radio di Malaysia ni nak jemput dia.. So.., dia pun cari lah radio di luar negara.. Sangap betul !!!

Ye lahh.. pihak radio kat Australia tu manalah tahu sapa sebenarnya cina kiasu tu.. Kalau dorang tau yang dorang interview tu adalah penipu dan pembohong nombor 1 di Penang, mampus dorang tak nak beb..


Dan part yang paling best, si Guan Eng tu bukan nak cerita pasal kemajuan negeri yang dorang "jajah" sekarang.., tapi dia asyik cerita politik dan cerita pasal kerajaan Malaysia yang sangat zalim sebab ada I.S.A..

Gua pun pelik..., Najib masuk ke konti radio untuk dekat dengan rakyat dan tak pernah gua dengar dia hentam pembangkang.. Tapi si chauvinist Guan Eng tu pulak masuk radio untuk hentam kerajaan..

Nampak sangat tololnya anak Kit Siang tu..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online