BREAKING NEWS

GEMPAR!!! Filem Hantu Bonceng HARAM ditonton.. -Ustaz Azhar Idrus..


Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh, beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam.

Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.


Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya belajar pondok untuk berlakon filem.

Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal.., ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.

Teressa Kok MARAH bila UMNO hentam Manoharan.


DAP menganggap isu Jalur Gemilang selesai selepas ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan meminta maaf secara terbuka atas pandangannya yang mahu menukar bendera Malaysia.

Malah, menurut setiausaha organisasi kebangsaan DAP Teresa Kok pandangan Manoharan sebenarnya bukanlah melambangkan pendirian DAP atau Pakatan Rakyat.

“Kita tidak pernah mempersoalkan kedudukan Jalur Gemilang sebagai sebagai bendera kebangsaan, jauh lagi dari berhasrat untuk mengubahnya. Ia bukan isu Pakatan,” katanya dipetik oleh organ DAP, Roketkini.

Bagaimana pun, menurut Kok, beliau dan beberapa pimpinan DAP telah pun menasihatkan Manoharan agar lebih berhati-hati bila mengeluarkan sebarang kenyataan.

Manoharan melalui laman Facebook telah pun menyatakan permohonan maaf beliau secara terbuka, yang perihatin untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia.

Melalui Facebook, Manoharan dipetik sebagai berkata, “Saya anak Malaysia yang patriotik. Saya memohon maaf berhubung komen saya mengenai bendera Malaysia yang telah menimbulkan perasaan tidak selesa kepada anda semua.”

Beliau juga telah memadamkan komennya di laman sosial yang menyatakan akan bertindak menukar corak bendera Malaysia sekiranya Pakatan menang.

Bagi Kok yang juga ahli parlimen Seputeh dan ADUN Kinrara, BN, khususnya Umno tidak seharusnya terus memainkan isu itu, untuk kepentingan politik mereka dengan 'menyerang' Manoharan dan Pakatan di media arus perdana.

“Sepatutnya, mereka (pemimpin-pemimpin BN) menumpukan lebih perhatian kepada isu yang jauh lebih penting, iaitu berkenaan penggubalan dua undang-undang baru yang dikatakan akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya.

Samsul ketot UGUT nak buat RUSUHAN lepas ni...


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) tidak teragak-agak untuk mengajak rakyat turun ke jalan raya sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional masih berdegil melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, AMK memberi amaran akan menggerakkan rakyat khususnya golongan muda di seluruh negara bagi membantah keputusan itu.

“AMK akan mengambil inisiatif untuk menggerakkan secara meluas bersama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) kerana ini (perlaksanaan GST) merupakan beban dan akan menyebabkan rakyat yang parah.”

“Ini bukan agenda politik kerana isu ini merupakan isu rakyat,” katanya kepada Keadilandaily.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan sedang meninjau kemungkinan melaksanakan GST selepas pilihan raya umum akan datang.

Ia berbeza dengan kenyataan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang memberi jaminan GST tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Pakatan Rakyat juga memandang serius isu ini dan akan terus memperkasa ekonomi negara sehingga rakyat tidak merasa beban,” katanya.

Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga yang menggariskan keutamaan dalam perbelanjaan negara dan menutup ketirisan dalam sistem kewangan negara.

Ia berbeza dengan Kerajaan BN yang mengambil jalan mudah untuk mengurangkan defisit negara dengan perlaksanaan GST yang membebankan rakyat.

Anwar marah bila Najib tak mau teman dia di Mahkamah..


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak kerana enggan menjadi saksi dalam perbicaraan Fitnah II terhadapnya.

Ia berikutan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, memohon mahkamah mengenepikan perintah sapina agar mereka hadir sebagai saksi dalam perbicaraan itu.

Keenganan Najib, yang sebelum ini berjanji akan hadir jika dipanggil mahkamah disifatkan Anwar sebagai ‘berundur sebelum bertempur’ .

“Ini kurang menyenangkan kerana beliau (Najib) sudah berjanji akan hadir ke mahkamah jika disapina sebelum ini.

“Katanya dia tidak terlibat. Kalau tidak terlibat, kenapa dia pernah bertemu (pengadu) Saiful sebelum ini?,” soal Anwar ketika ditemui selepas selesai perbicaraan kes Fitnah II petang tadi.

“(Tetapi) dia (Najib) pilih untuk berundur sebelum bertempur.

“Kurang ‘cool,” kata Anwar sinis merujuk tindakan Najib menonjolkan imejnya sebagai ‘kool’ dan sempoi, di dalam laman sosial untuk memikat pengundi muda, termasuk menghadiri sebuah konsert baru-baru ini.

Najib dan Rosmah petang tadi membuat permohonan mengenepikan perintah itu melalui empat peguam iaitu Datuk Sallehuddin Saidin, M Athimullah, Teh Poh Teik dan juga Ghazi Ishak.

Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar kes itu, membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah, untuk dijadikan saksi pembelaan.

Peguam Anwar mahu mengheret Najib dan Rosmah ke mahkamah kerana mereka pernah menemui pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pertemuan itu diatur beberapa kali sebelum pemuda itu membuat laporan polis mendakwa diliwat ketua pembangkang itu pada 26 Jun 2008.


p/s: Masa mengentot dulu Anwar tak ajak Najib punn... So takkan masa di mahkamah je ingat Najib? Tak aci la macam tu... Hahahahaha..

WAJIB TENGOK!!! Video dan gambar penyokong Mat Sabu minta sedekah di Mahkamah..


Malu beb... PAS kata dorang perjuangkan negara berkebajikan.. Tapi sekarang ni gua rasa itu bukan perjuangkan kebajikan untuk rakyat, tapi sebaliknya kebajikan untuk pemimpin-pemimpin PAS sendiri..

Korang tengok video dan gambar yang gua letak kat sini.., macam ni ke pemimpin yang berjuang untuk rakyat?

Bukannya Mat Sabu nak tunjuk prihatin pada rakyat, tapi dia sendiri yang suruh orang prihatin pada dia.. Itulahhh..., lainkali kalau dah tau tak ada duit nak bayar jaminan, jangan cari masalah..

Yang pengikut PAS tu semua pun tolol.. Patutnya biar je Mat Sabu tu merengkok dalam lokap pasal tak boleh bayar duit jaminan.. Baru padan dengan muka dia!!!






Dr McDonald KANTOI lagiii... Anwar mula gelabah bewak...


Semalam, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berjaya membuktikan bahawa pakar upahan Anwar Ibrahim sebenarnya tidak mempunyai kelayakan setaraf dengan pakar DNA.

Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini.

9.23 pagi: pihak pendakwa bersama barisan peguamnya tiba di Mahkamah. Kelihatan banyak lagi tempat kosong di galeri awam.

9.35 pagi: Anwar dan kuncu-kuncunya masih lagi berada di luar mahkamah berbual-bual dengan peguamnya Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy.

9.41 pagi: Semua yang terlibat masuk ke kamar mahkamah

10:00 pagi: Mahkamah memulakan prosidingnya.

10:05 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden memulakan perrbicaraan dengan menyoalbalas saksi pembela Dr Brian samada beliau pernah melakukan prosedur ‘differential extraction’.

Dr Brian buat-buat tak faham dan minta Yusof mengulangi soalannya sekali lagi
Taktik Dr Brain untuk mengelakan dari daripada gementar

Sankara cuba menyibuk dengan mempertahankan Dr Brain dengan memberitahu Hakim bahawaa Dr Brian sebelum ini pernah memberitahunya yang beliau kadangkala sedikit sukar memahami Yusof kerana telor (accent) bahasa Inggeris beliau yang agak dalam.

10.08 pagi: Yusof bertanya samada Dr Brian sendiri pernah menjalankan differential extraction?

Dr Brian berkata beliau tidak pernah menjalankan sebarang proses differential extraction tetapi beliau boleh faham dan tahu prinsip-prinsipnya.

10.14 pagi: “Awak telah mengkelaskan eksperimen Dr Seah sebagai cacat kerana beliau tidak ‘membasuh’ sel epitelium?” tanya Yusoff.

“Saya hanya memberi keterangan berdasarkan apa-apa yang diberitahu Dr Seah. Dia kata dia tidak melakukannya,” kata Dr Brian dengan penuh gementar.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Dr Brian berkata bahawa DNA lelaki Y mungkin berasal daripada sel bukan sperma kerana Dr Seah tidak ‘membersihkan’ sampel yang diperiksanya.

Tetapi bila disoalbalas oleh Yusuf, Dr Brain mula mengelabah.

10.18 pagi: Yusof terus menunjukkan satu dokumen yang memperincikan ‘pencucian’ sel epitelium tidak ‘perlu’ dilakukan tetapi ‘dicadangkan’ sahaja untuk dilakukan.

10.23 pagi: Dr Brian berkata memang ia tidak perlu ‘dicuci’ untuk membuang sel-sel bukan sperma terdapat kemungkinan DNA yang diperolehi bukan berasal dari sperma.

10.30 pagi: Yusof mempertikaikan kenyataan Dr Brian sebelum ini dimana slaid perlu disediakan selepas proses differential extraction dibuat.

“Di manakah terdapat cadangan bahawa slaid perlu disediakan selepas differential extraction disediakan?” tanya Yusof sekali lagi

10.40 pagi: Dr Brian merasa sudah tergugat maka berlakulah pertengkaran kecil berkenaan penyediaan slaid.

Yusof berkata bahawa slaid tidak perlu disediakan jika sel sperma dan sel bukan sperma berjaya dipisahkan daripada sel sperma di bawah proses differential extraction.

Brian pula berkata slaid itu masih perlu disediakan untuk memastikan sel sperma dan bukan sperma sudah berjaya dipisahkan.

10.55 pagi: Yusuf: “Awak boleh komen kemudian. Saya tidak mahu komen awak saya cuma mahu jawapan ringkas awak sahaja,” kata Yusof.

11.10 pagi: Yusuf: “Awak kata DNA dari B10 boleh datang dari sel kulit Saiful sendiri?”

Dr. Brain: “DNA itu tidak dapat dipastikan samada daripada air mani dari pengadu dari putik kapas,”

11.14 pagi: Mahkamah berehat sebentar selama 15 minit.

11.40 pagi: Mahkamah kembali bersidang dengan Dr Brian kembali disoal balas Yusof.

Yusof bertanya kepada Dr Brian tentang akreditasi makmal DNA Jabatan Kimia.

11.48 pagi: Dr Brian memberitahu yang beliau sebelum ini mengatakan makmal DNA Jabatan Kimia tidak diakreditasi kerana mereka tiada sijil akreditasi ISO 17025.

Ia sebaliknya hanya diakreditasi oleh ASCLAD di bawah Legacy Programme.

12:00 tengah hari mahkamah berhenti rehat. Sidang Mahkamah bakal bersambung pukul 2:30 petang nanti..

Mat Sabu kecewa diluar Mahkamah.


Gua on the way balik dari mahkamah seksyen Butterworth. Mat Sabu dah dilepaskan dari mahkamah tadi setelah duit jaminan dia diselesaikan.

Kat luar mahkamah, Mat Sabu meroyan tuduh Umno dah fitnah dia dalam isu komunis ni. Dengan bangganya dia berikrar akan lawan habis-habisan sampai ketitisan peluh komunis terakhir.

Ishh.. Sempat lagi dia tuduh Umno yee.. Dia sendiri yang cari pasal, sekarang ni nak tuduh orang lain pulak..

Memang dasar komunis betullah..


p/s: Gambar penuh nanti gua update untuk korang yee..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Malaysiakini tipu!! Penyokong Mat Sabu tak sampai 50 orang.

Petikan dari Malaysiakini..,

"Menurut Mat Sabu, kerajaan mula kehilangan sokongan rakyat, khususnya golongan muda dan terpaksa menggunakan kekerasan dan undang-undang bagi mengurangkan pengaruhnya. Sementara itu, ratusan penyokong pemimpin PAS berkumpul di luar pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi tadi bagi memberi sokongan. Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow."- Malaysiakini


Nampak sangat menipunya Malaysiakini bila dorang laporkan beratus orang Pas datang untuk sokong Mat Sabu.. Padahal gua nampak tak sampai pun 50 orang yang ada kat depan mahkamah ni.

Untuk pengetahuan korang, Mat Sabu still dalam bilik perbicaraan. Orang yang ditugaskan untuk buat bank draf bagi menjamin Mat Sabu belum balik lagi.

Gua pun dah penat tunggu kat sini. Kejap lagi kalau Mat Sabu tak keluar jugak, gua balik makan nasik kandar lagi bagus.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Duit jaminan Mat Sabu disponsor oleh PBA dan LGE?

Gua dimaklumkan duit jaminan untuk Mat Sabu dah cukup. Sekarang ni puak-puak Pas tengah on the way untuk buat bank draf.

Cepat jugak dorang kumpul duit ye.. Mungkin PBA dan LGE sponsor dorang agaknya kot?

Setakat ni Mat Sabu still terkurung lagi dalam bilik perbicaraan. Tak ramai penyokong jeneral komunis ni datang ke sini untuk bagi sokongan moral kepada dia.

Berita lanjut dan gambar akan gua updatekan nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

LIVE : Mat Sabu tak ada duit nak bayar duit jaminan.

Gua sekarang ada di Mahkamah seksyen Butterworth. Mat Sabu dikenakan ikat jamin sebanyak Rm 15 ribu.

Kecoh sikit sekarang ni sebab geng Mat Sabu tak bawak duit sebanyak tu. So, penyokong-penyokong dia tengah buat kutipan derma kilat untuk bantu Mat Sabu.

Setakat ni dorang baru kutip Rm 4640 saja. Gua dimaklumkan bahawa selagi duit jaminan tu tak dibayar, selagi tu lah Mat Sabu tak boleh balik.

Padan muka dia. Gambar penuh bakal menyusul.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tangkap Mahathir pasal nafi jasa pejuang negara - Mahfuz Omar.


Sayang jugak si Mahfuz ni pada Mat Sabu yee.. Tapi apa kejadahnya dia suruh Najib ambik tindakan pada Mahathir pulak? Mat Sabu yang sokong komunis.., bukannya Mahathir..

So memang patutlah Mat Sabu kena dakwa sebab beribu-ribu laporan Polis dah dibuat oleh rakyat terhadap dia..

Gua cadangkan, apa kata Mahfuz dan geng-geng PAS buat report Polis terhadap Mahathir pulak.. Barulah Polis boleh ambik tindakan... Amacam? Ada berani ke Mahfuz?


Pakatan Rakyat menyifatkan langkah pihak berkuasa mahu mengenakan tuduhan ke atas Timbalan Presiden PAS sebagai tindakan bercanggah dengan pembaharuan politik diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Khamis lalu.

Sehubungan itu mereka menggesa pentadbiran Najib menggugurkan tindakan perundangan yang akan dibawa ke atas Mat Sabu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata apa yang diperkatakan oleh Mohamad mengenai isu komunis sebagai pejuang kemerdekaan cuma satu pandangan sebagai pemimpin politik.

“Jika pentadbiran Najib merasakan ini satu kesalahan, maka saya fikir kerajaan kena mengambil tindakan ke atas beberapa pihak lain yang turut memberi pandangan, yang dikatakan mengguris perasaan banyak pihak.

“Ini termasuklah Ahli Majlis Profesor Negara Prof Dr Zainal Kling dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan negara ini tidak dijajah, ia menafikan peranan pejuang-pejuang negara,” kata beliau merujuk kepada pandangan dibuat mereka sama ada negara ini tidak dijajah atau sebaliknya.

“Jika pandangan Mohamad Sabu dikatakan mengguris hati ramai orang, saya juga merasakan pandangan Prof Zainal dan Dr Mahathir juga telah mengguris ramai orang... apakah tindakan juga diambil ke atas mereka,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online