BREAKING NEWS

OooOoo.. Ini rupanya anak dara Mat Sabu..


Nurul Huda, 28, anak kedua Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat selepas rumah mereka di Seksyen 19 di sini, nyaris terbakar dipercayai disimbah minyak tanah kira-kira 12.40 pagi tadi...

Dalam kejadian itu, hanya pintu pagar rumah berkenaan dan beberapa batang pokok yang ditanam terbakar sebelum api berjaya dipadamkan oleh beberapa jiran...


p/s: Kerana mulut Mat Sabu.., kesian kat anak dara dia yang terpaksa merana.. Tak patuttt.... Tak patuttt...

Kalau harapkan Anwar dan Nik Aziz, alamat "mati kering"lah pelajar kita ni..


Seramai 47 pelajar Malaysia yang menuntut di Syria selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira- kira jam 3 petang tadi.

Kesemua mereka dibawa pulang dengan menaiki pesawat yang diterbangkan khas oleh Wisma Putra, ekoran pergolakan di Syria yang semakin meruncing.

Ketibaan mereka disambut oleh ahli keluarga masing- masing yang menunggu seawal jam 12 tengahari tadi.

Suasana pilu menyelubungi KLIA, apabila ahli keluarga yang menunggu dengan penuh sabar tidak dapat menahan sebak didada.

Bagi Mat Yusuf Latif yang datang dari Pulau Pinang memberitahu kepulangan anakndanya yang tercinta sangat dinanti- nantikan sejak dari awal berita pergolakan di Syria tersebar.

"Saya rasa alhamdulillah bersyukur dan kita masuk (laman sosial) Facebook pun kawan-kawan kata harap-harap apa yang dirancang berjalan dengan baik," katanya.

Katanya lagi beliau masih belum ada apa-apa perancangan bagi anaknya yang mengikuti pengajian syariaah di Universiti Ahmad Al-Quff Tarur.

Bagi Omar Farouk Ali Rejab, pelajar Universiti Mujama' Al Fatah Islami menyifatkan pergolakan di Dama Circus tidaklah seperti yang berlaku di Mesir beberapa bulan lalu.

"Sebenarnya keadaan di sana taklah seteruk seperti yang kita tengok dalam kaca televisyen, propaganda sahaja, cuma mungkin di luar Dama Circus keadaan teruk. Tak seperti di Mesir," jelasnya.

Bagi Mohd Afifuddin Tahar yang mengambil kursus Bahasa Arab dan Pengajian di Mahaddauni pula memberitahu para pelajar di sana mengalami kesukaran dalam mengeluarkan wang selama dua bulan.

"Masalah mahu keluarkan duit tak boleh jadi macam pelajar yang tidak mendapat tajaan mengalami kesukaran untuk membayar wang pengajian, rumah sewa jadi ramai yang tak ada duit," katanya.

Wisma Putra sebelum ini menyatakan, tindakan membawa pulang kesemua pelajar tersebut diambil setelah rusuhan rakyat Syria semakin memuncak dan mula membahayakan keselamatan pelajar Malaysia di sana.

MAMPOSS!!! Dr McDonald SAHKAN airmani Anwar boleh tahan 113 jam..


Pasukan pembelaan perbicaraan liwat II hari ini tersentak apabila saksi mereka - "pakar DNA" dari Australia - Dr Brian Mc Donald bersetuju dengan andaian pendakwaan bahawa air mani boleh bertahan di dubur atau rektum antara empat hingga 113 jam.

Perkara itu diajukan kepada Dr Mc Donald, ketika beliau diasak oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ketika memeriksa balas saksi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Yusof merujuk kepada artikel 1997 yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard dan telah diterbitkan dalam jurnal perubatan.

Yusof: Berdasarkan jurnal ini, bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui air mani pada calitan kapas yang diambil dari dubur selepas empat hingga 113 jam?

McDonald: Saya bersetuju.

Dalam artikel 1982, Ellard menyatakan penemuan bahawa air mani boleh bertahan selama 65 jam di dalam rektum. Perkara itu, bagaimanapun telah menjadi satu pertikaian di kalangan pengamal perubatan dan komuniti saintifik.
Bukan mustahil

Yusof juga sebelum itu merujuk kepada tiga jurnal perubatan kes rogol luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih daripada 100 jam.

Dr McDonald yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam mengendalikan ujian DNA mendapati perkara tersebut adalah mustahil dan enggan bersetuju dengan cadangan Yusof.

Beliau yang disoal peguam bela Ram Karpal Singh sebelum ini berkata penemuan berkenaan amat jarang berlaku dan ia tidak boleh dijadikan rujukan.

Namun beliau tidak menafikan perkara tersebut bukan mustahil.

Suasana juga tegang seketika apabila Yusof cuba memaksa pakar Australia itu supaya bersetuju dengan penemuan dalam jurnal yang dikemukakan termasuk menyuruhnya membuat andaian ia rujukan sahih.

"Saya tidak boleh baca kerana ia tiada rujukan untuk perbandingan. Melainkan ada orang boleh terjemah. Saya yakin orang dalam perbicaraan ini tidak boleh baca jurnal itu (yang dalam bahasa Thailand)," katanya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Peguam Ram Karpal kemudian membantah tindakan Yusof.

"Anda tidak boleh suruh saksi untuk buat andaian maklumat dalam bahasa Thai," katanya dan dibenarkan hakim.

Mahkamah Tinggi sebelum ini diberitahu spesimen yang diperolehi dari dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah mencecah tempoh masa hampir 100 jam sebelum diuji makmal Jabatan Kimia Malaysia.

Malah peguambela mendakwa sampel berkenaan tidak dikendalikan dengan baik dan berlaku pencemaran.

Bagaimanapun laporan pakar kimia, Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon yang dikemukakan kepada mahkamah menyatakan sperma berada dalam keadaan baik ketika diuji walaupun telah terdedah kepada persekitaran.

KANTOIII !!! Saksi pembelaan Anwar BUKAN PAKAR DNA...


Perbicaraan kes Liwat Anwar Ibrahim bersambung semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan saksi pembela, Dr Brian McDonald akan diperiksa balas oleh pihak pendakwa.

Semalam, menurut pakar yang diupah oleh Anwar dari Australia itu mengatakan tiada bukti yang menunjukkan bahawa profil-profil DNA yang diperoleh daripada “Lelaki Y”

Dr Brian McDonald, mencabar penemuan analisis yang dikendalikan oleh ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong dan Dr Nor Aidora Saedon.

Berikut ialah rentetan perbicaraan kes Liwat pada pagi ini.

9.00 pagi: Kelihatan hadir di mahkamah pihak saksi pembela Dr Brian McDonald, peguambela Anwar Sankara Nair dan CV Prabhakaran

9:07pagi: Kelihatan Pihak pendakwa diketuai oleh Mohd Yusof Zainal Abiden. Turut kelihatan hadir di mahkamah ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul atau lebih dikenali dengan nama Joe bendul turut memberi sokongan moral pada Bosnya Anwar Ibrahim.

9:20 pagi: Mahkamah bermula perbicaraan dengah hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding. Peguam Ram Karpal Singh bangun memberitahu mahkamah bahawa beliau mempunyai satu soalan untuk ditanya kepada McDonald tentang satu kes di Australia.

9.27 pagi: Pihak pendakwa memulakan soalbalas didahului dengan peguam cara negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden. Yusof menyentuh kes pada tahun 2007 yang belaku di Australia iaitu mahkamah rayuan telah menolak rayuan dalam satu kes melibatkan McDonald.sebagai pakar dan Mahkamah menolak Mc Donald sebagai pakar DNA dan Yusof berkata beliau akan menunjukkan McDonald bukan pakar.

9.30 pagi: Yusof berkata dunia DNA telah maju kehadapan. Beliau mendakwa beberapa kelayakan McDonald sudah tidak boleh dipakai lagi dan sudah terlalu usang.

9.34 pagi: Peguamcara II Yusof bertanya lagi samada pada 2002, Adakah McDOnald menghadiri mana-mana program-program peperiksaan bagi memperbaharui kepakarannya itu?. McDonald menjawab tiada

9.37 pagi: McDonald berkata kelayakan beliau diperakui penilai NATA makmal forensik untuk pensijilan ISO 17025.

9.40 pagi: Yusof terus mengasak lagi, adakah kelayakan McDonald seperti terkandung dalam biodatanya?

9.42 pagi: McDonald berkata beliau tidak pernah menghadiri sebarang kursus forensik DNA.

9.43 pagi: Yusof bertanya lagi Adakah anda dilatih secara rasmi? Untuk mentafsir, analisis?

9.44 pagi: McDonald menjawab Saya dilatih secara rasmi sebagai saintis sahaja.

9.45 Yusof bertanya lagi, Adakah kamu melatih orang lain?

9.46 McDonald menjawab Ya, di semua lapangan kecuali tafsiran DNA.

9.48 pagi: Yusof meminta penjelasan bagaimana McDonald telah memperoleh kepakaran beliau. Mc Donald berkata pada 2004. “Saya seorang senior saintis dengan kerja-kerja itu dilakukan junior saya dan robot.

9.50 pagi: Yusof berkata lagi dalam ISO 17025, mereka akan melawat dan kenali ahli-ahli sains dan sama ada mereka mempunyai syarat-syarat perlu.

“Saintis, sebagai sebahagian daripada akreditasi, saintis Seah Lay Hong (betul) dan Nor Aidora, mesti dengan konsisten diuji,” kata Yusof.

McDonald dengan teragak-agak menolak pendapat Yusof. beliau berkata hanya ahli-ahli saintis kanan dibenarkan untuk mentafsirkan keputusan-keputusan.

10.10 pagi: McDonald berkata dia tidak menahu bahawa samada akreditasi makmal dijalankan setiap dua tahun.

10: 38 pagi: McDonald sekali lagi tergamam bila Yusof mengatakan bahawa dalam satu kes di Brunei, mahkamah telah menolak McDonald sebagai saksi kerana kepakaran beliau tidak diikhtiraf.

Anwar naik angin dengan cadangan DAP..


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah menerima sebarang cadangan untuk menukar Jalur Gemilang sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, cadangan berkenaan lebih bersifat peribadi dan bukannya pendirian rasmi pakatan pembangkang.

"Tidak pernah dikemuka kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, itu pandangan peribadi," katanya yang dipetik menerusi laman twitter pada Isnin.

Selain itu Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Media pada Jumaat melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah dari DAP, M Manoharan mencadangkan agar Jalur Gemilang ditukar sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Menerusi laman Facebook peribadinya, Manoharan memaklumkan bahawa beliau telah mengedarkan bendera DAP di kawasannya sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tetapi enggan mengibarkan bendera Malaysia kerana berpendapat, bendera negara ini kelihatan seperti Barisan Nasional.


p/s: Anwar tu depan media berlakonlah macam marah.., padahal gua yakin Pakatan memang ada perancangan nak tukar bendera kebangsaan..

Kalau tak ada angin, mana boleh pokok bergoyang.. Dan kalau tak ada perbincangan, takkan Manoharan tu boleh keluarkan kenyataan...

GEMPAR!!! Rumah Mat Sabu dilempar Molotov Coktail.


Pintu pagar rumah Haji Mohammad Sabu Timbalan Presiden Pas telah dibakar malam tadi kira-kira jam 12.30 malam. Kejadian yang disedari jiran sebelah rumah Mat Sabu yang ketika itu mahu menunaikan solat.

Jiran Mat Sabu yang berada di tingkat atas rumah memberitahu, beliau ketika itu sudah memakai telekong dan nampak api sedang membakar pintu pagar rumah Mat Sabu dan terdengar bunyi yang kuat di luar rumah. Beliau turun ke bawah untuk memadam api yang sedang membakar pintu pagar rumah Mat Sabu.


Ketika beliau sampai di hadapan rumah Mat Sabu ,jiran hadapan rumah Mat Sabu yang nampak api sedang bakar pintu pagar rumah Mat Sabu telah bertindak pantas memadam api kebakaran.Ketika kejadian Mat Sabu dan isterinya tidak ada di rumah. Hanya anak perempuan Mat Sabu sahaja ada di rumah .

Anak perempuan Mat Sabu, Huda menceritakan polis datang 10 minit selepas mendapat panggilan telefon siap dengan jabatan forensik sekali. Polis mengambil tong minyak yang berwarna kuning yang dipercayai diisi minyak tanah sebagai bahan bukti.


Huda rasa terkilan dengan sikap seorang anggota polis yang berpangkat koperal yang berkata, "Jangan kecik hati kalau kes ditutup kerana tiada suspek dikesan.". Huda juga berkata nasib baik kereta Myvi yang ada dalam pagar rumah tidak disambar api kerana jiran depan rumahnya sempat padamkan kebakaran

Sebelum kejadian pintu rumah Mat Sabu dibakar, Mat Sabu telah terima sms berbaur ugutan terhadap keluarganya yang berbunyi..,

"Awak memang patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan awak.

"Batalkan segala debat. Sejarah adalah fakta bukan untuk didebat. Yang pasti awak putar alam."

Kepala Regim DAP Penang menipu lagi di Australia..


Gua tak heran kalau ada laporan mengatakan kepala Regim DAP di Penang ni berbohong untuk cari populariti.. Semua rakyat Penang dah tau perangai dia yang kaki tipu dan berlidah bewak tu..

Tapi kali ni dia dah melampau sebab menipu dihadapan para pelajar di Universiti of Melbourne, Australia.. Aloo apek kiasu.., budak-budak pun lu mau tipu ke?

Kononnya negara ni tak ada kebebasan bersuara katanya.. Kalau betullah macam tu, dah lama member kamceng dia Mat Sabu 121 tu masuk lokap pasal hina prajurit dan iktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan..

Dan boleh kata memanjang Guan Eng tu kutuk kerajaan pusat.., tapi ada ke dia kena apa-apa tindakan?

Itu bermakna, negara kita ni memang ada kebebasan bersuara lah.. Satu lagi disebabkan faktor Menteri KDN tu terlampau banyak stok amaran..

So.., nak bohong pun agak-agak lahhh... Bohong depan budak-budak bolehlah Guan Eng.. Lu cuba bohong depan rakyat Penang tengok.., orang sudah tak percaya sama lu laaaa....


Ketua Menteri P.Pinang dilihat lebih banyak membidas kerajaan Malaysia daripada menerangkan tentang pencapaian di P.Pinang ketika berucap di University Of Melbourne dalam satu majlis anjuran Malaysian Aspiration Program (MAP) hari ini.

Selain dari membincangkan mengenai isu pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP turut mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara yang kurang kebebasan bersuara.

Mengambil kumpulan anti I.S.A dan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai contoh, Ketua Menteri P.Pinang tersebut mendakwa ia adalah semangat sebenar rakyat Malaysia yang dahagakan kebebasan bersuara dan juga mengamalkan hak mereka.

Disamping itu, beliau juga turut menyifatkan kebebasan bersuara di Malaysia berada ditahap yang kurang memuaskan apabila rakyat langsung tidak diberikan ruang untuk komen-komen kritikal terhadap kerajaan. "Komen-komen sebegitu akan dianggap sebagai berunsurkan hasutan", katanya.

Isu liwat Anwar Ibrahim juga tak ketinggalan menjadi topik perbincangan Lim Guan Eng. Beliau mendakwa, prosiding mahkamah di Malaysia telah gagal untuk mengikuti standard undang-undang asas dalam pengendalian bukti. Ini menyebabkan penarikan diri hakim-hakim dan banyak lagi atas sebab tersebut. - UtaraNews.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online