Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, bersetuju dengan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri supaya menangguhkan dahulu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Bagaimanapun berbeza dengan alasan bekas Perdana Menteri itu yang mahu pilihan raya ditangguhkan untuk memberi masa cukup bagi Datuk Seri Najib Tun Razak meneliti dan mengenal pasti calon terbaik bagi mewakili Barisan Nasional (BN), Mat Sabu sebaliknya menyatakan, persetujuannya bersyarat.
“Syaratnya ialah supaya daftar pemilih dibersihkan dahulu, baru buat pilihan raya. Itu yang kita mahu,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan ceramah di sini malam semalam.
Menurutnya, daftar pemilih diguna pakai sekarang diragui kerana dikaitkan dengan banyak isu, kerana itu PRU-13 wajar ditangguh.
“Tindakan perlu diambil untuk membersihkan daftar pemilih Selangor. Apa berlaku di negeri ini juga pernah dilaporkan berlaku di Sabah,” katanya.
Bagi Pas, kata Mat Sabu, kalau atau menang pilihan raya perkara biasa.
“Tetapi cukup berbahaya apabila rakyat tak boleh terima keputusan pilihan raya yang daftar pemilihnya diragui,” katanya.
Mat Sabu berkata, pembangkang tiada masalah, jika rakyat membuat keputusan memilih BN setelah pilihan raya dijalankan secara bersih dan adil.
“Kalau rakyat nak pilih mereka, tak mengapa tapi biarlah segalanya berjalan secara saksama, kita diberi ruang juga untuk berkempen termasuk di media elektronik,” katanya.
Gambar ni gua dapat dari kengkawan dalam Fesbuk.. Agak terkejut jugak gua bila tengok anggota keselamatan kita buat perkara bodoh macam tu..
Maaf kalau gua cakap.., gua memang tak setuju langsung dengan sesapa yang kaki nombor ni.. Kalau ikut ajaran Islam, berjudi tu adalah satu dosa besar dan haram dari segi syarak..
Dan kalau ikut logik akal, main judi adalah satu perbuatan yang tak berfaedah dan lebih banyak merugikan dari dapat keuntungan..
Gua memang anti dengan manusia yang jadikan main judi nombor sebagai amalan hidup dia..
So.., apa kejadahnya mamat yang berpakaian seragam tu buat di Kedai nombor ekor? Sekali nampak, dia tu macam orang melayu yang beragama Islam..
Dan kalau dia bukan melayu dan beragama Islam sekalipun.., tak boleh ke dia balik rumah dulu dan salin pakaian seragam dia?
Memang sangat memalukan !!!
Ada sorang yang gua syak penyokong totok PAS ni dah hantar satu email kepada gua semalam.. Katanya, rakaman phonesex Mat Sabu tu adalah fitnah semata-mata..
Dia kenal sangat dengan Mat Sabu dan dia tau Mat Sabu takkan buat benda-benda terlarang macam tu..
Gua malas nak ulas panjang.., korang baca sendiri email dari dia yang menyamakan rakaman suara Mat Sabu dengan video aksi mengentot dari Anwar..
Gua cuma musykil.. Kalau fitnah, kenapa Mat Sabu tak nafi? Kenapa Mat Sabu kata no komen? Dan bila dorang tuduh Najib ada skandal dengan Altantuya dan juga artis ZZ.., tak pulak terfikir dosa pahala yee....
Cer cite... Cer cite...
Pertama, ia dikatakan dirakam sekitar tahun 1994. Masa itu penggunaan handfon belum ada di negara kita. Jadi rakaman tentulah dari talian tetap.
Siapa dan bagaimana rakaman dilakukan? Gunakan pemain kaset di kedua-dua belah pihak? Pemfitnah kena buktikan pula nombor talian tetap yang digunakan.
Kedua, mengenai suara Mat Sabu. Jika wajah Anwar pun boleh direplika dengan make-up di Thailand, inikan suara Mat Sabu. Ramai yang mempunyai suara yang seiras.
Suara penyanyi-penyanyi terkenal seperti P.Pramli, Saloma, Elvis dan lain-lain pun orang boleh ikut, inikan pula suara Mat Sabu. Ramai juga orang boleh tiru suara Samy Vellu dan Chua Soi Lek.
Dengan melakukan demikian mereka berharap untuk mencemarkan imej pemimpin-pemimpin PAS. Mereka berfikir ahli-ahli PAS semua seperti mereka. Suka menuntun dan mendengar hal-hal lucah.
Sebagai seorang muslim dan mukmin bukan sahaja menonton sesuatu yang lucah secara sengaja itu berdosa, apatah lagi menghasilkannya atau menimpan lebih-lebih lagi menyebarkannya adalah sesuatu yang amat berdosa.
Tetapi bagi pencacai UMNO yang jahil agama sendiri lantaran jauhnya diri mereka dari panduan Al-Quran dan Hadith di dalam kehidupan, fitnah sedemikian adalah perkara biasa.
Jadi apa ada heran dengan kisah suara Mat Sabu yang seiras itu? Agaknya budak-budak UMNO ni tak pernah baca Al-Quran?
Surah Al-Buruj. Petikan
Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10
Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin.
Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.
SESI ujian Safee Sali ke Cardiff City mendapat liputan meluas di Britain yang menyiarkan berita mengenainya pada halaman utama ruangan sukan dengan menyifatkan penyerang kebangsaan itu sebagai 'David Beckham Malaysia.'
Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu.
"Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds.
"Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.
"Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu.
"Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik.
"Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain," katanya.
Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City.
Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai 'David Beckham Malaysia', Zakaria berkata: "Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.
"Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City," katanya.
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.