BREAKING NEWS

Mahfuz jadi tiga suku bila Najib berjaya halang kenaikan cukai 6 peratus..


PAS menyifatkan penangguhan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar oleh kerajaan hanya sekadar permainan politik BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya tidak lebih sekadar sandiwara kerajaan Umno BN, bagi meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kos hidup dibawah pemerintahan mereka.

"Ini hanya satu sandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat menjelang PRU ke-13 nanti.

"Sedangkan, pihak Telco hanya menguatkuasakan apa yang dibentangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dalam Bajet 2011 tahun lalu," katanya.

Beliau yang juga pengerusi Kempen Protes Barang Naik (Protes BN) berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini yang mengumumkan bahawa kerajaan dan semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai berkenaan yang sepatutnya bermula 15 September ini.

Penangguhan itu katanya sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sebelum ini, Najib dalam pembentangan Bajet 2011 didakwa telah memasukkan kutipan cukai enam peratus tersebut dan Telco hanya melaksanakannya.

Baru-baru ini, telco telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.

Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.

Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.

Kerajaan dijangka akan memperolehi pendapatan sebanyak RM750 juta hasil melalui cukai ini untuk tahun ini sahaja.

Namun begitu, jumlah ini tidak sebanyak mana jika dibandingkan dengan pendapatan yang akan diperolehi kerajaan jika menarik balik subsidi kepada enam Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu sebanyak RM17 bilion setahun.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena menyeru kepada seluruh pengguna prabayar agar tidak termakan sandiwara itu.

Katanya, tiada sebarang jaminan oleh kerajaan bahawa cas enam peratus itu tidak akan dikenakan selepas pilihan raya umum.

"Saya minta kepada pengguna prabayar agar terus memberi tekanan kepada kerajaan agar cukai ini dimansuhkan terus.

"Guna telefon prabayar anda untuk memastikan BN ditolak pada PRU ke-13 nanti," katanya.

Waris Sarjan Hassan pulak marah kat Jendral Mat Sabu..

SARJAN Hassan ketika menerima anugerah Military Medal dari Leftenan Kol EA Hefford.

Waris Allahyarham Kapten Hassan Osman merasa amat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempersoalkan tayangan filem Sarjan Hassan arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Sambil menyifatkan Mohamad sebagai buta sejarah, menantu Allahyarham, Abdul Karim Mohd. Nasir, 56, berkata, tindakan terbaru Timbalan Presiden Pas itu cuba menidakkan sumbangan Sarjan Hassan sebagai perwira negara dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menuntut Mohamad membuat permohonan maaf ekoran kenyataan tersebut.

''Meskipun Sarjan Hassan merupakan seorang tentera British tetapi jiwa dan raganya dikorbankan semata-mata untuk mempertahankan negara ini daripada dicerobohi terutama oleh komunis bintang tiga.

''Mungkin ramai yang tidak tahu beberapa orang keluarga Sarjan Hassan termasuk isterinya yang sedang hamil telah dibunuh kejam oleh bintang tiga di kampungnya di Jalan Pantai, Seremban. Atas sebab itu Sarjan Hassan menyertai tentera British,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Karim yang tinggal di Bukit Sebukur, Batu Berendam, Melaka mengulas tindakan Mohamad yang mempersoalkan penayangan filem Sarjan Hassan arahan Allahyarham P. Ramlee.

Abdul Karim berkata, tujuan bapa mertuanya menyertai tentera British semata-mata untuk mempertahankan negara dan memburu komunis.

''Jika Sarjan Hassan tidak menyertai tentera British bagaimana dia boleh menggunakan senjata api dan mempelajari ilmu peperangan,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejak berita itu dibaca pagi ini seluruh keluarganya tidak dapat menerima kenyataan Mohamad itu kerana jelas ia bertentangan dengan sejarah.

Jelas beliau, isterinya yang juga anak kepada Sarjan Hassan, Siti Hawa Hassan, 56, amat marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu itu.

Beliau berkata sepanjang perkhidmatan Sarjan Hassan berjaya membunuh 52 orang komunis.

Sementara itu Siti Hawa tidak dapat menyembunyikan kemarahannya dan kekecewaannya ketika diminta mengulas kenyataan Mohamad.

''Seorang penulis iaitu Harun Johari telah menulis sebuah buku yang menceritakan perjuangan Sarjan Hassan bertajuk Kapten Hassan, Wira Bangsa terbitan Dewan Bahasa Pustaka (DBP).

''Buku itu kini menjadi rujukan para pelajar di negeri-negeri utara tanah air. Buku tersebut merupakan catatan sejarah perjalanan perjuangan bapa saya mempertahankan agama, bangsa dan tanah airnya,'' kata beliau.

Siti Hawa berkata, bapanya meninggal dunia pada April 1993 dan jenazahnya telah dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Seremban dalam usianya 72 tahun.

Anwar hadiri Persidangan Agama KRISTIAN di Jerman..


Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang berada di Munich, Jerman untuk mengikuti “International Meetings of Prayer for Peace” dari 11 Sept hingga 13 sept 2011.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Anwar dalam twitternya dan blog rasminya, anwaribrahimblog.com.

Menurut themunichtimes.com, program yang dijangkakan melibatkan Lebih 400 orang dari 60 buah negara itu dianjurkan anjuran the community of Sant’Egidio dengan kerjasama the Archdiocese of Munich-Freising.

The Community of Sant’Egidio adalah satu komuniti masyarakat Kristian yang diiktiraf secara rasmi oleh Gereja Katolik sebagai ‘Persatuan Gereja Awam’.

Komuniti Sant’Egidio diasaskan di Rom pada tahun 1968, dinamakan sempena Gereja Rom Sant’Egidio (Itali untuk Saint Giles) di Trastevere, di mana bermula tempat pertemuan pertama.

Sejak tahun 1968, masyarakat telah berkumpul di situ pada setiap malam untuk berdoa dan membaca Alkitab, menelaah Injil, yang akhirnya merebak di seluruh dunia dengan misi membantu Kristinisasi kepada golongan-golongan yang memerlukan.

Antara aktiviti utama komuniti ini adalah acara prayer (sembahyang), yang berpusat di sekitar pembacaan Alkitab, menyebarkan Injil untuk membantu orang-orang yang mencari pedoman kehidupan, membantu golongan miskin, perpaduan di kalangan mazhab berbeza Kristian (Ecumenism) dan menganjurkan dialog antara agama (pluralisme antara agama).



Berita Sedih!!! Cukai 6 peratus tak jadi la pulakkk. Tak sempat gua nak maki Najib...


Setelah Najib marah pasal isu cukai 6 peratus yang bakal dikenakan oleh Telco kepada semua pelanggan prepaid, hari ni Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Rais Yatim umumkan cukai tu ditangguhkan sehingga mesyuarat pihak Telco dengan kerajaan diadakan..

Potong stim betul laa Rais Yatim dan Najib ni kann.. Gua baru je nak susun ayat sumpah seranah khas buat kerajaan.. Dah pulak tak jadi naikkan cukai..

Gua pun heran.., pasal apa pulak kerajaan nak masuk campur pasal cukai tu? Bukan ke cukai tu tertakluk dibawah keputusan pihak Telco?

Ni mesti puak-puak pencacai bangang akan kata kerajaan Najib nak menyibuk urusan syarikat swasta.. Dan Najib mesti akan disalahkan pulak pasal perangai menyibuk dia tu..

Puak-puak Pakatan pun baru je nak berangan untuk tawan Putrajaya dengan isu cukai Telco 6 peratus tu.. Tup-tup kerajaan Najib dan Rais Yatim campurtangan halang cukai tu dibebankan kepada rakyat..

Anti klimaks betul lah Najib dan Rais Yatim ni.. Patutnya biarlah puak-puak tiga suku tu meroyan dulu.. Dan patutnya biarlah dorang jadikan isu ni sebagai modal nak kutip derma masa ceramah..

Ni sekejap sangat isu cukai 6 peratus ni timbul, terus Najib potong line.. Tak sempat gua nak maki hamun kerajaan Najib.. Rugi betul lahh..

Nama Mat Sabu TERUKIR INDAH di dinding Stadium Shah Alam..


Ada sahabat Fesbuk gua hantar gambar-gambar ni semalam.. Dia kata inilah bukti generasi muda Malaysia semakin benci pada Mat Sabu dan juga Anwar Ibrahim..

Mat Sabu perjuangkan komunis.., Anwar pulak bersekongkol dengan yahudi.. Dan dua-dua makhluk perosak tu sekarang ni jadi pemimpin utama dalam Pakatan..

Korang bayangkanlah macam nasib negara kalau Pakatan dipilih untuk mentadbir Malaysia ni.. Mau tunggang langgang jadinya beb..


So.., sekarang ni dah clear bahawa sapa sokong PAS.., dia secara automatik sokong komunis.. Dan sapa sokong Anwar.., secara langsung dia menyokong ketua yang suka meliwat dan main pompuan..

Gua tak boleh imagine macam mana keadaannya kalau Anwar yang suka lelaki jambu tu jadi Perdana Menteri Malaysia.. Diapit pulak dengan Mat Sabu yang gila nak angkat komunis sebagai pejuang sebenar dalam negara..

Hancur beb... Hancurrrr...

Edisi Bergambar: Kemeriahan Rumah Terbuka Adilfitri-Merdeka Malaysia.





























About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online