BREAKING NEWS

PANAS!!!! Mat Sabu MENGAMUK akibat cukai prepaid 6 peratus...


Heboh hari ni bila kerajaan umumkan cukai 6 peratus dikenakan pada prepaid service.. Ramai yang tak ingat dunia punya meroyan marah kat kerajaan..

Gua taklah marah sangat sebab gua tak pakai prepaid.. Gua pakai talipon awam jee kalau nak call aweks-aweks gua.. So gua tak kisah lahh..

Tapi korang tau tak.., marah korang semua tak boleh celen lagi dengan Mat Sabu punya marah.. Gua dimaklumkan Mat Sabu mengamuk gila pasal cukai 6 peratus ni beb..

Pasal apa Mat Sabu marah sangat??? Kenapa dia meroyan bagai nak rak bila cukai prepaid naik???

Korang KLIK SINI untuk jawapannya... Hahahahaha...

GEMPAR!! Jutaan penyokong Komunis hadir beri sokongan pada Mat Sabu di Perak.


Bertempat di Balai Islam Bukit Jana, Kamunting, Taiping, jutaan penyokong Jeneral Mat Sabu dan Nga Kor Ming hadir memberi sokongan terhadap pemimpin pujaan dorang..


Hasil tinjauan gua mendapati, pendengar yang hadir bukan semuanya datang dari Taiping, tapi ada yang datang dari kuala Kangsar, Ipoh, Parit buntar bahkan ada juga yang datang dari Lumut dan juga Tapah.


Gua rasa, ini bukti kukuh bahawa pencacai PAS langsung tak cerdik.. Apa saja yang pemimpin dorang buat, semuanya dorang telan bulat-bulat..


Melihat senario ni, gua yakin.., kalau Jeneral Mat Sabu kata kentut dia wangi pun ahlul-ahlul PAS akan percaya dan bertakbir.. Bengong Betul !!!

TERKINI !!! Nik Aziz salahkan Utusan bila Mat Sabu sokong komunis..


“Bagi saya, kalau baca berita dalam Utusan Malaysia, bahkan sebarang beritanya, saya menganggapnya mengarut termasuk mengenai isu terbaru membabitkan Mat Sabu, hari-hari menyerang Mat Sabu,” dakwa Mursyidul Am PAS.

Turut berucap di majlis itu adalah bekas ketua Pemuda Umno Kota Bharu, Haji Sabrie Shafei yang telah menyertai PAS sebelum ini.

Nik Aziz dipercayai mengulas laporan berita dalam akhbar Umno itu yang sudah hampir dua minggu menyerang Mohamad Sabu ekoran ucapan timbalan presiden PAS itu di Pulau Pinang sebelum ini.

Dalam ucapan itu, Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak lagi meraikan hari merdeka dengan meriah kerana merasakan ia bukan sambutan merdeka yang sebenarnya tetapi majlis meraikan sejarah Umno sahaja.

Padahal, katanya, bukan pemimpin Umno sahaja yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi ramai lagi termasuk Mat Indera yang turut menyerang rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British.

Bagi Nik Aziz, selain menutup sejarah sebenar merdeka, kerajaan pimpinan BN juga menutup banyak ilmu lagi yang sepatutnya diajar di sekolah-sekolah di negara ini.

“Kenapa di dalam pengajian sekolah di negara ini tidak ditekankan secara serius pengajian tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala.

“Sedangkan benda itu ada. Ini kerana ‘orang putih’ tidak mahu disebut menyebabkan orang putih bebas melakukan apa saja termasuk kenyataan tidak ada syurga dan neraka, bahkan sehingga orang Melayu pun sebahagian besarnya mendakwa begitu jua.

“Ini salah oleh kerana benda itu ada, tetapi tidak disebut.

“Inilah menyebabkan PAS sejak 1955 sehingga kini walau macam mana serangan diterima dari Umno-BN termasuk serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang disiarkan media arus perdana, kita dapat bertahan,” kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

NAJIBPHOBIA !!! Penyokong BERSIH akan serang Najib Ahad ini di Pmtg Pauh!!!


Adoii laaa.. Orang nak jamu rakyat makan pun puak-puak lembu Pakatan ni dengki.. Memang tak boleh tengok negara aman sikit la puak-puak nii..

Hari ni dalam Utusan dah melaporkan, terdapat satu perancangan untuk mensabotaj Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri di Permatang Pauh yang dihadiri oleh Najib..

Puak-puak penganut Mahzab dikatakan akan menyerbu Majlis tu dengan berpakaian T Shirt BERSIH sambil buat kacau..

Sumber risikan pasukan keselamatan memberitahu Utusan Malaysia, terdapat rancangan untuk mensabotaj majlis berkenaan.

Menurut sumber, ada pemimpin politik mengarahkan pengikutnya hadir dengan berpakaian kuning sambil membawa sepanduk ke majlis itu.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri tahun ini akan diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada Ahad ini bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari. -Utusan

Bagi gua, ni menunjukkan pencacai-pencacai Anwar ni dah takut kalau rakyat bagi sambutan terhadap Majlis tu.. Dorang takut dengan bayang-bayang dorang sendiri beb..

Ini baru betul dikatakan NAJIBPHOBIA.. Apa saja yang Najib buat sekarang ni, dah membuatkan geng Anwar mengigau malam..

Tapi takpa.. Gua nak tunggu tengok sama ada dorang berani tak buat kacau dalam Majlis tu nanti.. Biar rakyat tau perangai sebenar puak-puak Tolol penjilat Anwar tu semua...

[VIDEO INSIDE] Mat Sabu DIKEPUNG bekas Tentera di HQ PAS Jln Raja Laut.


Semalam satu bantahan terhadap Mat Sabu dibuat oleh bekas-bekas askar di depan Ibupejabat PAS Jalan Raja Laut..

Bekas-bekas pejuang negara ni datang untuk menyampaikan surat bantahan ke tangan Mat Sabu sendiri.. Tapi Mat Sabu yang dipercayai ada dalam bangunan tu terus menyorok beb..

Tahu pun dia takut yee bila nampak pejuang sebenar datang.. Kenapa Mat Sabu tak mintak tolong pada komunis yang dia puja-puja sangat tu? Kenapa pulak menyorok?

Lepas ni gua difahamkan bekas Komando Kem Sungai Udang pulak akan turun cari Mat Sabu..

Rasanya.., kalau pakat-pakat jentik telinga Mat Sabu sorang sekali, mau ICU barua komunis tu nanti..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online