BREAKING NEWS

TERKINI !!! Kekasih Gelap Mat Sabu NAIK ANGIN dengan ugutan simbah asid..


Ahli Parlimen Seputeh dan Setiausaha Organisasi DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji pihak yang menghantar SMS mengugut akan simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Teresa Kok (gambar) dalam satu kenyataannya berkata, mereka yang menghantar SMS ini menunjukkan diri mereka tidak berkebolehan membahaskan isu-isu yang dibincangkan secara matang, sabar dan rasional.

Lebih teruk lagi, tindakan mereka menunjukkan mereka bersifat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup mencederakan mereka yang tidak bersalah.

Mohamad Sabu mendakwa menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Katanya, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Ekoran itu, Teresa menggesa agar orang ramai diberi kesedaran bahawa ugutan nyawa sebegini bukan perkara kecil tetapi merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan Seksyen 503 dan 503 di bawah Kanun Keseksaan.

"Saya menggesa pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk segera siasat dan tangkap mereka yang bersalah agar menghantar mesej yang tidak berbelah kepada mereka bahawa apa yang telah dilakukan itu adalah suatu jenayah.

"Jika tidak, penjenayah akan berfikir mereka bebas melakukan jenayah tanpa sebarang hukuman," kata Teresa dalam kenyataannya.

Beliau juga menggesa PDRM untuk mengambil setiap langkah yang sewajarnya untuk menjamin keselamatan Muhamad Sabu dan keluarganya.

TERKINI !!! Mat Sabu DIUGUT simbah asid...


Ini skrip lama pembangkang... Dulu masa Karpal Singh kata UMNO celaka pun dia kata terima ugutan bunuh tapi sampai la ni hidup lagi...

Sekarang Mat Sabu pula cakap kena ugut simbah asid.... Gua rasa.., sendiri hantar sms, lepas tu sendiri buat-buat takut...Hahahahaha...


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Katanya, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguam terlebih dahulu dengan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin.

Turut hadir dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad.

PANAS!!! Wan Azizah akan bertanding di Kepala Batas..


Memang panas berita ni beb.. Panas bukan sebab ada ibupejabat DAP terbakar.., tapi panas sebab Wan Azizah akan bertanding di Parlimen Kepala Batas pada PRU13 akan datang..

Gua dapat info ni dari sumber dalaman PKR di Kepala Batas sendiri.. Dorang kata, PAS tak mampu memang di Parlimen tu jadi biarlah PKR pula rampas kawasan tu dari UMNO/BN.

Memang hebatlah family Anwar Ibrahim ni kann.., semuanya dia nak sapu keliling.. Lepas anak perempuan dia Nurul Nuha dicalonkan untuk bertanding di Nibong Tebal, bini dia pulak akan bertanding di Kepala Batas..

Jadi apa kata puak-puak PAS? Berani ke dorang melawan cakap Anwar kalau DIPERINTAHKAN untuk serahkan kerusi disitu kepada PKR?

Gua yakin, PAS mana berani nak angkat muka bila Anwar bersuara.. Hadi Awang pun tak berani kat Anwar ni beb sebab Anwar sudah pegang telor Mursyidul Am dorang iaitu Nik Aziz..

Lepas ni.., puak-puak pencacai PAS di Kepala Batas cuma tolong pasang poster dengan tolong kempen untuk PKR je lah yee..

Dan unit amal PAS jangan lupa tolong jaga parking dan kutip sampah masa ceramah kempen Wan Azizah di Kepala Batas.. Itu je lah yang puak-puak PAS tu layak punnn.. Hahahaha..

So memang betullah PKR ni dah jadi parti anak beranak.. Anwar di Permatang Pauh, Nurul Izzah di Lembah Pantai, Nuha di Nibong Tebal dan Wan Azizah di Kepala Batas..

Err.., tapi Anwar belum tentu lagi bertanding di Permatang Pauh.. Silap-silap, dia bertanding untuk kerusi Parlimen Penjara Sungai Buloh.. Hahahahahaha...

Mat Sabu KANTOI menipu!! Kenyataan penuh MB Johor mengenai Mat Indera ..


Oleh Datuk Abdul Ghani Othman
Menteri Besar Johor @ Utusan Online 7 September 2011

Mat Indera atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera adalah anak Johor yang terlibat dengan gerakan-gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British sebelum Tanah Melayu beroleh kemerdekaan.

Beliau pada awalnya, seperti individu-individu lain juga telah berjuang atas platform masing-masing, dengan matlamat yang sama iaitu membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.

Bezanya, Mat Indera melibatkan diri dalam gerakan haluan kiri dengan menjadi ahli kepada sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad.

Sayap pemuda PKMM dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam. Haluan kiri ini termasuk juga gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempengaruhi pelbagai gerakan buruh dan masyarakat awam.

Apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan Undang-Undang Darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu (selepas tindakan militan dan ganas PKM membunuh peladang British), semua parti politik berhaluan kiri seperti PKMM, AWAS, API dan PKM telah diharamkan.

Oleh itu, ramai ahli gerakan haluan kiri ini memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Perjuangan melalui parti dan gerakan (UMNO) yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan melibatkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pasca merdeka di negara ini.

Bagaimanapun Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.

Tindakannnya terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

Ini berlainan dengan para pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Kemuncak penglibatan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu adalah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.

Fakta yang diperolehi daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas tersebut terhadap pegawai-pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong.

Sebagai seorang daripada pemimpin rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya yang diharamkan, Mat Indera adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan tersebut.

Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air.

Sedangkan ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara.

Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk dari 'Malayan Union' British sebelum itu.

Komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan 'People's Democratic Republic of Malaya' yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.

Malaysia yang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.

Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan.

Akhirnya Mat Indera telah berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan teroris yang diharamkan sehingga ke hari ini.

Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berpelembagaan.

Berdasarkan fakta-fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong itu, Mat Indera adalah dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Regimen ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

Dia bukan seorang 'pejuang' untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun.

Sehingga hari ini, ketika rakyat negara ini sudah merdeka dan berkerajaan sendiri sejak 1957, gerakan PKM tetap diharamkan. Gerakan itu diharamkan kerana cita-cita komunisme yang bertentangan dengan ajaran Islam, ketuhanan dan bersifat menindas perbezaan pendapat dalam sistem demokrasi, walaupun sudah ada perjanjian perletakan senjata parti itu di Betong (Thailand) dengan kerajaan Malaysia pada 1989.

Dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ) segala kajian, penulisan dan catatan yang berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, adalah data-data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di negeri Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Penulisan dan catatan tersebut adalah menjadi bahan-bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik yang diamalkan olek kerajaan Malaysia kini, untuk mengayakan lagi khazanah maklumat dan rakaman-rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi demi generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan masa akan datang.

Lagi kafir DAP persendakan Islam.. Apa kata melayu-melayu TOLOL Pakatan?


Nampak sangat kafir Manoharan ni nak persendakan doa umat islam.. Kononnya dia nak samakan Mahkamah Tinggi Jalan Duta tu dengan jamban.. (Rujuk SINI)

Tapi apa kejadahnya nak kaitkan dengan doa umat Islam pulak? Memang kurang ajar wal celaka lah tu..

Gua yakin, nanti mesti ada puak-puak bangang PAS backup keling kafir ni.. Lebai-lebai TOLOL PAS tu akan kata, tak salah kalau kafir pamerkan dan baca doa umat Islam.. Nabi pun tak pernah larang..

Dan yang salah dalam hal ni mestilah dorang tuduh UMNO.. Lepas ni kafir tu bolehlah ambik gambar Quran pulak untuk diletakkan dalam jamban.. Tak salah semua tu kalau kafir buat selagi PAS ada.. Macam HARAM!!!

Apa lagi Hishamuddin... Dengan segala hormatnya dipersilakan bagi AMARAN Terakhir buat kafir DAP tu..


Biar betul !!! Mayat Mat Indera jadi wangi pasal join komunis..


Menurut penduduk, walaupun sudah lama tidak dikunjungi oleh sanak saudaranya, namun kubur Ketua Gerombolan 200 komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong, Mat Indera, sentiasa bersih dan ditaburi bunga kemboja putih yang gugur dari pohon berhampiran.

Batu nisan jenis lama itu kelihatan agak usang dan hampir sukar untuk dibaca namun disahkan milik Mat Indera oleh penjaga kubur, Yaacob Din, 63, atau lebih dikenali sebagai Pak Akob.

Menurut Pak Akob, kubur Mat Indera tidak ditanda atau diletakkan kapok (pagar kecil) bagi mengelakkan perbuatan khurafat.

“Memang saya jaga baik kubur ni. Tapi saya sengaja tak letak sebarang tanda tertentu kerana bimbang ada yang salah gunakan untuk tujuan tidak elok,” katanya.

Menurutnya, keluarga Mat Indera sebelum ini sering menziarahi kubur berkenaan tetapi sejak tiga tahun kebelakangan tiada waris yang datang membersihkannya.

“Banyak cerita yang saya dengar tentang Mat Indera ni daripada orang tua-tua dulu, tapi saya sendiri tak berani nak beritahu sebab nanti orang cakap saya membohong,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan kisah-kisah yang pernah didengar, ketika meninggal dunia, jenazah Mat Indera berbau harum dan kulitnya begitu lembut.

“Mat Indera dipercayai mempunyai keupayaan keluar masuk dari penjara untuk membeli makanan. Bagaimanapun, kebenaran kisah yang diceritakan itu tidak dapat dipastikan kerana tiada orang lama yang boleh mengesahkannya. Mereka sudah meninggal dunia.

Pak Akob berkata, terdapat tujuh kubur anggota polis yang terkorban ketika menentang komunis di Grik, Perak ketika zaman darurat di tanah perkuburan berdekatan. -SH

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online