BREAKING NEWS

GEMPAR !!! Latheefa Koya HINA kematian Arwah Noramfaizul..


Puak-puak Pakatan ni sememangnya berhati binatang.. Kalau dah kematian pun nak dipolitikkan, gua yakin banyak lagi benda bangang yang dorang sanggup buat demi survival politik dorang..

Sebelum ni Mat Sabu nak ubah sejarah dengan jadikan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.. Sekarang ni Latheefa Koya pulak tuduh kematian jurukamera BernamaTV sebagai satu hipokrasi UMNO..

Macam ni ke kualiti pemimpin yang puak-puak penyokong Pakatan nak untuk tadbir Malaysia? Hancur beb hancurrr !!!

Gua tak boleh bayangkan macam mana perasaan keluarga arwah Noramfaizul Mohd Nor bila tau ada pemimpin PKR dah politikkan kematian ahli keluarga dorang..

Dan gua tak boleh terfikir macam manalah si Latheefa Koya tu sampai hati jadikan kematian arwah sebagai modal politik untuk hentam UMNO.

Tapi kita semua patut bersyukur pasal dapat tengok satu perkara disebalik kenyataan Latheeya Koya dari PKR ni..

Kalau orang macam ni boleh diangkat sebagai pemimpin oleh puak-puak melayu Pakatan, SAH dorang semua tu buta perut dan langsung tak ada akal untuk menilai pemimpin!!!


Di saat kebanyakan pemimpin dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mengucapkan takziah ekoran tragedi terbaru yang melibatkan kematian jurugambar BERNAMA, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Latheefa Koya pula menyifatkan ia sebagai hipokrasi Umno.



Pemimpin PKR tersebut mendakwa Umno telah gagal membantu pelarian yang berada di dalam negara, tetapi masih lagi mahu “mengadakan misi kemanusiaan” di negara yang diselubungi konflik.

Menerusi ruang media sosial Twitter hari ini, Latheefa berkata tindakan Umno membawa wartawan ke lokasi berisiko untuk membuat liputan propaganda mereka adalah sesuatu yang menyedihkan. - UtaraNews

Isu KOMUNIS akan buat Pakatan KALAH BESAR di PRU13.


Selepas mamat katik Samsul Iskandar luahkan sokongan terhadap Mat Sabu, sekarang  ni giliran Chegu bard pulak ikrarkan taat setia pada pejuang ideologi komunis baru tu..

Selain dari ucapan tahniah kepada Mat Sabu yang dah jadi hero komunis di alaf baru.., Chegu bard meroyan tuduh kerajaan lah yang lebih komunis dari komunis tu sendiri..

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana berjaya menarik perhatian umum untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini dianggap taboo untuk dibincangkan.

“Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah dan pemodal British.

“Malah dalam beberapa hal pewaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda,” kata presidennya Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan media hari ini.

Badrul Hisham atau CheguBard berkata, setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib Tun Razak… adakah ini saja hero negara? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara.

Gua nak tergelak betullah dengan puak-puak tolol tu semua.. Dorang sanggup rendahkan mentaliti dorang pasal sejarah hanya untuk bela kenyataan manusia rendah IQ yang bernama Mat Sabu..

Tak pasal-pasal hanya sebab kebodohan Mat Sabu mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan, semua pemimpin Pakatan jadi bangang sokong komunis..

Dorang tak sedar ke kebencian masyarakat melayu dah makin membuak-buak pasal isu Mat Sabu ni? Bukan setakat cucu cicit generasi muda keturunan Polis dan Askar, tapi rakyat biasa pun dah tolak Mat Sabu pasal dia sokong komunis.

Gua berani gerenti.., dengan isu bodoh yang Mat Sabu cuba pertahankan mengenai komunis ni, Pakatan akan kalah teruk di PRU13 nanti..

Gua teringat kata sorang prajurit veteran masa gua berkunjung beraya di rumah dia.., "isu ni adalah isu sensitif, bukan saja melayu, tapi kaum bukan melayu pun akan marah bila ada pemimpin politik yang terang-terang sokong perjuangan komunis.."

So.., lagi banyak pihak yang sokong Mat Sabu, lagi teruklah damage yang akan diterima Pakatan masa pilihanraya umum nanti..

Sebab tu lah tak ada sekor pun kafir dari Regim DAP sanggup sokong Mat Sabu. Hentam lagi ada laa..

Pasal apa? Pasal dorang bukan bangang dan tolol macam melayu-melayu bengong dalam PAS dan PKR!!!






HOT !!! Samsul Iskandar suruh generasi muda kibar BENDERA KOMUNIS ??


Wujud lagi rupanya manusia katik berotak udang ni dalam negara Malaysia yee.. Gua ingat dia sudah migrate ke Turki sebab dulu dia kata negara luar lagi bagus dari Malaysia..

Gua pun heran.., kenapalah mamat katik ni suka sangat menyalak salahkan kerajaan? Tak ada langsung ke jasa kerajaan yang mengalir dalam darah daging dia?

Sekarang ni dia tuduh kerajaan sengaja ubah sejarah. Dia tak mau generasi muda kibarkan bendera negara secara membuta tuli pasal kononnya sejarah yang ada sekarang ni bukannya sejarah yang sebenar..

Kalau bendera negara sendiri tak boleh nak kibar.., takkan Samsul Iskandar nak suruh anak-anak muda kibarkan bendera komunis pulak?

Mamat katik ni juga mahu semua content buku teks sejarah diubah semula pasal kononnya ia dicaturkan oleh polemik sempit pemerintah UMNO/BN.

Gua dah konpius..., sejak bila pulak si mamat katik yang bernama Shamsul Iskandar ni jadi pakar sejarah?

Dan dari kecik sampai sekarang.., dia belajar sejarah negara mana agaknya sampaikan tak tahu sejarah negara sendiri? Bengong !!!



Generasi muda di negara ini harus membahas, mengkaji dan menulis semula teks sejarah negara ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Katanya, kemerdekaan bukan sekadar laungan dan kibaran bendera sedangkan sejarah sebenar dikaburkan pemerintah dan harus kembali dibuka dan dibahas agar yang hak diletakkan ditempat yang betul.

“Selepas 54 tahun kemerdekaan, generasi muda harus berani menyingkap sejarah. Mengibar bendera dan melaung merdeka bukan penyelesaian mutlak.

“Sejarah yang dikaburkan pemerintah harus dibuka kembali dan dibahas agar yang hak diletak di tempat yang betul,” katanya pada kenyataannya, hari ini.

Katanya, polemik mengenai sisi sejarah yang berbeza daripada teks sekolah harus dibahas di kalangan rakyat, khususnya generasi muda berbilang kaum.

Justeru, beliau berkata, makna kemerdekaan dan pemahaman sejarah dapat memperbetul ‘ketaatan membuta tuli’ yang membelenggu mentaliti politik sempit tajaan Umno Barisan Nasional (BN).

“Adalah malang apabila Umno BN lebih sanggup melihat rakyat buta sejarah berbanding memaknai kemerdekaan dengan penghayatan sejarah yang mendalam.

“Inilah akibatnya apabila nasionalisme ditakrif sebagai ‘Barisan Nasionalisme’, bukan sayangkan negara mendahului hal lain,” katanya.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online