BREAKING NEWS

Cicit komunis dah mula MENYALAK bela Mat Sabu..


Wohaa... Nampaknya tak sia-sia Mat Sabu angkat Komunis sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar. Tindakan dia tu dah berjaya membuatkan anak cucu cicit komunis semuanya terharu..

Yang paling baru, Ketua Regim DAP Penang dan mula backup Mat Sabu. Katanya Mat Sabu adalah mangsa fitnah dari tukang-tukang fitnah dalam negeri.. Maksud dia UMNO lah tuu...

Hahahaha.. Apa kelas la UMNO nak fitnah Mat Sabu yang kurang IQ tu..? Daripada fitnah Mat Sabu, baik UMNO fitnah Obama.. Lagi class beb..

Gua rasa, eloklah sangatlah bila Penyangak cuba nak backup Penyamun.. Dua-dua tak boleh pakai.. Tunggu masa saja dua-dua ekor tu nak ditalkinkan karier politik dorang..


Ketua Menteri P.Pinang menyifatkan bahawa Mohamad Sabu yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS adalah mangsa fitnah yang dibuat oleh UMNO dan BN.

Beliau menyatakan simpati terhadap Mohamad Sabu yang sering difitnah oleh musuh politiknya dengan cara yang sangat tidak beretika.

Lim Guan Eng berkata demikian ketika mengulas desakan pelbagai pihak supaya Kerajaan Negeri P.Pinang memberikan reaksi terhadap dakwaan salah guna kuasa Timbalan Presiden PAS itu didalam PBA.

Mohamad Sabu didakwa menyalahgunakan peruntukan perubatan PBA untuk merawat kecederaannya yang dialami sewaktu menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Ketua Menteri P.Pinang juga tak mahu mengendahkan apa juga laporan yang dibuat oleh semua pihak yang digelar sebagai tukang fitnah tersebut.

Beliau hanya berharap agar rakyat di negeri ini meraikan sambutan hari raya secara berakhlak dan juga dengan semangat "amar makruf nahi munkar". - UtaraNews

UMNO jugak yang salah.. Mat Sabu jugak yang betul semua...


*Kenyataan akhbar oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 2 September 2011.


1. Sebelum menyertai PAS pada Mac 1978, saya telah berkecimpung dalam ABIM. Di dalam Parti Islam PAS saya telah memegang berbagai-bagai jawatan dan kedudukan samada sebagai AJK dewan pemuda PAS pusat, pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, AJK PAS Pusat, Naib Presiden dan sekarang sebagai Timbalan Presiden PAS.

2. Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al-Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama' dan cendekiawan Islam.

3. Saya pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah tahanan ISA. Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama.

4. Adapun tokoh-tokoh lain seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain yang disebut oleh saya adalah sebagai sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka sebagai contoh perbandingan.

5. Tuduhan terhadap saya, secara kasar dari 27 Ogos hingga ke hari ini, 2 September sebagai penyokong komunis dan hendak mendewakan fahaman komunis amat keterlaluan dan menjijikkkan. Segala tohmahan ini untuk memburukkan saya dan parti saya (PAS).

6. Tuntutan BERSIH 2.0, lapan perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih (electoral role) dan lain-lain kepincangan. SPR dan kerajaan BN telah dan sedang berada "di kandang orang salah" menurut pandangan rakyat.

7. Pemimpin UMNO dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mula diketahui oleh rakyat jelata khususnya generasi muda. Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh UMNO sahaja.

8. Isu komunis sengaja ditimbulkan oleh akhbar milik UMNO untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan hal pilihanraya yang bersih dan kenaikan harga barang (inflasi) yang sedang melanda negara.

9. Kebebasan media (cetak, pandang, dengar) yang hampir tidak ada di Malaysia membolehkan propaganda BN berjalan tanpa dapat disanggah dengan berkesan oleh pihak yang dituduh atau difitnah.



PANAS !!! Komplot Hadi Awang nak JATUHKAN Azizan di Kedah..


Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata ada usaha yang mahukan beliau berundur.

“Mereka beritahu saya, kami mahu awak berehat. Kami mahu gunakan tenaga dan kemahiran awak kemudian hari nanti. Saya ok, tetapi ada orang yang tidak mahu saya berada di sana lagi, ada yang mahu saya mati,” kata Azizan yang dipetik akhbar itu.

Menurut The Star yang memetik sumber PAS Kedah, parti itu sedang menyiapkan laporan mengenai kesihatan menteri besar dan Abdul Hadi akan diberikan taklimat semasa melawat negeri itu.

Laporan yang sama kemudiannya akan disampaikan ke pihak Istana hujung minggu ini.

Abdul Hadi dikatakan akan diiringi oleh orang kanannya dalam lawatan ke Kedah ini, iaitu setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Menurut The Star lagi, adalah difahamkan Abdul Hadi membuat panggilan telefon kepada menteri besar Kedah itu pada Rabu lalu untuk mengucapkannya Selamat Hari Raya. Beliau kemudiannya mencadangkan Azizan, 67, supaya berehat secukupnya dan membiarkan pemangku menteri besar mengambil alih tugasnya.

Namun, menurut sumber akhbar itu, Azizan tidak menerima baik cadangan berkenaan dan cuba membantah.

Sumber itu juga berkata peralihan dipercayai akan berlangsung bulan depan supaya keputusan penting kerajaan negeri tidak ditangguhkan.

Hadi Awang MABUK Kuih Almond London..


Apalah yang Hadi Awang mengarut ni? Dia nak PAS menang 60 kerusi Parlimen masa PRU13 nanti? Agak-agaklah kalau nak berangan-angan pun Pak Haji oiii..

Kerusi PAS yang ada sekarang ni pun belum tentu selamat, ada hati nak tambah kerusi Parlimen lain.. Dah tu mimpi pulak nak ambik 25 kerusi milik UMNO sekarang ni.. Memang mimpi di siang hari lah Presiden PAS ni..

Gua rasa Pak Hadi ni terlebih makan kuih Almond London lahh.. Sebab tu dia merapu semacam jee buat statement..

Ingatkan bila minum air beralkohol je boleh mabuk.., tapi rupanya kalau makan kuih raya terlebih pun boleh mendatangkan mabuk juga.. Hahahahaha..




PAS mensasarkan untuk menang di 60 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini disamping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi Parlimen," kata beliau di hadapan kira-kira 500 anak perantauan Terengganu.

Untuk pilihan raya akan datang, kata Abdul Hadi, PAS mensasarkan untuk mengambil 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang.

"Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang," katanya.

Dalam usaha untuk mendapat kerusi itu, PAS katanya memerlukan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras.

"Kalau nak undi -slam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatan dakwah, budi perkerti dan pujukan...saya yakin mereka boleh berubah.

"Perlu ambil masa, sabar..pujuk mereka.. Perkenal Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kita," kata Abdul Hadi.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online