BREAKING NEWS

Mat Sabu KANTOI salah guna kuasa !!!


Ingatkah anda kepada aksi Mat Sabu yang tercedera kerana cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa pada 9hb Julai 2011?

Beliau terlibat dengan perhimpunan haram Beersih 2.0. Perhimpunan itu disahkan melanggar undang-undang dan haram. Rujuk perintah mahkamah KLIK SINI

Selepas tercedera mengikuti perhimpunan haram, Mat Sabu telah dimasukkan ke dalam hospital swasta, KPJ Selangor Specialist Hospital. klik sini

Beliau dimasukkan ke dalam hospital pada 15hb Julai jam 9:28 pagi dan keluar pada 18hb Julai 2011 jam 11:02 pagi.

Di sana beliau menginap di bilik WVIP/VP katil nombor 520.

Apabila di discharge, beliau membayar sendiri (cash) segala perbelanjaan pembedahan dan hospitalisasi. (No resit : 11172859)

Tetapi apakah beliau benar-benar menggunakan wang sendiri atau beliau claim kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)?

Inilah pendedahan yang MiM dan rakan bloggers Penang ingin ketengahkan kepada anda dan seluruh rakyat Malaysia !


Baca Seterusnya di Blog MIM..

GEMPAR !!! Justin Bieber ditemui di Pasar Ramadhan...


Bila datang je bulan Ramadhan, mesti ramai artis yang kurang berlakon atau menyanyi.. Mungkin sebab letih kot..

Tapi dalam pada tu, ramai jugak yang ceburi bidang perniagaan di baazar Ramadhan.. Yang lagi advance tu, dorang buat bisnes tudung atau kuih raya..

Itu artis dalam negara.., biasalahh.. Tapi macam mana pulak kalau artis luar negara yang sibuk menempek muka di pasar ramadhan? Korang pernah jumpa tak?

Kalau tak pernah jumpa.., biar gua yang tunjukkan..

Ni bukan sebarangan artis beb.. Ni adalah Justin Bieber yang jadi pujaan hati blogger Yusuf Al Siddique Suratman @ MiloSuam.. Hahahahaha...

PANAS !!!! Jamal Abdillah MEMALUKAN Nizar Jamaluddin di Perak..

JAMAL menyampaikan sumbangan beras kepada anak-anak yatim dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ipoh semalam.

Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.

Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

“Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki.

“Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya,” katanya.



p/s: Jamal ni memang dah memalukan talibarut komunis DAP Nizar Jamaluddin.. Apa taknya.., Nizar setakat derma kurma je beb.. Tapi Jamal bagi SATU TRELER beras !!!

Gua rasa next PRU.., baik Jamal bertanding lawan Nizar di Bukit Gantang.. Mesti terlentang si sahabat karib kafir harbi tu... Hahahahaha

DAP suruh PKR korbankan kerusi di Penang...


Seorang pemimpin DAP Pulau Pinang meminta sekutunya, PKR untuk mengorbankan beberapa kerusi bagi memberi laluan kepada calon-calon Melayu dari DAP untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor (kiri), berkata partinya "tiada pilihan" tetapi memohon untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu kerusi parlimen dan lima kerusi dewan undangan negeri dari PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.

Sekiranya DAP gagal membariskan calon-calon Melayu pada pilihan raya akan datang, ia akan dilihat sebagai parti "anti-Melayu dan cauvinis", kata Zulkifli, yang juga ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Beliau berkata parti itu akan dilabelkan sedemikian walaupun sejarah telah membuktikan bahawa DAP pernah mengemukakan calon-calon Melayu yang bertanding dai 13 kerusi pada pilihan raya negeri sebelum ini.

"Beberapa pilihan raya, misalnya di Sarawak, telah menunjukkan, pengundi lebih cenderung menyokong DAP daripada PKR," katanya pada sidang media semalam.

"Itulah sebab mengapa DAP perlu mengambil kesempatan ini untuk membariskan lebih ramai calon-calon Melayu." - UtaraNews

Mat Sabu dah jadi AGEN KOMUNIS !!!


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.


“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.



p/s: Hari ni ada berita gempar punya pasal Mat Sabu.. Nanti korang akan tahu kenapa dia sokong sangat puak-puak komunis tu..

Guan Eng patut terjun bangunan untuk selamatkan Penang..


The demolition of Malay and Mamak-owned eatery outlets on the island was the main issue of their protest.

“We wish Selamat Hari Raya to all victims of Lim’s brutal rule. The current state government only demolishes Malay and Indian shops, not Chinese shops.

“I am not a racist. I only want a government which is fair to all,” said Ghani, who is also the vice-chairman of the Coalition of Islamic NGOs Penang.

He urged Lim to step down if he could not return the items seized from the demolished outlets, including from his shop.

“If he can’t return my belongings, I will present him with a special gift soon,” warned Ghani, who also heads another unregistered NGO, Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang.


The protesters displayed three anti-state government banners and chanted anti-Lim slogans, where the chief minister was condemned as a “communist, coward and ‘pondan’ (transvestite)”.

Shouting at the top of his voice, Ghani called on curious onlookers to reject Lim because “the Malaccan was not a Chinese but a communist.”

He called on Lim to quit and go back to Malacca immediately and repeated similar calls on the chief minister’s political secretary Ng Wei Aik, who is also the Komtar assemblyman.

Ghani also suggested that Lim jump down from either the Penang Bridge or the Komtar building to save Penang. - FMT



HOT !!! KJ dah jadi Bintang Filem..


Wohaaa..., makin panas laa menantu babah ni.. Jadi model catwalk sudah.., jadi artis majalah pun sudah.. Lepas tu dah biasa berlakon iklan filem pendek.. Sekarang ni dia berlakon drama lah pulak...

Dalam drama baru ni.., KJ berlakon sebagai askar lah weii.. Siap ada adegan terjun dari helikopter tuu.. Mesti babah sangat bangga dengan anak menantu dia ni kann...

Gua tak ada masalah bila mamat ni nak berlakon filem atau apa.. Cuma gua harap dia tak lupa yang dia tu masih lagi wakil rakyat di Rembau dan juga Ketua Pemuda UMNO..

Jangan terlampau sibuk nak cari glamer sampai lupa tanggung jawab sudah laa..

Tanggung jawab tu adalah amanah rakyat.. Kalau tak amanah, akan jadi sebahagian dari manusia munafiq.. So berhati-hati lah yee... Gua tengah mood baik nii... Hahahaha....

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online