BREAKING NEWS

Hoi JASA !!! Mana gaji gua tahun ni ???


Aisehh...., baru hari ni gua tahu yang gua dan bloggger-blogger pro kerajaan lain dapat gaji dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)..

Nasib baiklah si kambeng Hata Wahariap tu bagitau.., kalau tak sumpah gua tak tau..

Dan kalau namanya dapat gaji.., kenapa pulak selama ni gua tak pernah merasa satu sen pun gaji dari JASA? Hoiii..., mana duit gaji gua hah..?

Bukan setakat bulan ni punya gaji.., tahun ni, tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya pun dorang tak bayar gaji gua..

Hoi JASA !!! Lu semua jangan ngelat nak makan duit gaji gua.. Hata Wahaparia tu ada bukti gua dan blogger lain kerja dengan JASA tauu... Siap ada bukti video 22 minit lagi tuu..

So.., gua bagi amaran yang separuh akhir.. Kalau JASA tak bagi gaji gua untuk tahun ni, gua akan suruh Hata kambeng tu dedahkan bukti surat watikah semua blogger pro kerajaan..

Serius ni beb.., Hata Wahabi tu memang ada bukti penglibatan blogger dalam kancah politik JASA.. Kalau tak, mana dia berani cakap kannn...? Hahahahaharammm....!!



Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.

Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.

Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.

“Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan.

Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.

"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang.

Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang,“ katanya.

Tian Chua jumpa HANTU di Parlimen Batu..


Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua hari ini mendedahkan pengundi klon pos dikesan di Parlimen Batu, Setiawangsa dan Wangsa Maju.

Kewujudan pengundi klon itu, menurut Tian, disyaki bertujuan untuk membolehkan pengundian berulang dilakukan.

Menurutnya, semakan daripada daftar pemilih bagi suku kedua 2011 mendapati 34 nama pengundi klon dikesan di Parlimen Batu, 20 di Parlimen Wangsa Maju dan 115 di Parlimen Setiawangsa.

Pengundi klon pos yang dimaksudkan adalah pengundi yang mendaftar untuk bertukar alamat, tetapi nama mereka masih tersenarai dalam senarai pengundi biasa yang bercetak.

Ia merujuk kepada isteri kepada anggota pasukan keselamatan seperti polis dan tentera. “Sebagai contoh Shakira binti Ismail, isteri kepada IKD1092267 dengan nombor kad pengenalan 680820025644.

Nama ini dikatakan telah bertukar alamat. Tetapi apabila diperiksa secara dalam talian, lokasinya tetap di Parlimen Batu.

“Ini hanya segmen pengundi pos di tiga kawasan Parlimen. Kita masih belum lagi memeriksa senarai induk pengundi pos dari seluruh negara dan membandingkan data pengundi dalam talian dengan versi cetak yang dibekalkan kepada orang awam,” kata Tian Chua pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN.

Bercakap lebih lanjut, Tian berkata, penambahan pengundi pos di ketiga-tiga kawasan Parlimen itu turut dikesan berlaku secara mendadak.

Pengundi pos tentera pada tahun 2009 berjumlah 296 meningkat kepada 13,265 pada 2010. Manakala undi pos polis berjumlah 889 pada 2009 pula meningkat kepada 3,207 pada tahun 2010.

GEMPAR !!! Berbuka Puasa bersama MAYAT HIDUP..


Sapa nak rasa pengalaman berbuka puasa bersama Mayat Hidup??? Kalau korang nak.., bayarannya tak mahal beb.. Cuma RM 50 jee..

Jangan lepaskan peluang ni beb.. Mayat Hidup ni adalah satu-satunya spesis yang tinggal dalam Malaysia selepas Mamat Khalid buat filem Zombie Kampung Pisang..

Dan gua rasa, selain dari korang dapat rasa pengalaman berbuka puasa dengan Mayat Hidup pencacai kafir tu.., korang bolehlah bantu dia cari duit untuk beli baju raya..

Takkan korang sanggup tengok Mayat Hidup tu pakai baju BERSIH pergi sembahyang raya nanti ye tak..?

So.., gua tak sensor alamat dan no talipon Mayat Hidup tu dalam berita kat bawah ni untuk memudahkan korang..

Sapa yang rajin tu dipersilakanlah yee.. Bolehlah nanti korang suruh Mayat Hidup tu buat aksi dia mati hidup balik macam dalam drama BERSIH 2.0 hari tu.. Hahahaha...



Shuhardi Mat Isa atau lebih dikenali sebagai pelakon ‘Baharudin’ kerana disalah sangka sebagai arwah Baharudin yang meninggal dalam himpunan aman Bersih lalu menganjurkan majlis berbuka khusus untuk mangsa-mangsa Bersih 25 Ogos ini.

Shuhardi yang merupakan seorang aktivis masyarakat adalah Setiausaha Agung Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (UrusKop) dan bertindak sebagai Pengerusi Penganjur Majlis anjuran UrusKop itu.

Majlis itu akan berlangsung di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa. Ia bermula pada jam 5 petang dengan pendaftaran hadirin diikuti bacaan Yasin dan tahlil pada jam 6 petang.

Pada majlis yang sama, sumbangan akan turut disampaikan kepada mangsa-mangsa keganasan polis sewaktu himpunan Bersih dan ia akan berlangsung pada jam 6.30 petang.

Orang ramai dijemput hadir ke majlis itu dengan membeli kupon sumbangan bernilai RM50.

Mereka yang berminat untuk menghadiri majlis itu boleh menghubungi Suhaimi (0193831987) dan juga Norfadilah (0174750510).

Lagi sorang artis bakal ikut jejak Bob Lokman?

Adeep The Fabulous Cat

Gua tengah berfikiran positif ni.. Baguslah kalau artis TFC ni dah berubah nak dekati Islam dan nak cari syurga..

Cuma gua harap dia jangan anggap dapat jumpa Islam dan dapat cari jalan ke syurga didalam politik.. Kalau nak jumpa syurga Pok Nik tu bolehlahh...

So.., harap-harap dia janganlah join PAS yee... PAS sekarang ni bukan lagi perjuangkan Islam.. Dorang tu dah jadi lebih "gereja" dari pihak gereja sendiri...



Salah seorang ahli kumpulan The Fabulous Cats (TFC), Adeep atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar, nekad untuk keluar daripada kumpulan tersebut dan bersara sebagai seorang penyanyi selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah.

Jelas pandangannya adalah pandangan terbaik dan ikhlas kerana sanggup meninggalkan rakan-rakan di saat nama kumpulan mereka mulai gemilang. Ia lebih mementingkan kerja-kerja untuk agama, yang sepatutnya menjadi contoh kepada artis-artis lain

Menurut ketua kumpulan itu, Cat Farish, dia menghormati keputusan Adeep walaupun dia tahu TFC kini kekurangan seorang ahli yang berbakat dalam bidang muzik.

"Kali terakhir kami dapat membuat persembahan bersama iaitu pada sebulan lalu di Sungei Wang Plaza. Kalau nak diikutkan, sudah lama dia berhasrat untuk bersara daripada kegiatan muzik.

"Memang sebelum ini Adeep banyak membantu dalam penciptaan lagu-lagu TFC. Bagaimanapun nasib baiklah seorang lagi anggota TFC iaitu Zizi sudah pandai menghasilkan lagu." katanya.

Bagaimanapun, Cat gembira dengan perubahan Adeep tetapi enggan mengganggu urusan kehidupan peribadi rakannya itu selepas ini.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online