BREAKING NEWS

PAS + Negara Berkebajikan = KUTIP DERMA !!


PAS melalui Lajnah Penerangan dan Dakwah akan menganjurkan Konvensyen Negara Berkebajikan pada 10 September ini Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar dekat sini.

Ia susulan ucapan dasar presiden PAS Jun lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, konvensyen tersebut diadakan bertujuan menghurai dan memberi kefahaman kepada seluruh kepimpinan parti mengenai Konsep Asas Negara Berkebajikan sebagaimana Ucapan Dasar Presiden tahun ini Menuju Negara Berkebajikan.


Kebajikan apanya? Tiap-tiap minggu dorang ni buat ceramah di merata ceruk kampung untuk songlap duit rakyat, kebajikan kejadah macam tu?

Yang sebenarnya, konsep negara berkebajikan bagi PAS ialah rakyat kena derma banyak-banyak dalam ceramah untuk pemimpin-pemimpin PAS bermewah..

Tak percaya? Cuba korang check kemana perginya hasil kutipan derma setiap ceramah PAS.. Korang tahu tak duit tu digunakan untuk bayar penceramah dan disalurkan kepada tabung PAS pusat..?

So.., sebab tu lah gua kata puak PAS ni tak boleh pakai langsung.. Hari-hari dorang kata rakyat negara ni susah dan tertekan pasal kerajaan zalim..

Tapi dorang sendiri zalim dan menyusahkan rakyat tak nampak pulak..

Bangang sungguh pengikut-pengikut PAS ni semua pasal benda macam ni pun dorang tak nampak..

Nak buat negara berkebajikan konon.. Pegi mampuslahhh !!!

Ustaz TALIBAN PAS kantoi rasuah...!!


Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, Fauzi Muda hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa dan peguamnya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000.

Dalam laporan tersebut, Fauzi mendakwa pada 10.30 malam kelmarin, dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir datang ke rumahnya kerana mahu berbincang tentang notis saman fitnah terhadapnya yang dihantar semalam.

Katanya, dalam perbincangan itu, beliau ditawarkan RM50,000 dengan syarat bersedia melakukan beberapa perkara termasuk meminta maaf secara terbuka kepada Nor Azli dan menyokong kenyataannya terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Selain itu, saya diminta menarik balik segala tuduhan dan dakwaan dalam isu jutawan segera melibatkan pemimpin pembangkang termasuk Nor Azli yang dilaporkan kepada SPRM.

"Saya juga diminta mengaku bahawa segala tindakan itu adalah atas bayaran atau agenda UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya di pekarangan pejabat SPRM Perak di sini, hari ini.

Mengenai tuntutan saman oleh Nor Azli, Fauzi menegaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak itu dalam tempoh seminggu seperti dituntut.

"Yang kedua, tiada sebab untuk saya bayar RM250,000 kepada mereka dan ketiga, saya mohon dengan segala hormat kepada Nor Azli supaya segera kemukakan saman supaya saya boleh membuat banyak lagi pendedahan di mahkamah," katanya.

Fauzi yang merupakan bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak turut mencabar Nor Azli menafikan secara terbuka bahawa beliau bukan salah seorang 'jutawan segera' dan mengisytiharkan asetnya semasa dan selepas 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak.

"Saya sudah serah kepada SPRM senarai individu yang disyaki memiliki kemewahan segera semasa pemerintahan pakatan pembangkang. Nor Azli pun sudah tahu dia salah seorang daripadanya," katanya. Beliau turut sedih kerana terpaksa berhadapan tindakan saman daripada individu yang mengaibkan Harussani.

"Sepatutnya Nor Azli layak disaman oleh Mufti Perak kerana menggelar Harussani dengan panggilan 'Syaitan bercakap' dan 'Haramsani'. Namun, saya terima hakikat ini kerana ia untuk kebenaran dan maruah seorang yang patut kita hormati," katanya.

Air Mani Anwar TAK LAKU...


Pakar forensik Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata spesimen sperma diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam kes liwat kerana keadaannya telah terjejas dan hanya diperoleh 56 jam selepas hubungan seks didakwa berlaku.

Dr David Wells mendakwa sampel-sampel DNA yang diperoleh tidak mungkin sesuatu yang “bermakna” dan adalah penting ia telah dihantar untuk tujuan analisis dengan segera.

“Selepas satu tempoh yang lama, sampel tidak berada dalam keadaan baik,” kata beliau di mahkamah hari ini.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa spesimen DNA Saiful diperoleh 56 jam selepas perbuatan seks iaitu ketika dia pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan perubatan pada 28 Jun 2008 dan kemudian membuat laporan polis.

Mahkamah juga pernah diberitahu bahawa spesimen DNA disimpan 43 jam lagi dalam kabinet oleh pegawai penyiasat Supt Jude Pereira sebelum ia dihantar kepada ahli kimia kerajaan untuk dianalisis.

Dr Wells menekankan dalam borang perubatan Saiful mengatakan terdapat darah dalam dubur, namun keputusan pemeriksaan mendapati sebaliknya. - MInsider.

Anwar kaitkan Tun Mahathir pulakk...


Lepas puas mengutuk Najib yang kononnya buat konspirasi terhadap dirinya, Anwar tuduh pulak Tun Mahathir yang jadi dalang disebalik kes liwat 2..

Tak habis-habis nampaknya mamat ni meroyan untuk bohong pada rakyat. Dulu masa kes dia liwat Sukma dan Azizan, semua institusi kerajaan dia tuduh bersekongkol dengan Mahathir..

Sekarang ni, dia pakai skrip yang sama untuk kenakan Najib pulak.. Kononnya Najib dah hired semua agensi dan badan berkanun untuk mengahalang perbicaraan yang adil terhadap dirinya..

"Najib Razak sedang melakukan perkara yang sama seperti mentor beliau Tun Mahathir, di mana segala apa yang dikuasainya melalui media, polis, peguam negara dan sistem kehakiman akan digunakan untuk menggulingkan perjalanan keadilan dan mengeluarkan saya dari arena politik,” dakwa Anwar

Kalau korang ingat, masa tahun 98.., Anwar didapati bersalah diatas tuduhan salahguna kuasa. Dia terlepas dari kes liwat pada masa tu hanya sebab teknikal walaupun hakim bersetuju dia meliwat..

Dan kalau tak kerana Pak Dollah dan menantu.., Anwar terpaksa duduk dalam penjara selama 15 tahun..

Tapi disebabkan ada rumors mengatakan yang Wan Azizah merayu pada Pak Dollah supaya bebaskan Anwar, pasal tu lah dia keluar awal..

Apa yang patut korang tengok disini ialah.., Anwar tuduh semua pihak berkonspirasi jatuhkan dia padahal dia tu dah jatuh lama dahhh..

Dan kalau mengikut rekod, Anwar memang didapati bersalah dan dipenjara pasal SALAHGUNA KUASA.. Maknanya.., dia yang suka manipulasi pihak lain untuk kepentingan dia..

So.., apa kejadahnya dia nak tuduh orang lain jahat sedangkan dia sendiri yang berperangai setan? Gua yakin.., hanya manusia kurang upaya untuk berfikir saja yang akan percaya pada Anwar..

Habislah Khalid Gagap.. Sultan Selangor dah MURKA..


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan murka dengan tindakan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan penubuhan Majlis Syura adalah atas titah baginda, kata setiausaha sulit baginda.

Sebaliknya, Datuk Mohamad Munir Bani berkata dalam pertemuan minggu lalu Khalid hanya mengatakan mahu bertemu dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos ke atas premis itu.

“Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku.

“Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menubuhkan Majlis Syura bagi menyelesaikan segala pertikaian yang berlaku dalam pemeriksaan Jais itu.

Jawatankuasa khas itu atau dikenali sebagai Majlis Syura — dianggotai Khalid, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar.

“Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu,” kata Khalid dalam satu kenyataan semalam.

Polis kaki makan rasuah kena gantung kerja..


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengesahkan memang benar ada seorang anggota trafik terlibat menerima rasuah daripada pasangan warga Singapura semasa sekatan di lebuh raya, baru-baru ini.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman kejadian yang tersebar melalui video itu, pihaknya sudah berjaya mengenal pasti anggota berkenaan.

Katanya, anggota trafik yang bertugas di Pagoh, Johor itu kini sudah dikenakan tindakan dan dalam proses digantung kerja.

"Kita telah dapat kesan anggota 'durjana' ini dan akan ambil tindakan tegas terhadapnya. Dia kini dalam proses ditahan kerja," katanya.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online