Paderi gay warga Malaysia yang kini berada di Amerika Syarikat tetap meneruskan rancangan berkahwin dengan lelaki Afrika-Amerika pada 31 Ogos ini.
Ou Yang Wen Feng, 41 berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh mengganggu rancangannya untuk berkahwin di New York, Amerika Syarikat yang meluluskan undang-undang bagi membenarkan perkahwinan sejenis atau majlis resepsi mengikut budaya Cina di negara ini, tahun depan.
"Malaysia tidak boleh menjejaskan imejnya sebagai sebuah negara berfahaman sederhana," katanya dalam e-mel yang dihantar kepada AFP hujung minggu lalu.
"Walaupun saya tahu kebanyakan orang di Malaysia tidak menerima perkahwinan gay tetapi sokongan terhadap golongan gay juga semakin meningkat," dakwanya.
Homoseksual dilarang di Malaysia dan perlakuan sodomi boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.
p/s: Gua rasa Anwar Ibrahim mesti jadi antara VVIP paling awal hadir ke Majlis kawin Paderi Gay ni.. Maklumlah.., dia kan sinonim dengan unsur-unsur main belakang..
Dan pengikut-pengikut PAS akan berbondong-bondong hadir ke majlis tersebut sebab dorang sekarang ni dah jadi penyokong kuat GAY..
Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.
Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.
Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.
Sebuah sekolah menengah agama berasrama di Pasir Pekan, Tumpat Kelantan, gempar apabila seorang pelajarnya melahirkan bayi lelaki dalam tandas asrama sekolah berkenaan semalam.
Kejadian itu disedari kira-kira jam 10 pagi oleh seorang kakitangan sekolah yang terdengar tangisan bayi ketika sedang mengambil keretanya tidak jauh dari asrama itu dan kemudian memanggil rakannya untuk membuat pemeriksaan.
Mereka kemudiannya memeriksa setiap bilik asrama dan terkejut dengan penemuan seorang bayi lelaki masih bertali pusat di hujung kaki seorang pelajar perempuan.
Kalau benda ni berlaku di Melaka atau Pahang.., confirm puak-puak PAS akan belasah UMNO dan kerajaan cukup-cukup..
Tapi malangnya bila benda ni berlaku di Kelantan.., senyap habis puak-puak tu kehilangan kata..
Pengikut-pengikut PAS kata Kelantan adalah serambi Mekah.. Kononnya kat Kelantan tu dihuni oleh manusia yang semuanya baik-baik dan mulia belaka..
Ada jugak artis yang kata Kelantan adalah tempat terbaik untuk belajar jadi umat Islam.., kat negeri lain tak boleh belajar Islam..
So.., bila jadi isu sosial macam ni, pengikut-pengikut PAS termasuklah Nik Aziz mesti akan kata ini adalah salah kerajaan dan UMNO..
Sebab apa? Sebab benda ni jadi di Kelantan.. Mana boleh umat di Kelantan buat perkara jahat.. Tambah-tambah pulak pelajar yang belajar agama...
Ni lah persepsi yang dimainkan oleh Pok ni dan PAS selama ni.. Umat Islam di Kelantan tu bagus dan terpuji sebab berada dibawah pemerintahan Islam PAS..
Padahal.., sama je manusia di Kelantan tu dengan di negeri-negeri lain beb.. Itu realitinya..
Kenyataan Pak Rais Yatim yang suruh blogger yang kerjanya asyik buat fitnah supaya mengikut jejak akhbar KOMPAS, memang dah buatkan puak-puak Pakatan panas punggung..
Apa taknya.., dorang tu memang juara fitnah dan fitnah tu dah jadi macam makanan harian dorang..
Yang jadi kepala dorang tu semua tentunya lah portal-portal pro pembangkang macam MalaysiaKini, HaraMkah dan KeldaianDaily..
Gua pelik.., puak-puak Pakatan tu suruh rakyat jangan percaya pada media arus perdana pasal kononnya banyak cerita fitnah dan penipuan..
Tapi pada masa yang sama, media dorang sendiri yang buat fitnah terang-terangan tak dipertikaikan pulak..
Memang dorang tu jenis yang cakap tak serupa bikin.. Dorang saja yang betul manakala orang lain semuanya salah.. Macam gampang sungguh!
Semua pemblog wajar mengikut langkah akhbar Indonesia, Kompas yang memohon maaf berikutan laporan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang disiarkan 4 Ogos lalu — antara lain berkaitan dengan isu cincin AS$24 juta.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pemblog atau sesiapa sahaja yang menimbulkan isu seperti ini sepatutnya berbuat perkara yang sama memandangkan perkara ini boleh menjejaskan reputasi seseorang yang berjawatan tinggi dalam sesebuah negara.
“Mereka yang telah menulis seperti Kompas itu di tanah air kita, sama ada pemblog atau mereka yang sengaja menimbulkan isu-isu ini harus berbuat sama seperti Kompas.
“Tapi keadaan dunia hari ini berapa orang sangatlah yang hendak tampil dan mohon maaf, sehingga diseret mungkin barangkali baru hendak pohon maaf,” katanya. -Bernama Online
Macam-macam hal lah dengan Mat Bontot sorang ni.. Lepas 70 kali dia tangguh kes liwat dia di Mahkamah.., sekarang ni dia tuduh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohamad Diah gagal memastikan perbicaran adil pulak...
Kononnya, Hakim gagal perintahkan pendakwa sediakan bukti kepada pasukan peguam pembela dia sebelum perbicaraan bermula..
“Kegagalan anda untuk melaksanakan budi bicara kehakiman dengan memerintahkan pendedahan itu bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang Malaysia tetapi melanggar piawaian antarabangsa di sebuah negara moden untuk melaksanakan kedaulatan undang-undang,” kata Anwar ketika membela diri.
Anwar kata macam tu sebab Najib Razak serta Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, ASP Mohd Rodwan Mohd Yusoff tak diperintahkan hadir ke mahkamah sebagai saksi.
Selain tu, Anwar jugak kata tak ada bukti penembusan secara klinikal terhadap aduan liwat yang dibuat oleh Saiful Bukhari..
Habis tu.., air mani Anwar yang dijumpai dalam lubang belakang Saiful tu nak kira macam mana? Takkan Saiful boleh sumbat sendiri air tu dalam punggung dia?
“Anda menerima tanpa keraguan bukti forensik sebagai menyokong pengadu dalam keadaan terdapat jelas kebimbangan tentang bagaimana contoh- contoh itu telah diperolehi, dilabelkan, disimpan dan dianalisis,” kata Anwar.
Dalam kes ni, nampak sangat Anwar langsung tak ada point untuk nafikan yang dia dah meliwat Saiful.. Anwar cuma boleh putarbelitkan fakta saja untuk politikkan kes dia ni..
Sebab tu lah dia nak sangat Najib dan Rosmah datang ke mahkamah sebagai saksi.. Tu semua untuk tutup perlakuan liwat yang dia buat secara sukarela terhadap Saiful..
Nanti dia tuduhlah kerajaan dah buat KONSPIRASI besar untuk jatuhkan dia... Bengong betul!!
Buat apa lah kerajaan nak susah-susah buat konspirasi untuk jatuhkan manusia yang sememangnya sudah jatuh? Betul tak?
Tukang screw hari ni dah keluarkan video part akhir pasal siasatan pihak JAIS terhadap Gereja di Selangor..
Gua harap puak-puak PAS yang mempertikaikan pemeriksaan JAIS tu boleh buka mata besar-besar diatas apa yang sedang berlaku ke atas umat Islam dinegeri tu..
Jangan hanya demi kepentingan politik peribadi, aqidah umat Islam yang semakin diancam oleh kafir pun sanggup dibiarkan..
Dulu PAS kata dorang tak sokong pendirian Ambiga yang menuntut kebebasan agama dikalangan umat Islam.., so sekarang ni apa sudah jadi?
PAS dah buktikan dorang memang patuh pada kehendak Ambiga bila PAS tak bersetuju dengan usaha menyelamatkan umat Islam oleh JAIS..
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik, (Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, (Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pensyarah ketuai projek patukan ular
-
SEORANG penyelidik kelahiran Malaysia kini mengetuai projek antarabangsa
untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang mati setiap tahun akibat
patukan ...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...