BREAKING NEWS

Mak Lampir Zuraidah bakal meroyan dalam Penjara...


Hahahaha... KDN dikatakan akan ambil tindakan saman dan juga membuat laporan Polis terhadap Mak Lampir Zuraida Kamaruddin yang berbohong mengenai surat bai'ah PATI..

Lepas ni nampaknya Mak Lampir tu akan merengkoklah dalam penjara selain dari bangkrap kena saman..

Tapi gua nak ingatkan pihak KDN.., jangan lupa saman sekali anak Mak Lampir yang bernama Yusuf Al Siddique Suratman @ Milosuam tu..

Sebabnya.., blogger Mat Kuntum tu yang mula-mula sekali keluarkan surat bai'ah tu dalam blog dia..

So.., sepatutnya selain dari Mak Lampir tu.., Milosuam pun patutnya kena hukum sekali.. Biar dorang dua beranak tu meroyan dalam penjara... Hahahaha...




Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang tindakan yang akan diambil terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana masih tidak membuat laporan polis bagi mengemukakan bukti berkaitan dakwaannya wujud “skrip bersumpah” yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar dengan Program 6P.

Susulan itu, ketua setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, tiga langkah sedang dalam pertimbangan KDN iaitu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap ahli parlimen Ampang itu.

"KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekaligus, dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut bahawa inisiatif kerajaan menerusi Program 6P ini sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan Negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - MKini

Anwar dedahkan bukti Saiful tak diliwat..


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa tuduhan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, adalah palsu dan berniat jahat.

Anwar berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki”
dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.

Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang mempunyai hubungan dengan Umno dan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah
menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.

“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengaruh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh
dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” kata Anwar ketika memberi keterangan dari saksi tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur.

Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang, 28 Julai 2008 untuk membincangkan perkara berkaitan kerja.

Beliau menambah, pada peringkat itu, Saiful sepatutnya telah melarikan diri, namun tidak berbuat
demikian atas alasan takut.

“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa
pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” kata beliau lagi.

Menurut Anwar alasan Saiful bahawa dia diselubungi ketakutan adalah bercanggah dengan fakta kes
tersebut.

Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.”

“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan.

Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual mesra dengan saya. “Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebaliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari,” kata Anwar.

“Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” kata Anwar lagi.

“Sikapnya seara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari,” tambah beliau.

Anwar juga berkata, Saiful tidak terus membuat laporan polis dan membuat laporan perubatan dengan
segera, sebaliknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, Saiful juga dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.

Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu. “Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar,” katanya. - KeldaianDaily.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Suspek simbah Asid diberkas oleh Unit Amal PAS...

Budak belum masuk jawi dah di kerah masuk Unit Amal PAS..

Wohaa... Tajuk artikel ni memang tak boleh blah langsung kalau ia benar-benar berlaku.. Gua tak boleh bayangkan Unit Amal PAS ganti Polis untuk cegah jenayah..

Yang selalu gua nampak puak Unit Amal PAS tu buat ialah jaga parking dan kutip sampah masa ceramah.. Itu lah dorang punya kepakaran beb...

Dan lagi satu.. Unit Amal punya kepakaran ialah jadi barisan hadapan masa demonstrasi.. Contoh yang terbaru ialah di perhimpunan HARAM Bersih..

Jadi yang buat kerja jaga keselamatan rakyat negara ni adalah Polis... Gua ulang sekali lagi..., P.O.L.I.S..!!

Dan pihak Polis ni lah yang puak-puak PAS tu kata anjing.., barua.., kuda kayu.., dan perkakas kerajaan.. Yang peliknya.., kalau ada masalah, dorang pun buat report kat Polis jugak..

Kenapa dorang tak report pada Unit Amal PAS yee? Tak pun report lah kat Unit JIHAD Nasrudin Tantawi..

So.., gua nak ucap tahniah pada pihak Polis yang cekap dan berdedikasi menjalankan tugas dorang.. Tanpa Polis.., puak-puak PAS tu pun tak boleh nak aman tidur malam..

Nak harapkan Unit Amal PAS?? Pegi mampuslahhh....

Seorang lelaki yang ditahan petang semalam berhubung kes simbah asid ke atas seorang pemuda di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut, di sini 8 Ogos lepas, direman lima hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata, lelaki berusia 28 tahun itu adalah kenalan kepada mangsa.

“Lelaki yang ditahan itu mengenali mangsa dan polis yakin dengan penahanannya dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes simbah asid yang berlaku di Jalan Raja Laut itu,” katanya dipetik Bernama Online.

Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Rafie Abdul Latif, 27, telah disimbah asid oleh seorang lelaki ketika berada dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya.

Anwar tak boleh ke mahkamah hari ini... Dia sakit pinggang....


Gua harap Anwar sihat walafiat hari ni untuk teruskan perbicaraan kes liwat dia di Mahkamah.. Jangan pulak tiba-tiba pelbagai penyakit pulak serang dia hari ni...

Drama King ni bukan boleh percaya sangat.. Macam-macam helah dia untuk tangguhkan lagi perbicaraan mahkamah yang mungkin dia buat..

Gua sarankan pihak PDRM pun bagi kawalan ketat sikit kat dia nanti.. Manalah tau takut-takut dia lari menyuruk di Kedutaan Turki..

Apapun.., selamat menjalani perbicaraan buat Papa Jahat... Anwar..., Are U ok? Hahahahaha...




SELEPAS menunggu hampir tiga bulan, rakyat negara ini akhirnya berpeluang mendengar keterangan bela diri Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai esok berhubung pertuduhan liwat yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi di sini.

Antara yang bakal menarik perhatian adalah cara barisan pembelaan mematahkan isu kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y atau Anwar di bahagian rektum (salur dubur) dan permukaan dubur bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Turut menjadi perhatian adalah sama ada barisan pembelaan yang diketuai peguam bela, Karpal Singh akan memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai saksi-saksi mereka pada perbicaraan tersebut.

Namun, apa yang lebih menarik ialah sama ada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan menjadi saksi pembelaan pertama dan memilih untuk memberi keterangan dari kandang saksi yang akan 'membolehkan' dirinya disoal balas oleh pihak pendakwaan.

Selain daripada pilihan ini, Anwar boleh memilih sama ada memberi keterangan dari kandang tertuduh atau berdiam diri; dua pilihan yang menghalang pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden daripada menyoal balas dirinya. -Utusan



AWAS dengan kurma TIRUAN RM 1 ....

PERBEZAAN kurma tiruan (kiri) dan kurma asli yang kelihatan segar.

Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis.

Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah.

Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.

Buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.

“Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah.

“Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan,” ujar sumber yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut. -Kosmo



p/s: Ni lah bukti bahawa musuh sebenar manusia ialah manusia tu sendiri..

Walaupun kita tahu yang setan dah diikat agar tak ganggu manusia menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.., still ada "setan" didalam diri manusia yang susah untuk "di ikat"..

So.., berhati-hati lah kita supaya jangan sampai terpedaya dengan "setan" jenis ni ye...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online