BREAKING NEWS

Nizar Jamaluddin bakal MB Perak selepas PRU13..?


Gua dapat info dari Perak yang mengatakan Nizar Jamaluddin akan bertanding di DUN Changkat Jering dan Parlimen Bukit Gantang.

Dulu mamat sawan ni menang di DUN Pasir Panjang.., tapi memandangkan dia jarang turun kawasan dan tak ambil tahu pasal DUN dia.., rakyat di kawasan tu pun meluat kat dia..

Jadi untuk memastikan dia menang di PRU13 dan ada can jadi MB balik kalau Perak jatuh ke tangan Pakatan, Nizar terpaksa cari kawasan yang dia boleh menang mudah..

Sebab tu lah dia pilih DUN Changkat Jering.. Sebab apa? Sebab DUN Changkat Jering dulunya dimenangi oleh Osman Jailu yang membuatkan Pakatan di Perak tumbang..

Kononnya, kalau Nizar bertanding di situ, peluang dia untuk menang amat cerah sebab dia akan lawan calon yang tak setia pada parti.. Itulah kempen dia nanti...

Sebagai langkah awal.., Nizar dah buka Pusat Khidmat dia di Taman Damai di kawasan DUN Changkat Jering. Dan sekarang ni dia memang kerap sangat turun kat situ..

Dun Pasir Panjang pulak dikatakan akan diwakili oleh sorang calon muda dari PAS.. Gua dengar.., calon tu dulu adalah sorang bloggers...

Tapi gua rasa.., Nizar kalau bertanding dimana pun kalau tempat tu majoriti orang melayu.., dia akan tetap kalah..

Isu jadi kaldai DAP dan pegang lilin dah cukup untuk ranapkan cita-cita Nizar.. Tu belum campur isu dia derhaka pada Sultan..

So.., Nizar jangan mimpilah nak menang yee... Jauh sekali nak jadi MB Perak balik... Makin meroyanlah dia lepas PRU nanti... Hahahahaha...

KJ politikkan Masjid di Kelantan??? Teruk betul mamat nihh...


Ishhh..., ni tak boleh jadi nihh.. Apa kejadahnya menantu Pak Dollah tu sibuk sangat nak politikkan Masjid bulan-bulan puasa ni..? Hehehehehe...

Kalau masjid di Rembau tu tak apalah jugak.., tapi ni Masjid di Kota Bharu.. Melampau ni beb...

Kan puak-puak PAS dah pedih mata dan panas punggung.. Dorang dah canang seluruh blogsphere kata UMNO politikkan masjid..

Itulah KJ..., kan dah memalukan nama baik UMNO.. Lain kali kalau nak gantung papan tanda masjid di Kelantan tu, kena mintak izin dulu dari PAS..

Lagi afdal kalau bawak sekali Shafie Apdhal ke majlis berbuka puasa kat Masjid tu.. KJ jangan buat lupa..., PAS memiliki seluruh harta di Kelantan walaupun masjid tu UMNO/BN yang bina..

Pengikut Pok Nik kata.., sapa suruh kerajaan pusat buat masjid..? Dah buat.., dorang sapu lahh.. Pangkah stil tetap pada PAS...

Tapi gua tak sangka pulak yang gantung papantanda masjid boleh dikategorikan sebagai mempolitikkan masjid.. Fatwa baru dari Pok Nik lah gamaknya yee..

Tahniah KJ sebab dah buat puak-puak PAS di Kelantan meroyan.. Gua tak sangka.., ada fungsi jugak ye menantu babah ni... Hahahahaha..

Tokong diDAHULUKAN.., Masjid diKETEPIKAN...


Di Kelantan, terdapat lebih kurang 1.5 juta orang penduduk.. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%..

Jumlah penduduk Siam di Kelantan pula seramai 13,000 orang yang mendiami 30 kampung. Apa yang gua tahu.., penduduk Siam tinggal di kampung-kampung di daerah Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu.

Tapi satu perkara menarik yang patut korang tau ialah.., di Kelantan terdapat patung Buddha tidur yang kedua terbesar di dunia.. Selain tu ada jugak patung Buddha duduk yang kedua terbesar di Asia Selatan.

Semua tu dibina dibawah pentadbiran Pok Nik... Hebat tak Kerajaan PAS Kelantan..?

Yang jadi peliknya.., tak ada satu pun Masjid yang dibina oleh kerajaan PAS sejak dorang memerintah selama 20 tahun lebih di negeri tu.. Huhuhuhu.. Kerajaan PAS ni kerajaan siam atau Isle?

Satu-satunya masjid yang dibina kerajaan PAS yang gua tau ialah di Rantau Panjang.. Yang bestnya.., Masjid tu masih lagi terbengkalai sejak tiga tahun lepas biarpun duit peruntukan RM 1 juta dah diluluskan... Ajaib tak?

Jadi..., korang mesti heran.., kenapa Nik Aziz yang mendabik dada kononnya pejuang Islam tapi tak nak buat Masjid... Gua ada jawapan untuk kehairanan korang..


Pada tahun 2008.., Nik Aziz sendiri mengaku bahawa PAS tidak membina masjid sepanjang 18 tahun pemerintahannya di Kelantan.

Dia kata.., kerajaan negeri hanya membina masjid sekiranya penduduk menyediakan tapak atau membinanya terlebih dahulu.

"Kalau beri, kita tak beri semua (peruntukan), kita beri yang padan (mampu) dengan kita saja. Demo (rakyat) buat dulu masjid, beli tanah dulu baru kita beri (peruntukan)," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal di Kampung Telosan di Pasir Putih.

So.., gua harap kepada sesapa yang ada kengkawan dikalangan penganut PAS tu.., ceritakanlah kat dorang bahawa masjid yang dorang beribadat di Kelantan sekarang ni adalah hasil usaha UMNO/BN..

Tempat sujud dan Mimbar tempat dorang hentam kerajaan selama ni di masjid Kelantan tu pun adalah hasil jerit perih UMNO/BN...

Kalau nak rasa hasil usaha PAS.., bolehlah "sujud" di Tokong Siam Slepping Buddha atau Sitting Budha yee.. Itu je lah yang PAS boleh berbangga punn....

HOT BERGAMBAR!!! Cium Kaki Nik Aziz..???


Selama ni gua tercari-cari gambar yang paling sesuai untuk membuktikan bahawa pengikut PAS ni amat taksub kepada Nik Aziz.. Dan akhirnya.., di bulan mulia Ramadhan ni, gua jumpa juga...

Bila tengok gambar ni nanti, korang nilaikan lah sama ada pengikut PAS ni taksub atau hormat pada orang tua? Pada pandangan gua.., sifat taksub tu lebih terserlah..

Yang gua musykil.., Pok Nik tu bukanlah uzur.., dia jugak bukan kurang upaya.., jadi takkan teruk sangat sampaikan kena sarungkan kasut ke kaki dia?


Gua berani cakap.., nak tolong sarungkan kasut ke kaki ibu dan ayah kita yang dah tua pun tak ramai yang boleh buat.. Tapi untuk sarungkan kasut Nik Aziz, ada penganut agama PAS yang sanggup buat..

Sebab apa? Sebab wala' dan taksub melampau lahh.. Dan juga kerana dorang anggap Pok Nik tu sebagai wali dan ulamak pewaris nabi..

Dulu ada satu cerita yang disampaikan oleh Nik Aziz pada wartawan.. Dia kata, ada pengikut PAS dah curi selipar dia sebab dipercayai ada karamah/berkat..

Gua tak tipu pasal ni beb.. Kalau tak percaya, korang boleh tanya pada Nik Aziz sendiri...

So.., jangan heranlah kalau ada pengikut PAS yang taksub melampau sampai Nik Aziz nak pakai kasut pun terpaksa disarungkan.. Silap haribulan.., ada yang sanggup "cium kaki" Pok Nik tu..

Jadi.., gua nasihatkan kepada korang dan diri gua sendiri.., janganlah terlampau taksub sesama manusia.

Jangan sangka tiket syurga boleh diperolehi dengan hanya sarungkan kasut dan mencium tangan orang tua yang mengaku ulamak.

Dia sendiri pun tak tau lagi untung nasibnya di SANA nanti...

Ali Setan dan Bob Isabella.. Korang nak berdakwah atau nak berpolitik???


AGAKNYA memang ini satu trend. Bila sudah berubah, bertobat, mesti belasah kaum sendiri, belasah orang sana sini, kanan kiri, barulah betul. Barulah jiwa tidak kacau, agaknya.

Hari tu, Bob Lokman, kutuk dunia artis yang pernah diinjaknya lepas dia jumpa ‘jalan insaf’. Pada hal dunia itulah yang buat dia Bob Lokman.

Bertahun-tahun dia jadi Bob Lokman dengan hasil seni, buat lirik, buat lawak..rasanya kalau dia duduk kedai kopi jual teh serbat saja, tak ada orang kenal siapa dia.

Tapi bila dah jumpa jalan, kutuklah industri bagai nak rak. Yang tak betul dia, tapi yang salah dunia seni. Ada ka?

Dan dalam bulan Ramadan yang syahdu lagi mulia ini, tetiba seorang lagi bekas artis kena angin yang serupa. Dalam menyampaikan taskirah di sebuah masjid, ulang, masjid...di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang kelmarin, Azmil Mustafa (aka Ali setan) kutuk orang Melayu.

Katanya, orang Melayu bodoh, Orang Melayu tak ada telur. Dan paling tak tahan, kutuk pula pembesar negara sampai ke Yang Dipertuan Agong! ..Dan, Azmil juga mengutuk seorang tua yang menegurnya dengan mengatakan haji dan zakat yang dilakukan orang itu sia-sia saja.

Sejak balik dari Syria ni, dah lagu tu ka? Isyy, isyhh…

Perkembangan terbaru ini amat mengejutkan. Kita hormat pendiriannya berubah kerana seingat saya, ceritanya dia dulu memang jahat macam setan masa muda.

Maklumlah dia lama duduk Amerika. Jadi, bila dia berubah sebagai Muslim sejati, kita bersyukur. Dan bila dia pilih untuk kongsi pengalaman dalam kerja dakwahnya, kita pun yang pernah kenal dia tumpang bangga.

Cuma saya sedikit keliru, apakah yang dilakukan sekarang sebagai berdakwah atau berpolitik? Kenapa pula nak kait soal kerajaan, PM dan Agong dan lebih menyedihkan kenapa jadi begitu kasar sedangkan penyampaian dakwah itu mengikut Islam dan Rasulullah ada tertib, adab dan sopan yang halus mulus, bukan dengan berkasar dan mengutuk dan memaki hamun orang lain.

Apa tujuan kita berubah? Tentunya untuk jadi insan yang lebih baik, lebih menghormati orang lain dan mengasihi bangsa dan saudara seagama. Cara kita biarlah sederhana, kerana ini pun sememangnya dituntut dalam agama kita, bersederhana, bukan over sampai jadi berlebih-lebih pula.

Sebagai orang yang mengenali Azmil dari zaman dia berambut anika warna dulu, saya hanya terkilan jika dia memilih untuk berpolitik daripada berdakwah.

Jika dia benar prihatin terhadap orang Melayu, sepatutnya dalam bulan yang penuh rahmat ini, dia bagi taskirah bagaimana orang Melayu patut berjuang dalam saf yang satu, bukan berpecah belah seperti hari ini.

Atau kalau betul mahu berdakwah dan sayangkan anak Melayu, kenapa tidak sentuh soal murtad?

Nak kata dia kena rasuk setan, teringat pulak sekarang ni bulan Ramadhan, mana ada setan berligar…setan semua kena rantai.

Jadi setan apakah yang telah masuk dalam badan Azmil sampai boleh keluar cakap macam itu dan paling tak sedap ialah bila kutuk org lain yang cuba menegurnya.. setahu saya, kita ni tak baik hina orang lain, apa lagi saudara seagama.

Itu sifir hukum biasa yang tok nenek kita ajar. Jadi, apatah lagi bila jadi penceramah aka, pendakwah, dalam masjid pulak tu.

Berdakwah biarlah berhemah, bukan kutuk mengutuk.

Tapi, sebelum itu, buat Azmil, Bob dan artis lain yang sewaktu dengan mereka ini, yang sebenarnya, sebenarnya korang ni nak berdakwah atau nak main berpolitik?


Ehsan dari Saodah Ismail (AgendaDaily)

Lawatan BERHANTU ke Lokap Mona Fandey..


Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.


Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.


Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.


Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.


Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.



p/s: Gua rasa tak lama lepas ni lokap yang di Sg Buloh tu pun tumpuan pelancong.. Ya lah kann.., bukan semua negara dalam dunia ni ada lokap yang jadi tempat kurungan manusia Anugerah Tuhan beb..

HOT !!! Artis Islam BELA dan BERGAMBAR dengan ANJING....


Gua difahamkan, artis melayu yang beragama Islam ni berasal dari Kelantan.. Dia ni kalau berlakon.., memang ngetop jugak sebab versatile..

Tapi bila gua tengok gambar dia berposing dengan ANJING belaan dia tu.., gua rasa dia tak berlakon.. Itu memang benar-benar kejadian..

Korang tengok sendiri kemesraan keluarga artis Nanu Baharudian bersama anjing peliharaan mereka bernama Kesha tu yang di’upload ke Fesbuk dia sendiri...

Bukan seekor yang gua nampak.., tapi dua ekor ANJING yang gua sendiri tidak tahu baka apa..

Gua berani gerenti.., lepas ni jawapan dari artis tersebut ialah.., "tak salah kalau pegang anjing ketika bulu dia kering".. Sama juga macam kes satu lagi artis pompuan yang bergambar dengan ANJING dulu tu..

So..., nasihat ikhlas dari gua.., korang janganlah terpedaya sangat dengan lakonan "baik" artis-artis ni dalam tv tu.. Dah namanya pun berlakon kannn..., itu je lah yang dorang tahu punn...







About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online