BREAKING NEWS

PANASS !! Skandal SEKS Guan Eng akan terdedah sebelum PRU13...


Kalau ikut apa yang diluahkan oleh penulis pro Pakatan dibawah ni.., nampaknya cerita pasal kekasih gelap Ketua Regim DAP di Penang ni memang ternyata cerita betul..

Kalau hanya sekadar khabar angin, takkan pulak penulis cina tu beria-ia nak buat penafian..

Selalunya orang kata.., kalau tak ada angin, takkan pulak pokok nak bergoyang.. Jadi cerita pasal skandal gelap Guan Eng tu takkan nak jadi sendiri tanpa ada saksi yang buat kenyataan kannn..

So.., sekarang ni kita hanya perlu tunggu saja isu ni meletup di Penang.. Yang pasti, kebanyakan rakyat Penang dah tau cerita ni..

Imej Guan Eng sebagai Father Kristian sudah tentu tercemar kalau cerita skandal gelap dia tersebar...

AKHIR-AKHIR ini blog pro-kerajaan riuh rendah memperkatakan tentang skandal yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng.

Beliau dikatakan sering dilihat bersama seorang wanita Cina yang bukannya isterinya.

Sumber-sumber menyatakan yang para blogger ini telah pun mempunyai bukti tetapi hanya akan ‘meletupkan’ isu ini pada Pilihanraya Umum yang akan datang.

Soalnya, adakah Lim Guan Eng perlu gentar dengan pendedahan ini? Apakah Pakatan Rakyat akan terjejas dengan isu ini?

Jawapannya tidak. Ini kerana rakyat tahu bahawa pemimpin Pakatan Rakyat adalah jauh lebih baik pekertinya dari pemimpin BN.

Malah, kalaupun ianya benar, isu peribadi tidak harus dijadikan alasan untuk menilai kepimpinan sesiapa jua.


Ada yang kata.., inilah kekasih gelap bekas banduan Melaka tu...

Lihat saja bagaimana BN memainkan isu video seks yang kononnya membabitkan Ketua Pembangkang, tetapi sehingga kini tidak berjaya meyakinkan rakyat.

Begitu juga dengan skandal-skandal lain contohnya, kisah khalwat Mat Sabu yang akhirnya diketepikan begitu saja oleh rakyat.

BN seharusnya belajar dari pengalaman bahawa kisah-kisah skandal seperti ini tidak akan menjadi kudis kepada Pakatan Rakyat.

Lagipun, adakah mereka mempunyai 4 saksi untuk menuduh perkara sedemikian terhadap Lim Guan Eng? Atau adakah ada video yang boleh dijadikan bukti jika mereka mendakwa perkara ini benar?

Jika ada, adakah video tersebut jelas sepertimana video Chua Soi Lek?

Kita percaya blogger-blogger BN ini tidak punya satu apa bukti pun untuk terus memainkan isu ini kerana ia hanyalah sekadar serangan rambang dalam perang psikologi untuk melemahkan pembangkang yang dilihat semakin mendapat sokongan rakyat.

Jika BN meneruskan dengan pendedahan palsu ini, mereka sebenarnya hanya akan menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap kerajaan yang dilihat tidak habis-habis bergantung hidup atas isu seks dan maksiat.
Oleh: Jonathan Ong

Video yang WAJIB korang tengok..


Kadang-kadang, kita akan terjumpa perkara pelik yang manusia buat tapi tak tercapai oleh imaginasi dan akal kita..

Korang kena tau.., dalam politik lah paling banyak benda-benda macam tu berlaku.. Sebab apa? Sebab ada mangkuk hayun yang berpolitik sampai menghalalkan cara..

Sapa pernah terfikir yang pangkah kertas undi boleh masuk syurga? Dan sapa pernah bayangkan yang satu hari politik tu dijadikan sebagai agama?

Pasal apa jadi macam tu? Pasal.., ada sekumpulan manusia yang berfikir tak gunakan ilmu.. Dorang ambik semuanya berdasarkan logik akal saja walaupun dalam hal-hal agama..

Contoh terbaik ialah video yang gua letak kat bawah ni... Korang cuba dengar apa yang pengikut parti Isle PAS tanya berkaitan dengan tugas malaikat...

Serius gua cakap.., gua pun tak pernah terfikir dengan soalan yang hamba Allah dalam video tu tanya kat Ustaz Azhar..

Gua pun tak boleh bayangkan apa yang dia fikir sampai boleh tanya soalan-soalan bodoh macam tu..

So.., kalau macam ni kualiti pemikiran yang ada pada pengikut PAS.., tak heranlah kalau dorang selalu diperbodohkan..


GILA !!! Hari Raya pun puak-puak PAS nak POLITIKkan..


SAH gila puak-puak karat hijau tu semua.. Raya pun dorang nak politikkan? Apa lah nak jadi kat dorang ni agaknya...?

Dorang ni lupa ke untuk apa Aidilfitri tu diraikan? Dan dorang lupa ke Aidilfitri tu merupakan hari kemenangan umat Islam melawan nafsu di bulan Ramadhan?

So.., apa kejadahnya pulak dorang nak kaitkan politik jijik dorang dengan sambutan Aidilfitri?

Nak tunjuk bodoh pun buatlah di hari lain.. Janganlah tunjuk sangat bangang tu di hari kemenangan umat Islam seluruh negara..



Kempen untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih dan adil dijangka semakin bersemarak di hari raya Aidil Fitri ini dengan pelbagai pendekatan.

Pemuda PAS Gombak misalnya mencetak dan menjual sampul duit raya Bersih. Ia memaparkan lapan tuntutan Bersih di belakang sampul itu.

Dua malam lalu, hampir 1,000 sampul itu dijual oleh Yang Dipertua PAS Gombak Ustaz Salahudin Nasir.

"Malam ini saya bawa 300 je, harap semuanya habis malam ini. 3 bungkus RM10 je," kata Salahudin ketika memberikan tazkirah di sebuah surau dekat sini.

Bagi beliau, masih ramai yang tidak tahu lagi apa tuntutan Bersih. Oleh itu, dengan menggunakan kad ini bermakna tuntutan ini diberitahu kepada lebih ramai orang, katanya.

Malam kelmarin, Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrulamin Bahrom mengajak semua jamaah surau itu agar memakai baju kuning untuk hari raya tahun ini.

Beliau juga mencadangkan agar kuih muih dibuat dengan warna kuning "dan jangan lupa kita buat juga pulut kuning," kata beliau.

Dengan cara ini, kata beliau ia akan mengingatkan semua orang tuntutan Bersih agar pilihan raya di negara ini dijalankan dengan bersih dan adil.

Nik Aziz TERKILAN sangat-sangat...


Ekoran dari kenyataan Najib semalam yang menegaskan bahawa pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa meskipun jawatankuasa pilihan khas bersidang, Nik Aziz dikatakan amat terkilan dengan kenyataan tersebut.

Nik Aziz mula sangsi dengan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan pusat diterajui Najib Razak dalam membawa penambahbaikan sistem pilihan raya.

Katanya dalam Fesbuk.., “sejauhmana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?”

Aikkk...., salah ke bila Najib berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa?

Bukan ke hari tu puak-puak Pakatan tu yang sibuk sangat suruh kerajaan umumkan tarikh pilihanraya umum?

Sekarang ni Nik Aziz kata terkilan pulak dah bila Najib bagi hint awal.. Memang gila lah puak-puak ni semua.. Ntah apa yang dorang nak pun gua tak tau...

Gua rasa, Nik Aziz sedar kalau PRU dibuat awal, confirm Selangor dan Penang dorang akan berkemungkinan besar kalah.. Kedah tu 50-50 laa sebab UMNO kat situ pun lena lagi...

Di Kelantan pun PAS susah nak menang sebab isu Ladang Rakyat dan isu air serta pengurusan sampah memang buatkan rakyat marah dengan Nik Aziz..

Dan Nik Aziz mesti risau bila sekarang ni UMNO mula utamakan isu-isu melayu dan agama. Rakyat pulak dah tolak PAS pasal jadi barua pencacai kepada kafir DAP laknatullah..

Sokongan melayu kepada kerajaan yang meningkat juga dah peningkan kepala Pok Nik..

PAS nak menang macam mana kalau dorang nak harap undi kafir je beb.., dorang kan banyak bertanding di kawasan melayu jee... Confim tungging buyung lah dorang kalau ada PRU sekarang...

Buktinya.., Mat Sabu pun dah merayu kat Guan Eng supaya dia boleh bertanding di Bukit Bintang.. Mat Sabu tau.., kalau PAS bertanding di kawasan melayu.., kalah besar baii...

Pasal semua ni lah yang buatkan Pok Nik terkilan sangat-sangat.. Gua tau.., dia bukan terkilan kat Najib sangat sebenarnya..., tapi dia terkilan pasal melayu dah tak sokong parti dia... Hahahaha...



PAS tak nak tuduh ni kerja UMNO ke?


Gua harap PAS tak la jadi tolol tuduh UMNO dalang disebalik isu ayam ni yee... Bukannya apa.., PAS tu semua hal dia nak babitkan UMNO..

Nik Aziz kalau berak keras pun mesti dorang kata UMNO yang sabotaj.. So dalam isu ayam ni kena jaga-jaga lah jugak...

Manalah tau kann.., tup-tup si Suhaizan Kaiat tu keluarkan surat baiah tokey ayam tu undi UMNO ke nanti.. Susah nak jawab tu beb.. Hahahahaha...




Daripada 200,000 bekalan ayam segar yang dikeluarkan di Johor setiap hari, kesucian 30 peratus daripadanya diragui kerana ada pengusaha pusat penyembelihan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).

Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal JAJ, Samsudin Paimi, berkata terdapat beratus-ratus peniaga yang memasarkan kira-kira 60,000 ayam segar setiap hari yang kesuciannya diragui.

"Malah ada penyembelihan dilakukan di tempat terbuka yang turut dimasuki anjing dan binatang lain," katanya kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Bharu di Pontian, awal hari ini.

Dalam serbuan dari 1 pagi hingga 3 pagi itu, JAJ mendapati premis terbabit masing-masing tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lalu.

Samsudin berkata JAJ khuatir dengan pertambahan permintaan terhadap ayam segar menjelang Aidilfitri, pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAJ.

Turut membimbangkan JAJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.

"Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna.

Samsudin berkata JAJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua.


Pihak Nurul mohon maaf pasal Iklan Seksi...


Pihak pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung isu penyiaran iklan promosi hari Raya pusat pengurusan badan, Glow-Glamour yang memapar penyanyi itu berpakaian terdedah.

Menurut pengurusnya, Badrul Hashim, Nurul yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui mengenai iklan tersebut termasuklah gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.

"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.

"Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online.

Tambah Badrul, dia telah pun berjumpa dengan pihak Glow Glamour untuk bertanyakan isu tersebut dan pusat pengurusan badan itu meminta maaf atas kesilapan memilih gambar yang tidak sesuai untuk iklan promosi raya.

"Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.

"Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook," jelasnya.



p/s: Lain kali jangan buat lagi yee... Nasib baik jadi di Malaysia.., kalau di Pakistan dah lama kena bako dahh.... 

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online