BREAKING NEWS

PAS Selangor tolak campurtangan Sultan dalam isu Murtad...


Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menegaskan, kontroversi berkenaan isu Murtad ini boleh diselesaikan tanpa melibatkan Sultan Selangor.

Tambah Abdul Rani: “Kalau boleh selesaikan di (peringkat) bawah, tidak perlu dibawa ke Sultan Selangor.”

Dia juga berkata, tidak timbul soal mempertikaikan tindakan Jais atau tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama negeri tapi semua pihak hanya mahu mendapatkan penjelasan.

“Dalam Islam yang kita tidak boleh pertikaikan adalah al-Quran dan sunah, itu tidak boleh pertikai... satu ayat pun kita tidak boleh pertikai, kalau kita pertikai akidah kita boleh terjejas.

“Jadi dalam isu Jais ini, kita tidak pertikaikan pun cuma kita nak dengar penjelasan... apa salahnya?

Sebelum ini, Pengerusi Mais Datuk Mohd Adzib Isa menegaskan, mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama secara tidak langsung tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.

Beliau berkata, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.

“Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais.



p/s: Sungguh kurang ajar puak-puak PAS Selangor ni.. Dorang taknak campurtangan Sultan.., tapi dorang sedar tak yang Sultan tu adalah Ketua Agama didalam negeri?

So.., apa kejadahnya PAS tak bagi Ketua Agama campurtangan dalam isu agama? Tambah-tambah dalam isu yang babitkan aqidah umat Islam..

Bodoh melantun-lantun puak-puak PAS ni semua.. Punyalah pulun nak jaga kepentingan kafir sampai tak tahu fungsi Sultan..

Wakakakaka.... Samsul Ketot CABAR Panglima Angkatan Tentera....


Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengingatkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin supaya tidak melatah berhubung penipuan undi pos.

Shamsul merujuk kenyataan Zulkifeli yang menyifatkan tindakan empat bekas anggota tentera yang mendedahkan penglibatan mereka dalam undi pos semalam, sebagai satu pengkhianatan.

“Panglima Angkatan Tentera tidak perlu melatah, saya cabar dia apakah dia akan menafikan kaedah penyelewengan dalam undi pos ini tidak pernah berlaku di dalam kem-kem tentera.

“Kalau pendedahan ini dikatakan pengkhianatan, dia harus belajar lima rukun negara, antara asasnya iaitu keluhuran undang-undang dan kedaulatan perlembagaan.

Dia harus berlapang dada dan beri ruang untuk mengakui kesilapan,” katanya.

Shamsul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka menambah, pendedahan dilakukan anggota tentera itu dilakukan secara terang-terangan dan bukan berselindung.

Justeru itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof wajar menjawab isu mengenai penyelewengan undi pos yang didedahkan.

“Kita mahu pengerusi SPR menjawab, pendedahan ini sudah cukup kuat untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa sudah sampai masanya sistem undi pos ini dihapuskan.

Saya percaya rakyat di bawah marah dan tidak puas hati dengan penipuan yang dilakukan,” ujarnya.

GEMPAR!!! Nizar nak bersara dari Politik.. Dia nak jadi BOMOH Jampi...


Korang jangan pulak kata Nizar tak puasa bila tengok dia pegang botol air mineral tu yee.. Walaupun nampak macam dia nak minum air tu, tapi sebenarnya dia tengah buat jampi...

Hahahahaha... Korang jangan tak percaya Nizar Jamaluddin tu ada bakat dalam bidang jampi-jampi ni beb.. Ini bukan cobaann..., ini bener-bener kejadiannn...

Gua difahamkan, gambar tu diambil masa Nizar tengah buat air jampi kepada seorang penduduk warga emas di Kg Pak Darus, Taiping Perak.

Ntah apa lah yang dijampi oleh Nizar tu yee.. Jangan dia bantai baca "Surah Aura" yang dipopularkan oleh Nga Kor Meng dulu tu dah laa...

So.., lepas ni kalau Nizar kalah di PRU13.., dia bolehlah menceburi bidang paranormal ni sepenuh masa.. Bolehlah dia buka pusat jampi macam yang Harun Din buat tu..

Gua rasa, sesapa yang ada penyakit sawan atau meroyan boleh la jumpa Nizar lepas ni untuk mintak air jampi.. Dia memang pakar dalam bab sawan dan meroyan ni beb...

PANAS MELETOP !!!! Sultan Selangor DI HINA oleh PAS dan Pakatan.. Rakyat Selangor WAJIB pertahankan Sultan!!!


Gua rasa sudah tiba masanya rakyat Selangor yang mengaku hormat dan sayangkan Sultan Selangor patutnya nyatakan bantahan dan hentam betul-betul PAS dan Kerajaan Pakatan Khalid Gagap..

Takkan korang semua nak biarkan je puak-puak laknatullah tu HINA Sultan dan HINA agensi penguatkuasaan agama yang bernaung dibawah Duli Tuanku?

Hari ni Majlis gama Islam Selangor sendiri dah buat kenyataan pasal tindakan paling kurang ajar puak-puak Pakatan ni menghina Sultan..

So.., rakyat Selangor keseluruhannya patut menunjukkan taat setia pada Sultan dengan buat bantahan besar-besaran pada Khalid Gagap.., Khalid Samad.., Anwar Ibrahim dan juga seluruh pemimpin Pakatan..

Kalau boleh.., halau je dorang tu keluar dari negeri Selangor sebab dorang langsung tak heran dengan Sultan yang jadi Ketua Agama di dalam negeri..

Tunggu apa lagi wahai rakyat Selangor semua..? Takkan Korang sanggup biarkan Sultan korang di HINA oleh PAS dan Pakatan laknatullah???

Takkan korang semua takut pada Khalid Ibrahim dan Khalid Samad?

Takkan korang semua kecut terhadap Teressa Kok dan Ronnie Liu? Ayuh bangun pertahankan Sultan korang!!!!





Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini secara tidak langsung bermakna tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.

Pengerusi Mais Datuk Mohd Adzib Isa menegaskan, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.

“Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais.

“Jais adalah badan bebas… tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran,” katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan tindakan Jais yang melakukan pemeriksaan ke atas majlis malam malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Tindakan Jais itu bagaimanapun mendapat kritikan banyak pihak.

“Jangan pertikai tindakan Jais itu kerana Jais hanya melakukan perkara itu mengikut peraturan sedia ada.

“Kalau pertikai tindakan Jais macam pertikai kuasa Sultan Selangor dan kita perlu tahu hal ehwal agama Islam terletak di bawah kuasa Sultan Selangor tapi ramai yang tidak faham perkara ini,” kata Mohd Adzib.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata, tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Terlebih dahulu dalam ucapan perasmian Seminar Mendaulatkan Islam-Agama Negara di Masjid Negeri di sini, Mohd Adzib berkata sebagai ketua agama Sultan Selangor mempunyai kuasa dalam soal hal ehwal agama Islam.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Selangor, Sultan Selangor adalah ketua agama Islam dan baginda mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam hal ehwal agama Islam.

“Penasihat utama baginda yang berfungsi sebagai penggubal dasar bagi hal ehwal agama Islam adalah Mais, justeru Mais bukan sekadar sebuah agensi kerajaan yang patuh dan tunduk kepada arahan-arahan pihak-pihak lain malah Mais adalah pihak berkuasa utama agama Islam selepas Sultan Selangor,” katanya di hadapan kira-kira 100 orang.

Tambah beliau: “Manakala Jais pula adalah jentera pelaksana kepada semua dasar dan polisi yang diputuskan Mais.”

Selain itu kata Mohd Adzib, semua pihak perlu memahami struktur pentadbiran agama Islam Selangor bagi mengelakkan salah faham.

Sementara itu panel seminar itu Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (Damai), Mahamad Naser Disa juga mempertahankan tindakan Jais sambil menyifatkan kerajaan negeri tidak sewajarnya menyalahkan agensi penguatkuasaan itu.

“Jais bapa dia adalah Mais dan seterusnya Sultan Selangor dan Mais bebas daripada kerajaan negeri Selangor iaitu di bawah kuasa Sultan Selangor tapi Jais dihentam teruk,” katanya.

HOT!!! Rakyat Penang dah BAKAR HQ Regim DAP Negeri...


Wohaa..., tak pernah lagi dalam sejarah negeri ni ada Ibupejabat parti pemerintah kena bakar.. Regim DAP Guan Eng dah pecah tradisi ni nampaknya..

Masa zaman BN/Gerakan dulu tak pernah pun jadi macam ni walaupun puak-puak Pakatan tuduh Guan Eng lebih baik dan mulia dari Tsu Koon..

Bagi gua, ni lah bukti bahawa rakyat Penang dah meluat sangat dengan Regim DAP dan pemerintahan Guan Eng..

Kalau dah sampai tahap bakar-bakar ni.., kira betul-betul punya meluat lahh... Macam ni punya keadaan.., korang rasa regim DAP boleh menang masa PRU nanti ke di Penang?

Pendapat gua, paling koman pun Guan Eng mesti kalah teruk dikawasan yang dia bertanding.. Bak kata pepatah.., "menang belum pasti.., kalah tu dah tentu.." Hahahahaha...




Ibu pejabat DAP Pulau Pinang yang disimbah cat merah empat hari lalu, sekali lagi menjadi sasaran dengan percubaan membakar bangunan itu. Kali ini deretan akhbar lama yang diletakkan di luar bangunan itu dinyalakan pada kira-kira jam 3 pagi.

ADUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: “Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar jam 3 pagi. Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari.”

Ketika dihubungi, Ng berkata api berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di kawasan itu dan Jabatan Bomba kira-kira 20 minit kemudian. Bomba datang kira-kira 15 minit kemudian, setelah dihubungi oleh penduduk tempatan.

Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu.

"Sebiji botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api. Bomba telah ambil botol itu untuk diuji,” katanya.

"Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan.”


Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan katanya, DAP akan membuat laporan polis pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow iakan mengadakan sidang akhbar pada jam 10.30 pagi ini bagi memberikan butiran kejadian kepada wartawan.

Ahad lalu, ibupejabat DAP di Jalan Talipon ini dan pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, disimbah dengan cat.

Pintu masuk, pagar dan lantai kedua-dua premis tersebut disimbah dengan cat oren, manakala papan tanda disimbah cat merah.

Sebuah kereta yang diletakkan di hadapan pusat perkhidmatan Ng juga turut disimbah cat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbarnya semalam berkata serangan cat empat hari lalu mungkin berkaitan dengan tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh.

HOT !!! Dakwah Kristian terhadap Murid Islam...


Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) berhubung satu ruangan kolum akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam.

Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.

Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat.

Ruangan Cuit-Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia oleh editor kanan Zaini Hassan hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Mereka ini menyanyikan lagu ‘Mereka menyanyikan lagu ’Yes, I know Jesus loves me’ dan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Difahamkan mereka ini diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar di kelas tambahan yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda di kawasan itu.

Sementara itu, JPNKL ketika dihubungi turut mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu namun enggan mengulas lanjut.


p/s: Puak-puak bangang PAS mesti tuduh UMNO dan Kerajaan punya kerja ni...

Jom tengok Jin Siam kena SEMBELIH...

Sekadar Gambar Hiasan...

Ini adalah video sorang pesakit yang dirasuk oleh Jin yang dipercayai dihantar oleh bomoh siam.. Mengikut info yang gua dapat, ini adalah kali kedua pesakit ni dirasuk oleh makhluk Allah tu..

So.., Ustaz yang mengubat pesakit tu mengambil keputusan untuk "menyembelih" Jin kafir tu dengan "pedang Nur"..

Jangan korang heran pulak yee.., ni semua adalah kaedah pengubatan secara Islam yang semakin mendapat sambutan di dalam negara..

Jom kita tengok macam mana Jin tu kena "sembelih".... Dahsyat beb...



About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online