BREAKING NEWS

Jika benci mendengar Al Qur'an dibacakan, jangan berumah ditepian masjid!


Gua amat tertarik banget dengan artikel yang ditulis oleh Mamu Zainol Abideen pasal isu larangan bacaan Quran sebelum azan subuh..

Sapa yang tak kenal Mamu ni.. Dia adalah seorang blogger tersohor yang dah bertahun-tahun berblogging since 2005...

Jom kita baca apa yang Mamu Zainol nak sampaikan kepada pihak-pihak yang tak sedar diri dipergunakan oleh puak kafir di Penang... Cili kasi taruh Mamu...!




Jika benci mendengar Al Qur'an dibacakan ; jangan berumah ditepian masjid!

Inilah sepatutnya saranan pihak pemerintah Kerajaan 'Negara Islam' Malaysia kepada mana mana pihak yang tidak senang dengan amalan pihak pentadbiran masjid masjid dan surau surau diseluruh negara kita ini!!!

Jika mahu di ikutkan hati, mahu saja Tok Mamu menyumpah laknat akan kecenderungan sesetengah pihak 'berkuasa' agama Islam untuk 'lebih kuah dari sudu' sejak kebelakangan ini, sanggup memberi muka kepada desakan desakan kuffar yang semakin lama semakin naik tocang di Mamluk al Malaisie ini!

Namun, dek kerana menghormati Ramadhan, makanya hasrat hati Tok Mamu terpaksa dikemam dan ditahan tahan!

Kenapakah begitu beriya sangat puak puak ini untuk menyekat dan menghadkan syiar Islam dikalangan masyarakat kita di Malaysia ini?

Kalau yang dok sakit hati mendengar ayat ayat suci Al Qur'anul Karim tu kaffir harbi harami laknatullah tu Tok Mamu tak kisah sangat tapi yang dok merenyam macam nak mampos tu pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang?

Ni syeikh! Yang dok kalut nak sekat orang mengaji menenangkan jiwa jiwa yang dok raplah jingga kat Penang tu, pasai apa?

Hangpa nak jaga hati kapiaq kah atau hangpa saja nak tunjuk hangpa ni baguih sangat, prihatin tahap gaban lah konon?

'Couple couple' beragama Islam, berbangsa Melayu dan yang lain lain kat Penang tu saban malam dok tenggelam dalam kancah maksiat memanjang kat tepi tepi pantai Padang Kota, Gurney Drive, Waterfall, Tanjong Tokong, Tanjong Bungah, Batu Feringghi, Telok Bahang dsbnya hangpa tak kacau!

Hangpa boleh dok biaq 'belangkas' kat persisiran Pantai Seagate, takdak pulak tok syeikh ahlul agama rajin nak pi tangkap dan cegah no???

Pasai apa?

Dah tak dak kerja lain dah kot kat Penang tu sampai dok pi suloh kat masjid masjid dan surau , nak menyusahkan pihak pentadbiran rumah rumah Allah tu dengan sekat depa dok mengaji, memberikan peringatan pada anak anak kariah supaya bangun, mai solat berjamaah kat masjid dan surau depa!

Awatlah hangpa ni kamjat betoi???

Bila meninggai karang, nak orang angkat tangan bersyukor kah?

Akai pi mana syeikh?


Baca seterusnya di blog MAHAGURU58

GEMPAR!!! Siapakah blogger POYO Pakatan ini???


Korang baca petikan dari blog Fariz Musa dibawah.. Ini cerita dia masa ditahan semasa menjelang hari perhimpunan BERSIH..

Kurang lebih jam 3 pagi , di satu sekatan jalanraya di dalam kawasan Subang Jaya , kereta kancil milik sdr Juzarim Isma ( ketua AMK Cabang Subang ) yg turut dinaiki oleh saya dan sdr Yusof Al Siddique Suratman telah ditahan dan diminta untuk berhenti di tepi.

Anggota polis tersebut mengarahkan Sdr Juzarim untuk membuka bonet belakang kereta . Tak lama kemudian semua anggota polis yg bertugas di sekatan jalan tetsbut telah mengepung kereta dan kami serta meminta semua mengeluarkan kad pengenalan . - Fariz Musa

Dah habis baca? Korang bandingkan pulak dengan keratan HaraMkah dibawah ni... Korang boleh nampak tak nama sebenar blogger lembu Pakatan dah terdedah...


So..., apa kata juri-juri semua..? Gua taknak komen apa-apa pasal ni.. Semua info ni gua dapat dari blog My Massa.. Korang semua bolehlah baca blog My Massa yang mendedahkan lebih detail...

Sebelum tu.., apa kata korang layan dulu nyanyian dari seorang Mat Kuntum dalam video dibawah ni yee.. Tangkap nangis beb gua cakap luuu.... Hahahahaha...

GEMPAR!!! Nik Aziz dedahkan JHEIPP tunduk pada aduan KAFIR..


Dah SAH !!! Memang terbukti bahawa larangan bacaan Quran sebelum subuh di Penang BUKAN dibuat oleh JHEIP atas sebab syarak.. Tapi dorang buat larangan sebab aduan dari kafir laknatullah DAP.

Nik Aziz sendiri mengaku perkara ni beb.. Dan Nik Aziz jelaskan sebab tu lah dia tak larang bacaan Quran sebelum subuh di Kelantan.. Sebab tak ada aduan!!!

So nak kata apa lagi..? Dah jelas bahawa puak-puak ni sedang merancang usaha untuk hapuskan imej-imej Islam di Malaysia.. Tu pun Nik Aziz tak nampak jugak.. Buta perut sungguh dia tu..

Nik Aziz berkata, cara Umno mempersembahkan Islam pada hari ini adalah salah sehingga menggerunkan masyarakat bukan Islam sedangkan Islam itu indah dan rahmat kepada seluruh manusia.

Ia termasuklah isu bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh yang bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam.

Menurutnya, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan.

Berbeza di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya muslim, perkara tersebut mungkin tidak timbul sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza.

Jika terbukti tidak mengganggu, tidaklah menjadi halangan dan ia terpulang kepada keadaan setempat dan situasi semasa masyarakat. - HaraMkah

Gua heran betullah... Kenapa Pok Nik dan semua cerdik pandai yang menyokong Pakatan tu rujuk pada hadis saja tetapi membelakangkan peringatan Allah dalam Al Quran?

Allah swt sendiri dah mengingatkan kita pasal usaha kafir ni untuk menghina dan membelakangkan ayat suci Al Quran..

Allah telah berfirman didalam Surah As Fushilat yang bermaksud...

26. Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur’an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).

27. Maka sesungguhnya Kami akan merasakan azab yang keras kepada orang-orang kafir dan Kami akan memberi balasan kepada mereka dengan seburuk-buruk pembalasan bagi apa yang telah mereka kerjakan.

28. Demikianlah balasan (terhadap) musuh-musuh Allah, (yaitu) neraka; mereka mendapat tempat tinggal yang kekal di dalamnya sebagai pembalasan atas keingkaran mereka terhadap ayat-ayat Kami.

Kalau Pok Nik dah sangap sangat nakkan undi puak-puak kafir tu di PRU nanti, janganlah sampai agama pun dia nak jual..

Mungkin ni lah yang dimaksudkan dengan golongan orang yang menjual agama di akhir zaman...

HOT!!! Artis ni kata HANYA di Kelantan boleh mendekati ISLAM..


Alahaiiii..., artis ni lagi ke? Gua pun dah naik muak nak letakkan artikel pasal isu artis yang berlagak pandai ni dalam blog gua..

Selalu sangat dia keluarkan statement yang berunsur perasan bagus.. Dah lah perasan bagus.., meroyan pulak bila ada orang kritik dia..

Orang lain berpolitik, dia pun nak berpolitik jugak.., tapi orang lain berpolitik tak lah sampai jadi kurang cerdik macam dia...

Eloklah dia jadikan Pok Nik tu sebagai idola... Hanya orang tolol je percaya pada "Wali Selipar" tu... Kesiannnnn....


Sewaktu dalam tempoh Wardina Saffiyah Fadullah Wilmot, 32, sedang bercuti dari program MHI TV3, diberitakan wanita keturunan Aceh ini telah berkesempatan berkunjung ke Kelantan untuk menjadi salah seorang panelis dalam program “Bicara Selebriti, Manisnya Hidayah-Mu”.

Program anjuran kerajaan tok guru ini turut membawa bersama ke pentas tiga lagi panelis yang lain iaitu mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, bekas celebrity yang pernah menjadi tenaga pengajar Akedemi Fantasia, iaitu Sham Kamikaze, Ustaz Harizal Abdul Jamil, dan Amim Idris dari TV Hijrah sebagai moderator.

Wardina mengaku, tempat yang paling cocok bagi selebriti untuk mendekati Islam di Malaysia adalah Kelantan. Negeri yang dipimpin ulama ini sentiasa terbuka buat mereka. Kelantan mencoba menjadi pelopor dengan hiburan alternatif Islam di Malaysia. Karena para pemimpinnya berpendapat, manusia tak dapat dipisahkan dari hiburan. Tinggal lagi, bagaimana mau mengolah hiburan itu agar tak bertentangan dengan Islam.

Kedatangannya ini merupakan kali kedua Wardinah ke Kelantan atas undangan pemerintah. Kali pertama, 2010, ia tampil bersama novelis terkenal Indonesia, Habiburrahman El Shirazy. Acara berlangsung di sebuah gedung, Kota Bharu.

“Saya amat terharu dengan kehadiran khalayak malam itu. Dewan penuh sesak. Majoritasnya anak muda. Semuanya berhimpun atas dasar Iman dan kecintaan pada Islam...” kata Wardinah.

“Khalayak hadir dengan semangat ingin sebuah perubahan yang hakiki pada seni hiburan. Mereka mencoba memaknai hiburan yang sebenar-benarnya. Karena anak-anak muda ini sudah terlalu lama dilalaikan dengan hiburan penuh kemaksiatan yang hanya meracuni minda mereka” tambah Wardina. -SiasahKini

PANAS !!!! Satu lagi Projek TIPU melayu dari PAS Kelantan..


Korang ingat tak lagi pasal isu kerugian Koperasi Al-Hilal Bhd (Kohilal) yang berjumlah RM 45juta duit dari 20 ribu ahli? Itu PAS punya kononnya produk untuk membangunkan ekonomi Islam lah..

Masa penubuhan Kohilal tu pada tahun 86, bukan main lagi pemimpin PAS kata Kohilal akan bantu ekonomi ahli dan amat menguntungkan..

Akhirnya yang untung adalah orang atasan dan kroni dorang sendiri..

Yang paling best, bila dah rugi 45 juta.., alasan yang dorang bagi ialah itulah risiko yang terpaksa ditanggung oleh ahli bila melabur.. Tak ke macam Haram namanya tu?

So sekarang ni khabarnya Nik Aziz akan buat lagi satu projek ala-ala Kohilal@Kohilal part 2 yang bakal menipu rakyat Kelantan PAS..

Tapi dia tukar nama sikit bagi orang tak cam iaitu Koperasi Rakyat Kelantan (KRK)..

Ni semua mesti nak kebas duit rakyat lagi la nii.. Berani ke Pok Nik jamin produk "Islam" yang baru ni menguntungkan rakyat?

Opsss..., gua lupa.. Pok Nik tu apa pun dia boleh janji kannn... Even syurga pun dia sanggup jual hanya untuk kepentingan dia.. Jadi apa lah sangat nak janji untung juta-juta ye tak..?

Cuma orang tolol je percaya kat ulamak politik nyanyuk sorang tu... Hahahahaha....




Tok Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan melancarkan satu lagi produk Islam untuk rakyat kelantan, Koperasi Rakyat Kelantan (KRK) Sabtu lalu, di Kelantan Trade Centre (KTC).

Dalam ucapannya,Datuk Nik Abdul Aziz menggesa wanita negeri ini yang suka membeli atau menyimpan barang kemas supaya menjualnya untuk dilaburkan dalam KRKB yang baru dilancarkan itu.

Ini kerana, katanya, ia akan memberi pulangan yang menguntungkan kesan kenaikan harga emas dunia yang menjadi bahan pelaburan urusniaga koperasi menerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB).

Semasa ditanya sama ada kebimbangan sesetengah rakyat Kelantan yang ingin melabur dalam koperasi itu kesan kegagalan Koperasi Kohilal yang kebanyakannya dianggotai PAS, Nik Abdul Aziz berkata kegagalan koperasi itu ekoran kejatuhan saham dan keadaan ekonomi merudum pada 1998.

Tok Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan melancarkan satu lagi produk Islam untuk rakyat kelantan, Koperasi Rakyat Kelantan (KRK) Sabtu lalu, di Kelantan Trade Centre (KTC).

Dalam ucapannya,Datuk Nik Abdul Aziz menggesa wanita negeri ini yang suka membeli atau menyimpan barang kemas supaya menjualnya untuk dilaburkan dalam KRKB yang baru dilancarkan itu.

Ini kerana, katanya, ia akan memberi pulangan yang menguntungkan kesan kenaikan harga emas dunia yang menjadi bahan pelaburan urusniaga koperasi menerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB).

Semasa ditanya sama ada kebimbangan sesetengah rakyat Kelantan yang ingin melabur dalam koperasi itu kesan kegagalan Koperasi Kohilal yang kebanyakannya dianggotai PAS, Nik Abdul Aziz berkata kegagalan koperasi itu ekoran kejatuhan saham dan keadaan ekonomi merudum pada 1998.


Kat bawah ni adalah petikan kenyataan Timbalan MB Kelantan berkenaan kerugian Kohilal.. Dia punya statement tu dah macam promoter MLM lah pulak.... Hahahahaha....



PAS mengakui masalah menyelubungi Koperasi Al-Hilal Bhd (KOHILAL) yang ditubuhkan pada 1986 disebabkan kelemahan pengurusan sehingga mengakibatkan pelaburan dilakukan mengalami kerugian.

EXCO kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga ahli KOHILAL turut mengakui tidak pernah menerima dividen sejak melabur dalam koperasi berkenaan.

"Saya ahli (KOHILAL), kita tak ada dividen, sejak dulu pun tak ada dividen. Kita pun tahu masalah membabitkan KOHILAL tetapi pandangan saya ia lebih kepada masalah pengurusan dan kesilapan pelaburan, bukan membabitkan salah laku, hanya kesilapan perkiraan.

Apabila kita melabur di tempat yang tak kena memang rugilah, itu yang menjadi masalah dan dalam perniagaan itulah antara risiko terpaksa ditanggung".

WOW !!! Nizar Jamaluddin dalam hati ada TAMAN rupanyaa...


Gua tak sangka pulak yang Nizar Jamaluddin ni sebenarnya berjiwa sentimental.. Mudah sangat dia berasa terguris, marah, terhina, takut, cemas, bimbang, malu, dan dukacita rupanyaa...

Gua ingat, semua puak-puak three star tu hati kering.. Tapi ada jugak yang simpan taman dalam hati..

Korang tengoklah sendiri.., bila Timbalan Ketua Polis Perak nasihat Nizar and the gang supaya jaga adab di Sidang DUN.., terus dorang meroyan kononnya terguris hati..

Macam ni punya orang pun ada ke? Kena nasihat sikit pun terus jadi sawan khinzir buat report Polis..

Yang bestnya.., Nizar buat report Polis kepada Timbalan Ketua Polis sendiri.. Akai ada ke tu? Nampak sangat Nizar ni kurang cerdik kannn...




Adun Pakatan Rakyat Perak menggesa Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof menarik balik kenyataan terhadap mereka dan memohon maaf kepada rakyat.

Gesaan itu dibuat oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakil semua Adun Pakatan Rakyat di dalam laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini, hari ini.

“Maka dengan ini, saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataannya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN.

Adalah dengan ini satu laporan polis dibuat di IPD Ipoh, Perak pada 16 Ogos 2011 (Selasa) terhadap Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof mengenai kenyataan beliau terhadap kami ADUN sebagaimana terpapar dimuka depan, didalam akhbar Sinar Harian bertarikh 15 Ogos 2011.

Dengan tajuk “JAGA ADAB” beliau menyatakan “saya harap ahli-ahli dewan menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat. Sekiranya berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin”.

Saya dengan ini bertegas menyatakan bahawa kenyataan ini melanggar serta bertentangan dengan Kanun Keseksaan (Akta 574) perkara 124. Kenyataan melampau dan keterlaluan ini juga membuat saya berasa terguris, marah, terhina, takut, cemas, bimbang, malu, dan dukacita.


Dibawah ni kenyataan Timbalan Ketua Polis Perak didalam akhbar Sinar Harian semalam... Apa motifnya Nizar rasa terguris dengan kenyataan ni? Patutlah dia jadi MB paling singkat dalam sejarah Malaysia... Hahahahaha......

Meskipun merasakan tiada insiden tidak diingini berlaku, polis tetap bersiap sedia untuk mengawal keselamatan ahli dewan dan kakitangan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof bagaimanapun berharap Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12 itu berjalan dengan aman tanpa ada sebarang provokasi dari pihak lain.

“Perjalanan sidang DUN esok (hari ini) dijangka berlangsung seperti biasa namun, kita tetap buat perancangan keselamatan. Anggota kita tempatkan tidak ramai seperti pada permulaan sidang dewan yang dahulu.

“Saya berharap ahli-ahli dewan menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat. Sekiranya berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Persidangan DUN lain ini dijangka akan diadakan selama dua hari dan perkara itu disahkan sendiri oleh Speaker DUN, Datuk R Ganesan.

Bagaimanapun, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang tidak setuju dengan persidangan dua hari berkenaan memandangkan mereka mempunyai banyak perkara yang ingin ditimbulkan pada sidang DUN kali ini.

Daripada 59 ADUN, seramai 58 ADUN dijangka menghadiri sidang DUN kali ini kecuali ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim kerana digantung sehari setelah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN berikutan isu bomoh pada sidang DUN yang lalu.

AMARAN kepada puak PAS yang gila kuatkan "ANU"...


Kementerian Kesihatan seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram ini dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Yang berikut ialah senarai kopi yang didakwa beracun. Kopi ini dikatakan telah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan :

  • Cafe Abang Yes,
  • Candi Gold,
  • Candy 193,
  • Extend Up Energy Drink,
  • Extremen,
  • Extrewomen,
  • Goji Guarana,
  • Goji Guarana Extra,
  • Goji More,
  • Goji Yumberry,
  • Guara Cafe,
  • HBW Ice Lemon Tea,
  • Hotton Vitality Candy,
  • Ie2 O,
  • King Cappucino,
  • Knight Cofee.
  • Kolek Cafe Power Plus,
  • Kopi Angguk,
  • Kopi Asmara,
  • Kopi Bagus AAA,
  • Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
  • Kopi Pahlawan,
  • Kopi Super Angguk,
  • Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
  • Maca Max,
  • Macagin Ginseng Candy,
  • Mentalk Candy,
  • Nexus MXP,
  • Night Cafe,
  • Red Energizer Candy For Men,
  • Royal Beverage Maqrifatun,
  • sasanergy Drink,
  • Trica Jus,
  • Tri-Max,
  • True SR,
  • vigor Candy,
  • Vitca-F,
  • Vitca-M,
  • Winnie Beauty V1,
  • XKL Sky Fruit Juice Premix.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online