BREAKING NEWS

BLOCKBUSTER !!! Skrip terbaru filem Hantu Mak Lampir Balik Rumah...


Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional sebagai salah satu syarat dari proses pemutihan 6P, dedah Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida tampil dengan skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing tersebut, yang menunjukkan terdapat usaha menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program berkenaan.

“Bukti-bukti dengan jelas menunjukkan kewujudan pengundi hantu . Ini mengesahkan kebimbangan ramai pihak bahawa Umno-BN sedang menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan, di Tropicana hari ini.

Turut hadir Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Menurut Zuraida, pihaknya berjaya menyusup masuk sebagai PATI dan memperoleh skrip atau borang sumpah itu.


Skrip itu antara lain memerlukan seseorang PATI menyokong dan mengundi Umno-BN, selain menyatakan ikrar taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, sultan dan negara Malaysia.

Skrip itu berbunyi..

“Assalamualaikum, wallahi, wabillahi, watawallahi”

“Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.

“Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.

“Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu”

“Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya”

Beliau mencabar parti komponen Barisan Nasional sepetu MCA, MIC, Gerakan dan PBS untuk menyatakan pendirian sama ada bersetuju dengan muslihat menyeludup pengundi hantu menggunakan alasan pemutihan.

“Jika mereka berdiam diri bermakna mereka juga bersubahat dengan pengkhianatan yang mencabul kedaulatan negara. Muslihat Umno-BN akan tersebar luas dan menaikkan lagi kemarahan rakyat,” tegas Zuraida.



p/s: Nak menipu pun agak-agak la Mak lampir oii... Nampak sangat menipunya tu bila dorang ni buat surat baiah yang kononnya terpaksa ditandatangani oleh PATI..

Macam biasalah puak-puak ni... Sendiri karang skrip.., sendiri photostat.., sendiri buat press statement.., lepas tu tuduh UMNO dan kerajaan..

Macam Haram !!!

MEMALUKAN !!! Gereja pun tak teringin nak jumpa PAS..


Hari ini Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan bahawa pihak DUMC telah menghantar surat menangguhkan perjumpaan antara PAS dan DUMC yang sepatutnya berlaku pada jam 4 petang tadi.

Hari itu JAIS juga menolak permintaan PAS untuk bertemu dengan pihak JAIS. Nampaknya dalam hal ini PAS masih tak sedar diri agaknya. Semua pihak tolak dan mengelak dari bertemu dengan pemimpin PAS.

Mungkin mereka angggap PAS hanyalah Pak Sibuk. Berjumpa dengan pemimpin PAS hanya membuang waktu sahaja. Bukan PAS boleh buat apa-apapun dengan isu ini.

PAS cuma ingin menyibuk nak menunjukkan bahawa mereka ambil berat kononnya. Kalau betul ambil berat kenapa sewaktu mula-mula kejadian dahulu membisu seribu bahasa.

Baru sekarang nak sibuk-sibuk. Kalau betul ikhlas nak jumpa JAIS dan DUMC tak perlu buat press conference. Diam-diam pergi sahaja.

Dah pergi, dah tau cerita baru bersuara. Ini belum apa-apa lagi dah canang seluruh negara. Akhirnya, semua pihak tolak.


Baca Seterusnya di Tenggara is Southeast

WOW!!! Lembu Ambiga failkan saman RM10 Juta..


Seorang Pemuda Unit Amal yang pernah digambarkan oleh akhbar Berita Minggu sebagai 'perusuh yang membawa pisau' dalam himpunan Bersih 9 Julai lalu, menghantar notis tuntutan fitnah terhadap akhbar berkenaan.

Abdul Razak Endot, 33, dalam notis yang difailkan melalui syarikat guaman Sazali & Lim dan ditujukan kepada Ketua Pengarang Berita Minggu serta penerbit dan pencetak syarikat The New Strait Times Press (M) Bhd., meminta pihak berkenaan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta.

Dalam notisnya, pihak berkenaan juga diminta memberhentikan penyebaran fitnah dan menerbitkan permintaan maaf tanpa syarat.

“Tindakan ini perlu bagi membersihkan imej saya yang tercemar teruk akibat penyiaran gambar dan ulasan akhbar berkenaan,” katanya.

“Saya merupakan seorang peniaga dan imej yang dipaparkan oleh akhbar berkenaan amat negatif menyebabkan saya boleh dipandang serong oleh masyarakat dan pelanggan. Sebab itu saya mahukan keadilan dan imej saya dibersihkan.

“Saya juga sering terlibat dengan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan. Jadi jika gambaran ganas itu tidak ditarik akan terus merosakkan imej saya di mata masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Razak memberitahu notis yang telah dihantarnya itu memberi tempoh 21 hari kepada pihak akhbar berkenaan untuk dipatuhi. Jika tidak, tindakan undang-undang seterusnya akan diambil.

HOT !!! Video PART 2 serbuan JAIS di Gereja...


Sebelum menonton bahagian kedua majlis Thanksgiving Dinner di GMDU eloklah kita mengetahui perancangan dan konspirasi antara Teresa Kok dan Annou Xavier (peguam daripada Persatuan Peguam Katolik) dalam usaha menutup gerakan memurtadkan umat Islam oleh GMDU.

Annou Xavier telahpun merancang bersama Teresa Kok untuk mempertahankan Kumpulan 12 di mana hanya 8 orang sahaja setakat ini yang boleh 'dikawal' mereka.

Annou Xavier jugalah yang telah mengeluarkan surat meminta penangguhan daripada Kumpulan 12 bagi memberi kenyataan kepada JAIS pada minggu lepas.

Penangguhan ini disifatkan satu tindakan menghina JAIS dan DYMM Sultan Selangor. Persoalannya di sini, mengapa Kumpulan 12 ini perlu diwakili peguam daripada Persatuan Peguam Katolik?

Kenapa Persatuan Peguam Katolik dan Teresa Kok beria-ia ingin mempertahankan tindakan Kumpulan 12 hadir ke GMDU?




Baca cerita selanjutnya di Screwkuat..

SAH rakyat Perak BENCIKAN Nizar dan PAS...

Perbuatan merosakkan kain rentang (banner) yang digantung Pas Kawasan Lenggong di kawasan simpang empat Kota Tampan, di sini, kelmarin, dianggap sebagai kelakuan jijik dan mempunyai agenda tertentu.

Banner berkenaan merakamkan ucapan sambutan Ramadan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain dan daripada pemimpin-pemimpin Pas setempat.

Penolong Setiausaha Satu Pas Kawasan Lenggong, Azni Mohamed berkata, banner yang digantung berhampiran lampu isyarat itu dipercayai telah dipotong dua menggunakan senjata tajam.

Menurutnya, banner berkenaan digantung di kawasan itu sejak seminggu lalu dan perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan pada sebelah malam atau awal pagi.
Kami percaya, perbuatan ini dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan dan kita juga percaya pelaku diupah pihak tertentu yang tidak senang dengan pendekatan Pas Kawasan Lenggong yang banyak membuat aktiviti serta mampu menarik sokongan ramai.

“Tindakan mereka ini adalah seperti perbuatan tidak siuman dan kita akan berusaha untuk mengenal pasti mereka yang terlibat,” katanya ketika melihat sendiri keadaan banner yang dipotong itu.

Azni juga tidak menolak kemungkinan dan mendakwa perbuatan berkenaan mungkin dilakukan pihak sama yang pernah menimbulkan maslah dengan Pas Kawasan Lenggong sebelum ini.

Katanya, pelaku mungkin telah diupah pihak tertentu demi kepentingan politik mereka dan sebelum ini kerusi dan meja di Markaz Pas Banggol Belimbing, dekat sini, pernah dirosakkan.

“Kita juga pernah jumpa lambakan risalah serta gambar lucah membabitkan pemimpin tertinggi sebuah parti politik di negara ini di Markaz Pas Banggol Belimbing.

“Saya suka mengingatkan pelaku, dan mereka yang terlibat bahawa, satu masa nanti perbuatan mereka akan terbongkar dan kita beri amaran kepada pihak yang tidak bertamadun ini, lebih berhati-hati kerana Pas juga boleh mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa satu lagi banner milik Pas di Pekan Lenggong turut dibuang dan beliau percaya ia dilakukan oleh pihak yang sama.

Menurut Azni, Pas Kawasan Lenggong akan membuat laporan polis berkenaan kedua-dua perbuatan itu agar tindakan selanjutnya dapat diambil.-SH

Professor BONEY M buat lawak RETRO...


Berapa ringgit sekilo agaknya mamat kangkung ni beli sijil PHD dia? Tak nampak langsung gaya macam sorang Professor dan pensyarah pun..

Mamat ni lah yang tiap kali pilihanraya kecik, buat ramalan ikut suka hati dia saja.. Lepas tu kantoi pasal ramalan dia tak pernahnya betul...

Ada kawan-kawan gua kata, mamat ni cilok maklumat dari Google semata-mata.. Kalau macam tu, gua pun boleh jadi Professor beb...

Yang paling baru ni.., mamat spek Boney M ni kata rakyat akan tolak Najib sebab tertekan dengan keadaan ekonomi yang DAHSYAT...

Dan keputusan rakyat ni akan meranapkan impian Najib untuk terus berkuasa..

Fuyyyohhhh... Korang agak mamat ni buat kajian di negara mana ? Dan rakyat mana yang dia interview tu agaknya...?

Adakah dia maksudkan rakyat Nepal...? Atau Bangla...? Ataupun Myanmar..? Dan mungkin jugak buruh kontrak Indonesia di Damansara?

Memang tak boleh blah lah mamat spek Boney M nih... Patut lah pun dia digelar Professor Google oleh para pengamal media maya...




Meskipun populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau berjaya meraih perhatian rakyat berdasarkan kajian Merdeka Centre, ia bagaimanapun bukanlah jaminan pergerakan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Hal ini kerana menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, kegagalan Najib mengurus tadbir negara dengan cekap, sudah lama diperhatikan oleh rakyat yang pada bila-bila masa sahaja boleh mengambil keputusan meranapkan impian Najib untuk terus berkuasa.

"Rakyat inginkan suatu petunjuk yang nyata ke mana sebenarnya arah negara ini yang ingin dibawa (oleh Najib) kerana rakyat sudah dalam keadaan tertekan, dalam situasi ekonomi yang semakin dahsyat dan ancamannya kepada masyarakat dengan harga barang yang berlambung-lambung, dengan harga rumah yang sudah tidak terkawal, dengan pengangkutan awam yang sangat-sangat tidak cekap dan tidak membantu.. dan ini memberi kegusaran kepada masyarakat.

"Maka semuanya ini memberi impak dan kita harus ingat kesan langsung ini kepada masyarakat," kata Abu ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Merdeka Centre dalam kajiannya merumuskan, tidak banyak perubahan yang dibawakan oleh Najib sejak mentadbir negara pada April 2009.

Walaupun mengakui kejayaan media arus perdana mempopularkan pemimpin itu, ia bukanlah jaminan sokongan itu akan diterjemahkan melalui undi.

PANAS !!! Exco Agama Penang mengaku larangan baca Quran kerana puak kafir..


Dah teruk kena hentam dengan umat Islam seluruh negara, terus tukar statement yee...? Baik punya konar nampaknya Exco Agama ni dalam isu larangan baca Quran sebelum subuh di Penang..

Hari tu dia kata larangan baca Quran diFATWAkan sebab ia menyalahi syarak.., dan surat arahan melarang bacaan Quran sebelum subuh dikeluarkan untuk semua masjid didalam negeri..

Sekarang ni bila rakyat bising.., dia sudah tukar kata yang tu hanyalah surat pemberitahuan.. Kononnya larangan baca Quran tu untuk jaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum yang nak tido waktu subuh...

Kan dah terbukti bahawa bacaan Quran sebelum subuh terpaksa di"HARAM"kan di Penang sebab nak jaga hati puak-puak kafir laknatullah DAP...

So sekarang ni kafir lagi berkuasa terhadap Islam yang jadi agama rasmi di Malaysia lah.. Lepas ni kalau kafir tak boleh tido pasal AZAN.., kena perlahankan jugak lahh..?

Memang betul lah Exco Agama Penang ni barua kafir DAP.. Kalau dia dan kerajaan DAP tak masuk campur dalam hal ni, kenapa dia asyik buat statement saja? Kenapa bukan pihak JHEIPP yang buat kenyataan akhbar?

Mangkuk hayun punya Malik.. Patut lah orang Penang panggil dia Malik ITIK.. Mulut dia memang celupar sama macam ITIK..

Eloklah dia jadi barua DAP pun... Kafir tu memang suka sangat makan ITIK.. Tambah-tambah itik gantung... Hahahaha...




Pekeliling yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bersabit hukum membaca Al- Quran sebelum waktu Subuh menggunakan pembesar suara adalah salah disisi syarak', adalah pemberitahuan bukannya arahan mutlak, menurut Exco Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim.

Justeru beliau berkata, terpulang kepada kebijaksanaan pengurusan masjid dan surau seluruh negeri itu, sama ada mahu menerima pemberitahuan tersebut ataupun tidak.

"Ini bukan surat arahan tetapi surat surat pemberitahuan untuk masyarakat setempat mengamalkannya, di dalam kehidupan bermasyarakat.

"Terpulanglah kepada masjid- masjid dan surau untuk melihat keputusan ini dan menerima keputusan jawatankuasa fatwa tersebut," tegasnya.

Malik menjelaskan hukum tersebut diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri sejak April lalu dan hanya disahkan pada bulan Jun 2011.

Tambahnya lagi, mesyuarat jawatankuasa itu dipengerusikan mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan disertai ulama, professional agama serta wakil daripada istana.

Keputusan itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang untuk dihebahkan kepada setiap masjid dan surau dinegeri ini.

"Keputusan itu kemudiannya disampaikan kepada Jabatan Agama Islam untuk dipanjangkan sebagai maklumat kepada masjid- masjid," katanya.

Keputusan tersebut dicapai setelah mendapati bacaan ayat suci Al- Quran sebelum waktu Subuh menggunakan pembesar suara mengganggu masyarakat setempat dan menerbitkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat berbilang bangsa.

Mengulas tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan kerajaan negeri dengan keputusan tersebut, Malik menegaskan kerajaan negeri tidak pernah campur tangan dalam isu tersebut berikutan ia adalah dibawah bidang kuasa majlis fatwa.

"Perkara ini langsung tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri dan tidak pernah dibincangkan pada mana- mana peringkat," jelasnya.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online