BREAKING NEWS

PAS kata UMNO yang serbu Gereja.., bukannya JAIS..


Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali memaklumkan perjumpaan PAS dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dijadualkan berlangsung pada hari ini 15 Ogos, tidak dapat diadakan.

Menurutnya, dalam surat yang dihantar oleh pihak JAIS yang dihantar kepada PAS menyatakan ia adalah atas nasihat 'Tuanku Sultan Selangor'.

Beliau turut mendedahkan, maklumat dalaman JAIS menyatakan bahawa ada elemen dan peranan Umno dalam operasi JAIS, pada 3 Ogos terhadap majlis yang diadakan di kawasan gereja Methodist Petaling Jaya.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” jelasnya.

Katanya, matlamat Umno bertindak demikian untuk memperorak-porandakan (destabilize) kerajaan negeri Selangor kerana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini mempunyai pelbagai komponen dan isu-isu sensitif ini mudah.

“Ada usaha hendak timbulkan konflik dalaman Pakatan Rakyat. Ini (isu) penting bagi Umno. Walau pun tidak secara langsung, dia (Umno) guna Perkasa dan sebagainya,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dato’ Mustafa berkata beliau sedia mendedahkan maklumat tersebut kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau (Pengarah Jais). Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,” ujarnya.



p/s: Kalau betul ada bukti, dedah sajalahhh.. Dok main sembunyi-sembunyi ni pasal apa Mustapa oiii..?

TERKINI !!! Kenyataan Mufti Negeri P.Pinang..



Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.


http://mufti.penang.gov.my/gambar/kenyataan%20mufti.pdf

DAULAT TUANKU !! Sultan Selangor halang PAS politikkan JAIS...


Hasrat mahu menjadi hero pakatan rakyat hancur berkecai apabila pertemuan PAS dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dijadualkan hari ini berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya terpaksa dibatalkan atas arahan Sultan Selangor.

Baginda bertitah kepada JAIS agar tidak bertemu dengan mana-mana pihak lebih-lebih lagi parti politik kerana mereka bukan hendak meredakan keadaan malah mengerohkan lagi keadaan dan dikhuatiri maklumat siasatan daripada terlepas.

PAS yang diketuai oleh Mat Sabu sepatutnya bertemu dengan pihak JAIS petang ini bagi mendengar taklimat mengenai pemeriksaan terhadap kes murtad yang menjadi kecaman oleh beberapa pemimpin PAS

Dan atas arahan Tuanku Sultan, JAIS tidak akan bertemu dengan mana-mana parti politik walau apa alasan sekalipun.


Sumber dari Sungai Rapat Online

Penyokong tegar PAS tuduh Najib MURTAD...


Isu usaha pihak Gereja memurtadkan umat Islam yang jadi di Selangor betul-betul buat puak-puak lembu PAS hilang akal nak spin..

Bukan kata lembu-lembu kasta bawah saja beb.., Tuan Lembu yang duduk jaga kandang pun pening jugak nak jawab isu ni takut-takut boleh menimbulkan kemarahan DAP..

Untuk meng"cover" kemaluan dorang didalam isu murtad ni, dorang gunakan alasan bahawa itu semua agenda UMNO untuk jatuhkan imej PAS melalui JAIS..

Malangnya.., geng dorang sendiri tak percaya dengan alasan tu.. Hasan Ali dan Dewan Pemuda PAS dan melawan arus sokong JAIS..

Bila dah kantoi.., sekarang ni lembu-lembu kasta bawahan bertaraf paria PAS mulalah main bangsat.. Dorang tuduh pulak Najib dan Rosmah dah MURTAD!!!

Siap dorang bagi bukti lagi tau.. Buktinya ialah gambar Najib dan rombongan Malaysia yang jumpa Pope baru-baru ni.. Macam gampang kann...




Gua sebenarnya jarang meranjau dalam blog-blog lembu PAS tu semua.. Dorang tu bukan ada kerja lain pun selain dari menipu dan memfitnah.. Maklumlahh.., nama pun blog lembu kann...

Tapi hari ni gua terpaksa masuk jugak pasal ada readers gua bagi info ni.. Kalau tak, jangan mimpi lah beb gua nak kotorkan minda baca blog bangang dorang tu..

HOT!!! Pakatan edarkan SURAT PALSU kecam Najib guna LOGO Polis..


Ini adalah usaha terbaru puak-puak Pakatan untuk menjatuhkan kerajaan Najib.. Punyalah terdesak sampaikan dorang sanggup buat SURAT PALSU yang menggunakan logo PDRM..

Gua difahamkan surat palsu ni diedarkan di surau-surau serta masjid-masjid di sekitar Ibu negara..

Bagi gua, tindakan puak Pakatan laknatullah ni dah memberi imej buruk kepada pihak PDRM. Oleh itu, PDRM mesti menyiasat siapa dalang disebalik kerja keji ni..

Gua syak surat ni dikarang oleh geng Ambiga dibantu oleh balaci Mat Sabu.. Ayat karangan dalam surat tu nampak sangat "keling"nya... Siap dengan takbir lagi masa penutup tu... Hahahaha...


(muka surat 1)

KEPADA SURAT TERBUKA

YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA

PENGERUSI BERSIH

SUHAKAM

DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN

PELANGGARAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA OLEH KERAJAAN PIMPIMPAN NAJIB TUN RAZAK

SUKACITA INGIN KAMI MENARIK PERHATIAN SERI PADUKA YANG DIPERTUAN AGONG DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG PERIHATIN DI ATAS KETEMPANGAN PIMPINAN YANG ADA SEKARANG.

KAMI MEWAKILI BADAN KEPOLISIAN YANG BERNAUNG DIBAWAH YDPA MEMANG SAMA SEKALI TIDAK MENYOKONG KEGANASAN DALAM MENANGANI PERHIMPUNAN YANG DIANJURKAN SECARA AMAN OLEH PIHAK NGO DAN PEMBANGKANG. APA YANG KAMI KESALKAN PERKARA INI ADALAH KERANA TERDAPATNYA PENGKHIANAT YANG TERDIRI DARIPADA PEGAWAI ATASAN DAN BAWAHAN YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN PERIBADI DAN MENDAPAT HABUAN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI.

KAMI MEMANG MENGIKUTI DAN MENYIASAT PERKARA INI DAN MEMANG KPN DAN TIMBALAN KPN ADALAH ORANG YANG TERLIBAT DI DALAM MENCATURKAN ATAS ARAHAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI DALAM NEGERINYA MAHUKAN AGAR TITAH YDPA ITU DIKETEPIKAN ATAS SEBAB-SEBAB KESELAMATAN. PIHAK KAMI DALAM PERBINCANGAN ITU TIDAK BERSETUJU DIGUNAKAN TEKANAN KEPADA RAKYAT YANG BERHIMPUN TETAPI PUAK-PUAK INILAH YANG TELAH MEMBUAT PELANGGARAN UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA. PEGUAM NEGARA GANI PATAIL DAN DATUK BAKRI TERLIBAT DALAM MEMALSUKAN DOKUMEN. DISAMPING ITU JUGA TIDAK DINAFIKAN BEBERAPA PEGAWAI KANAN DATUK RIDWON KP MELAKA DAHULU, DATUK KP PULAU PINANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM PERKARA INI.

KAMI TIDAK DAPAT BERBUAT APA-APA MENGHALANG PERKARA INI KERANA KUASA ITU DIBAWAH KPN KAMI DIUGUT DAN TEKAN SUPAYA TIDAK INGKAT ARAHAN DAN BAKAL DITANGKAP JIKA MENENTANG KERAJAAN NAJIB. APA YANG KAMI HARAPKAN KAMI MEMOHON TAKZIAH KEPADA SAUDARA IBRAHIM YANGDIKENALI ATAS KEMATIAN SEMOGA DIROHNYA DIRAHMATI OLEH ALLAH DAN KEMAAFAN KERANA RAMAI RAKYAT YANG TERPAKSA MENANGGUNG KESUSAHAN SEMATA-MATA MEMPERJUANGKAN KEBENARAN DAN KAMI SENTIASA MENYOKONG SECARA SENYAP SEHINGGALAH DISAMPING MEMASTIKAN PENGKHIANAT DALAM PASUKAN PDRM DITANGKAP DAN DIDAKWA OLEH MAHKAMAH APABILA BERJAYA DIPRU 13 INSYALLAH…

OLEH YANG DEMIKIAN KAMI BERHARAP RAKYAT TIDAK MENYALAHKAN KAMI KERANA KAMIPUN FAHAM KAMI TERIKAT DENGAN PEMERINTAH YANG ZALIM RAKYATLAH KAMI AKAN BERSAMA-SAMA RAKYAT MENRUBAH KEPIMPINAN YANG ADA KEPADA KEPIMPINAN YANG LAIN. KAMI SANGAT SEDIH DSAI, PEMIMPIN, AHLI ULAMAK TUAN-TUAN GURU KAMI KENALI DAN BERJUANG BERSAMA-SAMA DAN RAKYAT DITEKAN OLEH PEMERINTAH YANG ZALIM. KAMI MENYOKONG PENUH SUPAYA MOMENTUM INI DITERUSKAN UNTUK MEMBELA NASIB KAMI DAN PERUBAHAN DAPAT DIBUAT DALAM PASUKAN KESELAMATAN, GUAMAN, KEMENTERIAN DALAM NEGERI, SEMUA JABATAN DAPAT DIPERBAIKI DENGAN PEMERINTAH YANG BARU.

(muka surat 2)

ANWAR IBRAHIM ADALAH BOHONG BELAKA DAN CIPTAAN KERAJAAN PEMERINTAH YANG ZALIM BAGI MEMANDANGKAN KUASA PEMERINTAHNYA, KAMI MENGENALI DSAI WALAUPUN BERJAUHAN KERANAN KEKANGAN SISTEM PEMERINTAH YANG ZALIM INI.

KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN DAN ANGGOTA YANG MENJADI TALIBARUT PEMERINTAH YANG ZALIM KAMI NASIHATKAN BALIKLAH KE PANGKAL JALAN KERANA PERBUATAN ITU AKAN MENZALIMI DARI KITA SENDIRI DAN KELUARGA KITA KENA MELIHAT KEHADAPAN APAKAH KITA INGINKAN ANAK KITA KECEWA, SEDIH, TRAUMA KERANA KITA MENIPU ANAK-ANAK KITA TENTANG KEBENARAN TIDAKKAH TERFIKIR APA AKAN BERLAKU JIKA PERKARA INI BERBALIK KEPADA KITA, KELUARGA, ISTERI DAN ANAK-ANAK KITA? APABILA MAKHLUK ALLAH YANG DIANIAYA ITU BERDOA SANGGUPKAH KITA MENGHARUNGINYA DIDUNIA DAN AKHIRAT? KENA INGAT HIDUP KITA KERANA ALLAH JIKA KITA SEKSA MAKHLUK YANG TIDAK BERSALAH KITA AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH TIDAK KIRA ISLAM ATAU TIDAK. TERUTAMA KEPADA PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (FRU) KITA TIDAK BOLEH EGO DAN BANGGA DENGAN TUGAS KITA YANG MERASAKAN KUAT DAN TAHAN MEMUKUL DAN MENGGANAS SEMATA-MATA KERANA RAKYAT YANG TIDAK AKAN KUDRAT BERJUANG KEPADA KEBENARAN YANG TELAH JELAS NYATA UNTUK KEBAIKAN KITA SEMUA. MAKA HENDAKLAH KITA MENGAWAL KESELAMATAN RAKYAT BUKAN MENGIKUT SURUHAN TALIBARUT PEMERINTAH YANG ZALIM.

KAMI JUGA MEMOHON AGAR DIADAKAN TAMBAH BAIK PASUKAN KESELAMATAN KELAK IAITU:-

1. KENAIKAN PANGKAT-PANGKAT RENDAH DIPERMUDAHKAN TANPA TEMUDUGA DINAIKAN PANGKAT LAYAK APABILA BERKHIDMAT MELEBIHI 5 TAHUN

2. UNIT BAKA PERLU DIPERBAIKI DAN DILETAKKAN DIBAWAH JAGAAN PEGAWAI AWAM DAN TIDAK TERIKAT DENGAN ARAHAN PIHAK ATASAN INI KERANA BAKA SEKARANG TUGAS SEBAGAI BACAAN DOA SEPATUTNYA BERFUNGSI SEBAGAI PENASIHAT DAN MEMBETULKAN MANA YANG SALAH DAN SILAP

3. DILETAKAN DIBAWAH PARLIMEN SUPAYA TIDAK BERPIHAK DENGAN MANA-MANA PARTI POLITIK. TEKANAN TERLALU BANYAK SEKARANG KEPADA PARTI YANG MEMERINTAH UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI

4. MENDAKWA MENTERI DALAM NEGERI KERANA MENTERI INILAH YANG BANYAK MEMBAWA MASALAH KEPADA PASUKAN KESELAMATAN. TIDAK LUPA JUGA MENTERI HISHAMUDDIN INI JUGALAH PEROSAK KEPADA SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA KETIKA MENJADI MENTERI PELAJARAN.

5. MENYOKONG UNDI POS DIHAPUSKAN KERANA TIDAK RELEVEN KEADAAN MASA SEKARANG

6. MEMBERIKAN KEMUDAHAN YANG LEBIH BAIK LAGI DALAM SISTEM KEPOLISIAN.

7. MEMBUAT PEMUTIHAN KEPADA PEGAWAI DAN ANGGOTA YANG TERLIBAT TALIBARUT KEPADA PEMERINTAH YANG ZALIM

8. MEMBUAT PEMBAHARUAN SEMUA JABATAN DAN SEKTOR PDRM DENGAN BAIK

9. MEMBUAT PEMUTIHAN CAWANGAN-CAWANGAN UTK, SB, DAN LAIN-LAIN CAWANGAN KHAS YANG MANA CAWANGAN INI HANYA BERFUNGSI UNTUK MENJAGA PERIUK NASI PEMERINTAH YANG TAMAKKAN KUASA SEKARANG

10. MEMBUAT PERANCANGAN SEMULA KEDUDUKAN PENGGUNA PASUKAN KESELAMATAN KEPADA MENTERI-MENTERI YANG ADA KERANA TIADA FUNGSI HANYA KEPENTINGAN MENTERI ITU SENDIRI. SECARA TIDAK LANGSUNG MAIN POWER PAASUKAN KESELAMATAN DAPAT DIMINIMAKAN DAN DITUMPUKAN KEPADA KEBAJIKAN MASYARAKAT.

KAMI BERHARAP PIHAK AHLI PARLIMEN UMNO SEDAR DAN BALIKLAH KE PANGKAL JALAN. OLEH ITU KITA WAJIB MEMBUAT PERUBAHAN MENUKAR PEMRINTAH YANG ZALIM INI PADA PRU 13. SEMOGA WARKAH INI MEMBERI BERITA BAIK BUAT RAKYAT DAN TUAN-TUAN GURU, ULAMAK DAN PEMIMPIN

TAKBIR!!!!!!

IKHLAS DARIPADA

PPRPD/PKCW


p/s: Terima kasih bro Rezqeen diatas info ni...

PANAS!!! Adun DAP KOMTAR tak bayar pinjaman ALONG..


Ibupejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon dan pusat perkhidmatan ADUN Komtar, Ng Wei Aik di Lorong Seratus Tahun, hari ini disimbah dengan cat oren dan merah.

Pintu masuk, pagar dan lantai kedua-dua premis tersebut disimbah
dengan cat oren, manakala papan tanda disimbah cat merah.

Sebuah kereta yang diletakkan di hadapan pusat perkhidmatan Ng juga turut disimbah cat.


Menurut saksi, sekumpulan enam orang yang menunggang tiga motosikal, datang ke pusat perkhidmatan Ng sekitar jam 1.20 pagi dan membaling lima beg plastik kecil berisi cat oren, dan satu beg berisi cat merah.

Ng menganggap serangan ke atas ibupejabat DAP berlaku sekitar masa yang sama.

Ini adalah kali kedua pusat perkhidmatan Ng telah disimbah cat. Peristiwa pertama berlaku pada 30 Jun. Pembantunya telah membuat laporan polis selepas itu.

Akhil Hayy dah BERTAUBAT dari PAS..


PERHIMPUNAN haram Bersih pada 9 Julai lalu meninggalkan kesan kepada ramai pihak terutama mereka yang tinggal di ibu kota apabila beberapa jalan utama ditutup.

Para peniaga juga turut menerima kesan kerana tidak dapat menjalankan perniagaan mereka seperti biasa.

Bagi Akhil Hayy, pengacara Cafe Akhil Hayy dan Cubaan di Astro Oasis ini, setiap perkara yang berlaku berkaitan dengan politik sukar untuk dinyatakan kebenarannya.

Biarpun begitu, dia mengambil pendekatan selamat apabila enggan memberikan komen lanjut berkaitan hal politik.

"Sebolehnya saya mahu mengelak daripada memberikan komen berhubung apa saja yang berkaitan dengan isu politik.

Pada saya, Malaysia merupakan negara demokrasi dan paling penting semua rakyat inginkan keamanan.

"Saya pasti ada caranya untuk mendapatkan keamanan itu. Jadi, saya tidak boleh berkata salah atau betul tentang tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu untuk mencapai keamanan.

"Mungkin keamanan boleh tercapai apabila kita duduk berbincang bersama-sama dan menyatakan tuntutan masing-masing. Walau apa pun berlaku, semua agama mengajar kita untuk mencari perdamaian.

"Tetapi jika ia dilakukan tanpa mengikut syariat Allah, bagaimana kita mahu mendapatkan keredaan dan pengampunan Allah," ujarnya. - Mstar

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online