BREAKING NEWS

Pastor GAY dari Malaysia bakal berkahwin..... sesama lelaki..


Rev Ou Yang Wen Feng, pastor gay dari Malaysian sedang merancang untuk berkahwin dengan pasangannya, lelaki Afrika-Amerika.

Pasangan ini dilaporkan akan berkahwin penghujung bulan ini atau sekitar awal September depan. Majlis perkahwinan ini dikatakan akan dilangsungkan di New York dan di Malaysia.

Menurut Ou Yang, pasangannya - produser muzik Broadway - menimbulkan persoalan ini pada 26 Jun lalu, dua hari selepas New York menghalalkan perkahwinan sesama jantina.

"Dia pergi ke gereja, menulis lagu untuk saya. Dia melamar saya pada penghujung lagu di depan orang ramai," kata lelaki berusia 41 tahun itu kepada AFP.

Ou Yang yang berkhidmat di Metropolitan Community Church (MCC) New York pernah berkahwin dengan wanita sebelum bercerai dengan isterinya yang dikahwininya selama sembilan tahun.

Menurut, AFP, Ou Yang dibesarkan dalam keluarga Kristian yang konservatif.


p/s: Dah makin rosak manusia zaman sekarang.. Apa yang seronoknya sesama lelaki ni gua pun tak tau.. Mungkin Anwar ada jawapannya...

Jom tengok video BERSIH 3.0 yang "AMAN" di UK...


Hari tu.., puak-puak pemimpin Pakatan terutamanya Mat Sabu kata Polis negara ni teruk dan jahat sebab pukul perusuh BERSIH 2.0..

Lepas tu.., puak-puak pembangkang laknatullah tu kata di negara lain semua perhimpunan dijalankan secara aman tanpa sebarang kekacauan..

Hanya Malaysia saja yang mempunyai kerajaan yang jahat pasal halang lembu-lembu Pakatan buat perhimpunan haram..

So.., betul ke tunjuk perasaan di negara luar terutamanya Eropah tu aman? Betul ke Polis Malaysia ni jahat berbanding Polis di negeri Mat Saleh tu?

Jom kita tengok video pasca BERSIH 3.0 di UK ni.. Mat Sabu kena tengok sekali video ni.. Betul laa cakap Mat Sabun... Memangggg amannnnnn....

HOT!!! Zul Kulim dedahkan BUKTI Gereja Murtadkan Umat Islam...



Jelas daripada sijil diatas pembabitan secara langsung sebuah gereja, iaitu Church of our Lady Fatima di Brickfields dalam kes murtad seorang Melayu Muslim bernama Azlina Jailani. Dan kes Azlina Jailani, atau nama kristiannya Lina Joy (KP No: 640108-10-5038) telah dibawa ke Mahkamah Tinggi (MTKL No: R2-24-30-2000), kemudiannya dirayu ke Mahkamah Rayuan (RS No: W-01-29-2001) dan akhirnya dibicarakan sehingga ke Mahkamah Persekutuan (RS No. 01-02-2006W).

Akhirnya Mahkamah Persekutuan dengan beraninya membuat keputusan bahawa seseorang Islam itu tidak boleh murtad melainkan dengan, dan hanya jika diizinkan oleh, sebuah Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa. Maka mengamuk sakanlah kaum kaafirun dan yang sewaktu dengannya.

Kegagalan mereka dalam kes Azlina Jailani, diikuti pula dengan kes perebutan jenazah Mohamed Moorthy Abdullah, dan kes perebutan anak S. Shamala menyebabkan mereka bergabung bersatu tenaga beberapa NGO termasuk Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh, Suaram, Hakam, Sisters in Islam, AWAM, WAO, WCC, WDC dan beberapa lagi NGO mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama @ IFC dengan 17 tuntutan yang kesannya akan menjadikan murtad itu halal dan sah, serta Islam sebaris dengan agama lain dalam negara ini.

Strategi kafirun ahzab ini ditentang oleh umat Islam yang bersatu dibawah berpuluh NGO diketuai oleh PPI, Peguam Pembela Islam dan Pertubuhan Pembela Islam. Himpunan Sejuta Umat diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan dengan kehadiran puluhan ribu umat Islam. Kempen tandatangan Sejuta Umat dilancarkan dan alhamdulillah lebih sejuta tandatangan berjaya dikutip dan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.

Kesatuan umat Islam itu menjadi kegerunan kepada kaum kaafirun ahzab ini, maka mereka juga mengatur strategi untuk memecah-belahkan umat Islam. Sejak tahun 2006, mereka melakukan tusukan jarum halus melaga-lagakan umat Islam. Akhirnya mereka berjaya mempergunakan himpunan haram Hindraf untuk mencetuskan gelombang pemecahan itu, bilamana Anwar Ibrahim mengambil sikap menyokong pertubuhan haram tersebut.

Ini membawa kepada beberapa insiden selepas itu dan Anwar berjaya mempengaruhi beberapa orang pimpinan PAS untuk bersama beliau yang akhirnya membawa kepada munculnya kaum Anwarinas didalam PAS yang qiblat mereka adalah kepada Anwar Ibrahim, bukan kepimpinan Haji Hadi.


Baca Seterusnya di zul4Kulim..

PANASS!!! Bila Wardina cakap pasal isu Gereja..


Artis yang sorang ni bersetuju dengan Dr Asri pasal pandangan mengenai orang Islam masuk ke gereja.. Kalau tak dia takkan share isu ni kat wall fesbuk dia kann..

UPDATE !! (Maaf sebab sebelum ni gua ingat kenyataan dia.. rupanya bukan...tapi point dia tetap sama..)

Nampaknya artis ni pun nak join jugak bincang pasal isu Gereja yang nak memurtadkan umat Islam.. Baguslah.. Jangan kata gua nak sekat kebebasan bersuara dia pulak yee..

Tapi, kalau tengok status FB dia tu, kenapa pulak ada kaitan isu memurtadkan umat Islam dengan larangan orang kafir masuk ke Masjid? Bila pulak kerajaan tak bagi orang bukan Islam masuk ke Masjid?

Yang kita larang ialah.., orang bukan Islam mempolitikkan Masjid dan juga mempergunakan Masjid untuk kepentingan parti dorang.

Orang bukan Islam cuma tak dibenarkan masuk sehingga ke tempat sujud umat Islam/mimbar kerana mereka tu berhadas besar dan tak disucikan..

Takkan ini pun "Ustazah" Wardina tak faham?

Lagi satu.., kita memang sepatutnya bimbang bila umat Islam mula masuk ke Gereja bukan diatas sebab untuk berdakwah.. Dikhuatiri iman kita belum cukup kuat untuk lawan seribu macam godaan yang ada disitu..

Sebagai contoh..., cuba bayangkan anak Wardina sendiri masuk ke Gereja tanpa pengetahuannya.., adakah dia tak perlu bimbang?

Dan akhir sekali.., berkenaan isu toleransi agama dengan puak-puak kafir.., gua suka nak suruh dia faham betul-betul dengan terjemahan Surah Al-Kafirun yang gua letak kat bawah ni...

Faham betul-betul dengan ayat "lakum dinukum waliyadin".. Untukmulah agamamu.., dan untukkulah agamaku !!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Katakanlah: “Wahai orang-orang kafir, Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.

Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.

Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku”.


p/s: Harap Wardina tak SAMAN gua pasal artikel ni.. Gua pun ada KEBEBASAN BERSUARA jugak.. Hahahaha...

DAP dalang sebenar disebalik isu Gereja???


Gua ada dapat info pagi tadi bahawa Gereja yang buat onar di Damansara akan disita oleh pihak MBPJ..

Tapi sekarang ni dah ada penafian yang dibuat dalam MalaysiaKini oleh Timbalan pengarah jabatan penguatkuasaan dan keselamatan MBPJ sendiri..

Gua tak taulah kenapa operasi sita Gereja tu boleh dibatalkan pada saat akhir.., ada kawan-kawan bloggers kata DAP dah campurtangan dalam isu ni..

Cuba korang baca apa yang House PK laporkan kat bawah ni.. Nampaknya dalang sebenar disebalik agenda murtadkan umat Islam dah mula muncul ke permukaan..


Aku baru mendapat tahu, Gereja Methodist Damansara Utama tidak jadi disita oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sekalipun keputusan untuk menyita bangunan tersebut kerana perlanggaran syarat, telah dibuat.

Sebabnya, campurtangan Teresa Kok dan Ronnie Liu telah menyebabkan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor mengeluarkan arahan kepada MBPJ agar membatalkan proses penyitaan berkenaan.

MBPJ juga diarahkan supaya menafikan berita sebelum ini yang bangunan yang menempatkan gereja yang didakwa cuba memurtadkan orang Islam, hendak disita.

Wah, kalau betullah macam yang aku dengar, nampaknya Teresa Kok sudah pun menunjukkan belangnya. DAP tidak berselindung-selindung lagi untuk memberitahu bahawa merekalah sebenarnya kerajaan negeri.

Khalid Ibrahim hanyalah proksi yang disuruh baca skrip yang ditulis oleh tangan-tangan pemimpin DAP seperti Teresa Kok. - House PK

Desakan dari Mashitah buat semua pihak..


Gua setuju banget dengan apa yang Ustazah Mashitah ni cakap.. Sepatutnya semua pihak yang berkaitan berusaha membantu setiap umat Islam yang kesusahan..

Kita ada Pusat Zakat.., kita ada Baitulmal.., tapi kenapa kita tak gunakan sepenuhnya semua tu untuk mencegah kemiskinan dikalangan umat Islam di Malaysia ni?

So, kenapa kita nak biarkan umat islam merempat dan kesusahan? Tambah-tambah kalau pemerintah tu adalah terdiri dari orang Islam..

Kewajipan utama pemimpin adalah untuk menjamin semua kemudahan cukup buat rakyat.. Kalau 20 tahun lebih pegang negeri tapi bekalan air bersih pun still tak settle, itu dah langgar amanah beb..

Kita kena ingat.., Islam jelas menolak sesetengah golongan yang menyanjung kemiskinan dan menganggap kekayaan sebagai dosa.

Macam tu jugak lah puak-puak yang suruh rakyat anggap kemiskinan sebagai qada dan qadar yang tiada jalan untuk mengelaknya.

Ni semua adalah pandangan ekstrem yang terpesong daripada jalan yang lurus sepertimana yang dituntut oleh ajaran Islam yang sebenar.

Hadis Rasulullah dari hadis Hajjaj bin Farafisah dari Yazid al-Ruqashy dari Anas bin Malik r.a. yang bermaksud:

“Maka sesungguhnya kefakiran itu hampir-hampir mengundang kekufuran”.




PUTRAJAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim hari ini menyarankan semua pihak berkaitan mengadakan gerakan besar-besaran bagi menjejaki orang Islam yang perlukan bantuan.

Beliau berkata langkah itu amat perlu bagi mengelak orang Islam mendapatkan bantuan daripada pihak yang tidak sepatutnya.

Kejadian di sebuah gereja di Selangor serta laporan mengenai ada orang Islam mendapatkan bantuan daripada pihak gereja harus membuka mata semua pihak untuk mengambil tindakan sewajarnya, kata Mashitah kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga mengesan ada laman web khas menerusi Facebook untuk mereka yang mahu mendapatkan bantuan daripada gereja.

“Ia seolah-olah ada networking sendiri dan menyebarkan maklumat dengan lebih jauh tentang bantuan yang dihulurkan,” katanya yang ditemui selepas penyerahan e-Halal kepada majlis agama Islam negeri dan jabatan agama Islam negeri.

Katanya orang Islam yang pernah menerima bantuan daripada gereja pula harus dibimbing serta diberitahu mengenai saluran yang boleh mereka gunakan untuk memohon bantuan.

Mengenai dakwaan sesetengahnya bahawa mereka sukar mendapat bantuan daripada agensi sertai badan bukan kerajaan (NGO) Islam, Mashitah berkata dakwaan itu kurang tepat kerana terdapat pelbagai saluran yang boleh digunakan.

“… kebetulan (mereka) didatangi oleh orang-orang ini dan tidak didatangi orang-orang yang sepatutnya. Jadi itu menyebabkan mereka tidak mencari di tempat lain walhal sepatutnya dia faham kerajaan banyak saluran untuk bantu orang Islam,” katanya.

Mengenai sama ada akta untuk mencegah murtad perlu diwujudkan di negara ini, Mashitah berkata perkara itu boleh dipertimbangkan. – BERNAMA

GEMPAR!!! Hidangan Babi untuk Ramadhan.. The Star HINA Islam..


Apa pandangan korang bila hidangan untuk berbuka puasa diselitkan iklan BABI PANGGANG? Ni bukan terjadi diluar negara beb.. Ni benar-benar terjadi dalam Malaysia...

Ni baru lah betul hina Islam.. Kalau setakat iklan Media Prima pasal sahur yang Pemuda PAS Selangor dok meroyan tu, itu bukan hina islam baii..

Akhbar The Star semalam mengiklankan hidangan "Morganfield's Sticky Bones" dibawah ruangan Ramadhan Delight..

Korang tahu tak apa menatang maksud "Morganfield's Sticky Bones" tu beb? Kat bawah gambar tu dorang letak description.., "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds"...

Amacam? Best tak?

Gua ingat lagi bila puak-puak cina kiasu marahkan TV8 pasal iklan menjaga sensitiviti umat Islam di Pasar Ramadhan.. Tapi apa pulak kata cina-cina kiasu pasal iklan Ramadhan Delight The Star ni?

Memang perangai puak-puak kafir ni dah makin melampau.. Kalau kena sikit kat bangsa dorang.., habis satu negara dorang heboh dan meroyan..

Tapi bila kena dekat umat melayu/Islam.., dorang buat dek bodoh jee... Hamlau betull..

Malangnya ada jugak orang melayu sendiri yang sanggup menyokong bermati-matian untuk puak-puak cina kiasu tu semua..

Kononnya kalau bela nasib melayu tu adalah Assobiyah.. Sebab tu dorang jadi pembela kepada kafir.. Bengong!!!


p/s: Baca juga isu ni kat SINI..


PAS bakal HILANG nama Islam di partinya..


PAS didesak membuang nama Islam di parti tersebut gara-gara tidak membela pendirian Exco Agama Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali, yang menyokong langkah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan kontroversi tanpa waran di majlis makan malam dalam perkarangan Gereja Methodist di Damansara Utama, minggu lepas.

Ini kerana, PAS didakwa tidak lagi mementingkan aqidah umat Islam sehingga sanggup tunduk pada kemahuan PKR dan DAP sebagaimana yang diperlihatkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Malah, pihak yang menyokong Khalid juga berpendapat bahawa tindakan JAIS yang disokong Hassan tersebut telah mencalar imej Islam, bahkan imej parti sendiri.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, perjuangan Pas sekarang hanya semata-mata politik dan bukannya berusaha menegakkan Islam seperti mana matlamat pada awal penubuhannya.

''Disebabkan politik mereka terpaksa akur dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan partinya yang lain sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun DAP. Ini yang berlaku sekarang,'' katanya.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin mahu Pas menggugurkan perkataan Islam kerana parti berkenaan tidak layak menggunakan perkataan yang amat suci itu.

Beliau berkata, jika Pas sebagai sebuah parti Islam bertanggungjawab sudah tentu parti itu akan segera mempertahankan tindakan JAIS dalam usaha menyelamatkan segelintir akidah umat Islam daripada terpesong.

Ini kerana PAS sekarang jelas terbukti tunduk pada kemahuan PKR dan DAP semata-mata.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, sebarang perkara yang melibatkan akidah tidak boleh dikompromi serta bukan perkara dagangan politik. Sepatutnya Pas tegas menyatakan pendirian mereka menegakkan Islam tanpa perlu berdolak dalik.

''Maka wajar perkataan Islam dalam Pas dibuang kerana mereka jelas tunduk kepada tekan pemimpin PKR dan DAP ,'' katanya lagi.

Seorang lagi bekas setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman berkata, apa yang berlaku itu adalah hasil kejayaan Anwar mempengaruhi Pas supaya parti itu lebih terbuka dan liberal.

''Jika dahulu saya sendiri masih ragu-ragu untuk menentang Pas kerana beranggapan Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam, kini semuanya sudah jelas.

''Pas tidaklah berbeza dengan PKR dan DAP. Kini kepentingan politik DAP, PKR serta meraih sokongan orang bukan Islam telah menjadi tajuk utama perjuangan Pas,'' katanya lagi sambil berharap Pas sedar dengan kepincangan yang berlaku dan kembali berjuang demi Islam.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online