BREAKING NEWS

HOT!!! Ayat Quran DIGANTUNG dalam rumah PELACURAN..


Ayat 1000 dinar adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ayat 1000 dinar cukup ‘popular’ di kalangan orang kita, khususnya yang terlibat dalam dunia perniagaan.

Justeru itu tak hairanlah ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju.

Tapi percayakah anda, ayat ini juga digunakan oleh ramai pengusaha rumah pelacuran atau ‘bapa ayam’ dalam perniagaan jijik mereka itu? Inilah realiti yang berlaku.

Bagi bapa-bapa ayam yang bukan beragama Islam ini, ayat tersebut dianggap ‘tangkal’ yang boleh mendatangkan ‘ong’ atau keuntungan.

Setelah mendapat maklumat, Mynewshub.my bertindak menyiasat bagi memastikan kesahihan dakwaan yang dimaksudkan.

Tempat yang dituju adalah kawasan pelacuran murahan terkenal di ibu kota iaitu sekitar Lorong Hj. Taib di Chow Kit.

Namun terdapat satu masalah besar. Adalah mustahil untuk masuk ke dalam bilik ‘penyundalan’ begitu saja.

Mahu tak mahu, penulis terpaksa menyamar seolah-olah mahu ‘melanggan’ salah seorang pelacur di situ.

Usai ‘tawar menawar’, penulis menyerahkan wang sebanyak RM20 kepada bapa ayam sebagai bayaran untuk menggunakan salah sebuah bilik di ‘premisnya’.

Lalu penulis dibawa menaiki tingkat dua rumah kedai tersebut. Bau busuk dan hanyir menerpa hidung. Kelihatan tikus berlari-lari di tangga tersebut.

Keadaan juga agak gelap dan ‘menggerunkan’.

Sampai saja di bilik, bapa ayam itu meminta penulis menunggu sebentar sementara ‘anak ayamnya’ bersiap.

Sebaik saja masuk ke dalam bilik, penulis terus menyalakan lampu dan mencapai kamera kompak yang dibawa.

Sah! Memang sah!

Sebaik saja lampu menyala, terbentang ayat 100 Dinar di dalam bilik tersebut


Perasaan penulis menjadi bercampur-baur…sebak ada, marah pun ada!

Sebak kerana mengenangkan betapa ayat suci Al-Quran dihina sebegitu rupa hingga menjadi ayat hiasan bilik ‘penyundalan’ saja tarafnya.

Marah pula kerana mengenangkan mengapa payah benar pihak berwajib hendak mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggung jawab.

Betul, Chow Kit khususnya Lorong Hj. Taib dah banyak berubah berbanding dulu.

Banyak rumah-rumah persundalan sudah ditutup atau dirobohkan, tetapi yang kita mahu adalah tindakan yang total.

Malang sekali, masih ada rumah-rumah pelacuran yang beroperasi, mereka ini bagaikana terlalu ‘kebal’ daripada tindakan.

Memandangkan Islam adalah agama rasmi di negara ini, perbuatan menghina ayat Al-Quran oleh bapa-bapa ayam ini tidak boleh dibiarkan bermaharajalela!

Berbalik kepada situasi penulis, sebaik saja mengambil beberapa ‘shot’, penulis terus meluru keluar dari bilik tersebut.


” Kawan, mana lu mau pergi, amoi sudah mau sampai maaaa,” jerit bapa ayam itu sebaik saja melihat kelibat penulis yang tergesa-gesa keluar dari bilik berkenaan.

” Haiyya taukeh, gua sakit perutlah, mau balik dulu, esok gua datang,” kata penulis dengan selamba.

” Lu banyak celakalah, lain kalau lu datang gua kasi hentam lu punya muka!,” katanya dengan muka kemerahan.

Sebenarnya nak tergelak pun ada juga. Untuk pengetahuan anda, umur bapa ayam itu adalah kot sebaya dengan umur datuk penulis, ada hati lagi nak pukul orang.

Penulis hanya tersenyum. Dalam hati berkata, suka hati lu la apek, hehehehe – Oleh SYAHRIL A. KADIR MyNewsHub

12 melayu dari Gereja Damansara HILANG disorok HANTU DAP???


Kemana menghilangnya 12 melayu yang hadir di Majlis Thanksgiving Gereja Methodist Damansara Utama hari tu?

Dorang semua tak hadir untuk bagi keterangan di Pejabat JAIS hari ni walau telah diarahkan berbuat sedemikian..

Gua syak dorang ni dah disorokkan oleh hantu-hantu DAP yang banyak berkeliaran di negeri Selangor tu.. Maklumlah.., kan sekarang ni adalah bulan hantu kalau ikut kalendar cina..

Lagipun, 12 melayu tu dah lebih kurang hantu lah jugak.. nak kata hantu melayu pun bukan.., nak kata hantu mat saleh pun bukan..

So gua rasa pihak JAIS bukan saja patut dapatkan waran dari Mahakamah Syariah, tapi JAIS jugak patut cari sang Paranormal untuk ambik balik 12 melayu tu dari gengaman Hantu-hantu DAP di sana..

Cuma.., jangan mintak bantuan Uncle Seekers sudah laa.. Dia tu bukan Paranormal.., tapi lebih kepada tak normal... Hahahahaha..




Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memohon perintah mahkamah ke atas 12 indvidu beragama Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof berkata perintah mahkamah akan dipohon dalam tempoh terdekat berikutan kegagalan kesemua mereka tampil memberikan keterangan.

Jelas beliau, pihaknya akan membuat permohonan di Mahkamah Syariah.

“Kita telah meminta kesemua 12 individu ini agar hadir di pejabat (Jais) memberikan keterangan tentang kehadiran mereka dalam majlis itu tapi sehingga kini mereka tidak menghadirkan diri dan saya difahamkan mereka dinasihatkan peguam masing-masing supaya tidak hadir.

“Kita akan mohon perintah mahkamah ini dalam tempoh terdekat, kita hanya mahu mereka memberikan keterangan dan membantu siasatan,” katanya.

Jelas Sharom, sekiranya kesemua 12 individu itu tetap enggan menghadirkan diri walaupun perintah mahkamah dikeluarkan kelak, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk memohon perintah tangkapan terhadap mereka.

“Kita akan pohon supaya mereka hadirkan diri ke pejabat untuk memberikan keterangan dan kalau mereka tetap enggan hadir, kita mungkin akan dapatkan perintah menahan ke atas mereka,” katanya.

Tambah beliau, kesemua 12 individu yang ditahan semasa serbuan ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya Rabu lalu rata-rata berasal dari Selangor.

“Ramai dari Selangor tapi ada juga dari luar,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan hasil siasatan Jais mengenai kontroversi serbuan itu.

Dewan Pemuda PAS join PERKASA...


Nampaknya Nasrudin Tantawi cerdik sikit dalam isu pemeriksaan JAIS keatas Gereja yang nak memurtadkan umat Islam di Selangor tu.. Kalau nak harapkan Hadi buat keputusan, alamatnya berjanggutlah tunggu beb..

Nak harapkan Khalid Samad tu lagi laa.. Dia tu lebih "gereja" daripada pihak gereja sendiri...

Tapi gua heran satu je.., mana perginya Pesuruhjaya PAS Selangor si Dr Rani tu? Kat mana agaknya dia menyuruk yee sampai tak dengar langsung suara...

Jadi Pesuruhjaya apanya kalau hal besar macam kes Murtad ni pun tak berani nak bersuara? Apapun, kali ni gua respek kat Nasrudin Tantawi..

Dia telah membuktikan dia berani untuk berkata benar dan tak takut pada DAP di Selangor... Bukan macam Hadi.., telor pun kasi Ronnie picit beb...




Selepas PERKASA menyatakan pendirian dorang menyokong Hasan Ali dan tindakan JAIS, Dewan Pemuda PAS Pusat juga senada dengan PERKASA apabila bersetuju dengan tindakan JAIS yang melakukan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya Rabu lalu.

Perkara tu dinyatakan oleh Ketua Pemudanya Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu sidang media di sini hari ini selepas pertemuan kira- kira sejam bersama Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Hasan Ali bagi mendapat penjelasan lanjut berhubung kontroversi yang membabitkan JAIS.

Kenyataan Nasrudin itu juga sekaligus berbeza dengan pandangan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor III, Khalid Samad pada Jumaat lalu yang menyifatkan tindakan JAIS itu tidak wajar.

Nasrudin yang hadir bersama 10 exco pemuda berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Hasan dan meminta agar umat Islam bertenang dengan kontroversi yang berlaku sekarang.

Menurut Nasrudin menjadi prinsip dan tanggungjawab mana-mana jabatan agama untuk mempertahankan akidah umat Islam serta kesucian agama tersebut.

Dia juga berkata tindakan itu juga wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan malah dia mahu kepercayaan diberi kepada JAIS tanpa sebarang prejudis lebih-lebih lagi ia melibatkan usaha dalam menjaga agama Islam.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Hasan. Tindakan JAIS juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.

“JAIS ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk fahami dan patuhi segala peraturan yang ada.

“Ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang timbul. Harap beri kepercayaan tanpa sebarang prejudis untuk menjaga agama. Yang salah dalam peraturan dan prosedur harus ditegur,” kata Nasrudin.

Seluruh Exco DAP Selangor didesak letak jawatan..


MCA Selangor menuntut semua ahli exco kerajaan negeri DAP supaya meletakkan jawatan kerana membisukan diri mereka berhubung isu serbuan Jais ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ketua Biro Aduan Awamnya, Theng Book (kiri) berkata sebagai wakil yang dipilih, ahli exco berkenaan sepatutnya bercakap bagi pihak rakyat yang mengundi mereka.

Katanya, adalah hipokritikal bagi pemimpin DAP menggunakan alasan arahan menutup mulut yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan menuduh mereka daripada menjauhkan diri daripada kebenaran.

"Bagaimana mereka boleh (patuh) arahan tutup mulut? Mereka kata mereka perjuangkan kebebasan bersuara... Apabila ada sebab untuk bersuara, mereka buat bising tetapi apabila ada kerja, mereka tak buat. Exco DAP patut letak jawatan,” katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Menurut pemimpin veteran MCA itu tanggungjawab terletak di bahu wakil rakyat DAP dan pemimpin bukan Islam PKR, yang merujuk secara tidak langsung kepada ahli Petaling Jaya Utara Tony Pua dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.

"Penduduk Petaling Jaya sedikit kecewa (dengan sikap mendiamkan diri mereka). Mereka mesti keluar dan nyatakan pendirian mereka kepada PAS dalam hal ini,” katanya.

Menurut Theng Book tanggungjawab sebenarnya terletak pada Khalid selaku menteri besar, dan menolak dakwaan Pakatan Rakyat bahawa serbuan itu didalangi kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

PANAS !!! Nik Aziz kata semua ayat Quran adalah ayat POLITIK...


Kita boleh berpolitik mengikut syariat Islam.., tapi itu bukan bermakna kita boleh menjadikan politik itu setaraf dengan Islam..

Islam tu adalah agama.. Politik pulak adalah cara pentadbiran atau ideologi/kaedah untuk memerintah sesebuah masyarakat mahupun negara..

Salah laa kalau kita jadikan politik tu sebagai agama.. Betul tak? Sebab tu lah gua tulis kat Header Blog gua tu "Politik Bukan Agama".

Tu pun ada penjumud-penjumud yang masih tak faham sebab kurang kemampuan untuk berfikir..

Kita sepatutnya tengok politik melalui sudut agama.., bukannya tengok agama melalui sudut pandangan politik.

Itu baru betul.. Kalau ambik agama melalui sudut politik.., maka jadilah macam PAS.. Undi PAS dapat pahala.. Undi PAS boleh masuk syurga.. Apa kejadahnya semua tu beb?

Cuba korang tengok video kat bawah ni.. Nik Aziz sendiri kata ayat Al Quran tu semua adalah ayat POLITIK!! Nauzubillah...

Kalau Quran pun dah dikatakan penuh dengan ayat politik.., Islam tu pulak apa sebenarnya? Parti politik ke wahai Nik Aziz?



Sebab ni lah semua penganut PAS terlampau taksub dengan politik sampai tak tau nak bezakan yang mana satu agama, dan yang mana satu dunia..

Tak syak lagi bahawa Nik Aziz adalah "ulamak politik" sebab dia tengok agama dari sudut politik..

Dan rugilah semua pengikut-pengikut dia sebab terpedaya dengan seorang ahli politik yang berselindung disebalik jubah dan serban untuk mencari keuntungan...

Kat bawah ni ada video penuh kenyataan Nik Aziz yang ditemuramah oleh TVPas..

Gua letak video full ni sebab nanti mesti ada puak-puak jumud yang meroyan tak percaya Nik Aziz kata macam tu..

HOT!!! Majlis Agama Bukan Islam "SERANG" JAIS..


Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao hari ini mengecam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama ketika berlangsungnya majlis makan malam muhibah Rabu lalu dengan menegaskan, ia melanggar kebebasan rumah ibadat yang dijamin Perlembagaan.

Badan wakil agama bukan Islam itu berkata, JAIS telah memperlihatkan satu contoh bahaya, yang wajar dihentikan dan dikritik oleh kesemua pihak yang mencintai keamanan.

Majlis tersebut juga berkata.., pihaknya juga tertanya-tanya bagaimana penggunaan kalimah “al-Quran” dan “doa” dalam ucapan boleh membawa kepada umat Islam murtad sedangkan perkataan-perkataan ini digunakan setiap hari oleh rakyat Malaysia.

Bukti penggunaan doa dan kalimah Al Quran..

Menyentuh laporan dua akhbar edisi Ahad yang menggambarkan umat Islam dipujuk menganut agama lain, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao berkata, kerajaan perlu menyiasat perkara tersebut memandangkan ia tidak menyenaraikan identiti ataupun memberi asas bagi dakwaan sedemikian

“Saksi-saksi sedemikian seharusnya disediakan bagi satu inkuiri bebas, yang wajarnya diadakan dengan segera bagi menentukan kesahihan saksi,” kata majlis lagi.

Justeru kata majlis, sekiranya laporan akhbar berkenaan didapati tidak benar, maka pihak berkuasa sewajarnya mengambil tindakan sewajar di bawah peruntukan undang-undang.

“Kesemua 120 tetamu yang menghadiri majlis makan malan muhibah pelbagai kaum wajar mendapatkan permohonan maaf daripada pihak-pihak yang melakukan serbuan.

Bukti kedua dari JAIS.

“Kerajaan semasa juga mesti tampil untuk memastikan komuniti-komuniti bukan Islam tindakan sedemikian tidak akan berulang lagi,” katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao berkata, pihaknya perlu menekankan tentang usaha sistematik dan terdesak sesetengah pihak yang berkuasa sejak kebelakangan ini mencetuskan konflik di kalangan rakyat berlainan kaum dan agama.

Katanya, ada pelbagai contoh sejak awal tahun iaitu isu Interlok, Alkitab dan kononnya ada usaha mahu menjadikan Kristian agama rasmi negara serta penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar dan sekumpulan ahli dan penyokong Parti Sosialis Malaysia kononnya mahu mengadakan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong tetapi kemudian ditahan di bawah Ordinan Darurat.

“Kini dakwaan tidak berasas pula terhadap gereja mahu memurtadkan umat Islam. Tindakan-tindakan tidak berasas ini mesti dihentikan bagi mempertahankan keamanan dan keharmonian antara kaum yang wujud setengah setengah abad ini,” kata majlis ini lagi.

PANAS BERANGIN !!!! Nizar DIHARAMKAN masuk kawasan Sekolah untuk RASUAH Kurma..


Lama tak dengar cerita pasal Nizar Jamaluddin, bekas MB yang paling singkat dalam sejarah negeri Perak tu.. Rupa-rupanya, dia sekarang ni tengah giat menjalankan aktiviti "rasuah" kurma sempena bulan puasa..

Yang bestnya, Nizar bukan setakat bagi kurma di Pasar-pasar Ramadhan di Parlimen Bukit Gantang saja.., habis semua Sekolah-sekolah dilanggarnya untuk edarkan kurma tu..

Sampaikan cikgu dan budak-budak yang tengah belajar pun terkejut bila gerombolan Nizar main masuk ikut suka saja didalam sebuah sekolah di Changkat Jering..

Sampai ke dalam kawasan Pejabat Sekolah Nizar redah..

Bagi kurma tak salah beb.., tapi perangai gila Nizar yang redah tak ikut peraturan tu yang buatkan orang tak suka dengan perbuatan dia..

Mana boleh suka-suka nak masuk kekawasan Sekolah tanpa kebenaran.. Bawak bendera bulan pulak tu.. Nizar ingat dia tu sapa? MB Perak pun tak buat macam tu beb..

Akibatnya, gua difahamkan Nizar sekarang ni dah diHARAMkan langsung untuk masuk ke semua Sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Bukit Gantang..

Ni lah kurma yang Nizar "derma"..

So.., bila dah ada larangan keluar macam tu, terus Nizar dan gerombolan dia kata Kerajaan ZALIM dan labelkan Pejabat Pelajaran Daerah sebagai DIKTATOR pasal tak bagi dia "sedekahkan" kurma pada rakyat.. Niat dia tu suci maaaa...

Tak pasal-pasal kerajaan jugak yang disalahkan padahal dia tu sendiri yang buat perangai meroyan..

PKR dan DAP mula berebut kerusi PARLIMEN...


Melalui info yang diperolehi dari Sabah, gerombolan Pakatan yang dianggotai PKR, DAP dan PAS sudah mengatur langkah awal bila berebut mengenai kawasan-kawasan yang berpotensi dan bakal dimenangi parti masing-masing pada PRU13.

Seperti biasa.., DAP yang merupakan parti paling dominan dalam gerombolan Pakatan sudah meminta untuk bertanding di kawasan yang dikuasai oleh PKR iaitu Parlimen Tenom yang merangkumi dua kawasan DUN iaitu Dun Melalap dan DUN Kemabong.

Berikutan tindakan DAP itu, penyokong-penyokong PKR kawasan Parlimen Tenom melenting terhadap keputusan itu.

Ramai yang menyifatkan keputusan itu tidak adil kerana DAP tidak mempunyai ‘Political base’ di situ berbanding PKR yang sudah bertungkus lumus mengukuhkan pengaruhnya sejak lebih tiga tahun lalu, berserta dengan penubuhan beberapa ranting.

Beberapa pemerhati politik di Tenom berpendapat DAP kurang pengaruh jika dibandingkan dengan PKR atau SAPP kerana kedua-duanya mempunyai Pejabat Perhubungan dan siap dengan kakitangan menjalankan jentera pentadbiran parti masing-masing.

“Apakah asasnya DAP dengan sewenang-wenangnya menuntut kawasan Parlimen Tenom dan apakah DAP mampu menumbangkan UMNO-BN yang mempunyai pengaruh dan kekuatan logistik yang kukuh di sini, sedangkan DAP hanya mampu melayani kehendak petugas jenteranya dengan air liur sahaja,” tegas salah seorang pemerhati.

DAP juga dikatakan gagal mengambilkira perjuangan mereka yang hanya berasaskan kepada perjuangan untuk membela kebajikan masyarakat Cina sahaja. Ini tidak sesuai digunakan di kawasan DUN Kemabong dan Melalap yang majoritinya terdiri dari pengundi suku kaum Murut.

Ini semua membuktikan bahawa DAP bersikap diktator dan kuku besi didalam pembahagian kerusi untuk ditandingi didalam PRU13 akan datang.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online