BREAKING NEWS

HOT!!! Guan Eng akan bagi BONUS 4 bulan gaji kepada penjawat awam di Penang..


Cuepacs hari ini dah mintak kepada kerajaan untuk mempertimbangkan supaya memberi bonus sebanyak 2 bulan gaji kepada semua penjawat awam didalam negara..

Ia dengan alasan, untuk memudahkan seluruh penjawat awam berbelanja semasa sambutan hari raya dan juga sebagai persediaan persekolahan anak ditahun depan..

Walaupun belum dimuktamadkan, gua suka untuk mencabar semua Ketua-ketua gerombolan Pakatan di negeri masing-masing agar menyaingi bonus yang bakal diberikan oleh Najib nanti..

Seandainya benar Najib mampu bagi bonus sebanyak 2 bulan kepada penjawat awam.., Lim Guan Eng, Nik Aziz, Khalid Ibrahim dan juga Azizan Razak juga harus bagi bonus yang lebih dari apa yang Najib bagi..

Dulu bila Najib umumkan bonus kepada penjawat awam sebanyak RM 500.., Guan Eng adalah Ketua gerombolan yang paling awal umumkan tambahan bonus RM 500 juga dari kerajaan regim DAP Penang..

So.., kali ni kalau Najib bagi bonus 2 bulan.., Guan Eng patut tambah supaya jadi 4 bulan kepada penjawat awam di Penang..

Macam tu barulah boleh puak-puak Pakatan tu kata dorang lebih baik dari UMNO/BN..

Kan sebelum ni dorang mengaku lagi best dan lagi terpuji dari kerajaan Najib.. Jadi jangan sembang kosong je beb.., buktikan kepada rakyat semua kebenarannya... Hahahaha...

Mustafa Ali nak masuk UMNO?


p/s: Apalah yang si mangkee PAS sekor ni meroyan sangat pasal kononnya ada gerakan untuk gulingkan Najib dalam UMNO? Nak divert isu pasal Nik Aziz kantoi ke?

Mustafa..., Mustafa... Lu memang tak ada talent untuk jadi pelawak lah beb.. Lu hanya layak jadi pencacai didalam kain jubah Hadi Awang dan juga Nik Aziz je..

Lu betulkan dulu parti lu yang dah nak karam tu Mustafa oiii... Tak payah nak reka cerita untuk selamatkan airmuka Tok Guru lu yang dah kantoi big time tu...

Usaha gulingkan Najib kononnn... Ke Nik Aziz dan Hadi Awang yang nak terguling lepas PRU nanti? Hahahaha...




Parti Islam Se-Malaysia hari ini mendakwa Umno-Barisan sengaja membangkitkan isu Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan tempat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha menutup isu dalaman parti berkenaan.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, wujud satu gerakan yang serius dalam Umno untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya lagi, gerakan tersebut mahu menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno itu dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan raya umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Oleh itu katanya, laporan yang mengaitkan pemimpin PAS mengadakan satu pakatan sulit untuk mengangkat Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li sebagai Ketua Pembangkang, adalah tidak benar.

Ia hanyalah usaha untuk mengalihkan perhatian daripada gerakan dalam Umno, kata Mustafa.

Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan identiti gerakan tersebut walaupun dipujuk pemberita berkali-kali tetapi mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat".

"Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya.

Beliau yang diuja persoalan, daripada mana gerakan itu berkata, ianya berada di dalam Umno sendiri..

"Pada waktu ini saya tak mahu sebut lagi," katanya sambil menambah bilangan pemimpin Umno yang terlibat itu "agak ramai".

Ditanya mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa Penawar - sekumpulan bekas ahli parlimen Umno yang diketuai bekas menteri kabinet Tan Sri Aziz Shamsuddin - mengetuai gerakan tersebut, Mustafa berkata:

"Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengesahkannya. Boleh jadi sama. Saya tidak mahu mengesahkannnya,"katanya lagi.

Malah menurut Mustafa, Najib yang juga presiden Umno menyedari kewujudan gerakan tersebut.

TERGEMPAR!!! PAS Permatang Pauh tolak konsep Negara Kebajikan...


Sebenarnya dah lama gua dengar ura-ura PAS kawasan Permatang Pauh ni nak buat protes pasal konsep Negara Kebajikan yang dibentangkan oleh Hadi Awang masa Muktamar PAS hari tu..

Hari ni dah terbukti bahawa PAS di Permatang Pauh ni sebenarnya tak sekepala dengan Hadi Awang dan seluruh kepimpinan PAS Pusat didalam isu Negara Berkebajikan..

Tak percaya? Korang tengok sendiri banner yang tergantung di kawasan Kubang Semang tu.. Yayasan An-Nahdhoh tu adalah Markaz besar PAS di kawasan Permatang Pauh..

Ceramah PAS selalu diadakan kat situ malah Lim Guan Eng, Mat Sabu dan Anwar jugak pernah bagi ceramah disitu baru-baru ni..


Jadi..., apa perlunya Munaqasyah Negara Islam lagi kalau PAS sekarang ni dah terima pakai Negara Berkebajikan anjuran DAP dan PKR?

Dan kenapa Negara Berkebajikan, Persekutuan, Republik dan Monarki dipotong tanda tak bersetuju?

Munaqasyah bermaksud perbincangan didalam bahasa arab.. Kenapa PAS Permatang Pauh nak buat perbincangan pasal negara Islam dan tolak Negara Berkebajikan?

Lagi satu.., kenapa pulak PAS kawasan ni kata "Umat Perlukan Khilafah"? Yang gua faham, Khilafah tu bermaksud pengganti kepada kepimpinan yang sedia ada..

Apakah PAS Permatang Pauh nak tolak Hadi Awang pasal buang negara Islam dan ambik konsep Negara Berkebajikan?

Ini bukti bahawa PAS sebenarnya sedang berpecah mengenai hala tuju perjuangan dorang.. Cuma ramai yang tak alert pasal hal ni...

So.., Nik Aziz nak kata apa pulak pasal isu ni? Nak kata gua buat lawak jenaka lagi ke?

Sudah-sudahlah Pok Nik... Mengaku je lah kapal PAS semakin karam sekarang ni...


HOT!! Nasrudin Tantawi akan buat "tunjuk perasaan" di Dataran Tahrir..


Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi bersama peguam berlepas ke Mesir bagi menyiasat sendiri kejadian beberapa pelajar Malaysia di buang universiti di sana ekoran menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu di sana.

Nasruddin ditemani peguam Mohd Zamri yang juga merupakan Ketua Jabatan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mengkaji sendiri kes itu.

Sebelum ini, dilaporkan dua penuntut Malaysia dipecat dari universiti Al Azhar kononnya kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0 di Kaherah pada 9 Julai lalu.

Bagi Nasrudin, Umno menjadikan seluruh agensi-agensi kerajaan yang dibayar gajinya oleh rakyat sebagai 'trooper' Umno dalam merealisasikan amalan demokrasi sempit mereka.

Nasruddin berkata, antara buktinya adalah apabila Umno menggunakan kedutaan dan jabatan penuntut Malaysia di Mesir untuk menyekat serta menghalang kebangkitan pelajar di sana.

Mereka dikenakan tindakan seperti dilucutkan dari pembelajaran serta disenarahitamkan dari segala urusan berkaitan dengan kedutaan hanya kerana menyertai sesuatu aktiviti yang tidak disenangi Umno.

Antara tidakan yang dikenakan adalah dipecat dari universiti, dibuang asrama, disenaraihitamkan oleh kedutaan. Kesalahan mereka hanya kerana menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 di seluruh penempatan rakyat Malaysia di Mesir 9 Julai lalu.

Mereka yang dikenakan tindakan ini tiada hitam putih dan hanya mendapat arahan mulut sahaja pihak universiti.

Sehubungan dengan itu, pihak Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak Kerajaan Malaysia menyelesaikan isu ini sebelum rakyat bangkit khususnya penuntut-penuntut agama dan agamawan di seluruh tanah air.

"Pemuda PAS akan menggerakkan seluruh ulama-ulama, muda dan tua, serta penuntut ilmu di seluruh tanah air untuk mendesak kerajaan sekiranya mereka masih berdegil untuk tidak menyelesaikan isu ini.



p/s: Alang-alang dah sampai ke Mesir tu.., gua sarankan Ketua Pemuda PAS tu buat demonstrasi sekali di Dataran Tahrir bagi membantah pembuangan pelajar Malaysia yang ikut BERSIH..

Biar satu dunia tau yang Pemuda PAS berani tampil kedepan untuk membela nasib pelajar-pelajar yang "dizalimi" oleh kerajaan..


Rosmah pun tak teringin jadi macam Jijah..


Jijah kata mintak dijauhkan dia jadi macam Rosmah.. Kononnya Rosmah tu kuat bershopping di luar negara..

Lagipun.., Najib bukan Anugerah Tuhan.. Najib tak popular macam Anwar walaupun Anwar popular sekadar dengan cerita main belakang..

Tapi Jijah tak tau.. Di saat dia mintak dijauhkan supaya tak jadi macam Rosmah.., seluruh wanita didalam Malaysia ni berdoa sangat-sangat agar simpang malaikat 44 kalau terima nasib macam Jijah..

Ye lah..., sapa nak jadi isteri yang dicucuk hidung dan mempunyai suami yang terkenal dengan skandal seksnya ye tak?

Isteri mana yang sanggup terima bila suami dikatakan ada skandal dengan bini orang sampai melahirkan anak? Dan isteri mana yang sanggup tutup mata bila "dimadukan" dengan jantan jambu?

Yang paling baru.., isteri mana yang boleh tidur lena bila tengok laki dia sendiri jadi pelakon buat aksi kamasutra dengan pelacur China?

Hanya Jijah sorang je yang boleh buat semua tu.. Tak tahulah sama ada Jijah ni buta mata atau perutnya yang buta..

So.., setakat gila bershopping kat luar negara tu apalah sangat.. Memang lumrah perangai pompuan adalah suka membeli belah walaupun hampir botak kepala suami ditarahnya..

Tapi kalau pasal bab suami curang diluar tu.., gua rasa tak ada isteri mana yang sanggup tahan beb.. Jijah sorang je yang boleh tahan..

Tambah pulak laki yang jenis tak berkira depan belakang tu.., gua yakin, Rosmah pun takkan teringin nak jadi macam Jijah..

GEMPAR!!! Azmin Ali akan tubuhkan Parti baru..


Setelah terdedah mengenai status warganegara yang mempunyai nombor misteri 71 didalam MyKadnya.., Azmin Ali dikhabarkan akan menubuhkan satu parti Politik baru bagi memperjuangkan kepentingan semua PR di Malaysia..

Antara nama yang dicadangkan untuk parti tersebut ialah PARTI MISMAH.. Ini sempena memperingati dan memberi penghormatan kepada wanita yang berjaya membongkarkan isu kod misteri 71..

Selain Azmin.., Saifuddin dan juga Zuraidah Ampang juga bakal menjadi tunggak utama Parti MISMAH tersebut.

Sudah tentu Azmin bakal dinobatkan sebagai Presiden Parti.. Manakala Saifuddin sebagai Timbalan dan Zuraidah sebagai De Facto parti..

Menurut sumber yang dekat dengan Saifuddin, parti baru itu akan menggunakan lambang tongkang untuk melambangkan keperitan warga asing yang mahu berkerja di negara ini..

Dan matlamat perjuangan parti Mismah itu adalah bagi mendapatkan taraf kerakyatan kepada seramai mungkin warga PR di Malaysia melalui medium politik...

So, bagi sesiapa yang hendak menyertai parti Mismah ini.., dia haruslah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu mestilah Pendatang Tanpa Izin ataupun PERNAH berstatus sebegitu..

Bangsa tak menjadi hal kerana Parti Mismah terbuka kepada semua warga Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Indonesia, Nepal dan juga lain-lain...

Mak aihhh... Sampai terberak-berak dibuatnya...


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) diberitahu terdapat golongan tua yang terkencing dan terberak dalam premis BSN ketika menunggu untuk mengeluarkan wang.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, pihaknya ketika mengunjungi Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Macalister, Pulau Pinang hari ini amat terkejut apabila melihat keadaan kelam kabut di premis bank itu.

“Ketika bertanyakan berkenaan hal itu, pegawai kami difahamkan bahawa setiap minggu pertama pada setiap bulan begitulah keadaannya memandangkan golongan tua, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan miskin tegar akan membanjiri bank itu dan semua cawangannya di seluruh negara untuk mengeluarkan bayaran kebajikan bulanan mereka,”

Menurutnya, ramai daripada penerima itu yang telah berusia dan resah serta terpaksa berdiri dalam barisan sehingga ke pintu masuk bank.

“Pegawai kami diberitahu terdapat keadaan di mana golongan tua terutama sekali mereka yang sakit terkencing dan terberak dalam premis ketika menunggu untuk mengeluarkan wang mereka,” ujarnya.

Sebelum ini, katanya bayaran dilakukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bank Simpanan Nasional menjadi bank komuniti yang dilantik untuk menyalurkan bayaran itu.

Menurutnya, BSN cuba untuk mengatasi masalah itu dengan mengeluarkan kad ATM tetapi kebanyakan penerimanya enggan untuk menggunakan kaedah pengeluaran itu kerana ramai mendakwa adalah sukar bagi mereka untuk menggunakan mesin dan ada ketikanya mereka lupa nombor pengenalan diri (PIN).

Keadaan itu, ujarnya boleh dijangkakan kerana mereka sudah berusia dan sering lupa.

“CAP menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat segera mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini dan meminta bank komersial lain agar turut menyediakan perkhidmatan ini,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, semua bank mestilah memainkan peranan mereka dalam membantu komuniti memandangkan itulah apa yang dikatakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

KANTOIII.. Azmin, Saifuddin, Zuraidah rupanya Pendatang Tanpa Izin..


Terima kasih kepada MalaysiaKini pasal mendedahkan pasal misteri nombor 71 dalam IC pendaftaran negara...

Sebelum ni ramai yang tak tau nombor 71 dalam MyKad tu mewakili taraf Pendatang yang diberikan kerakyatan.., tapi sekarang ni dah ramai yang jelas dengan misteri nombor 71 tu..

Mulanya MalaysiaKini nak kantoikan JPN dan SPR pasal pengundi hantu.., last2 yang terkantoi adalah Azmin Ali, Saifuddin Nasution dan juga Zuraidah Kamaruddin..

Tiga ekor mangkuk tu rupanya adalah pemegang MyKad yang bernombor 71 jugak... Kira dulunya dorang tu adalah pendatang tanpa izin laa...




Patut laa tiga ekor mangkee tu langsung tak ada semangat patriotik.., pendatang yang diberikan kerakyatan rupanyaa....

Terima kasihlah sekali lagi kepada MalaysiaKini dan blogger2 bangang Pakatan yang upkan isu pendaftaran ni...

Dorang buka nak sangat dedahkan pasal Mismah tu rupanya.. Tapi dorang nak bagitau yang dalam Pakatan pun ada banyak PENDATANG dari negara luar...

Hahahahahahaha... KANTOIIII....

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online