BREAKING NEWS

Kontaktor UMNO Penang DAYUS, LEMBIK dan BODOH !!!


Lagi cerita pasal kontraktor melayu di Penang.. Gua tak ada masalah bila kerajaan negeri bagi projek untuk kontraktor melayu di negeri ni.. Dah lama sebenarnya dorang tak dapat cari makan di bawah pentadbiran DAP..

Tapi masalahnya sekarang ni ialah, tender projek diberikan kepada kontraktor yang jadi KRONI dan kontraktor yang sanggup naikkan imej Guan Eng dan DAP negeri..

Dah tentu kontraktor melayu yang dimaksudkan adalah dari pro Pakatan.. Dah lama dah dorang ni senang dibawah pentadbiran Guan Eng.., tapi sekadar makan projek kecik je lahh.. Projek besar semuanya cina kaut..

Mana taknya.., semua projek yang bernilai RM 200 ribu ke atas, semuanya dapat kat kontraktor bukan Bumiputera beb.. Yang bawah dari nilai tu je dapat kat kontraktor melayu..

Tu pun bukan semua melayu dapat.., yang dapat hanya KRONI Pakatan.. Yang pro UMNO dan pro kerajaan BN dapat makan asap je lahhh...

Hampir 30 peratus perniagaan kontraktor Melayu kelas F di Pulau Pinang tenat.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Fadzill Hassan berkata ramai yang sudah gulung tikar akibat kekurangan kontrak di negeri berkenaan.

Dari 1200 kontraktor F seluruh negeri hampir 30 peratus dah tenat memang tenat sampai dah tukar kerja kena buat kerja lain pula sebab dah tak boleh maintain.

Beliau ditemui dalam mesyuarat agung tahunan persatuan itu di George Town, pagi tadi.

Katanya keadaan itu bermula pada tahun 2008 dan berlanjutan sehingga kini.

Walaupun pertumbuhan ekonomi beransur pulih selepas 2008, keadaan itu katanya masih kekal.

Sementara projek dari kerajaan pusat semakin berkurangan, kerajaan negeri pula katanya memberi kontrak kecil sehingga tidak sampai bernilai lima ribu ringgit.

Pasal apa kontraktor UMNO dan pro kerajaan BN tak dapat projek dari Guan Eng di Penang? Pasal Guan Eng kata kontraktor melayu UMNO tu DAYUS.., LEMBIK dan BODOH!!!!

Inilah contoh pentadbiran ADIL dan TELUS yang diamalkan oleh kepimpinan gaya khalifah Lim Guan Eng di Penang...


Bulan puasa pun Nik Aziz nak maki orang...


Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebagai “sampah”.

“Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan berhubung Zahrain mencabar beliau supaya membuat kenyataan terbuka menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh mengenai isu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Sebuah akhbar tempatan hari ini yang membawa tajuk “Zahrain cabar Nik Aziz” di muka depan memetik Zahrain sebagai berkata, tidak cukup bagi Nik Aziz menafikan pembabitannya dengan rancangan itu hanya menerusi Facebook.

Antara lain, Zahrain turut berkata, “saya cabar Nik Aziz buat kenyataan terbuka menafikan beliau ada berjumpa Tengku Razaleigh berbincang mengenai perkara itu.

“Nik Aziz jangan cuba berselindung di sebalik nota ditulis oleh orang lain dalam Facebook kerana kenyataannya sentiasa berubah,” kata Zahrain.

Dalam perkembangan yang lain, Nik Aziz menafikan laporan sebuah portal berita, www.kelatekito. menyebut bahawa keadaan kesihatannya semakin serius di mana beliau dikatakan disahkan menghidap sejenis barah tetapi mengesahkan yang beliau kini menghadapi masalah saluran jantung tersumbat yang membatasi pergerakan hariannya.

“Kesihatan saya tak ada apa. Dakwaan itu tak betul…mengarut saja. Saya hanya (hadapi masalah) ada tiga saluran jantung yang tersumbat.

“Cuma dalam rawatan saya terbaru di hospital tiga bulan sekali, saya tanya doktor di musim durian begini kolesterol saya tak tinggi, saya pun pelik,” kata Nik Aziz.



p/s: Harap serban je besar atas kepala.., tapi mulut serupa puaka.. Itu lah yang boleh gua kata pada Nik Aziz..

Manusia macam ni yang puak-puak gerombolan PAS puja sangat sebagai ulamak pewaris Nabi? Orang tua Nik Aziz tu bukan kata taraf ulamak.., taraf tok siak masjid pun tak lepas..

Bila lah agaknya orang tua tu nak bertaubat? Penyakit jantung dia tu dah makin kronik.. Asyik nak jual agama demi politik jee...takut2 tak sempat buat amal sebelum mati nanti..

HOT!!!! Rakyat Singapura kata Penyerang Harimau Malaya main macam MONYET!!


BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.

Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.

Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia.


Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.

Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.



p/s: Budus punya pompuan.. Orang tak ada otak je yang menaip benda-benda macam tu didalam Twetter.. Harapkan nama je nampak solehah.., tapi perangai memang hancuss..

Patutlah melayu kat Singapork tu kena jajah dengan Kuan Yew and Son.. Mentaliti dorang taraf cap ayam rupanyaa....

GEMPAR!!! Penyokong Pakatan nak BUNUH Najib dan Muhyidin..


Populariti Najib yang meningkat dikalangan rakyat nampaknya dah membuatkan para penyokong Pakatan diserang penyakit meroyan..

Macam-macam cara dorang gunakan untuk burukkan imej Najib dan barisan pemimpin kerajaan, tapi rakyat sedar tentang keikhlasan Najib dan kepimpinannya berkhidmat demi bangsa dan negara...

Ni lah yang merunsingkan kem gerombolan Pakatan sampaikan ada diantara dorang diserang sawan gilababi didalam Fesbuk..

Tambah-tambah pulak dibulan puasa ni, disebabkan tension tak dapat makan, sorang dari ahli gerombolan Pakatan laknatullah dah mengugut untuk BUNUH kedua-dua pemimpin tertinggi negara..

Yang paling menariknya, yang ugut tu adalah pompuan kalau kita cam melalui gambarnya.. Takkan dah tak ada kaum jantan dalam Pakatan yang berani nak ugut Najib dan Muhyidin? Kenapa hantar pompuan?

Yang gua tahu.., biasanya yang selalu berselindung disebalik wanita serta kanak-kanak ni adalah dari puak PAS.. Mungkin Shamila Grapes tu adalah suku sakat PAS jugak kot?

Apapun, SKMM kena siasatlah benda ni.. Dulu budak yang ugut Poknik pun kena tindakan, jadi sekarang ni takkan SKMM nak pejamkan mata saja...

HOT!! Budak 19 tahun dapat PROJEK juta-juta dari Guan Eng..


Ni kalau jadi masa zaman UMNO, mampus puak-puak Pakatan meroyan menyalak tak ingat dunia.. Tapi disebabkan jadi dibawah pemerintahan Khalifah Guan Eng, semuanya HALAL macam kata penganut-penganut melayu bangang Pakatan...

Tengoklah sendiri.., mula-mula didedahkan bahawa Kerajaan negeri Guan Eng bagi projek kat budak kontraktor 19 tahun, tapi bila banyak pihak bising.., rupanya budak tu hanya pengurus projek saja... Syarikat tu sebenarnya adalah emak dia yang punya daa.....

Ni didedahkan sendiri oleh bapa budak tu yang mengaku anak dia tak bersalah sebab syarikat yang dapat projek adalah milik bini dia.. Dan yang bestnya.., bapa budak tu pun adalah kontraktor di negeri Guan Eng..

Semua ni mendedahkan bahawa kontraktor yang dapat projek dibawah kelolaan kerajaan negeri Guan Eng semuanya terdiri dari KRONI dorang saja.. Habis anak beranak sapu projek.. Untung woooo....


Seorang kontraktor pada Selasa menafikan dakwaan kononnya anak beliau yang baru berusia 19 tahun mendapat projek bernilai RM1 juta daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina sebuah sekolah agama di sini.

Abdul Wahab Abdullah berkata, sebaliknya anak lelaki beliau itu, Nursufi, hanyalah seorang pengurus projek pembinaan sekolah agama dua tingkat di Batu Maung itu.

Malah katanya, projek itu tidak sampai pun RM1 juta sebagaimana yang digembar-gemburkan sebaliknya hanya bernilai RM500,000 sahaja.

"Projek itu diperoleh oleh Syarikat Syamir dan ia adalah syarikat isteri saya, Rozidah Omar. Projek ini bukan bernilai RM1 juta seperti yang dilaporkan dalam akhbar sebaliknya hanya bernilai kira-kira RM500,000 sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, projek berkenaan telah siap akhir tahun lepas.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan pelajar sebuah kolej, Nursufi Abdul Wahab yang baru berumur 19 tahun, berjaya memperoleh projek bernilai RM1 juta daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.

Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Tan dilaporkan mempertikai ketelusan kerajaan negeri dalam pengagihan projek di negeri itu dan mendakwa hanya 0.2 peratus projek diberikan kepada bukan Bumiputera sejak 2008.

Abdul Wahab berkata, beliau dan isteri sedang memberi pendedahan kepada Nursufi dalam bidang perniagaan.

"Dia sedang belajar di Kolej Damansara Utama dalam jurusan perniagaan. Projek itu untuk dia belajar serba sedikit dalam bidang itu," katanya.

Abdul Wahab menambah, anaknya itu tidak mempunyai sebarang lesen kontraktor Kelas D seperti yang dilaporkan. - BERNAMA

KANTOI !!!! MalaysiaKini ditangkap MENIPU lagi....


*Tahniah blogger Double Y.. Lu dah berjaya buat MalaysiaKini dan gerombolan Pakatan hilang akal didalam isu Mismah ni..

Kecoh pasal si Mismah yang kononnya diberikan warganegara dalam masa 4 jam. Selepas dapat status warganegara, Mismah yang pada awalnya memilik IC Merah (PR) dikatakan sudah didaftarkan sebagai pengundi. 



Malaysiakini menyebut Mismah merupakan pengundi berdaftar yang baru. Bermakna Malaysiakini menggambarkan bahawa Mismah telah pun bergelar pengundi yang sah!

Semakan saya melalui semakan secara talian melalui laman web SPR mengeluarkan hasil berikut :



Semakan saya mendapati status Mismah yang memiliki kad pengenalan bernombor 670704-71-5238 adalah 'PERMOHONAN YANG SEDANG DIPROSES".

Ini bermakna mengikut rekod SPR Mismah bukanlah pengundi berdaftar sebagaimana digambarkan oleh Malaysiakini. 

Saya tidak berpuas hati di situ, saya membuat semakan kedua melalui SISTEM SEMAKAN PEMILIH BAGI ISI RUMAH. 

Rekod Mismah yang dikatakan Malaysiakini telah berdaftar sebagai pemilih menunjukkan bahawa rekod berkenaan  'TIADA DALAM DAFTAR PEMILIH' .


Ini bermakna laporan Malaysiakini yang mengatakan bahawa individu bernama Mismah ini telah pun sah menjadi pengundi merupakan satu pembohongan jahat dan bersifat menyerang SPR bertujuan untuk menguatkan sokongan rakyat kepada kempen Bersih 2.0 yang digerakkan mereka.

Semakan pertama menunjukkan pendaftaran pemilih di bawah nama Mismah dikatakan 'DALAM PROSES' bagi saya tiada salahnya jika benar Mismah telah pun menerima  status warganegara dan itu menjadi hak dia untuk berdaftar sebagai pemilih.

Cuma persoalan yang perlu dijawab oleh JPN adalah, benarkah Mismah menerima status warganegara dalam masa 4 jam sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Mengikut undang-undang biasanya proses memohon status kewarganegaraan biasanya memakan masa 6 bulan atau lebih.

Malaysiakini kata Mismah pengundi berdaftar yang sah mengikut rekod SPR tidak benar!!

Malaysiakini juga tidak jujur dalam melaporkan berita mereka kerana permohonan warganegara ada beberapa jenis permohonan yang mana masa pemprosesan sesuatu kelulusan adalah berbeza :



BIL.JENIS PERMOHONANTEMPOH PERMOHONAN DIPROSES
1.

 Permohonan Lengkap Pengesahan Taraf Warganegara
Permohonan Pengesahan Taraf Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya
6 bulan
2.






Permohonan Warganegara
Permohonan untuk menjadi Warganegara Malaysia diproses dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat sebelum dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri untuk keputusan.
Nota:
Tempoh 12 bulan tidak termasuk kes-kes yang perlu dirujuk kepada agensi-agensi lain dan tempoh untuk mendapat keputusan dari Kementerian Dalam Negeri serta proses pengeluaran Sijil.
12 bulan
3.

Permohonan Lengkap Pelepashakan Kewarganegaraan
a) Permohonan Pendaftaran Akuan Pelepasan Kewarganegaraan yang diterima di kaunter Ibu Pejabat JPN Putrajaya, diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
14 hari bekerja
b) Permohonan Pelepasan / Penolakan Kewarganegaraan yang diterima di Konsul di luar Negeri dan JPN Ibu Negeri diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya
30 hari bekerja
4.

Gantian Sijil Warganegara
Permohonan gantian Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
14 hari bekerja
5.

Cabutan Sijil Warganegara
Permohonan cabutan Sijil Warganegera diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
5 hari bekerja
6.

Carian Sijil Warganegara
Permohonan keputusan carian Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
7 hari bekerja
7.

Salinan Sah Sijil Warganegara
Permohonan salinan sah Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
3 hari bekerja
8.

Pindaan Butiran Sijil Warganegara
Permohonan pindaan butiran Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
14 hari bekerja
9.

Cabutan Sijil W (Kelahiran Luar Negara)
Permohonan cabutan Sijil W bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara diproses dan diselesaikan dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
1 hari bekerja


Melalui carta di atas permohonan yang bagaimana agaknya dimohon oleh Mismah?

JPN tunggu apa lagi, korek la rekod kamu. Segala fail, borang dan sebagainya yang melibatkan Mismah dedahkan kepada umum.

Jangan biarkan Malaysiakini meneruskan agenda jahat mereka!


YY : Hairan Mismah ni tidak disertakan sekali status bin, binti atau a/k, a/l, a/p?

Pengguna browser Internet Explorer adalah BODOH?


Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.

Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.

Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.

Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).

Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.

Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.

Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.

Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.

Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya. -Agensi/Kosmo




p/s: Nasib baik gua guna Google CHROME.. Ni bermakna gua tak tergolong dalam kategori bodoh lah yee... Hahahahaha...

Tapi korang jangan risau.. kajian ni terpakai untuk orang putih je sebab ia dibuat di Eropah.. Kat Malaysia ni semua nya pandai-pandai belaka...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online