BREAKING NEWS

Kedutaan Malaysia di Mesir adalah suruhan UMNO - Dewan Ulamak PAS


Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat kesal dengan sikap pihak kedutaan Malaysia di Mesir yang gagal memainkan peranan untuk menjaga kebajikan pelajar di sana.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden kemelut pelajar Malaysia di Mesir yang menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab apabila menyertai himpunan aman Bersih di sana.

“Pihak kedutaan dilihat mewakili Umno dan bukannya rakyat Malaysia. Saya ingin mengingatkan pihak kedutaan dan kerajaan Malaysia bahawa pegawai yang dilantik untuk menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar di Mesir adalah lantikan kerajaan dan bukannya lantikan politik.

“Gaji mereka dibayar oleh seluruh rakyat Malaysia dan bukan Umno yang membayarnya,” ujar beliau lagi.

Menurut beliau, pegawai yang dilantik oleh kerajaan hendaklah beramanah dalam menunaikan tanggungjawab yang diberikan dan bukannya menjadi orang suruhan Umno.

“Takutlah doa orang yang dizalimi, di Terengganu kita telah mengadakan solat hajat agar kemelut pelajar kita di Mesir dapat diselesaikan segera,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu.

Mengulas kenyataan pimpinan Umno sejak kebelakangan ini yang mahukan semua komponen BN mendengar rintihan rakyat, katanya ia menunjukkan mereka amat terdesak.

Sehubungan itu, beliau meminta agar pemimpin Umno jangan bercakap bohong kepada rakyat.

Katanya, rakyat sekarang sudah pun tahu bagaimana mereka telah ditipu oleh Umno yang hanya meminta simpati rakyat apabila terdesak sahaja.

Selama ini, ujarnya segala kekayaan negara hanya diagihkan sesama kroni mereka sahaja, habis kekayaan rakyat hanya berkisar kepada individu tertentu sahaja yang mempunyai kepentingan dengan Umno.

“Dengan kekayaan yang dimiliki oleh negara kita , tak sepatutnya kita masih memiliki rakyat yang miskin dengan jumlah yang tak dapat diterima akal.

“Segala kekayaan di dunia boleh kita dapati di Malaysia, tapi amat malang sekali Umno tidak menggunakannya untuk rakyat tetapi sebaliknya mengeksploitasikannya untuk periuk nasi kroni Umno, ahli Umno di Malaysia pun tertindas,” ujar beliau lagi.

Beliau seterusnya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bangkit menentang kezaliman Umno dan sudah tiba masanya saat kejahatan Umno dikuburkan dalam PRU yang akan datang.

Saya memang pengsan.., bukannya lakonan..


"Saya memang pengsan pada hari itu," katanya Suhardi Mat Isa yang juga setiausaha agung Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop).

Polis semalam telah merakamkan kenyataan Shuhardi yang dilapor didakwa berlakon sebagai Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan 9 Julai lepas.

Menurut Shuhardi, lima anggota polis, termasuk seorang berpangkat inspektor, daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi mengunjungi rumahnya di Taman Ixora, Bandar Baru Salah Tinggi pada jam 11.30 malam semalam.

"Saya ditanya pelbagai soalan ketika disiasat hampir tiga jam. Saya jawab semua soalan," katanya sambil memberitahu sesi itu hampir tiga jam bermula jam 11 malam hingga 1.30 pagi.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis menyiasat perkara itu setelah menerima dua laporan di IPD Dang Wangi dan Cheras, bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.


Laporan mengenainya juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Multimedia iaitu kesalahan yang melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Shuhardi, seorang peserta dalam perhimpunan itu dikatakan dimanipulasi sesetengah pihak dengan mendakwa dia Allahyarham Baharudin yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Suhardi berkata beliau ditemani anggota keluarga dan tanpa kehadiran peguam ketika sesi itu berjalan.

Ditanya tentang tempoh soal-siasatnya yang lama, Shuhardi menjelaskan, sepanjang sesi itu, beliau ditanyakan secara terperinci tentang penyertaannya daripada mula hingga akhir.

Pada hari itu, katanya, beliau dua kali pengsan sekitar Jalan Pudu, Kuala Lumpur akibat terlalu banyak terhidu gas pemedih mata.

"Bila saya sedar, saya berada di bahagian kecemasan Hospital Tung Shin. Kemudian anggota keluarga saya datang ambil," katanya.

Beliau menafikan berlakon sebagai Baharudin atau cuba menipu orang ramai.

Politik Perkauman dari Guan Eng..


Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mengecam Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa cuba bermain politik perkauman dengan menuduh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman bercita-cita menjadi Ketua Menteri jika BN kembali memerintah negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan menegaskan, Guan Eng jelas mempunyai agenda tersirat apabila menggambarkan seolah-olah UMNO mahu 'merampas' jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang secara tradisinya dipegang parti komponen BN yang lain.

''Guan Eng keluarkan kenyataan di akhbar-akhbar berbahasa Cina mengenai perkara ini, memberi gambaran kononnya Datuk Zainal mahu menjadi Ketua Menteri, saya fikir ini satu politik perkauman yang cukup berbahaya.

''BN negeri tetap berpegang kepada prinsip bahawa jawatan Ketua Menteri datang dari parti komponen BN selain UMNO, malah perkara ini tidak pernah disentuh pun tetapi dia (Guan Eng) sengaja bermain politik perkauman untuk menipu rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis tinjauan mesra BN yang turut dihadiri Zainal Abidin serta kepimpinan BN negeri di Bazar Ramadan Kepala Batas, Permatang Rambai, di sini hari ini.

Hock Nan berkata, tindak-tanduk Guan Eng itu juga bertujuan untuk menutup segala kelemahan kepimpinannya yang sering dibangkitkan termasuk oleh Zainal Abidin dalam isu pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di negeri ini.



p/s: Sejak bila pulak Guan Eng tak RASIS? Rakyat Penang dah tau lama dah cina kiasu Melaka tu main politik rasis di negeri ni.. Cuma tunggu PRU13 saja untuk rakyat Penang tumbangkan dia...

Ketua Dewan Ulamak PAS setuju Ku Li ganti Anwar..


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berpendapat, jika Ahli Parlimen Gua Musang itu mempunyai pengaruh serta ramai pengikut selain mendapat majoriti sokongan, tidak mustahil Tengku Razaleigh atau Ku Li akan mengemudi pakatan pembangkang selepas ini.

Harun bagaimanapun berkata, semua parti dalam pakatan pembangkang akan meneliti terlebih dahulu prestasi Tengku Razaleigh sebelum memastikan bekas Presiden Semangat 46 itu layak menjawat jawatan tersebut, jika keadaan memerlukan.

"Kita akan tengok dulu daripada segi prestasi beliau (Ku Li), kalau beliau ada pengikut yang ramai atau sokongan majoriti dalam kalangan parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan jadi Ketua Pembangkang.

"Begitu juga dengan Anwar, beliau boleh berunding dan kalau tak dapat majoriti penyokong, mungkin beliau (Anwar) tak akan duduk di situ lagi (menyandang jawatan Ketua Pembangkang)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan mengenai pelawaan pihak pembangkang kepada Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) disabit kesalahan dalam kes liwatnya.

Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu seterusnya berkata, setiap pemimpin termasuk Anwar tidak semestinya menyandang sesuatu jawatan itu dalam tempoh yang lama, sebaliknya perlu memberi laluan kepada orang lain.

"Beliau tak akan selama-lamanya jadi Ketua Pembangkang, jika orang lain yang mendapat sokongan majoriti dalam pembangkang, maka dia pula yang akan jadi ketua," jelasnya.

Ditanya sama ada Tengku Razaleigh dipelawa memegang jawatan Ketua Pembangkang setelah Anwar dianggap sebagai liabiliti kepada pembangkang termasuk masalah moral yang dihadapinya, Harun menjelaskan: "Itu bukan faktornya.''



p/s: Apa kata Nik Aziz bila Ketua Dewan Ulamak PAS pun sokong Ku Li ganti Anwar?

Harun Taib takkan buat statement kalau Pok Nik tak setuju.. Sapa yang buat lawak jenaka sekarang ni? Hahahahaha....

HOT!!! Melayu Pakatan HISTERIA bila Guan Eng ikut buka puasa...



Sejak perintah Penang..., bulan puasa lah yang paling ditunggu-tunggu oleh Guan Eng.. Pasal apa? Pasal bulan ni Guan Eng boleh buat wayang yang bisa menggugurkan iman semua pengikut Pakatan..

Sebenarnya, bagi gua tak salah kalau Ketua Menteri nak turun beramah mesra dengan rakyat dia.., tapi jangan lah kemaruk sangat sampaikan ibadah umat Islam pun dorang nak politikkan..

Gua heran..., dalam masa setahun ada 12 bulan.., kenapa bulan Ramadhan jugak yang mesti dia menyibuk nak cari glamer? Bulan-bulan lain Guan Eng menyorok kat mana?

Sebab tu lah gua kata Guan Eng memang sengaja berlakon lebih pada bulan puasa ni.. Dia tau, penganut mahzab PAS dan Pakatan mesti HISTERIA bila tengok dia ikut berbuka puasa..

Lepas buka puasa.., bagilah rasuah hamper yang berharga RM 20 kat 2-3 orang puak-puak melayu tu.. Mesti dorang tak lena tidur malam pasal dapat hamper pemberian Khalifah Umar..

Dua-dua kaki pembohong.. Memang eloklah dorang jadi kawan baik...

Sampai bila lah agaknya Malik Itik tu nak jadi pencacai kepada Kafir..?

"Ini hamper bukan duit judi aaa..."

"Ini topi kasi pakai haa... baru jadi gua punya geng..."

Kes Saman Rogol: Samsul Iskandar kata Mahkamah TAK TELUS..


Blogger Azimudin Ahmat yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR Pulau Pinang, telah diarahkan membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersabit dakwaan merogol, hari ini memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Amizudin menerusi laman sharpshooter.blogspot.com, pada 28 Disember 2010 menerbitkan artikel berserta gambar, yang mendakwa Datuk Seri Dr. Rais Yatim merogol pembantu rumahnya yang merupakan warganegara Indonesia.

Selain ganti rugi bernilai RM300,000, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Mengulas perkembangan kes itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata pihaknya akan memastikan kes ini mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, perbicaraan kes ini tidak mendapat penghakiman yang tuntas ekoran kegagalan membawa saksi- saksi utama ke kandang saksi.

"Kita percaya bahawa alasan-alasan yang ada pasti nanti akan memberikan rakyat Malaysia satu pandangan tentang pendapat kes ini.

Antara faktor utama ialah apabila saksi-saksi utama itu tidak dapat hadir dalam mahkamah dan ketika perbicaraan telah menolak permohonan untuk mendapatkan saksi-saksi utama dalam kes ini.

"Dari segi perspektif yang difahami oleh rakyat bahawa sebenarnya dalam perbicaraan kes ini hanyalah keterangan Azimuddin Ahmat sahaja yang diambil dan tidak berjaya dikesan ialah mereka yang disyaki menjadi mangsa dalam kes ini," katanya.

Shamsul berkata akan menggunakan saluran yang tepat untuk membantu Azimudin, biarpun sistem perundangan negara kini terikat pada tekanan politik kotor pemerintah.

"Pada saya, saya rasa ini juga perbicaraan politik, jadi ini menyebabkan politik dan pemimpin politik, jadi kita lihat kebenaran itu dikekang dengan saluran undang-undang.

"Kita juga bersedia untuk berhadapan dengan apa jua keadaan untuk menggunakan semua saluran undang-undang yang ada agar tidak ada pertikaian dari segi aspek-aspek menggunakan mahkamah dalam kes ini," katanya.



p/s: Puak-puak ni memang macam gampang.. Kalau dorang menang atau sesuatu perkara tu memihak pada dorang.., tak dengar langsung bunyinya.. Tapi kalau kalah.., meroyan serupa macam anjing gila..

Mahkamah tak adil lah.., SPR tipu lahh.., Polis jahat lahh.. Ada saja alasan yang dorang buat untuk tutup kebangangan dorang..

Macam ni pun still ada yang nak sokong.. Memang buta perut sungguh sapa yang sokong tu kann..

Isteri arwah Baharuddin jadi MAINAN POLITIK Pakatan..


Gua rasa, isteri kepada arwah Baharuddin ni patut belajar terima Qada dan Qadar Allah.. Sepatutnya dia dan seluruh keluarga arwah berasa menyesal kerana menghadiri perhimpunan HARAM yang menyebabkan arwah meninggal..

Jangan pula nak salahkan Polis atau kerajaan kerana dorang sendiri yang pilih untuk turun menyertai rusuhan dijalanraya biarpun Polis dah bagi amaran pasal tu..

Kenapa isteri dan keluarga arwah tak bising pada Anwar dan Ambiga pasal anjurkan perhimpunan HARAM yang tak berfaedah untuk menentang kerajaan?

Kenapa salahkan Polis pula atas semua yang dah terjadi?

Gua nasihatkan kepada isteri dan seluruh keluarga arwah.., janganlah jadi alat kepada permainan politik puak-puak Anwar dan kafir Ambiga..

Cuba fikir dengan akal yang waras.., berbaloi ke kematian arwah hanya demi untuk mempertahankan ideologi politik haprak merampas kerajaan yang dibawa oleh puak-puak Pakatan ?



Isteri kepada peserta himpunan aman Bersih 2.0 yang meninggal dunia ketika menyertai himpunan itu, Allahyarham Baharuddin Ahmad, hari ini memfailkan permohonan agar diadakan siasatan khas bagi merungkai misteri kematian suaminya.

Rosni Malan, 55 tahun menjelaskan, permohonan tersebut terpaksa dilakukan ekoran pihaknya sehingga kini masih belum menerima apa- apa maklum balas daripada majistret dan Jabatan Peguam Negara berhubung tuntutan penjelasan punca kematian allahyarham bulan lalu.

"Tujuan saya ikhlas, Ketentuan Allah saya terima. Tetapi saya dan keluarga perlu mengetahui bagaimana cara kematian beliau. Ini akan memberi pengajaran kepada kita," kata Rosni di hadapan wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Rosni ditemani dua anaknya serta peguam, Ahmad Jufliz Faiza, Patrick Dass dan Chaan Chew Weng memfailkan permohonan kira-kira jam 2 petang semalam.

Beliau turut merayu orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantunya mencari kebenaran dan keadilan terhadap suaminya.

"Saya harap jika orang ramai ada bukti berkaitan suami saya bolehlah kemukakan kepada peguam saya atau hadir di Mahkamah nanti untuk beri keterangan," katanya lagi.

Baharudin meninggal dunia selepas pengsan di perkarangan Kuala Lumpr City Center (KLCC) pada 9 Julai lalu.

Pihak Pakatan mendakwa, Baharudin sesak nafas selepas menghidu gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Bagaimanapun, laporan Doktor yang dikeluarkan oleh pihak Polis menyatakan.., Baharudin mati kerana komplikasi jantung.

Namun, Rosni dan keluarganya menafikan arwah menghidap sebarang penyakit kronik.

"Terdapat banyak tuduhan yang dibuat mengenai kematian suami saya tetapi apa yang saya tahu berbeza dengan maklumat yang diterima. Suami saya sentiasa sihat sebelum ini dan tiada tanda dia mengalami apa-apa sakit yang serius," kata Rosni lagi.

Susulan itu, pada 17 Julai lalu, satu laporan Polis telah dibuat keluarga arwah bagi mendesak agar kenyataan mengenai punca kematian Allahyarham tidak dimainkan oleh pihak tertentu tanpa kebenaran dan pengetahuan dari keluarganya.

PANAS!!! Tian Chua pun BERPUASA di Bulan Ramadhan..


Puak-puak Pakatan mesti histeria bila tau YB kafir pujaan dorang ni berpuasa di bulan Ramadhan..

Dan penganut-penganut PAS mesti kata Tian Chua ni dah terima hidayah dari Tuhan disebabkan berkat DAKWAH oleh Nik Aziz..

Bagi gua pulak..., puasa Tian Chua tu kalau setakat nak menunjuk-nunjuk dan main wayang Islamik didepan orang melayu.., baik tak payah...

Jangan sampai gua kata Tian Chua ni mempolitikkan ibadah puasa untuk cari sokongan orang Islam..

Dah nama pun orang politik.., kafir pulak tu... Tian Chua jangan mempermainkan ibadah puasa untuk kepentingan peribadi... Nampak sangat nak tarik undi Melayu....

Perutusan Ramadhan dari manusia bernama Anwar Ibrahim...


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa di mana Allah memberi ruang kepada umat Islam beribadat bagi memuliakan bulan suci itu.

“Alhamdulillah, dengan limpah inayah dan izinNya maka kita dapat memulakan ibadah Ramadhan untuk sekalian kalinya tahun ini,” katanya.

“Justeru wajarlah ia dimanfaatkan segenap masa agar Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita inshaAllah,” kata Anwar dalam perutusan Ramadhan hari ini.

Menurut Anwar, Rasulullah SAW bersabda , “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.

“Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.”


Hari ini, 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijrah, umat Islam di Malaysia mula menunaikan ibadah puasa- rukun Islam ketiga yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W.




p/s: Perghhh... mulia sungguh kata-kata Anwar bagi sesapa yang tak kenal dengan manusia tu.. Tak heranlah kalau penganut-penganut PAS boleh cair dengan manusia dua alam macam Anwar tu..

Apapun, gua juga berharap semoga Allah bersihkan jiwa dan tingkahlaku Anwar lepas ni.. Umur dah makin tua.., tapi perangai pembohong dia masih belum nampak nak reda...

Semoga Ramadhan kali ni bermakna buat Anwar... Perbicaraan dia bulan ni kannn? Hahahahaha...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online