BREAKING NEWS

HOT!! Pelakon tambahan baru tampil DEMI Tian Chua..


Seorang pemuda tampil menyangkal video polis disiarkan sebuah televisyen yang menggambarkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, membuat provokasi terhadap polis ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.

Anggota Unit Amal yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 30, mendakwa berada betul-betul di belakang Tian Chua bersama kira-kira 2,000 orang di KL Sentral ketika itu dan beliau sebenarnya sedang menyelamatkan diri daripada ditembak polis.

“Saya bertanggungjawab dengan kenyataan ini dan sanggup dipanggil jadi saksi jika diperlukan,” katanya ketika menemui Harakahdaily di sini.

Lan berkata, sebagai anggota Amal dari Pahang beliau ditugaskan untuk mengawal pemimpin di KL Sentral yang sedang membuat sidang media di Hotel Hilton untuk berarak ke Stadium merdeka.

Tambahnya, mereka menunggu pimpinan turun dari di Hotel Hilton, kira-kira pukul dua petang dan dianggap tempat yang paling strategik dan penting kerana menghimpunkan paling ramai pemimpin.

“Antara pimpinan yang ada di situ ialah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah, Tian Chua, Khalid Samad, Dr Zul. Ambiga, Pak Samad dan AJK Bersih. Kami menanti pimpinan di KL Sentral dan saya lihat selepas itu entah dari mana datangnya, kurang lebih 2,000 orang anak muda mengelilingi pimpinan yang turun tadi.

“Lepas itu kami berarak masa itu tengah hujan renyai-renyai berhampiran terowong di situ. Sebenarnya kami ingin bergerak ke hadapan, tetapi FRU sudah menutup dan membuat provokasi dengan menembak gas pemedih mata kiri, kanan, depan dan belakang.

“Saya sendiri mendengar suara kuat seorang pegawai polis yang mengarahkan menembak gas pemedih mata tepat ke arah peserta, bukan seperti biasanya ditembak ke atas. Jelas tembakan itu untuk paling kurang mencederakan peserta jika tidak membunuh,” ceritanya.

Tambah Lan, oleh kerana kawasan tertutup dan polis menembak gas memedihkan mata jadi mereka terpaksa bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Katanya, polis pula gunakan taktik merempuh peserta perhimpunan dan membantai dengan belantan supaya rebah lalu memberkas mereka. Namun ada yang berjaya meloloskan diri, ada yang melarikan diri ke kawasan pembinaan dan patah balik ke dalam kompleks KL Sentral.

“Dengan mata yang kabur kerana dilepaskan bom asap oleh polis, saya lihat seperti kiamat kecil. Depan mata saya lihat, Pak Samad terbaring, Khalid Samad berdarah kepala. Masa itu juga saya lihat pembantu Anwar, Fayaad tercedera.

“Saya bersama Pemuda Amal untuk menyelamatkan diri daripada polis yang mengejar untuk memberkas kami, terpaksa masuk semula ke dalam kompleks untuk menyorok. Jadi tidak langsung provokasi kami kepada polis, yang ada ialah untuk menyelamatkan diri termasuk Tian Chua,” ujarnya.

250 FRU kepung ceramah PKR semalam..


Puak-puak ni memang jenis tak faham bahasa.. Polis dah kata, kalau nak buat perhimpunan, mintak laa permit.. Ni tak.., yang haram jugak yang dorang nak..

Entah kenapa dorang ni suka sangat buat benda-benda yang haram.. Mungkin sebab Bos Besar dorang pun ada hobi macam tu kot..

So bila Polis kepung dan tak bagi buat program, takkan nak salahkan Polis pulak? Patutnya salahkan lah diri sendiri..

Bengap betul puak-puak ni...


KEADILAN kesal kerana Umno memperalatkan polis bagi membuat gangguan dengan mengepung lokasi dijadual berlangsung pelancaran bilik gerakan Demi Rakyat di Cabang Petaling Jaya Selatan (PJS) kelmarin.

Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, sekurang-kurangnya 250 anggota bersama kumpulan n Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal ketat membuat kepungan bagi menghalang program di Taman Medan itu.

“Sepatutnya program ceramah dan pelancaran bermula jam 9 malam tetapi polis terlebih dulu mengepung lokasi berkenaan.

“Akibatnya, restoran berdekatan mengalami kerugian kerana pelanggan tak datang. Pengurusan restoran ada beritahu, kemungkinan mahu saman pihak berkuasa,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Latheefa berkata, polis tetap berkeras enggan membatalkan kepungan itu walaupun pemimpin parti cuba mengajak pihak berkuasa itu untuk berbincang.

“Pengarah pilihan raya Cabang Petaling Jaya Selatan (PJS), Maharul Ismail cuba berbincang tetapi mereka berkeras tidak benarkan ceramah dijalankan.

“Polis cuma benarkan 30 orang bagi majlis pelancaran. Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei dan Adun Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian hanya mengedar pen Demi Rakyat kepada orang ramai,” katanya.

PANAS!!! Jawapan Nik Aziz kepada gua mengenai isu Ku Li..


Nampaknya Pok Nik meroyan bila gua dedahkan gambar dia didalam perbincangan dia bersama anak-anak pemimpin UMNO mengenai perancangan melantik Ku Li sebagai pengganti Anwar.. (BACA SINI)

Gua tau Pok Nik kehabisan kata-kata bila hanya mampu kata gua buat lawak jenaka.. Yang bestnya, lawak jenaka gua dah berjaya buat Pok Nik meroyan...

Kalau gua tipu, kenapa Nik Aziz tak berani ceritakan sebab apa dia jemput anak-anak pemimpin UMNO untuk jumpa dengan dia di kediaman MB? Apa yang nak disorokkan sangat?

Dan kenapa Pok Nik tak berani buat kenyataan mengenai rancangan untuk lantik Ku Li ganti Anwar? Kalau Pok Nik berani dan tak ada perancangan disebalik semua tu, cuba cerita perkara yang benar..

Janganlah asyik nak menipu sampaikan bulan mulia macam bulan Ramadhan ni pun Pok Nik nak membelit jugak...

Lagi satu..., Pok Nik jangan buat fitnah bila dia kata gua ni cybertropper UMNO.. Gua ni "berkerja" untuk rakyat.., bukannya untuk UMNO... Najib tak pernah bayar gua satu sen pun untuk buat blog ni... Harap Pok Nik faham tu...

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang disebar oleh cyber troopers Umno yang mengaitkan beliau dengan perbincangan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lawak jenaka.

Sambil menafikan perkara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan mereka yang menyebarkan fitnah itu agar segera menghentikannya sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia.

"Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.

Penjelasan itu sekaligus menolak khabar angin yang tersebar itu.

Sebelum ini Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap Tengku Razaleigh itu ekoran Anwar yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat.

Menurutnya ianya juga sebagai persiapan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Plihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan telah berlaku antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh.

Pertemuan itu didakwa berlaku di kediaman Menteri Besar Kelantan.

Mengulas lanjut tuduhan tidak berasas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau hairan kenapa dakwaan tersebut timbul, atau keputusan untuk memenjarakan Anwar sememangnya benar.

"Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa cadangan ini timbul kerana dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan.

"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya.

Kes Liwat: Anwar mintak 10 SAKSI ALIBI..


Anwar Ibrahim memohon untuk memanggil 10 saksi alibi semasa prosiding pembelaan dalam perbicaraan kes fitnah 2 yang dihadapinya.

Permohonan itu difailkan menerusi Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menambah senarai saksi pembelaan yang difailkan pada 6 Julai lalu.

Senarai terbaru itu termasuk dua pembantu rumah Haji Hasanuddin Abd Hamid, pemilik kondominium di mana kejadian didakwa berlaku, beralamat di Unit 11-5-2 Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan setiakasih, Bukit Damansara, 50490 Kuala LUmpur.

Ia juga melibatkan dua nama berprofil tinggi, iaitu bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Mohamad Ariff Abdul Kareem dan Ketua Pegawai Operasi Bursa Saham Malaysia, Omar Malek Ali Merican.

Pada 26 Jun lalu, Anwar memfailkan satu notis usul untuk membenarkan pihak pendakwa menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain Najib dan Rosmah, Anwar memohon supaya peguam menemubual Hasanuddin Abd Hamid; bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.


P/S: Panggil lah sapa pun yang lu nak panggil Anwar..., asalkan jangan tangguh perbicaraan lagi sudah laa.. Rakyat dah muak menunggu kes ni dibicara di mahkamah...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online