BREAKING NEWS

Mamak Penang jadi GILABABI gara2 Guan Eng...


Hasrat seorang peniaga barangan kulit untuk memberikan seluar dalam, coli corak harimau untuk Lim Guan Eng dan setiausaha politiknya, Ng Wei Aik tak kesampaian.

Ini kerana dia dihalang pengawal keselamatan daripada menaiki lif di Komtar.

Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, ingin memberikan seluar dalam, coli corak harimau kepada kerajaan negeri sebagai hadiah.

Ini kerana kerajaan negeri didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri.


Gua nak cakap satu je beb.., ini bukan kerja orang ada otak..! Apa yang mamak ni buat sebenarnya adalah kerja orang bangang!!

Apa motif dia bagi bra dan panties corak rimau pada kafir Guan Eng tu baii? Nak memalukan Guan Eng atau nak memalukan diri sendiri?

Please laa.. Gua betul-betul malu la bila ada manusia dewasa tapi bangang macam tu.. Kalau lu nak tunjuk lu punya samseng pun.., apa hal lu bagi coli dan panties baii..?

Lagi bagus kalau lu pakai itu bra sama panties.., lepas tu buat free show kat depan Pejabat Ketua Menteri celaka tu.. Itu lagi bagus untuk lu popular beb...

Oii Ghani... Lagi baik lu jangan mengaku lu penyokong Najib laa.. Lu punya perangai dan mentaliti, bikin malu sama itu Najib tauu..

Gua tak peduli lu sapa beb.. Selagi lu buat perangai bangang macam puak-puak Pakatan, gua tanpa segan silu maki hamun lu derr...

PDRM diberi masa 24 jam untuk MINTA MAAF - Mat Sabu


Peguam kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyerahkan notis tuntutan kepada polis bagi meminta maaf kepada anak guamnya dalam tempoh 24 jam.

Notis itu telah dihantar dengan tangan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 4 petang tadi dan menuntut Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid memohon maaf kepada Mohamad Sabu kerana memfitnah timbalan presiden PAS itu.

"Kami menuntut ia dibuat dalam masa 24 jam melalui semua media termasuk tv dan akhbar.

"Saya telah diarahkan oleh anak guam saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Datuk .... Jika tidak dibuat dalam masa 24 jam," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Mohamad sebelum ini mendakwa Salleh berbohong berhubung kecederaan yang dialaminya dalam insiden 9 Julai lalu.

Menurut Mohamad, beliau sememangnya dilanggar oleh pihak polis dan mengalami kecederaan pada bahagian lututnya sehingga menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan di hospital pakar di Petaling Jaya pada 17 Julai lalu.

Doktor memasukkan skru 2 1/2 inci untuk menyambungkan ligamen dan bahagian tulang di bahagian lututnya.

Malah katanya, Salleh sendiri tahu tentang dirinya yang dilanggar oleh pihak polis sehingga mengalami kecederaan dan tidak dapat berjalan apabila beliau terpaksa dipapah oleh pihak polis untuk dimasukkan ke dalam kenderaan polis, dipapah ketika dibawa ke lokap polis, dipapah ketika dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Laporan berhubung beliau dilanggar itu juga dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 14 Julai lalu.

Kejadian menyedihkan yang dialaminya itu berpunca dari keganasan polis dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.



p/s: Mat Sabu tengah buat lawak bangang... Sendiri jatuh..., sendiri buat-buat luka.., sendiri bohong..., dan suruh orang lain mintak maaf bila kantoi... Sebijik macam skrip khalwat bilik 121...

Gabungan Mahasiswa desak Kerajaan "ampunkan" pelajar Mesir..


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini mendesak kerajaan Malaysia meneliti kes pembuangan pelajar Malaysia di Mesir kerana terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0 di sana.

Seorang pelajar Darul Ifta', Firdaus Mazlan dibuang universiti kerana disyaki menjadi penggerak kepada perhimpunan Bersih 2.0 di Mesir sedangkan beliau merupakan pelajar semester akhir.

Desakan tersebut dibuat dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Wisma Putra Kementerian Luar Negeri, dekat sini hari ini.

Memorandum tersebut turut membantah tindakan Jabatan Penuntut Mahasiswa Kaherah (JPMK) yang mengambil tindakan menarik balik biasiswa terhadap mahasiswa yang terlibat dengan perhimpunan tersebut.

Selain itu, Gamis juga membantah tindakan kedutaan Malaysia yang ingin mengharamkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kerana didakwa menghasut mahasiswa menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Naib Presiden Korporat dan Pengantarabangsaan Gamis, Abdul Razak Omar berkata, Gamis tidak mahu isu kebajikan pelajar Malaysia di luar negara dicemari dengan campur tangan politik.

"PMRM hanyalah sebuah badan yang menguruskan kebajikan pelajar Malaysia di Mesir, tidak ada campur tangan politik. Kami tidak mahu isu kebajikan pelajar dilibatkan dalam mana-mana isu politik," kata beliau selepas penyerahan memorandum tersebut.

Sehubungan itu, Gamis menggesa Wisma Putra membuat kenyataan secara terbuka berhubung pendirian mereka dalam isu melibatkan mahasiswa ini.

"Kita minta Wisma membuat respons melalui media mengenai tuntutan kita dan nyatakan pendirian mereka," katanya.




p/s: Berani buat.., berani lah tanggung yee.. Kalau takut kena tindakan, lain kali jangan sibuk berpolitik semasa belajar... Hahahahaha...

PANAS!!! Harimau Malaya TEWAS sebab PROTES???


Hari ni gua banyak meranjau ke kandang lembu-lembu siber Pakatan.. Tajuk yang paling hot bagi dorang ialah pasal Team Harimau Malaya kalah kepada Geng Singa Pondan..

Gua sebenarnya malas nak ulas pasal bola semalam sebab gua memang jaki bila Datuk K taknak rombak dia punya first eleven masa lawan di Kota Singa hari tu..

Tapi memandangkan puak-puak Pakatan cuba mempolitikkan cerita bola ni, gua pun teringin jugak nak memeriahkan keadaan..

Banyak dari blogger Pakatan kata Malaysia kalah sebab pakai baju BIRU BN.. Dan ada pulak yang lagi ekstrem bila kata Najib yang arahkan pemain Harimau Malaya JANGAN pakai baju kuning sebab takutkan BERSIH..

Ada jugak yang kata Team Malaysia kalah sebab diterajui oleh pemimpin UMNO.. Habis yang Anuar Musa yang lead Kelantan FC tu pemimpin JKKK kampung ke baii?

Memang tak boleh blah langsung mentaliti puak-puak siber Pakatan tu kann.. Patutlah readers dorang semuanya jadi bengap tak boleh berfikir..

Gua sebenarnya tertarik dengan komen Kadir Jasin dalam blog dia.. Pakcik tu kata, nasib baik Malaysia tak menang.., kalau tak nanti ada pulak politician umumkan cuti untuk cari mileage politik..

Gua tak tahulah Kadir Jasin tu perli sapa? Nak kata dia perli Najib, Nik Aziz pun sokong team Malaysia menang jugak semalam. Mungkin pakcik tu perli keduanya.., tak pun.., mungkin Kadir Jasin nak bagitau yang dia sokong team Singapore kot?

Macam mana pun, gua rasa puak-puak siber Pakatan tak cukup pandai dan cerdik untuk sensasikan isu.. Setakat kata Malaysia kalah sebab pakai baju BN.., apa ada hal beb..

Kalau gua jadi dorang.., gua akan tulis macam ni...

Pasukan Harimau Malaya Tewas Kepada Singapura Kerana Protes dari Para Pemain Terhadap Polis Yang Melanggar Mat Sabu Dengan Pajero Yang Telah Diubah Suai Oleh UMNO menjadi Waja”..

Itu baru gempak beb... Tambah pulak kalau yang tulis tu adalah blogger MiloAuww.., ikon kebanggaan seluruh kem siber Pakatan.. Memang kecoh giler jadinya...

MalaysiaKini dan HaraMkah pulak patutnya kasi spin kata...

Team Malaysia KALAH sebab Hishamuddin Menteri KDN tu turun padang untuk pantau sapa yang pakai baju KUNING.

Perghhh.., mesti meletop satu negara beb..

Itu baru sensasi namanya.. Kalau setakat kecoh team bola kalah pasal tak pakai jersi KUNING.., tu gua dah boleh predict dah beb... Hahahahaha..

Ambiga dan Tian Chua bakal merengkok dalam PENJARA..


Hari ni, Pejabat Peguam Negara dah mengesahkan menerima Kertas Siasatan daripada pihak PDRM berhubung penglibatan pemimpin Pakatan didalam rusuhan BERSIH..

Kertas Siasatan Anwar, Ambiga dan juga Tian Chua antara yang menjadi tumpuan kerana dipercayai menjadi dalang utama didalam mencetuskan huru hara di ibunegara.

Sebelum ni..., pihak PDRM membuat kenyataan bahawa dorang akan menyerahkan kertas siasatan berhubung rusuhan 9 Julai kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Gua tak tahu apa nasib Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.. Mungkin dia juga akan berdepan dengan saman dari Bukit Aman sebab dia dah sengaja fitnah kononnya dia dirempuh LandRover Polis..

Dan kalau pihak Peguam Negara berpuas hati setelah menyemak kertas siasatan yang diserahkan oleh pihak PDRM..., Anwar, Ambiga dan Tian Chua akan dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan diatas kesalahan dorang melakukan rusuhan dan mencetuskan huru hara dalam negara..

Kalau dibicarakan, gua rasa puak-puak pengacau tu akan didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kalau tak pun.., dorang akan sekurang-kurangnya didakwa mengikut Akta Polis 1967 (Akta 334) Seksyen 27(8) yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM10,000 dan boleh dipenjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan

Atuk Bob Lokman masuk SYURGA tak?


Gua terbaca mengenai kenyataan Bob Lokman yang menyarankan orang ramai membetulkan niat diri masing-masing kalau nak join Pas.

Kata Bob.., niat kena betul sebagai langkah awal untuk memahami agenda dan konsep yang diperjuangkan Pas.

"Setiap ahli Pas juga bukan sahaja hadir untuk meneruskan sumbangan derma, sebaliknya perlu aktif menghadiri sesuatu program yang dianjurkan kerana ia melambangkan syiar parti,"

Perghhh... memang power ayat bodek dari Bob Lokman.. Korang nampak tak derma untuk PAS tu sebenarnya adalah sebahagian dari syiar parti.. Patutlah dorang bukan main lagi kutip derma masa ceramah..

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman berkata, dia sedia maklum dengan perjuangan Islam sejak kecil memandangkan datuknya, Tok Kenali merupakan seorang ulama terkenal di Kelantan.

Tapi yang gua heran, dulu Bob kata tak nampak jalan ke syurga sebelum join PAS.. Kalau betul dia tu dah sedia maklum dengan perjuangan Islam sejak kecik.., kenapa bila hanya dah tua bangka baru nak cari syurga?

Dan gua suka nak tanya Bob.., Tok Wan dia dulu tu join PAS tak? Kalau hanya PAS yang boleh bawak umat Islam masuk syurga, apalah nasib arwah Tok Kenali agaknya yee...?

Gua bukannya apa.., sebab gua teringat lagi Bob kata dia join PAS sebab nak cari syurga untuk family dia..

So, secara tak langsung Bob gambarkan bahawa sesapa yang tak join PAS tu tak ada can nak merasa masuk syurga.. Sebab tu lah gua teringin sangat nak tanya Bob Lokman..., Atuk dia tu masuk syurga ke tak?

A Samad Said sarankan anak muda "SERANG" Najib..


“Jika suasana demokrasi negara tetap juga tidak berubah, saya sendiri menyarankan agar di mana sahaja Najib pergi, mesti ada sekumpulan anak muda yang berusaha hampiri dan sampaikan memo kepadanya,”

Itu kata A Samad Said bila diminta mengulas pasal kejadian 10 anggota PKR yang ditahan di KL Sentral ketika menyerbu Perdana Menteri.

“Saya mengikuti peristiwa ini dari masa ke semasa sehingga semua anak muda ini dibebaskan malam tadi. Mereka ingin sampaikan hasrat untuk murnikan perlembagaan negara dan meningkatkan demokrasi dan sepatutnya jika saya datang ke tempat umum, itulah yang akan layan terlebih dahulu.

“Sebab itu adalah suara kelompok angkatan muda yang memang berpelajaran, berazam dan ingin membantu negara sebenarnya.

“Saya tidak faham seorang perdana menteri yang mengatakan 1Malaysia dan Rakyat Didahulukan, nampaknya secara praktis tidak mengamalkannya."


Gua tak faham langsung apa yang orang tua janggut ni nak sebenarnya..Dia bercakap soal demokrasi macamlah dia tu seorang ahli politik.., tapi bila kita tanya pendirian..., dia tak mengaku pulak cenderung kepada politik..

Bagi gua, orang macam Samad Said ni adalah contoh terbaik manusia tak mengenang budi.. Selama dia hidup, banyak kemudahan serta penghormatan yang kerajaan bagi kat dia sebab bakat penulisan yang dia ada..

Tapi nampaknya orang tua tu pilih untuk jadi jumud sewaktu di semakin hampir ke penghujung usia.. Gua difahamkan, Pak Samad ni berpihak kepada Pakatan sebab habuan RM..

Dan gua rasa orang tua ni silap percaturan apabila membiarkan diri dia diperalatkan oleh pemimpin Pakatan hanya kerana wang ringgit..

Takkan hanya kerana buku tak terjual dan tak dapat projek kerajaan pun dah meroyan Pak Samad oii..? Murah sangat ke maruah diri sampai sanggup di jadi hamba kepada duit dan kafir?

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online