BREAKING NEWS

Gambar terbaru Zul Kulim yang bakal buat Nik Aziz jealous...


Selama ni puak-puak PAS kata serban dan ketayap tu hanya dorang je boleh pakai.. Songkok pulak dorang kata pakaian UMNO..

Tapi gua salute kat Zul Kulim.. Selamba je dia pakai serban semasa menghadiri satu ceramah..

Mungkin Zul Kulim ni nak buktikan bahawa serban tu bukan hanya official untuk PAS saja.. Penyokong kerajaan pun boleh pakai serban tauu...

Dan gua yakin.., kalau gambar Zul Nordin pakai serban ni ditunjukkan pada puak-puak PAS, mesti dorang secara automatik akan maki hamun hamba Allah tu..

Kalau gambar ni ditunjukkan pulak pada Pok Nik Ajis.., mesti orang tua tu jeles ya amat sebab terbukti Zul Nordin lebih hensem dari dia...

Apapun, Zul Nordin ni rugi sebab menyokong kerajaan.. Kalau tak, dengan pakaian serban dan jubah dia tu, melayakkan dia dianugerahkan title Tok Guru ataupun Ulamak dalam PAS..

Tengok saja lah Bob Lokman yang terus dilabel ulamak bila masuk PAS.. Itu baru pandai sikit-sikit hafal hadis dan ayat kitab..

Itulah yang gua selalu kata, dalam PAS semuanya baik belaka.. Yang tak baik tu hanya orang yang tak sokong PAS saja...

So sapa nak jadi baik dan senang dapat title Ostaz atau fUlamak.., bolehlah join PAS yee..

KPI dia senang jee.. Pakai serban, jubah dan hafal doa makan atau doa masuk jamban.., terus boleh dipertimbangkan untuk jadi Ostad.. Senang kannn.. Hahahahaha...

Najib percaya pada BOMOH??


Secara sinis Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia berbeza dengan negara lain kerana ia ditentukan ‘bomoh’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Bagaimana tarikh pilihan raya di tentukan oleh bomoh, ini demokrasi apa? Kita (pembangkang) hanya diberi tempoh seminggu untuk berkempen.

“Hanya tiga orang yang tahu tarikh PRU ke-13, yang pertama (Datin Seri) Rosmah (Mansor), (Datuk Seri) Najib (Razak) dan ketiga mungkin bomoh Najib,” katanya semasa melancarkan jentera pilihan raya Cabang Tuaran.

Tarikh pilihan raya sebelum ini sering menjadi isu yang ditimbulkan Pakatan Rakyat memandangkan ia hanya ditentukan oleh seorang individu iaitu perdana menteri.

Berbeza di negara maju yang lain, tarikh pilihan raya kebiasaanya diumumkan lebih awal beberapa bulan oleh parti pemerintah, sebagai persiapan kepada parti-parti politik bertanding.

Azmin turut menyelar kenyataan Najib kononnya pembangkang diberi peluang berceramah setiap malam tetapi pada masa sama menafikan hak parti itu memperkenalkan dasar Buku Jingga di media arus perdana.

“Tetapi Najib memberitahu beberapa hari lalu, kenyataan yang kita tidak pernah dengan sebelum ini, bahawa pembangkang berkempen setiap malam ceramah.



p/s: Kenapa Azmin tak pergi tanya Boss dia pasal tarikh pilihanraya tu? Boss dia pun bomoh jugak apaaa.... BOMOH CHINA DOLL... Hahahaha....

Mat Sabu lebih suka jadi warganegara Myanmar...


"Demokrasi kita dah terlalu jauh ke belakang. Malah kita ketinggalan di belakang Fiji. Yang hampir setaraf dengan kita mungkin Myanmar".

"Di Indonesia selepas era Suharto kalau ada unjuk rasa (demonstrasi), polis sendiri akan bagi garis panduan, peserta unjuk rasa, sila berjalan ikut jalan sekian-sekian.

Polis akan berkawal untuk memastikan kelicinan perjalanan, berhimpun ditempat yang ditentukan kemudian apabila usai unjuk rasa, pulang melalui jalan sekian-sekian dan anggota polis akan membantu perjalanan".

"Perhimpunan BERSIH di Kota London baru-baru ini yang dihadiri kira-kira 1,000 orang cuma dipantau oleh 2 orang anggota polis.

Dan kalau masih ada peserta yang akan hadir, pihak polis Metropolitan London sedia untuk memperluaskan lokasi kawasan himpunan. Mereka berarak dengan siap diiringi kenderaan polis".

"Di Negara kita, siapa yang berhimpun akan ditangkap! ISA akan digunakan kalau perlu! Anggota keselamatan akan dikerahkan! Ini perhimpunan Haram!

Tak cukup anggota polis, kita akan kerahkan anggota tentera! Peserta himpunan BERSIH adalah penderhaka yang boleh dihukum pancung! Peniaga akan kerugian besar! Negara akan huru-hara! Apa semua ini??"

“Inilah negaraku Malaysia”, keluh Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu ketika menyampaikan Ceramah Pasca Bersih 2.0 di Kampung Gong Nangka, DUN Jabi malam tadi.

Beliau yang datang dalam keadaan bertongkat dan dipapah selepas menjalani pembedahan ligament lutut pada 15 Julai baru-baru ini.

Walaupun dinasihatkan doktor supaya berehat, dia turut menyuarakan kekesalan atas tuduhan sembrono pihak polis dan Umno kononnya beliau seorang pelakon yang hebat untuk menarik simpati khalayak.

“Kalau nak berpolitik, berpolitiklah dalam perkara lain, bukan dalam persoalan yang menyentuh soal kesihatan dan hidup, mati orang lain!

Kalau saya ini seorang pelakon utama yang hebat, maka tuan-tuan semua yang hadir adalah pelakon tambahan.” Tempelek Mat disambut gelak ketawa hadirin.

GEMPAR!!! Agenda MEMURTADKAN pengikut Pakatan di Selangor..


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil.

Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1- Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

2- Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.


Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia.

Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha.

Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.

Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)


Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”.
(Riwayat Muslim)



HOT!!! Nizar kata Guan Eng PEMBELA MELAYU..


Nizar Jamaluddin, bekas MB Perak yang tersisih menyifatkan dakwaan Lim Guan Eng sebagai seorang anti-Melayu adalah tidak berasas memandangkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu pernah dipenjarakan kerana mempertikaikan perbuatan pimpinan Umno terhadap seorang perempuan Melayu.

Nizar juga berkata.., melihat pada apa yang dilakukan oleh Guan Eng pada 1994 itu dan apa yang dilaksanakan pada masa ini untuk orang Islam dan rakyat keseluruhannya di Pulau Pinang, ia bercanggahan dengan apa yang dituduh Umno.

Nizar berkata demikian semasa berucap pada ceramah penerangan sempena Karnival Harmoni Rakyat di Simpang Empat Permatang Buluh, Tasik Gelugor.

Turut sama berceramah ialah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Hatta Ramli dan juga Lim Guan Eng.

Pada tahun 1994 Guan Eng ditahan Polis sebab fitnahnya terhadap kerajaan dan juga terhadap Bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tambi Chik.

Guan Eng kemudian didakwa di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 8(a)(a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan merengkok dipenjara apabila dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara.

Bagi gua, apa yang Nizar kata tu adalah perkara biasa.. Nizar kan selama ni dikenali sebagai kaldai regim zionis DAP di Perak.. Jadi tak heranlah kalau dia baekk punya jilat Setiausaha DAP tu..

Lagipun, sapalah Nizar tanpa jasa-jasa DAP di Perak.. Sebab tu lah dia kena kenang budi beb... Jilat pun jilat lahhhh... Janji mahsyukkk... Hahahahaha...

PAS berikrar akan TUNTUT BELA kematian kafir TBH....


Gua pelik betul dengan gaya politik PAS sekarang ni.. Makin merapu dan makin tak masuk akal..

Yang paling baru gua dengar, Husam Musa akan tetap TUNTUT KEADILAN bagi kematian Teoh Beng Hock sebab PAS tak boleh terima keputusan Suruhanjaya Diraja..

Dulu bukan main dorang suruh tubuhkan Suruhanjaya Diraja yang kononnya lebih adil dari Mahkamah di Malaysia.. Tapi bila keluar result, tak boleh terima pulak... Mangkuk hayun betul!!


Dan lagi satu.., apa kejadahnya PAS sibuk nak pertahankan kematian kafir DAP tu? Dia bukannya ahli PAS pun.. Dan dia bukannya ada pertalian darah dengan mana-mana pemimpin PAS termasuklah Husam..

So.., gua rasa daripada Husam meroyan nak TUNTUT BELA keatas kematian cina kafir tu, adalah lebih baik kalau Husam dan regim PAS di Kelantan jaga kebajikan hidup bangsa melayu di negeri tu..

Husam kena ingat..., rakyat Kelantan nun nak dapat air bersih pun susah.. Nak kerja cari duit pun terpaksa berhijrah ke negeri lain..

Apa yang Husam, Pok Nik, Amar, Takiyyudin dan lain-lain buat selama 20 tahun lebih kat situ? Goyang telor dan kaut duit balak je ke?

Sekarang ni sibuk nak tunjuk baik dengan jaga kebajikan kafir yang mati bunuh diri pulak...

Sudah-sudah lah tu Husam oiii... Pergilah buat kerja yang diamanahkan oleh rakyat.. Jangan asyik nak berpolitik 24jam sebab ramai yang dah meluat...

GEMPAR!!! Gambar Zuraidah "BERKEPIT" dengan jantan bukan MUHRIM...


Korang tentu kenal dengan Zuraidah Kamarudin, Ketua Wanita PKR yang memang bermulut puaka dari Ampang..

Zuraidah ni memang glamour habis di Selangor. Dia terkenal dengan mulut puakanya tu sampaikan dia di gelar Mak Lampir PKR..

Tapi apa yang gua nak dedahkan ni adalah jauh lebih hebat dari cerita Mak Lampir.. Ini cerita 18SXX yang membabitkan Zuraidah dengan seorang YB..

Korang percaya tak kalau gua kata Zuraidah ni dah "berkepit dengan seorang YB PKR dari Pahang..

Hensem jugak YB jantan dari Pahang tu.. Bolehlah dikatakan antara Zuraidah dengan YB tu, ibarat "the beauty and the beast"...

So.., tak heranlah kalau Zuraidah tu bukan main suka bila dapat berkepit dengan YB dari Pahang tu.. Ye lah kann.., kambing dapat daun muda.., mesti lah suka..

Jadi.., untuk melengkapkan suspen korang.., cuba tengok betul-betul gambar Mak Lampir tu kat bawah.. Meremang bulu roma gua beb bila tengok Zuraidah nganga macam tu..

Mengigau malam kalau budak kecik tengok muka mak lampir tu kann... Hahahahaa....


PANAS!!!! Gambar Najib tutup "ANU"...


Korang tengok sendiri lah mentaliti yang ada pada puak-puak Pakatan.. Gambar Najib sedang duduk macam tu pun dorang nak sensasikan semata-mata hanya untuk menjatuhkan imej Perdana menteri..

Peliknya.., yang gambar Anwar Ibrahim terang-terang nampak ANUgerah tuhan dia tu, tak pulak puak-puak Pakatan berani nak komen...

Apalah nak diherankan sangat dengan gambar Najib sedang "tutup anu" dia tu.. Kalau gambar tunjuk ANU macam yang Anwar buat tu lain lahhh...


Gambar dah keluar.., video pun ada sama.. Saksi yang dedahkan perbuatan keji Anwar pun dah bersumpah dan dikenakan tindakan.., tapi heran kenapa Anwar still takut sangat nak bersumpah?

Satu Malaysia dah tengok betapa huduhnya ANU Anwar.., tu pun masih ramai penganut PAS tak percaya..

Yang cerita Altantuya Sharibbu dorang boleh pulak percaya bulat-bulat walaupun tak ada sebarang bukti dan saksi.. Apa kejadah nya itu semua???

Itulah yang dikatakan "limau purut tiga serangkai..., buta perut tak ada akai!!"

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online