BREAKING NEWS

Penyokong PAS meroyan bila Program Ustaz Zamri dihentikan siaran..


Sebenarnya bagi gua, tak ada benda yang nak diherankan bila rancangan Adik dan Al quran kelolaan Ustaz Zamri dihentikan siarannya di TV9..

Gua ada dengar jugak puak-puak jumud PAS kata ini bukti bahawa media semasa dikawal oleh pihak kerajaan. Sebab tu lah Ustaz Zamri "direhatkan" dari berkerja di Prime Works..

Please laa..., berani buat berani lah tanggung akibatnya.. Jangan hanya tau buat, lepas tu salahkan pihak lain bila dikenakan tindakan.

Kalau betul lah Media Prima tu dikawal oleh kerajaan sekalipun.., so what? Dalam kontrak ada tulis syarat-syarat supaya jaga nama baik syarikat..

Dan kalau dah join perhimpunan haram menentang kerajaan.., confirm lah dikenakan tindakan. Bukan kata kerajaan saja yang amalkan polisi macam tu, parti pembangkang pun sama..

Ingat tak lagi pasal kes Ustaz Nasharuddin Md Isa masa dia sokong kerajaan perpaduan dengan UMNO.. Nik Aziz siap maki dan halau dia keluar PAS.. Akhirnya, dia tewas jawatan Timbalan Presiden di tangan Mat Sabun..

Ni semua bukti bahawa kita kena ingat pepatah tok nenek moyang kita.. "Dimana langit dijunjung.., disitulah bumi dipijak.."

Kalau dah kerja dengan kerajaan.., jangan lah pulak maki hamun kerajaan dan burukkan imej kerajaan.. Kalau tak suka boleh berhenti saja.. Banyak lagi rakyat yang nak kerja dengan kerajaan tu..

Dan kalau dah tau benci sangat dengan apa saja polisi kerajaan dan nak sangat ikut rentak pembangkang macam Anwar serta Ambiga.., jangan salahkan orang lain kalau kena buang kerja..

Belajarlah berterima kasih dan belajarlah mengenang budi.. Anjing pun tau macam mana nak balas jasa Tuan yang jaga makan minum nya.., inikan pulak manusia..

SAH!!! Nik Aziz confirm NYANYUK...


Macam biasa, Nik Aziz cukup suka buat konar baring bila kenyataan dia tak seragam dengan pemimpin PAS yang lain...

Hari tu dia buat statement kata dia sokong sistem Biometrik.., tapi bila Mat Sabu dan Hadi Awang tolak sistem tu, terus Pok Nik buat U Turn kat roundabout..

Memang lidah bercabang sungguh orang tua tu kann.. Macam tu dorang kata ulamak pewaris nabi? Nak kata orang tua nyanyuk tu ulamak.., tapak kasut ulamak pun dia tak layak beb...

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan bahawa beliau menyokong cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk identiti pengenalan pengundi dalam pilihan raya umum.

"Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat.

“Lebih baik (guna) dakwat kekal yang kita (pembangkang) minta (dulu) itu, supaya tidak ragu, selagi biometrik ini meragukan maka tak usah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Semalam sebuah akhbar menyiarkan di muka depannya berita bertajuk “Nik Aziz sokong biometrik” dan memetik kenyataan Menteri Besar Kelantan itu selepas merasmikan pelan hala tuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, di sini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sistem biometrik itu kerana berpendapat sistem itu terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

Ditanya sama ada di Kelantan terdapat pertindihan dalam senarai daftar pemilih, Nik Abdul Aziz berkata, Pas Pusat sedang membuat semakan senarai daftar pemilih di seluruh negara dan dijangka siap dua minggu lagi. - Bernama

HOT!! Najib DISERANG oleh AMK PKR di KL Sentral..


Apalah punya mangkuk puak-puak AMK PKR ni semua.. Kalau nak serah surat sekalipun, bukan ini caranya..

Kalau gua kata dorang tu bangang, tahu pulak dorang nak marah.. Tapi memang bangang pun..

Main serbu ikut suka jee.. Apa dorang ingat dorang tu sapa?

Itulah jadinya apabila otak dah terlampau lama diliwat oleh Anwar Ibrahim.. Bodoh macam tiang!!

10 orang termasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini.

Mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.

Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat yang dipercayai tuntutan BERSIH kepada Perdana Menteri itu.

Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.

Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya.

Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menanyakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar.

Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis. Kesemuanya difahamkan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers.


Guan Eng bakal DITAMPAR Jumaat ini???


Peniaga barangan kulit di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Mohamed Ghani Abd. Jiman berhasrat 'menghadiahkan' sesuatu kepada kerajaan DAP Pulau Pinang Jumaat ini jika gerai beserta barangannya yang dirampas Mac lalu tidak dikembalikan kepadanya.

Mohamed Ghani yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia berkata, beliau kesal kerana sehingga kini gerai yang disewa daripada pengurusan lama Komtar, PG Karisma Events & Services Sdn. Bhd. itu masih disimpan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

"Saya beri tempoh tiga hari kepada kerajaan negeri untuk memulangkan barangan niaga yang dirampas oleh PDC.

"Jika tidak, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik bakal menerima 'hadiah' Jumaat ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Difahamkan, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dijadual merasmikan Bazar Ramadan Komtar pada Jumaat ini.

Menurut Mohamed Ghani, beliau merasakan ditindas berikutan tindakan kerajaan negeri yang tidak mengembalikan tapak niaga di tingkat tiga Komtar selepas mengubah suai kawasan itu.

"Selain enggan memberi tempat untuk saya berniaga, mereka (kerajaan negeri) bertindak sebagai 'kerajaan perompak' dengan merampas gerai dan barangan saya dan tidak dikembalikan sehingga hari ini," ujarnya.

Pada 3 Mac lalu, Mohamed Ghani yang tidak mengendahkan arahan PDC supaya berpindah ke lokasi baru sehari sebelumnya terkejut apabila mendapati gerainya 'ghaib' ketika mahu memulakan perniagaan.

Beliau mendakwa, kehilangan gerai tersebut menyebabkannya rugi kira-kira RM50,000 kerana terdapat banyak barang jualan termasuk milik pelanggan disimpan di ruang khas di dalamnya.



p/s: Agaknya..., apalah yang si Ghani tu nak bagi kat Guan Eng yee... Gua cadangkan dia bagi penampar jee.. Baru lah ngamm... Hahahaha...

PKR tuduh UMNO manipulasi AGAMA??


Wohaa..., sekarang ni PKR pun dah pandai bercakap soal agama yee.. Tambah-tambah pulak yang bercakap tu adalah Nik Nazmi..

Mesti Nik Nazmi ni belajar kat bekas pengacara TV tu kann..

So Nik Nazmi nak tuduh UMNO manipulasi agama? Gua nasihatkan GayBoy PKR tu supaya tanya Anwar dulu macam mana dia manipulasi agama untuk tutup kes liwat dan video seks dia..

Dan Nik Nazmi juga kena tanya Master Pok Nik.. Sebabnya...., dalam negara kita sekarang ni, mana ada orang boleh celen Pok Nik punya kepakaran memanipulasi Islam..

Bayangkan..,hanya dengan sokong PAS boleh masuk syurga... Iblis pun surrender beb dengan macam tu punya skill... Hahahahaha...

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi mangsa manipulasi politik oleh pihak tertentu yang mengaitkan beliau sebagai "pengganas" kerana mempunyai hubungan dengan fahaman Wahabi.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahamd berkata, Putrajaya sepatutnya mengambil langkah proaktif untuk mengenali kelompok ini dan bukannya terus menggolongkan mereka dalam kumpulan "pengganas".

Walau bagaimanapun, tindakan Putrajaya itu katanya jelas memberi gambaran bahawa kerajaan pemerintah sanggup memanipulasi agama demi kepentingan politik.

"Kita tidak patut melabel orang yang mengikut kefahaman Wahabi, Salafi itu sebagai pengganas.. jadi itu bukan suatu tindakan yang bijak. Bagi saya apa salahnya diadakan muzakarah atau pun dialog dengan Dr Asri dan mana-mana pimpinan lain bincangkan apa-apa perbezaan sebenarnya.

"Saya rasa ini satu lagi tindakan mengkambinghitamkan. Mungkin kerana sebelum ini Dr Asri ada mengeluarkan beberapa kenyataan berani dari sudut politik yang dilihat bebas tidak memihak mana-mana pihak, dan ada yang tidak senang, tiba-tiba Wahabi dikaitkan dengan pengganas,"katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Beliau yang turut mengakui, adakalanya tidak sependapat dengan pandangan Dr Asri, namun mengikut tradisi Islam, penganutnya digalakkan berdebat serta berdialog dan bukannya menangkap serta mengharamkan mereka yang mempunyai pandangan berbeza.

40 pelajar Mesir dari Perak DISENARAIHITAM kerana Ambiga..


PAS mengecam tindakan yang dikenakan pihak kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia terhadap pelajar Malaysia di Mesir yang mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 di Kaherah.

Dalam satu kenyataannya, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu hanya akan menyemarakkan lagi kebencian pelajar terhadap kerajaan Umno- Barisan Nasional (BN).

Menyifatkan tindakan itu merupakan ‘lebih sudu dari kuah’, katanya, keputusan itu jelas melanggar hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman sebagaimana dijamin Perlembagaan.

“ Tindakan zalim ini hanya akan menyemarakkan kebencian mahasiswa-mahasiswi terhadap kerajaan Umno Barisan Nasional, dan ia tidak membina sesuatu yang berguna bagi masa depan negara,” kata Tuan Ibrahim.

Antara tindakan yang dikenakan adalah membatalkan pengajian seorang mahasiswa negeri Selangor dan menghalau tiga mahasiswa daripada Asrama Rumah Melayu di Abbassiyah (ARMA) tanpa sebarang notis dan surat tunjuk sebab.

Ia termasuk menyenarai hitam 40 mahasiswa negeri Perak dan beberapa mahasiswa negeri Terengganu pula menerima ugutan.

“Difahamkan sebahagiannya akan menamatkan pengajian beberapa bulan sahaja lagi dan tidak seharusnya dibiarkan dibuang, dihalau dari asrama Malaysia dan dikenakan pelbagai ugutan,” katanya.

Tambahnya, tindakan yang diambil juga dilakukan secara terburu-buru tanpa penyiasatan yang teliti dan tidak memberikan peluang pelajar berkenaan mempertahankan diri.


p/s: Sikit je gua nak cakap..., PAS memang perosak masa depan pelajar melayu di Malaysia...

DIAMLAH NAJIB !!!!


Selepas lebih 200,000 pengguna Facebook mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri, laman peminat beliau pula diserang dengan mesej ‘diamlah’ dari warga internet.

Mereka menulis di ruang komen dan masukan (posting), meminta perdana menteri itu supaya ‘diam’, berikutan kenyataannya sejak mutakhir ini.

Pengguna laman sosial itu dilapor memulakan sindiran selepas tengah malam semalam, setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.

Blok atau tulisan besar ‘diam lah Najib’ dan ‘Tolong diam Najib’ ditampal di dinding laman peminat berkenaan, malah ada yang menyukai laman itu semata-mata untuk menampal kata-kata tersebut.

Meskipun terdapat segelintir warga internet pro Najib cuba mempertahankannya, namun ia tidak mampu menandingi jumlah komen warga internet di kalangan penyokong Pakatan Rakyat yang jauh lebih besar.



p/s: Sapa lah agaknya yang jadi Admin Fan Page Najib ni agaknya..? Bengap nak mampos sampaikan benda-benda kecik macam tu pun tak terjaga...

Nak bagi kebebasan bersuara pun agak-agaklah.., jangan sampai imej pemimpin No 1 negara tercemar..

Kalau dah bengap tak reti buat kerja, bagi je kat orang lain..

Kalau susah-susah sangat, bagi je gua jadi Admin Page tu.. Tahulah gua macam mana nak buat dengan semua pengkomen cap ayam puak-puak Pakatan tu semua.. Hahahahha

Bila penjaga Hantu report pasal Hantu..


Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan terdapat rakyat negara ini yang mempunyai dua kad pengenalan berbeza.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil kira-kira jam 11 pagi tadi.

Turut serta, penolong setiausaha, Kamaruzaman Mohamad, Pengarah Pilihan Raya, Mohd Sany Hamzan dan Exco, Suhaizan Kaiat.

Pada sidang media selepas itu, Khairul Faizi memberitahu kewujudan dua kad pengenalan pada seorang individu itu bukan sahaja akan membolehkan individu tersebut mengundi dua kali, malah boleh mengancam keselamatan negara.

"Kita nak polis buat siasatan benar atau tidak, berlaku pemberian dua kad pengenalan kepada seorang individu.

"Sekiranya benar berlaku kita nak pihak polis ambil tindakan kepada pegawai JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) ke yang terlibat melakukan penyelewengan ini," katanya.

Suhaizan dalam pada itu berkata, beliau yakin kes itu berlaku akibat kecuaian JPN itu sendiri yang telah mengeluarkan dua kad pengenalan baru daripada satu kad pengenalan lama.

Akibat dari itu katanya, SPR menerima data yang salah dari JPN sekaligus membenarkan seorang pemilih mempunyai hak mengundi lebih daripada sekali.

"Sebab itu saya kata pilihan raya di Malaysia ini ruang manipulasi terlalu banyak dan ianya mudah digunakan oleh mereka yang berkepentingan untuk memenangi pilihan raya," katanya.



p/s: Apa yang PAS sibuk sangat nak buat laporan Polis pasal pengundi hantu? Bukan ke dorang yang selama ni "membela" hantu untuk undi dorang?

Korang jangan ingat manusia je nak masuk syurga.., hantu pun nak pangkah PAS supaya dorang dapat pahala dan dapat tiket syurga beb...

Jangan tipulah kalau kata PAS tu suci dari semua benda ni dalam PRK ataupun PRU.. Kat PRK Permatang Pasir dulu pun PAS bawa masuk pengundi hantu untuk menangkan Salleh Man..

Nasihat gua pasa PAS.., terima je lah kalau dah kalah.. Cuba tiru macam UMNO.., rileks je dari dulu sampai sekarang... Sampai Ambiga pun boleh jentik hidung Menteri KDN... Hahahahaha...


About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online