BREAKING NEWS

Kalau dah bangang tu mengaku je laa...


Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadhan ini oleh kerajaan negeri Kedah tidak akan sesekali menyekat hak orang bukan Islam di negeri itu.

Sehubungan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pusat hiburan di Kedah akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadhan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

Perkara itu dijelaskan beliau pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di sebuah hotel di sini. Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"PAS ambil jalan terbaik yang tidak boleh diselesai oleh Umno iaitu tidak menghalang hak orang bukan Islam dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat.

"Orang Umno buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan dikalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Keputusan itu juga katanya telah dipersetujui oleh pengusaha pusat-pusat hiburan di negeri itu dan bersedia diambil tindakan termasuk menarik lesen perniagaan jika gagal berbuat demikian.

Penjelasan itu dibuat selepas mesyuarat tersebut mendengar penerangan dari wakil kerajaan negeri Kedah iaitu Setiausaha Politik kepada menteri besar, Mohd Sanusi Md Noor.

Hasrat sebenar perlaksanaan undang-undang itu kata Abdul Hadi, bertujuan mencegah orang bukan islam melakukan maksiat sepanjang bulan Ramadhan.

Bagaimanapun kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

"Di sana banyak perkara-perkara tidak tepat di lapor media yang sengaja dimainkan Umno Barisan Nasional.

"Kita membetulkan peraturan yang salah yang dibuat Umno. Umno membenar pusat hiburan kepada bukan Islam, dan tidak ada peraturan tegas bagi menghalang orang Islam" tambahnya.

Sementara itu, Mohd Sanusi yang ditemui selepas itu berkata, penguatkuasaan enakmen itu adalah tanggungjawab pihak polis. 

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang wujud sejak zaman pemerintahan Umno dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

Tindakan itu bagaimanapun mendapat bantahan dari beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan rakan Pakatan Rakyat, DAP.

Difahamkan, kontroversi tersebut bagaimanapun selesai selepas menteri besar bertemu wakil pusat hiburan semalam bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.




p/s: Yang gua highlightkan diatas tu adalah bukti kebangangan Hadi Awang dan puak-puak PAS keseluruhannya.. Untuk cover malu dorang bila kantoi dipicit telor oleh DAP, terus dorang meroyan salahkan UMNO, Media dan juga Polis..

Kalau dah bangang tu tak payahlah konar-konar cecah telinga Hadi oii... Mengaku je lahh yang lu dan puak-puak PAS semua adalah bangang peringkat tertinggi dimata DAP..

Tak ada sapa nak marah pun kalau Hadi mengaku bahawa PAS itu memang bangang !!!

PAS "bertuhankan" DAP rupanya...


Meskipun wujud hubungan mesra dan kukuh, Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar perikatan tiga tahun Pakatan Rakyat ekoran isu penguatkuasaan penuh enakmen melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah ketika bulan Ramadan.

Pemimpin-pemimpin DAP membincangkan idea itu pada pemukiman mereka semalam, yang dilihat kemungkinan akan membawa kepada berulangnya perpecahan dalam kerjasama dengan PAS-DAP dalam perikatan Barisan Alternatif pada 2001.

Pua (gambar) melahirkan rasa tidak puas hati menerusi Twitter semalam dengan berkata, beliau berpandangan DAP tidak wajar berada dalam Pakatan Rakyat jika keprihatinan dan kebimbangan pihaknya tidak diambil kira oleh kerajaan negeri dalam isu semasa ini.

Pun begitu katanya, perkara tersebut ada dibincangkan pada sesi pemukiman DAP di Seremban semalam dan akan dibincang secara mendalam pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat Selasa ini.

Pandangan itu dikeluarkan di sebalik laporan media bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abu Bakar tetap kekal dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.

Ustaz (Menteri Besar) Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas.

“Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,” kata Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor.

Kenyataan ini dikeluarkan sehari sebelum Azizan diminta PAS pusat memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja parti itu
. - TMI

Di atas tu adalah kenyataan DAP berkenaan isu larangan keatas pusat hiburan di Kedah.. Itu sebelum telor Azizan Razak dipicit oleh puak-puak kiasu DAP beb...

Tapi korang baca pulak kenyataan yang terbaru dari PAS mengenai isu yang sama dibawah... Ini adalah kenyataan setelah Kit Siang dan Karpal Singh telah bertindak memicit-micit telor seluruh kepimpinan PAS didalam negara...

Korang tengok sendiri respon dorang dan cuba bayangkan bagaimana kalau ditakdirkan Allah PAS dapat perintah negara.. Dengan kafir pun puak-puak laknatullah tu kecut terkincit-kincit.., macam mana nak harapkan jaga agama beb...

Betullah puak-puak PAS ni semua dah "bertuhankan" kafir DAP.. Nak buat undang-undang berkaitan agama sendiri pun kena tunggu pengesahan DAP dulu... Kat Kedah tu DAP cuma satu kerusi je baii.. Itupun Azizan dah tercirit bila kena tegur...

Apa lagi nak dikata.. Memang puak-puak celaka PAS ni hanya tau sembang besar saja.. Depan UMNO bukan main garang, tapi telor dorang kasi DAP pegang.. Bontot pulak asyik kasi DAP tendang.. Macam Haram beb... Memang macam Harammm..... Tolol punya Azizan !!! Hahahaha...


Kerajaan PAS Kedah telah menarik balik cadangan larangan ke atas pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadhan, lapor AFP.

Kerajaan negeri itu membuat keputusan tersebut Mei lalu tetapi mendapat bantahan daripada operator pusat hiburan, serta parti dalam Pakatan Rakyat, yang bimbang ia akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.

Agensi berita itu memetik seorang pegawai negeri sebagai berkata kontroversi tersebut selesai selepas menteri besar bertemu wakil pusat hiburan pada hari Sabtu dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

"Hiburan pada bulan Ramadan hanya untuk bukan Islam," katanya kepada AFP.
- MalaysiaKini

[VIDEO INSIDE] Anwar ulang skrip lama di T'gganu..


Anwar Ibrahim confirm dah habis modal untuk memburukkan kerajaan bila dia terpaksa ulang skrip lama di satu ceramah anjuran PKR Besut, Terengganu.

Kesian kat Anwar.., gua nampak dia dah semakin hilang fokus dan hilang kredibiliti untuk tunjukkan dia mampu tumbangkan Najib dan BN.


Isu IPP..., isu barang naik..., isu turunkan harga minyak.., semua tu dah basi beb.. Dulu bolehlah Anwar dok jaja kononnya nak buat Reformasi... Tapi sekarang ni dah jadi Reforbasi..

Isu BERSIH pun Anwar tak berani ulas banyak.. Ni lah buktinya bahawa perhimpunan tu GAGAL dan Anwar tak puas hati dengan program haram dorang tu..


Yang bagusnya.., Anwar dan Khalid Samad dah tak sakit lagi beb.. Anwar dah tak pakai pendakap leher yang kononnya untuk jaga saraf tunjang dia dari cedera..

Dan Khalid Samad pun dah sembuh dari cedera parah kononnya angkara tembakan gas pemedih mata FRU..

Hari tu bukan main "nazak" sangat sampai semua orang ingat dua ekor ni dah nak mati.. Alih-alih.., seminggu je dah baik? Memang kuat wayang sungguh!!

Apapun, korang layan je lah video ceramah dorang.. Selamat Berhibur...


A Samad Said SESAT di penghujung Usia..


Tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan.

"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci".

Menghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis".

"(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendak makan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu. - MKini.





p/s: Seingat gua.., tak ada lagi artikel dalam blog MPP ni yang hentam orang tua berjanggut putih ni.. Dan seboleh-bolehnya gua akan terus macam tu..

Bukan sebab takut atau apa.., gua cuma kesian sebab orang tua tu dah hilang pertimbangan dikala usia dia yang dah makin menghampiri lubang kubur.. Doa gua ialah semoga dia sempat bertaubat..

Dah gua harap dia dapat potong janggut dan rambut dia yang berserabut tu.. Pak Samad bukan lagi seniman dimata gua... Dia telah bertukar dari seorang seniman kepada sorang binatang politik jalanan...

Takziah dari gua untuk dia..



PANAS!!! "Kalau jumpa Anwar, saya nak TUMBUK dia.."


"Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah." Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.

Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.

"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.

"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.

Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.

Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.

Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu. - Agensi

Gambar-gambar Mat Sabu selepas dibedah kepala lutut..


Kesian Mat Sabu... Skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan kedalam KEPALA lutut dia angkara rempuhan trak FRU pada hari demonstrasi BERSIH 2.0.

Gua heran kenapa Mat Sabu langsung tak berani nak saman Polis dan FRU yang langgar dia tu.. Pelik kann..


Selalunya, pantang silap je puak-puak Pakatan ni akan cari pasal untuk saman pihak kerajaan.. Tapi kes serius macam ni tak pulak dorang nak ambik tindakan..

Cuba korang fikir.., Mat Sabu kera REMPUH dengan trak Polis..., Anwar hampir mampus kena tembak dengan FRU dan Khalid Samad hampir berlubang kepala kena gas pemedih mata... Tapi tak ada tindakan yang dorang berani ambik..


Semua ni menimbulkan persoalan beb... Betul ke cerita dorang tu semua atau pun hanya sinetron saja? Kalau betul.., kenapa tak sama juta-juta sama itu Polis dan FRU?

Nampak sangat bidaah nya puak-puak Pakatan ni kann... Mat Sabu tu entah-entah jatuh longkang mana tah.., terus dia salahkan Polis.. Pandai wayang sungguh puak-puak ni semua!!




p/s: Terima kasih daun keladi kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani diatas gambar-gambar lawatan tu..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online