Korang ingat lagi kisah mamat yang kena buang dari pengajian di Mesir sebab dia menjadi penganjur perhimpunan Haram BERSIH 2.0 ?
Korang tahu tak.., mamat tu adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi MUFTI di Darul Ifta' Misriyyah, Kaherah Mesir. Dan dia bakal menamatkan pengajiannya 25 Julai 2011 depan..
25hb Julai...., lagi berapa hari je tu beb.. Hancur usaha dia yang belajar selama 3 tahun di Mesir hanya semata-mata pasal gila nak berpolitik.
Fuhhh..., memang sadis beb bila dia dibuang dari pusat pengajian Darul Ifta' tu serta merta dan diarahkan pulang terus ke Malaysia.
Mak bapak dia mesti berputih mata dan cuba kita fikir betapa hancur luluhnya hati dorang bila tau perkara ni..
Ye lahh.., cuba korang bayangkan, anak yang dihantar jauh ke negara para ambiya untuk belajar agama, akhirnya terpesong akibat terpengaruh dek ideologi songsang PAS...
Korang rasa, mak bapak budak tu akan salahkan kerajaan ataupun salahkan PAS? Bagi gua, kalau mak bapak tu jenis yang waras, dorang mesti akan salahkan budak tu sendiri..
Tapi kalau dorang dari jenis kurang "siuman".., mesti kerajaan akan disalahkan sebab zalim kononnya..
Gua dengar semalam, PAS dah salahkan kerajaan diatas isu ni.. Alasan dorang ialah.., BERSIH 2.0 tak ada kena mengena dengan undang-undang atau kesalahan universiti.
Gua rasa, syarat biasiswa bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara sendiri sudah termaktub yang pelajar terbabit harus menjaga nama baik negara dan tak memburukkan imej negara di dunia luar.
Itu saja sudah cukup untuk membatalkan pengajian dorang secara automatik apabila pelajar-pelajar tu terbabit dengan perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pembangkang..
So.., tak timbul soal kerajaan zalim atau kerajaan tak berperikemanusiaan disini.. Yang zalim sebenarnya adalah pelajar tu sendiri apabila menyeleweng dari tujuan dia sebenar ke luar negara dan menyimpang dari amanah mak bapaknya di kampung.
Dan PAS lah yang paling zalim sebab menganiaya pelajar-pelajar melayu demi kepentingan politik peribadi parti dorang. Sepatutnya PAS yang dorang salahkan..., bukannya kerajaan!!













