BREAKING NEWS

PAS akan buat Kutipan Derma untuk bantu ANWAR dan AMBIGA..


Gua dapat info bahawa PAS Selangor akan menubuhkan satu tabung amal sebagai inisiatif untuk membantu "mangsa kekejaman Polis" di perhimpunan haram BERSIH hari tu..

Hasil dari kutipan derma tu juga akan disumbangkan kepada para pelajar yang mengadakan himpunan di luar negara khususnya di Mesir.

Cadangan kutipan Tabung amal ni sudah mendapat persetujuan dari Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman dan juga Timbalannya, Khalid Samad.

Bagi gua, dengan ini PAS dah completely jadi pencacai murahan kepada Ambiga dan Anwar Ibrahim.

PAS sanggup jadi PAK SANGGUP untuk membersihkan penzinaan HARAM yang dilakukan oleh kedua-dua pengkhianat negara tersebut.

Ambiga anjurkan BERSIH untuk dapatkan mileage politik bagi Anwar Ibrahim. Dan PAS pula jadi barua tukang cuci segala kekotoran hasil dari perbuatan keji kafir tu..

Memang sangat memalukan!! PAS telah meletakkan maruah dorang di tahap kosong dan perjuangan parti dorang di tahap yang paling keji.

Gua nampak PAS kini bukan saja jadi parti yang paling bangang dalam negara, tapi PAS juga mempunyai penganut-penganut yang paling TOLOL sebab sanggup berkorban apa saja demi kafir dan manusia munafik seperti Anwar Ibrahim!!

Lain kali jangan diberi makan kepada Anjing2 itu !!!


Benarkah tahanan bersih diberikan makan RM25 sepinggan? Makanan tak sedap mana, kuah karinya cair RM25.

Kalau makanan disediakan untuk 2000 orang ini tak termasuk mana-mana polis buat keluar makanan untuk kaum kerabatnya. Jumlahnya adalah RM50 ribu.

Ketua polis mana yang dapat tander ini?

Adakah benar tahanan yang diberikan angka adalah 1667 orang? Sedangkan proses untuk memberikan kad pengenalan kepada tahanan untuk membebaskan bermula daripada petang sehingga 10 malam?

Berapa lama dan ini menunjukkan angka yang dijangkakan adalah lebih daripada itu.

Aku letaklah harga makanan pada hari itu RM5 sepinggan. RM20 dari di rompak oleh polis. Main rompak-rompak ini memang kerja polis.

Kita cabar pihak polis mendedahkan pembelanjaan secara terperinci. - sumber


Korang bacalah sendiri pemikiran serta gaya akal manusia-manusia yang langsung tak pernah tahu bersyukur.. Bagi gua, manusia-manusia jenis diatas tu lah yng dinamakan "kufur nikmat"..

Apa salahnya bila pihak PDRM bagi makan kepada peserta perhimpunan haram BERSIH? Itupun dah kira bagus dari tak ada apa langsung..

Sepatutnya, Polis tak perlu bagi makan atau jaga kebajikan puak-puak yang nak menjadi pengkhianat negara ni semua..

Tengok lah sendiri macam mana balasan yang dorang beri bila kita tunjukkan kebaikan.. Memang SAH puak-puak Pakatan ni dari jenis yang tak kenang budi..

Brader ni komplen pinggan tak cukup sampai terpaksa makan dalam cawan.. Dah menyusahkan negara pun lagi mau komplen ke?


KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Walaupun tegas dalam menguatkuasakan undang-undang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersikap profesional dan bertimbang rasa dalam memberikan layanan kepada mereka yang ditahan dalam perhimpunan haram semalam.

Sepanjang mereka ditahan sehingga dilepaskan pada kira-kira 11.30 malam semalam, polis memberikan layanan baik termasuk menyediakan kemudahan makanan dan bantuan perubatan.

Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Zulkifli Mohamed berkata adalah menjadi amalan polis untuk menjaga kebajikan tahanan dengan layanan yang profesional sehingga mereka dibebaskan.

"Kami tidak mahu negara lain memandang rendah terhadap Malaysia, malah ini sudah mejadi adat kita untuk menjaga kebajikan tahanan sehingga mereka dibebaskan," katanya ketika dihubungi Bernama hari Ahad.

Zulkifli berkata pihak polis juga tidak ingin memberi ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk memanipulasikan keadaan dengan mendakwa polis tidak menjaga kebajikan tahanan dan sebagainya.

"Kita juga mendapat maklum balas positif daripada tahanan tersebut...semuanya berterima kasih kerana dijaga rapi dan layanan baik yang diberikan.

"Mereka seronok...malah nampak macam kenduri kahwin di Pulapol semalam" katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mengikut ibu bapa mereka juga turut diberi perhatian yang serius dan diberi ruang yang selesa untuk mereka bergerak.

"Kesian mereka ikut ibu bapa dan kena tahan...tak kan kita nak tinggalkan mereka bersendirian dan tahan ibu bapa sahaja," katanya.

Tambahnya kemudahan untuk bersolat, rawatan dan makanan kepada tahanan disediakan oleh pihak Pulapol sendiri.

Antara makanan yang disediakan oleh Pulapol adalah nasi minyak, nasi briyani, bihun, mee goreng dan minuman.

Daripada 1,697 orang terdiri daripada 1,527 lelaki, 154 wanita dan 16 kanak-kanak yang ditahan, sebahagian besar dibawa ke Pulapol, manakala bakinya dibawa ke Balai Polis Jinjang dan juga Maktab Polis Cheras untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan malam tadi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh dalam sidang media hari ini berkata kos makanan secara 'buffet' yang disediakan adalah kira-kira RM25 seorang di mana mereka boleh mengambil seberapa banyak yang diperlukan.

"Mereka diberi layanan lebih baik daripada layanan kepada anggota dan pegawai polis yang bertugas (pada perhimpunan haram}, katanya.


Larang Pusat Hiburan waktu Ramadhan: Azizan Razak "DIBELASAH" oleh Kit Siang.


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pakatan Rakyat wajar membatalkan pelaksanaan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 — peraturan dan undang-undang digubal masa era Barisan Nasional (BN) - yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata oleh kerana BN sendiri yang menggubal undang-undang itu tidak menguatkuasakan sehingga ia ditumbangkan pada 2008, maka kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar mengkaji balik untuk memansuhkannya.

“Dalam keadaan ini, Datuk Seri Azizan (gambar) seharusnya mempertimbangkan semula dan memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 khususnya ketika kerajaan negeri BN (dulu) tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun sehingga ia jatuh pada pilihan raya umum 2008,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata beliau telah berhubung dengan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Datuk Aman berhubung keputusan kerajaan negeri melarang 13 jenis hiburan ketika bulan Ramadan.

“Lee melaporkan bahawa DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat Kedah meskipun dipersetujui bahawa perkara-perkara yang sensitif kepada lain-lain komuniti seperti larangan pusat hiburan ketika bulan Ramadan seharusnya dibincangkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat negeri terlebih dahulu,” katanya lagi.

“Lee juga menjelaskan bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan larangan sedemikian di Dewan Undangan Negeri,” katanya lagi.

Lim berkata perkara itu akan dibangkitkan pada mesyuarat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat peringkat nasional minggu depan.

Semalam, Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan sudah wujud sejak 1997 dan bukannya dasar baru. Oleh itu kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini. Beliau berkata menurut enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Kata beliau lagi, terdapat pengecualian untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan.

“Permohonan itu pula perlu dikemukakan pada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan. Contohnya bulan Ogos kaum Cina mahu meraikan Hungry Ghost Festival, jadi mereka perlu mohon secara bertulis untuk pertimbangan,” katanya semalam.

Azizan berkata bagi pusat snuker dan kafe siber pula, pihaknya mungkin menyemaknya semula kerana ia bukan bentuk hiburan tetapi diletakkan di bawah kategori hiburan.

“Minta PBT (pihak berkuasa tempatan) perjelaskan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan hiburan. Dari dahulu lagi dalam bulan Ramadan, tidak ada aktiviti hiburan. Malah diadakan beberapa peraturan untuk bukan Islam mematuhinya,” katanya.



p/s: Kit Siang dan DAP dah bersuara... Berani tak Ostad Zizan sanggah kenyataan Kit Siang ataupun hanya tertunduk bisu macam yang selalu PAS buat?

Apapun, mungkin inilah kefahaman DAP terhadap Islam yang selalu Nik Aziz canangkan...

HOT!!! Lawatan Najib DIGANGGU penunjuk perasaan di LONDON..


Delegasi Perdana Menteri yang berkunjung ke Kediaman Rasmi Datuk Bandar London di Mansion House di Garlic Hill untuk mengadakan perbincangan bersama pelabur-pelabur barat pagi tadi, telah dikejutkan dengan lebih kurang 20 orang penunjuk perasaan yang mengecam situasi politik Malaysia.

Gua tak tau lah apa yang dorang tu nak, tapi gua difahamkan yang dorang tu semua adalah dari Amnesty International yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.

Puak-puak tu lah yang semalam bukan main lantang lagi mendesak negara-negara barat mengambil tindakan ke atas Malaysia yang dikatakan tak menghormati demokrasi.

Korang tengok sendiri gambar-gambar yang gua letakkan kat artikel ni..

Gua nampak ada yang bawak gambar penjenayah Kugan dan juga beberapa gambar tahanan Parti Sosialis Malaysia yang ditahan bawah akta Darurat baru-baru ni...

Memang SAH puak-puak ni tak faham situasi di Malaysia dan pro kepada Anwar Ibrahim!! Inilah yang sebenarnya tujuan Anwar buat perhimpunan Haram BERSIH 2.0.

Dia sebenarnya sengaja nak cari ruang untuk burukkan Najib dan Malaysia di mata dunia luar. Hishamuddin dan Najib patut buka mata luas-luas dengan permainan politik celaka Anwar dan Pakatan..

Macam ni pun masih nak berlembut lagi ke Najib..? Macam ni pun masih nak memondan lagi Hishamuddin??

Apa yang susah sangat nak I.S.A kan Anwar dan semua kuncu-kuncunya??? Rakyat nakkan pemimpin yang berani dan tegas, bukannya pemimpin yang lemah dan playsafe!!!!

Anwar dah tunjukkan "telurnya" pada rakyat... Najib dan Hisham bila lagi???

















GEMPAR!! Pelajar PERTAMA Mesir dibuang dari pengajian kerana BERSIH...


Gua dah dapat info mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap pelajar-pelajar Malaysia yang terlibat dengan BERSIH 2.0 di Mesir.

Hari ini gua dikhabarkan tindakan telah diambil terhadap seorang pelajar iaitu Mohd Firdaus Madzlan yang juga pelajar di Darul Ifta', Mesir.


Dia telah dikenakan tindakan buang dari pusat pengajian Darul Ifta' kerana menganjur dan menyertai perhimpunan haram BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Mohd Firdaus didapati menjadi penganjur kepada perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Kompleks Asrama Malaysia,Hayyu A'syir, Kaherah.


Dia juga merupakan Presiden kepada satu pertubuhan yang dinamakan sebagai Gerakan Suara Rakyat (SUARA).

Bagi gua.., tindakan yang diambil ni memang wajar sebab tugas seorang pelajar adalah untuk belajar.., bukannya sibuk berpolitik khususnya menentang kerajaan yang bertanggung jawab menaja pembelajaran mereka.

Gua yakin.., budak-budak kat Mesir tu sebenarnya tak boleh mengundi pun... Dorang cuma terikut-ikut dengan propaganda yang disebarkan oleh puak pembangkang.


So sekarang ni bila dah kena tindakan macam ni, siapa yang rugi? Mak bapak dorang letakkan harapan yang tinggi supaya dorang berjaya dalam pengajian, tapi dorang sendiri rosakkan dengan join politik haprak Pakatan..

Lepas ni jangan ada pulak yang salahkan kerajaan yee... Sendiri buat.., sendirilah tanggung akibatnya!!

PANAS!!! Pelajar-pelajar Malaysia di Mesir mula dikenakan tindakan....


Semalam gua dah buat artikel mengenai para pelajar Malaysia yang bakal dikenakan tindakan sebab melanggar arahan pihak pengajian dan pihak kedutaan didalam isu BERSIH 2.0. (KLIK SINI)

Hari ni gua dapat berita sudah ada tindakan yang diambil oleh pihak tersebut terhadap pelajar yang terbabit.

Gua tengah kumpul maklumat sekarang ni dan insyaAllah gua akan updatekan berita tersebut selewat-lewatnya pukul 12.00 tengah hari nanti.. Harap korang bersabar yee..

Orang tua-tua dah pesan.., "terlajak perahu boleh diundurkan.., terlajak perbuatan, buruk akibatnya.."


HOT!! Queen Elizabeth tunjuk SOKONGAN pada BERSIH?


Ni kalau dapat kat puak-puak gerombolan pencacai Ambiga, memang dorang akan meroyan kata Ratu England tu pun sokong BERSIH.

Dorang mesti akan kata Ratu England tu sengaja pakai baju kaler kuning untuk memalukan Najib.

Standart laa mentaliti puak-puak tu kann.., sifat ketaksuban dorang tu memang melampau-lampau. Macam mana dorang taksub kepada Nik Aziz.., macam tu lah dorang taksub terhadap perkara-perkara lain..


Dulu kalau nampak je orang pakai ketayap putih, semua dorang labelkan sebagai penyokong PAS.. Rumah yang di cat kaler hijau pun secara official jadi rumah penyokong PAS..

Lagi parah.., takbir pun dorang claim PAS yang popularkan...

So.., jangan heran lah bila sekarang ni dorang buat kaler kuning tu jadi hak milik perjuangan suci Ambiga.. Jumud melampau..., itulah hasilnya..

PAS nak buat Hospital Islam di Penang...


Hospital Islam Pulau Pinang akan menjadi satu realiti di negeri ini, apabila usaha ke arah mewujudkan kemudahan tersebut menjadi realiti tidak lama lagi.

Pengerusi Promosi dan Pemasaran Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, Dr. Mujahid Yusof Rawa, berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pentauliahan amil zakat fitrah negeri Pulau Pinang, yang telah diadakan di Dewan Millenium, pagi tadi.

Menurut beliau lagi, segala kemudahan yang ada seperti pusat haemodialisis telah pun diwujudkan oleh PUZ ,kepakaran ini akan diakseskan semaksima mungkin bagi manfaat umat Islam di Pulau Pinang, yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.

"Dalam lawatan ke Mesir baru-baru ini, kita mendapati terdapat pelajar tahun akhir yang mengikuti pengajian bidang perubatan atas biaya PUZ boleh dimanfaatkan ilmu mereka bagi mewujudkan hospital tersebut di Pulau Pinang.

"Kemungkinan besar, kita boleh memulakan projek besar ini melalui kewujudan klinik-klinik yang diuruskan oleh PUZ. Setelah wujudnya infrastruktur yang sempurna dan kepakaran yang mencukupi, maka usaha ini akan dijadikan satu realiti untuk diakseskan.

"Adalah tidak mustahil projek yang telah ada perancangan ini, menjadi satu yang nyata setelah melihat kepada sokongan melalui peningkatan kutipan zakat yang telah berjaya dikutip pada setiap tahun," ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, hospital ini akan lebih menumpukan kepada khidmat untuk membantu mereka yang miskin dan tidak berkemampuan dengan bayaran yang minima.

"Saya yakin dengan peningkatan kutipan zakat dari RM53 juta pada tahun lalu kepada RM56 juta tahun ini, akan berjaya ditingkatkan kepada target RM100 juta bagi merealisasikan aspirasi ini.

"Namun begitu, mutu dan kualiti perkhidmatan akan tetap menjadi prioriti dalam memberi kemudahan tersebut apabila hospital tersebut menjadi kenyataan tidak lama lagi," tambahnya beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. - HaraMkah



p/s: Gua taknak lah bersikap buruk sangka terhadap niat suci PAS di Penang ni.., tapi sejarah lampau buat gua langsung tak percaya pada puak-puak pencacai DAP tu..

Lagi satu, apa bezanya Hospital yang ada sekarang ni dengan Hospital "Islam" yang PAS nak buat? Kalau sistem perbankan Islam tu bolehlah gua faham sebab dia tak ada"interest".., tapi Hospital Islam ni macam mana pulak? Perlukan pencerahan nii..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online