Gua sebenarnya harap selebriti Media Prima, Ustaz Zamri tu menjelaskan yang dia tak ikut berdemonstrasi di perhimpunan haram BERSIH.. Gua harap dia kata cuma lalu je kat kawasan tu dan tak berniat untuk buat tunjuk perasaan..
Tapi apa nak dikata, Ustaz Zamri ni lebih bangga mengaku dia tu pro pembangkang walaupun dia kerja makan gaji dengan pihak yang pro kerajaan.
Gua agak terkejut bila seorang yang dikurniakan dengan ilmu Tuhan macam Ustaz Zamri ni kata yang demonstrasi tu HUKUMNYA HARUS..
Apa yang gua tau.., tunjuk perasaan atau demonstrasi tu adalah perbuatan yang bertentangan dengan syariat Allah. Ia pada hakikatnya telah dipelopori oleh individu-individu yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.
Ustaz Zamri kena sedar.., timbulnya semangat dan bahang untuk berdemontrasi mesti kerana ada pencetus yang menghasut dibelakangnya
Walaupun demonstrasi tu ada pihak yang anggap sebagai ungkapan hati nurani rakyat yang terjadi di semua negara termasuk negara Islam, namun gua yakin ia tidak dapat diterima oleh hati nurani yang sihat dan beriman.
Kerana pada kebiasaanya, demonstrasi didalangi oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu cara untuk mencapai rancangan atau konspirasi mereka sahaja. So apa bezanya dengan demonstrasi BERSIH?
Cuba kita tengok, demonstrasi yang Ustaz Zamri join hari tu telah dipertahankan dan didukung bermati-matian sehingga dianggap sebagai jihad oleh mereka yang jahil terhadap syariat dan agamanya sendiri.
Baguskah demonstrasi yang macam tu? Bukankah ia hanya bawa kepada keburukan semata-mata?
Para imam dan ulama kurun terawal telah mengharamkan perbuatan demonstrasi yang terkutuk ni kerana ia menganggu ketenteraman awam.
Malah perbuatan tunjuk perasaan tu secara tak langsung mencemarkan nama dan dakwah Islam yang sewajarnya dijalankan dengan hikmah.
Oleh itu, bagi gua demonstrasi adalah merupakan suatu bida'ah yang sesat yang wajib dijauhi oleh setiap orang yang beriman kepada Allah dan kesucian agama Islam.
Ustaz Zamri kononnya nak nasihat orang yang tegur dia join perhimpunan haram BERSIH supaya lebih berakhlak dan tak menunjukkan kebodohan sendiri..
Sekarang ni gua nak tanya Ustaz Zamri, siapa yang tak berakhlak menyokong agenda sulit kafir harbi dan siapa pulak yang menunjukkan kebodohan dengan menyertai perhimpunan yang sah-sah haram?
Allah swt telah berfirman yang bermaksud....
“Nescaya engkau akan dapati orang yang paling memusuhi (murka) kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin.” (Surah al-Maidah, 5: 82)
Lu pikir lah sendiri beb!!














