Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.
Dengan berkerusi roda, Timbalan Presiden PAS itu berkata, ketika dalam perjalanan daripada Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.
Ketika itu, Mat Sabu mendakwa dia tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.Hanya setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.
Mat Sabu juga sempat menunjukkan kesan luka dikakinya akibat dilanggar oleh Land Rover Polis tersebut.
Mat Sabu menegaskan, kecederaan itu mungkin nampak sedikit tetapi hakikatnya dia akan menjalani pembedahan pada hari Jumaat.
p/s: Kebal sungguh Mat Sabu ni kann... Kena rempuh dengan trak Polis pun calar dan terseliuh sikit jee.. Mesti penganut-penganut PAS akan kata Timbalan Presiden dorang tu sentiasa dilindungi..
Itulah untungnya ada penganut yang bukan saja wala' membuta tuli.., tapi juga penganut yang tolol macam puak-puak Pakatan..
Yang pemimpin dorang pun sama ngok nya juga.. Sanggup kena rempuh dengan trak semata-mata pasal Ambiga... Memang bodoh!!!
Parti Keadilan Rakyat menggesa satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tindakan yang dilakukan pegawai senior polis termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kerana mengarahkan polis melakukan kekejaman dan perbuatan jenayah dalam usaha menghalang hak mutlak rakyat untuk berhimpun secara aman.
Naib Presiden PKR N. Surendren menyatakan perbuatan jenayah tersebut merujuk kepada perbuatan melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada orang awam di tempat tertutup dan sempit di laluan bawah berhampiran KL Sentral semalam dan ianya berlaku 'tanpa sebarang provokasi'.
Atas kesalahan itu, pelaku boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kata Surendran dalam satu kenyataan media.
"Tindakan polis amat melanggari undang-undang dan standard polis antarabangsa. Tindakan itu sengaja dilakukan untuk membunuh, mencacat dan mencederakan mereka yang berarak dengan aman.
Secara spesifiknya, tembakan gas pemedih mata di ruang tertutup di laluan bawah ialah perbuatan jenayah, yang akan menyebabbkan kecederaan serius atau kematian dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," kata beliau.
Anwar Ibrahim ,mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu, kata Parti Keadilan Rakyat.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk.
Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Hospital untuk rawatan lanjut.
Saifuddin berkata, anggota Polis Simpanan Persekutan yang melepaskan tembakan di Brickfields itu jelas bertujuan mendatangkan kecederaan terhadap Anwar.
"Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau," kata Saifuddin.
Sehubungan itu, PKR akan membuat laporan polis supaya tindakan segera ke atas pegawai berkenaan. TVS
Gua tumpang kesian kat Khalid Samad yang kononnya kena 6 jahitan di kepala angkara Polis Anti Rusuhan.. Kalau gua jadi Polis, bukan setakat 6.., gua up lagi kasi 12 jahitan...
Kalau korang tengok dalam Twitter Khalid Samad tu, dia punyalah promosi luka kat kepala dia tu untuk cari simpati..
Cuma sekarang ni gua heran satu benda.. Waktu demonstrasi aman tu memang Khalid cedera terkena tembakan canister pemedih mata FRU masa dia nak lari..
Tapi Khalid dilaporkan cedera di belakang badan.., bukannya di kepala!!! Ni bukti gambar dia masa lepas terkena tembakan tu...
Tak nampak pun kepala dia cedera dan terkoyak sampai kena 6 jahitan... Dan kalau tengok kat baju dia, tak nampak pun bekas darah yang menunjukkan kepala dia luka sampai macam tu..
Nak bukti lagi? Cuba korang baca Twitter MalaysianInsider pasal kecederaan yang dialami oleh Khalid Samad hari tu...
So..., sapa yang menipu kat sini??? MalaysianInsider yang menipu atau Khalid Samad yang KANTOI ???? Hahahahaha....
Gua malas nak ulas panjang pasal sorang selebriti TV9 yang bernaung dibawah kumpulan Media Prima ni..
Gua secara rasmi disini menggesa dia buat penjelasan je pasal gambar dia yang "TERTANGKAP" semasa berada bersama penunjuk perasaan himpunan Haram BERSIH semalam..
Jangan nanti kata gua tak bagi dia ruang untuk buat penjelasan pulak yee macam sorang minah hipokrit dulu tu..
So itu je lah yang gua nak.. Kalau boleh, jelaskanlah secepat yang mungkin sebab gua sebenarnya respek Ustaz ni dan gua selalu jugak layan rancangan dia di TV9 tu...
Cuma satu je persoalan dalam kepala gua sekarang.., Media Prima ni dah jadi "tempat" untuk menternak artis pembangkang ke?
Semalam gua dijemput hadir ke Majlis Penerangan Perdana mengenai BERSIH 2 di PWTC KL yang dihadiri oleh Najib pimpinan tertinggi negara.
Apa yang gua boleh tafsirkan mengenai Majlis ni ialah, Najib sebenarnya nak tunjukkan "kekuatan" dia kepada Anwar dan Pakatan..
Dan yang paling berbaloi ialah, Najib "belasah Anwar kaw-kaw punya dalam majlis ni. Bukan senang beb nak tengok orang macam Najib nak bercakap macam tu..
Gua ada linkkan video ucapan Najib semalam yang gua cilok dari bro M. Jinggo. Video 3 bahagian tu ada dibawah sekali entry ni..
Dan gua letakkan sekali gambar-gambar Majlis semalam untuk dikongsikan bersama korang.. Memang sempoi beb..
p/s: Tengah hari sikit nanti gua akan dedahkan satu selebriti Media Prima yang ikut serta dalam demonstrasi BERSIH 2.. Memang GEMPAR!!!!! Nantikan hanya di MPP..
"Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.
Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.
Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam. Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC.
Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu. Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.
"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham. Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa.
Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan. Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
Menurut Azhar (gambar kanan), pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan. "Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.
Isterinya, Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka.
Anwar Ibrahim memberitahu pesaing politiknya Datuk Seri Najib Razak hari ini agar meneliti dengan berhati-hati ketegangan di peringkat akar umbi ekoran kejayaan Himpunan Bersih 2.0 semalam, dan tidak cuba menutup kebenaran dengan pembohongan.
Sehubungan itu Ketua Pembangkang ini berkata pentadbiran Najib cuba membohongi rakyat dengan memberikan maklumat tidak betul mengenai sambutan penyertaan dalam perhimpunan anjuran Bersih 2.0 semalam.
Ketika bercakap pada sesi dialog profesional muda di sini, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini ditanya sama ada Malaysia kini di ambang “Revolusi Bunga Raya” - merujuk kepada bunga kebangsaan.
Anwar 48 jam yang lalu....
“Kita tiada keyakinan (ke atas kerajaan), jadi adalah penting bagi Najib mempertimbangkan dengan serius, kita dekat dengan (satu revolusi),” kata Anwar sambil menambah ketegangan kaum juga meningkat.
Kemudian Anwar bercakap kepada pemberita bahawa Najib selaku perdana menteri seharusnya “mendengar dan tidak terlalu angkuh dengan menggunakan kekerasan menerusi pasukan polis.”
“Rakyat sudah tidak sabar. Mereka telah menyerahkan memorandum, malah mereka juga telah menghadap Agong. Apa lagi mereka boleh lakukan?” katanya lagi.
Anwar juga tidak menolak kemungkinan akan diadakan satu lagi perhimpunan selepas kejayaan mengumpulkan ribuan penyokong Bersih 2.0.
“Kami belum membincangkan perkara itu, tetapi kami tidak menolak opsyen-opsyen kami,” katanya. - MI
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik, (Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, (Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pensyarah ketuai projek patukan ular
-
SEORANG penyelidik kelahiran Malaysia kini mengetuai projek antarabangsa
untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang mati setiap tahun akibat
patukan ...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...