BREAKING NEWS

WAJIB BACA!!! Sajak khas untuk Ambiga hasil karya ADUN PAS!!


Gua sebenarnya kehilangan kata-kata sekarang ni.. Semuanya sebab gua terbaca sebuah sajak yang dihasilkan khas oleh seorang Adun PAS kawasan Bangi yang ditujukan kepada kafir Ambiga..

Kalau korang semua pernah baca sajak yang dihasilkan oleh romeo dan juliet masa dorang bercinta.., macam tu lah juga lebih kurang sajak yang Adun PAS karangkan buat "buah hati" dia tu..

Gua cadangkan, korang bacalah sajak ni dengan intonasi yang betul dan alunan lemah gemalai disertai dengan irama mendayu-dayu.. Confim meremang segala bulu yang ada di badan korang beb..

So.., korang layan je lah yee... Gua nak pergi muntah untuk kali yang ke lapan belas... Besok gua cadang nak gi ambik MC kat Dr Novandri.. Ternyata penangan sajak Ambiga ni lagi teruk dari kesan Gas pemedih mata semalam...


Ambiga ! Ambiga ! Ambiga !


Ambiga ! Ambiga ! Ambiga !
Kau Wanita Besi
Tuntutan Bersih mengepalai
Di tengah kebimbangan
Kau tampil ke hadapan
Menegak keadilan
Di tengah ancaman
Kau pengamal undang-undang
Mengenal yang mana benar
Mana yang songsang diselewengkan.

Ambiga ! Ambiga ! Ambiga !
Kau Wanita Berani
Mencabar Kementerian Dalam Negeri
Berdialog secara intelektual
Bertindak secara rasional
Menurut Perlembagaan Negara
Kalau mereka menghimpun sejuta pemuda
Di Putrajaya, mengapa tidak rakyat jelata
Di Ibu Kota secara terkawal ?
Dengan teguh pendirian
Sampah bagimu ancaman
Menarik sebarang gelaran
Apa hak mereka mencadang
Menarik kerakyatan ?
Sedang kau rakyat berkelahiran ?

Ambiga ! Ambiga ! Ambiga !
Kau adalah Srikandi
Ketegasanmu menjadi sanjungan
Mencabar `Mee Segera Undang-Undang`
Mengharam T Shirt Kekuningan
Menjadikan Ibu Kota Kawasan Larangan
Mensenarai mereka ditegah datang
Hari ini kau ditangkap
Bersama ramai pimpinan
Dan ramai penunjuk perasaan
Nanti kita bakal melihat
Kau dan pasukan akan berguam
Menjunjung keluhuran perlembagaan
Bertindak menurut undang-undang
Mempersoal tindakan pemerintah
Bakal tergugat kedudukan.

Ambiga ! Ambiga ! Ambiga !
Kau Wanita Besi
Kau Wanita Berani
Kau adalah Srikandi !
Memimpin Bersih ini
Kau diberi penghormatan
Mengadap Agong Yang Dipertuan
Untuk penyelesaian
Tapi mereka mungkiri
Dengan berbagai alasan
Kau kami sanjung
Di atas ketegasan.

KLIK SINI.. Shafie Abu Bakar, Bandar Baru Bangi,

07 Sya`ban 1432
09 Julai 2011.

Edisi Gambar!! Polis yang GANAS atau penyokong Ambiga yang BODOH?


Gua nak kongsikan snapshot menarik aksi Polis lawan Pengkhianat Negara di perhimpunan Haram semalam untuk korang semua..

Banyak puak-puak Pakatan Haram kata Polis ganas dan zalim terhadap peserta perhimpunan haram tu.., tapi gua rasa, kalau puak pencacai Ambiga tu ikut undang-undang, takkan Polis nak berkeras kat dorang ye tak?

So.., sama-sama lah kita nilaikan sendiri yang mana baik dan yang mana buruknya kejadian semalam tu..

Yang pasti, gua berani cakap yang tunjuk perasaan anjuran Anwar untuk jatuhkan kerajaan semalam adalah GAGAL!!!

Kalau di Mesir Hosni Mubarak tumbang sebab rakyat merusuh di Dataran Tahrir.., tapi kat sini Anwar yang tumbang masuk hospital bila puak-puak Pakatan berhimpun secara haram..

Padan Muka Anwar!!!


p/s: Maaflah sebab gua tak update blog hari ni sejak pagi sebab gua baru je balik dari menghadiri program bersama Najib di PWTC hari ni.. 
































[VIDEO INSIDE] Tunjuk Perasaan BERSIH di Melbourne, Auckland dan London..


Maklumat yang diterima dari Melbourne, Australia menunjukkan sekitar 300 penunjuk perasaan membawa kain rentang dan kad dengan lambang Bersih 2.0 berhimpun di Federation Square.

Di Wellington, University of Canterbury New Zealand, kira-kira 10 orang dilaporkan berkumpul manakala kereta-kereta yang lalu lalang memberikan sokongan dengan hon kenderaan masing-masing.

Dan lebih kurang 30 orang pelajar Malaysia pula berdemonstrasi di hadapan Malaysia High Commission, Belgrave Square, London sebelum disuraikan oleh pihak Polis disana beberapa minit kemudian...

Gua pun heran dengan para pelajar kita di luar negara nih.. Apa lagi yang dorang nak? Tak cukup makan ke dorang tu kat sana sampaikan sibuk nak melalak salahkan kerajaan?

Orang suruh dorang pergi belajar, dorang sibuk nak interfere dengan politik. Yang ni lah dikatakan ibarat melepaskan anjing tersepit, akhirnya tangan kita juga yang digigitnya..

Dorang ni memang sengaja nak memalukan Kerajaan Malaysia di mata dunia luar. Kononnya kerajaan Malaysia zalim dan tak mengamalkan pilihanraya yang telus serta menindas rakyat.

Gua sarankan pada Najib dan SPR lepas ni.., PRU13 nanti tolong pastikan kerajaan BN menang 99.9 peratus kerusi di Malaysia. Biar puak-puak Pakatan tu semua tak ada suara langsung didalam Parlimen.






HOT!! PENDEDAHAN Kisah SEBENAR disebalik KECEDERAAN Anwar Ibrahim..


Sebelum korang baca apa yang gua quote dari TVS dibawah ni, gua cuma nak korang lapangkan dada dan teguhkan pendirian korang..

Bukan apa.., gua takut korang tak boleh tidur malam ni akibat kesan daripada bayangan kisah yang Saifuddin Nasution cuba nak sampaikan..

Untuk pengetahuan korang semua yang gua hormati.., inilah kali pertama gua respek dekat Saifuddin.. Dia telah berjaya buat gua selama 1 minit, terfana dan terpaku tanpa sebarang pergerakan..

Memang hebat sungguh imaginasi yang Allah anugerahkan kepada Saifuddin...

So..., inilah pendedahan kisah sebenar apa yang korang tak tahu berlaku disebalik kecederaan Brader Anwar Bin Ibrahim...


Anwar Ibrahim mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu, kata Parti Keadilan Rakyat.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk.

Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut.

Saifuddin berkata, anggota Polis Simpanan Persekutan yang melepaskan tembakan di Brickfields itu jelas bertujuan mendatangkan kecederaan terhadap Anwar.

"Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau," kata Saifuddin.

Sehubungan itu, PKR akan membuat laporan polis supaya tindakan segera ke atas pegawai berkenaan.

"Polis menghalakan tepat senapang gas pemedih mata ke arah Anwar dalam jarak dekat," dedah Saifuddin.

Saifuddin menambah, tindakan polis itu mirip kepada kes tunjuk perasaan di Jalan Kebun, Klang pada tahun 2000.

"Dalam siasatan tahun 2000 itu, Suhakam mendapati polis menyalahi undang-undang kerana melepaskan tembakan gas pemedih mata tanpa mengikut peraturan,” kata Saifuddin.

“Sepatutnya polis melepaskan tembakan pada paras 45 darjah kerah ruang udara, bukannya menembak tepat pada sasaran," tegas beliau. Suhakam adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Selain Anwar, turut mengalami kecederaan akibat tembakan gas pemedih mata adalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Sehingga jam lima petang tadi, polis menahan 1401 peserta perhimpunan Bersih termasuk pemimpin kanan PAS, PKR dan jawatankuasa penganjur Bersih termasuk pengerusinya Ambiga Sreenevasan
. - TVS

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online