BREAKING NEWS

Kalau dah haram, mana boleh jadi Halal...


Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya "mematuhi janji" dengan menyediakan stadium kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan menyediakan sebuah stadium untuk perhimpunan Sabtu ini.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat juga berdiri teguh dengan BERSIH 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.

"Maklumat akhir, perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan stadium digunakan.

"Saya difahamkan BERSIH masih lagi merujuk kepada Najib supaya (beliau) mematuhi janji (dan) jaminan beliau untuk menyediakan stadium supaya BERSIH dapat menganjurkan majlis dengan teratur dan aman sepertimana semangat (ketika mengadap) dengan Yang di-Pertuan Agong.

"(Sebab itu) Kita menyokong tindakan keputusan BERSIH untuk meneruskan perhimpunan itu di Stadium Merdeka," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.


Gua heran betul.., puak-puak Pakatan ni memang jenis yang tak reti bahasa atau sengaja buat-buat tak faham bahasa?

Kalau dah KDN kata tunjuk perasaan BERSIH tu HARAM.., so memang haram lah.. Apa yang dorang meroyan nak bagi jadi Halal pulak?

DYMM YDP Agong dah bagi peluang untuk puak-puak BERSIH tu bertaubat dan serahkan memorandum secara aman.., tapi kenapa si kafir Ambiga tu tak serah memorandum masa dia masuk mengadap baginda Tuanku?

Nampak sangat Ambiga tu saja je nak cari pasal juga dengan kerajaan Malaysia..

Tujuan asal dorang kononnya hanya nak berarak sambil serahkan memo kepada Istana.. Tapi sekarang ni dah nampak tujuan sebenar disebaliknya..

Dorang tu sebenarnya nak berdemonstrasi sambil memburukkan kerajaan dan mempertikaian kemenangan BN di pilihanraya dulu..

Ok lah kalau dorang nak buat demo kann.. Najib pun cadanglah supaya dorang buat demo dalam stadium..

Alih-alih.., puak-puak pengkhianat tu semua mengada-ngada nak mintak buat kat Stadium Negara jugak walaupun dorang diberitahu yang Stadium tu sedang diubahsuai dan tak boleh penuhi permintaan dorang....

Nampak tak betapa kurang ajar penyokong-penyokong Pakatan tu semua.. Pasal tu lah gua cadangkan sumbatkan dorang semua tu kat dalam Zoo Negara..

Biar dorang berdemo depan monyet dan juga babi hutan kat dalam tu.. Itu je tempat yang sesuai bagi puak-puak yang tak sedar diri ni...

PDRM dan ATM dah join training.. Mampuslah puak-puak pencacai Ambiga nanti...


Polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bekerjasama menangani segala ancaman keselamatan yang mengugat ketenteraman awam termasuk perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini.

Bagaimanapun, sehingga kini, hanya polis yang akan membuat pemantauan pada hari berkenaan dan tentera hanya akan dipanggil jika keadaan memerlukan.

Demikian menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, Datuk Saleh Mat Rasid dan Ketua Staf Markas ATM Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor.

Sebelum itu, mereka berdua menyaksikan Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman antara kedua-dua pasukan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam demontrasi tersebut, diperlihatkan bagaimana Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Batalion 25 Rajimen Askar Melayu Diraja menangani rusuhan.


Ketika ditanya, apakah latihan bersama ini ada kaitan dengan perhimpunan haram Bersih 9 Julai, kata Datuk Saleh, ia merupakan sesuatu yang sudah lama dirancang dan tiada kaitan dengan perhimpunan Bersih.

“Polis dan tentera sentiasa mengadakan latihan bersama berkaitan dengan ketenteraman awam, ini merupakan latihan kedua, dan sebahagian dari perancangan “Strategi Laut Biru” yang digariskan Jabatan Perdana Menteri,”katanya.

Menurutnya, latihan ini diadakan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan polis dan tentera dalam melaksanakan operasi bersama apabila keadaan memerlukan.

“Latihan ini merangkumi aspek kemahiran keanggotaan, kesesuaian penugasan, sistem kawasan komunikasi dan kelengkapan peralatan logistik, dan ini merupakan lahitan siri kedua, di mana yang pertama kita lakukan pada tahun 2008.” ujarnya.

Latihan yang bermula 4 Julai itu melibatkan lebih 300 anggota dari kedua-dua pasukan. -AgendaDaily



p/s: Kalau dorang buat dalam Stadium, lagi senang nak sembur dengan air kimia dan baling Tear Gas.. Tak pun sembur je dengan air kumbahan Indah water..

Biar dorang tau betapa kotornya BERSIH yang dorang agung-agungkan tu... Hahahahaha...

HOT!! Banner Khalid Samad DI SALIB..


Banner ni terletak di sebelah Seksyen 16, Bandaraya Shah Alam, Bandar Anggerik. Sesapa yang tinggal berhampiran kawasan tu bolehlah check tengok sama ada banner ni masih tergantung atau tak kat situ..

Gua dapat gambar ni melalui email yang dihantar kepada gua.

Kalau kita tengok banner tu.., gambar Anwar Ibrahim dipotong dan gambar Khalid Samad telah disembur cat serta di salib.

Semua ni menunjukkan yang rakyat Shah Alam benci dan meluat sesangat pada pemimpin-pemimpin Pakatan di Shah Alam.

Jangan heran bila benda-benda macam ni berlaku.. Sebab selama ni Khalid Samad memang tak ambil tau langsung pasal masyarakat melayu di kawasan Shah Alam.

Yang dia tau, hanya sibuk jaga kuil dan gereja saja.. Jadi padan sangatlah muka dia dalam banner tu DI SALIB..

Tu nasib baik setakat banner je beb.. Kalau rakyat di Shah Alam tu betul-betul SALIBkan muka Khalid, tak ke haru jadinya....

Apa bezanya BERSIH dalam STADIUM dengan Babi dalam KANDANG?



Gua tabik 2 kali pada Najib!! PM kita ni memang brilliant!! PM kita ni memang genius!!!

Korang cuba bayangkan.., Najib dah berjaya tukarkan tunjuk perasaan jalanraya kepada perhimpunan kerbau pendek dalam kandang..

Dari Jalanan ke Stadium tertutup... Perghhh.. Hebat tu beb!! Patutlah Tuhan jadikan dia sebagai Perdana Menteri Malaysia dan bukannya Anwar..

Kalaulah Hosni Mubarak ada kepala otak macam Najib tu..., mesti rakyat Mesir tak dapat berhimpun di Dataran Tahrir.. Dan mesti sampai sekarang Hosni Mubarak boleh still perintah Mesir..

Korang cuba fikir.., apa bezanya perhimpunan manusia-manusia bangang didalam Stadium tertutup dengan Babi berkumpul dalam kandang?


Bezanya cuma manusia-manusia tu mengaku BERSIH sedangkan Babi tak kisah walaupun dorang dipandang KOTOR!!

Lagi satu.., mana kita nak cari lagi PM macam Najib ni beb... Dia berjaya tukarkan kononnya perhimpunan jalanraya terbesar dalam sejarah negara KEPADA perhimpunan setaraf memekak dalam kandang jee..

Anwar pun tak mampu buat macam mana yang Najib laksanakan tu beb.. Itu bermakna, Najib lagi cerdik dan bijak dari Anwar Pandikutty...

So..., kesimpulannya Najib memang the best selepas Tun M..

Kalau Najib dah tak jadi PM nanti.. Gua cadangkan kita isytiharkan dia sebagai Bapa Perancangan (The Negotiator)..

Bila gua ingat-ingat..., memang langsung tak masuk dek akal baii... Dari demo besar ala-ala Dataran Tahrir...., kepada perhimpunan pondan sedunia dalam stadium tertutup...



Memekaklah puak-puak pencacai Ambiga tu nanti sampai pengsan.... Hahahahahahahahaha...

Rayuan Anwar gugurkan Hakim DITOLAK lagi..



Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam rayuannya untuk melucutkan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebagai hakim dalam kes fitnah liwat yang dihadapinya.

Keputusan tiga anggota panel yang diketuai hakim Datuk Hasan Lah sebulat suara membuat keputusan itu ketika mereka membenarkan bantahan awal pihak pendakwa.

Dua hakim yang bersidang bersama adalah Hakim Abdul Malik Ishak dan Ahmad Maarop.

Peguam bela Anwar, Karpal Singh memohon penangguhan prosiding sehingga perkara itu dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.

Pada 6 Jun lalu, Peguam Karpal Singh mengemukakan rayuan untuk menukar hakim bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perbicaraan yang adil.

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Rayuan selepas Zabidin menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan beliau daripada mendengar kes tersebut

Karpal berpendapat Zabidin melakukan pra-penghakiman dan menjatuhkan hukuman sebelum mengarahkan Anwar untuk membela diri.

Ia adalah kali ketiga peguam Anwar bertindak untuk menggugurkan Zabidin.

Permohonan pertama dibuat Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.

Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah. Kedua-dua permohonan itu bagaimanapun ditolak. - KeldaianDaily

TERKINI !!!! Blogger MiloSuam kena tangkap Polis....


Pemuja-pemuja MiloSuam mesti meroyan tak hingat dunia lepas ni.. Sebabnya blogger pujaan dorang tu dah kena tangkap semalam pasal memiliki baju AngryBird BERSIH...

Korang boleh bayangkan tak keadaan sotong tu bila kena gari dengan Pak Polisi...? Mesti kacau bilau dan penuh dengan adegan jeritan kat situ kannn...


Hahahahaha... Gua ucapkan syabas buat Polis USJ 8 pasal dorang berjaya jugak tangkap si sotong kangkung tu..

Tapi gua nasihatkan Pak Polisi jangan berkasar sangat masa soal siasat tu nanti.. Sebabnya, spesis MiloSuam tu bukan boleh kita "tekan" kuat-kuat.. Maklumlah..., lembikkk....

Silap haribulan, mau menangis dia masa kena soal siasat..

So gua nak tengok sapa pulak yang pi selamatkan dia nanti.. Kalau dulu Si Hanief celaka yang hina Sultan Selangor tu Tony Phua yang selamatkan.., mungkin Anwar sendiri yang datang selamatkan MiloSuam ni..

Kalau jenis-jenis lembut ni memang Anwar cukup sukaaaa..... Hahahahahahaha....

Video TERKINI yang bakal buat Anwar dan penjilatnya meroyan...


Kalau video dokumentari Joe Bedul untuk defend Anwar dikatakan menelan kos sebanyak RM150K, memang tak berbaloi langsung sebab majoriti besar rakyat tak percaya dengan apa yang Joe Bedul tu kata..

Dan RM150K tu memang merugikan PKR kerana khabarnya ia menggunakan duit parti. Padahal, China Doll yang jadi pasangan kepada Anwar dalam video seks tu hanya diupah sebanyak RM2K saja..

Kenapa rakyat tak percaya cakap Johari Abdul walaupun dia dah berusaha make-up di Thailand supaya nampak serupa dengan P.Ramlee?

Sebabnya ialah, rakyat nak tau sama ada betul ke ada teknik make-up yang boleh ubah wajah pelakon jadi macam Anwar...

So, kalau Joe Bedul tu betul-betul nak yakinkan rakyat bahawa pelaku dalam video tu bukan Anwar, dia sepatutnya make-up supaya serupa dengan Anwar..., bukannya P.Ramlee..

Jadi sekarang ni Johari Abdul makin menjatuhkan imej Anwar dengan dokumentari bangangnya dan membuatkan rakyat semakin yakin bahawa dalam video tu memang Anwar Ibrahim.

Sekarang ni ada video baru mengenai Anwar yang KANTOI main pelacur China Doll.. Kita tunggu apa pulak yang Joe Bedul nak buat lepas ni? Layannnn....


Polis kepung Dewan MPBJ untuk halang ceramah BERSIH.


Pasukan PDRM terus giat menghalang usaha hasutan menghuru harakan negara apabila melakukan serbuan terhadap setiap program aktivis Bersih. Polis bertindak pantas apabila bertindak mengepung Dewan MBPJ, Seksyen 7, di sini malam tadi.

Pasukan polis dari IPD Petaling Jaya, diketuai ASP Marzukhi Mokhtar mengepung dewan berkenaan sejak jam 7 malam untuk menghentikan taklimat Himpunan Bersih 2.0 dan Bengkel Hak berhimpun.


Program itu anjuran Pakatan Rakyat Subang dan peguam hak asasi Lawyers For Liberty (LFL), yang turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat peringkat cabang dan bahagian, serta kira-kira 50 peserta.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dengan dua trak black maria dan dua pacuan empat roda Pasukan Gerak Am dikerah melakukan serbuan.

Polis bertindak menghalang Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim yang tiba kira-kira jam 9.40 malam untuk masuk ke dalam dewan tersebut walaupun dia bertegas tentang haknya sebagai wakil rakyat kawasan itu.



Beliau dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah kemudian terpaksa menyambung taklimat tersebut di kawasan luar dewan berkenaan, namun diancam ASP Marzuki yang mengumumkan taklimat itu sebagai himpunan haram.

Selepas melakukan perbincangan, pihak berkuasa itu kemudian mengarahkan orang ramai bersurai sejurus Dr Nasir dan Sivarasa memberi taklimat kepada peserta selama beberapa minit. Bagaimana pun tidak ada tangkapan dilakukan.

Surat Nik Aziz kepada Agong... Baekkk punya BODEK..



Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.

Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.


Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.

Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.

Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.

Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.

Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).



P/S: Perghhhh..., Tak sangka pulak gua yee.. Pandai jugak si tua nyanyuk dari Kelantan tu membodek.. Belajar dari Anwar gamaknya... Hahahahaha..

AMARAN!!! Mak Lampir Zuraidah NAIK ANGIN pasal WARDINA..



Media arus perdana dan blogger pro- UMNO didesak menghentikan segara tindakan mengaibkan dan meminta maaf secara terbuka kepada personaliti popular, Wardina Safiyyah.

Ini berikutan tindakan mereka yang terus-terusan mengecam dan melaporkan berita serta gambar yang mengaibkan Wardina hanya kerana desas desus kononnya beliau menyokong perjuangan Pakatan Rakyat dan penganjuran himpunan aman BERSIH 2.0.

Zuraida berkata tindakan menyebarkan gambar- gambar lama Wardina yang sebelum ini tidak bertudung adalah sesuatu yang jahil dan melanggar syariat agama Islam.

Bukan itu sahaja, tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas melanggar etika kewartawanan yang akan merendahkan lagi martabat wartawan dimata masyarakat.

Zuraida dalam satu kenyataan medianya berkata, penghijrahan Wardina sepatutnya dibangga dan dicontohi bukannya diperlakukan sedemikian rupa.

Justeru, beliau bersama-sama pimpinan wanita PKR dan Pakatan Rakyat menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Wardina.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang berkata, media arus perdana, blogger dan UMNO BN tidak berhak untuk menghalang seseorang individu daripada menyokong mana- mana parti politik, berikutan ia dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. -tv selangor-


Hahahahahaha... Mak Lampir Zuraidah sudah marah laa.. Wardina punya pasal, Mak Lampir sanggup buat statement untuk hentam blogger pro kerajaan..

Sayang sungguh dia pada Wardina tu yee.. Ini bermakna, betullah pengacara TV3 tu ada "skandal" dengan politik keji PKR..

Kalau tak ada apa-apa.., takkan lah Ketua Mak Lampir PKR tu sanggup nak defend Wardina kann.. Bak kata pepatah, "kalau tak ada angin, mana boleh pokok bergoyang.."

Wardina jangan pulak meroyan marah kat gua lepas ni.. Mak Lampir Zuraida tu sendiri yang mengaku pengacara TV3 tu pro Pakatan.. Kalau nak saman.., saman je lah Mak Lampir tu yee...


p/s: Apa pulak agaknya Wardina nak spin lepas ni... Hahahahaha...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online