BREAKING NEWS

BERSIH punya pasal.., suami GIGIT cuping telinga isteri hingga putus



Seorang wanita kehilangan cuping telinganya selepas digigit oleh suaminya yang berada dalam keadaan mabuk. Bukan sahaja mengigit sehingga putus cuping telinga isterinya, lelaki mabuk itu turut menelan cuping telinga tersebut.

Menurut Times of India, lelaki itu, Nagaraj Reddy menarik isterinya yang bernama Roopa sebelum mengigit telinga isterinya yang ketika itu baru masuk tidur.

Sebelum itu, pasangan suami isteri itu sering bergaduh kerana Nagaraj mendakwa isterinya selalu mengabaikan kebersihan rumahtangga.

Sewaktu jiran bergegas membawa Roopa ke hospital, Nagaraj menghilangkan diri. Menurut polis, lelaki itu masih belum ditemui dan masih bebas. - Agensi




p/s: Sungguh gua tak sangka..., banyak juga keBURUKan BERSIH ni rupanya yee... Sampaikan ada suami yang sanggup gigit telinga isteri hanya semata-mata sebab BERSIH...

Gua harap.., kalau perhimpunan BERSIH kat Malaysia ni tak jadi nanti.., jangan pulak ada pengikut Pakatan yang meroyan GIGIT telinga atau lain-lain anggota badan pasangan dorang pulak yee...

Terima lah semuanya dengan hati terbuka... Huhuhuhu...

TERKINI !!! Batalkan BERSIH atau DERHAKA pada DYMM YDP Agong!!!!



DAULAT TUANKU!!!! DYMM YDP Agong dah bertitah supaya rakyat jangan terpengaruh dengan budaya politik negara luar yang selalunya beralkhir dengan kekacauan.

Baginda Tuanku juga bertitah bahawa demonstrasi jalanan seperti BERSIH tu hanya akan banyak membawa keburukan..

DYMM Tuanku juga menegaskan yang Baginda tak mahu melihat rakyat bermusuhan dengan kerajaan walau dengan apa tujuan sekalipun...

Jadi, dengan apa yang DYMM Tuanku Mizan titahkan di bawah ni.., secara logiknya perhimpunan haram BERSIH tak mendapat perkenan dari Tuanku..

Ini menunjukkan.., kalau puak-puak Pakatan sama ada Anwar, Mat Sabu ataupun Ambiga mahu teruskan juga, BERMAKNA dorang dah MENDERHAKA terhadap titah DYMM YDP Agong!!!

DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!!




Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara

Harimau Malaya TEWAS.., tapi tetap LAYAK ke pusingan seterusnya..



Tahniah skuad Harimau Malaya... Walaupun dorang tewas 3-2 pada pusingan kedua kepada Taiwan, tapi anak-anak muda kita tetap layak melalui kiraan jaringan di tempat lawan..

Lepas ni skuad Harimau Malaya akan bertemu dengan Singapork.. Gua harap kita akan menang sebab pasukan Singapork tu bukannya kuat sangat pun..

Apapun.., SYABAS buat Coach Rajagopal pasal mampu latih anak-anak muda kita sampai dorang berjaya ke tahap ni.. Good job coach..

Sinar Harian FITNAH Mat Sabu???




Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan laporan Sinar Harian hari ini bahawa beliau dan pemimpin PAS sedia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurutnya yang kesal dengan kenyataan itu berkata, beliau hanya berkata polis ada kuasa menahan siapa sahaja tetapi adalah pelik jika polis menahan orang yang memperjuangkan membebaskan cengkaman ke atas demokrasi.

Sebaliknya, akhbar itu pada muka hadapannya bagi edisi Kelantan melaporkan Mohamad sedia ditahan.

Laporan itu memetik Mohamad sebagai mendakwa jika ditahan di bawah ISA sekalipun, pemimpin PAS tetap akan meneruskan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Mohamad didakwa mengeluarkan kenyataan itu selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Presiden PAS dan Kutipan Derma Unit Peti Undi Langgar di Jalan Kubur Maras, semalam.

"Saya kesal dengan laporan Sinar Harian hari ini.

"Saya kata, dahulu ISA diguna ke atas pengganas tetapi kini diguna ke atas mereka yg mahu memperjuangkan demokrasi," katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, beliau sekali mengulangi pendirian bahawa PAS tetap akan bersama dalam himpunan Bersih 2.0 dan meyokong tuntutan bersih ke arah pilihanraya adil dan telus.

“PAS akan sokong Bersih, setakat ini kita akan teruskannya, PAS tetap sertainya, kerana Bersih 2.0 hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihan raya dan bukannya untuk menggugat kestabilan negara," katanya.



p/s: Sapa yang menipu sebenarnya ni? Sinar Harian ke atau Mat sabu? Gua cenderung mengatakan Timbalan Presiden PAS tu yang kuat mengecong nya.. Biasalah.. sapa yang tak kenal dengan penipuan Mat Sabu kann... Hahahaha...

PANAS!!! Blogger PAS kata Sultan Pahang tak tau Perlembagaan Negara!!!


Sultan Pahang tak faham isu semasa? Sultan Pahang tak tau PERLEMBAGAAN negara?? Negara dah jadi zaman Imperial??

Tu semua tuduhan biadap dari Blogger TEGAR PAS terhadap Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'ain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah.

Puak-puak PAS ni semua memang dari dulu lagi tak tau nak hormat pada Raja-raja Melayu.. Dorang jadi macam tu sebab pemimpin dorang pun tunjuk tauladan yang serupa..

Sebagai contoh, tengok macam mana Nizar Jamaluddin derhaka pada Sultan Perak hanya sebab nak jaga kafir DAP..

Sekarang ni tak heran lah kalau pengikut-pengikut PAS pun buat perangai yang sama..

Pasal kafir Ambiga dan Perhimpunan Haram BERSIH pun puak-puak PAS sanggup pertikai Raja-Raja Melayu? Memang celaka pengikut PAS tu semua!!

GEMPAR!! Mat Sabu dengar Ceramah Ummi Hafilda di Nibong Tebal???



Semalam bertempat di Dewan PERDA Sg Acheh Nibong Tebal, Ummi Hafilda dah berjaya membuatkan 2000 penduduk kawasan sekitar terkedu dengan pendedahan pasal keDAJALan Anwar Ibrahim..

Ummi dah ceritakan pasal macam mana kronologi perangai liwat Anwar terhadap drivernya Azizan, dan juga pasal hubungan SULIT Anwar dan juga bini Azmin, Shamsida..

Memang panas lah ceramah dia semalam dengan pelbagai cerita tentang Anwar yang masih banyak rakyat tak tahu..

Yang bestnya... MAT SABU pun datang dengar ceramah Ummi beb.. Korang tak percaya? Korang tengok gambar last sekali dalam entry ni... Hahahahahahaha...
























Amacam??? Ada muka Mat Sabu tak? Hahahahaha.... Sebenarnya dia adalah penduduk setempat kat situ.. Tapi muka dia sebijik macam Mat Sabu kannn...

Nanti gua uploadkan video ceramah ni untuk korang... Video tengah dalam proses upload ke YouTube..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online