BREAKING NEWS

Lelaki gigit ANU isteri kerana VIDEO PAPAGOMO...



“Saya tidak cederakan dia,” reaksi spontan seorang penoreh getah selepas pertuduhan mencederakan isteri dengan menggigit kemaluan mangsa dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Shakri Ismail, 28, dari FELDA Bukit Goh, dekat sini terdiam selepas Hakim Noradidah Ahmad bertanya mengapa ada kesan gigitan pada mangsa jika dia tidak melakukan perbuatan itu.

Mohd Shakri kemudian membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya sebanyak dua kali oleh jurubahasa mahkamah.

Noradidah mengarahkan Mohd Shakri dikenakan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan beberapa syarat tambahan iaitu dia tidak boleh menghubungi dan pulang ke rumah mangsa selain tidak dibenarkan berada berdekatan wanita berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati menyebabkan kecederaan terhadap isterinya ketika mengadakan persetubuhan di sebuah rumah di FELDA Bukit Goh 21 April lalu antara jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun.

Difahamkan, pada 21 April lalu tertuduh dikatakan mengejut isterinya, 23, yang sedang tidur untuk melakukan hubungan seks tetapi ditolak wanita itu dengan alasan tidak sihat.

Pada keesokan harinya, tertuduh menghantar isterinya ke rumah ibu mentua dan mangsa yang mengalami kesakitan akibat perbuatan lelaki itu membuat laporan polis.

Selepas kejadian itu, tertuduh melarikan diri tetapi berjaya ditahan di Kota Bharu, Kelantan Isnin lalu.

Pasangan terbabit yang berkahwin dua tahun lalu tidak mempunyai cahaya mata bercerai Khamis lalu.

Mohd Shakri gagal membayar wang jaminan yang ditawarkan mahkamah dan dihantar ke Penjara Penor sementara menunggu kesnya disebut semula pada 25 Julai ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama


p/s: Mungkin mamat tu teruja selepas dia tengok video China Doll Anwar di blog PapaGomo kot..? Hahahahaha...

PDRM jangan pilih kasih.., TANGKAP saja semua puak-puak BANGANG ni..



Lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang merancang mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai ini jika perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai diteruskan, kata yang dipertua PERKASA Pulau Pinang, Datuk Ahmad Saad.

Katanya, tindakan itu sebagai membantah perhimpunan haram berkenaan yang ternyata hanya akan menyusahkan semua pihak.

"Kalau mereka tidak membatalkan perhimpunan 9 Julai ini, kita akan mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai. Kita boleh buat.

"Biar siapa pun tak boleh masuk atau keluar (Pulau Pinang). Kita tengok siapa yang akan susah," katanya dalam sidang media di George Town hari ini.

Beliau berkata ketika itu, semua pihak yang berhasrat menyertai perhimpunan haram akan tahu dan sedar bahawa tindakan mereka itu boleh menjejaskan semua pihak.

"Kami rayu Ambiga (Datuk Ambiga Sreenevasan) dan kumpulannya supaya membatalkan perhimpunan haram itu," katanya.

Ahmad berkata perhimpunan haram itu tidak perlu diadakan kerana terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan oleh semua pihak untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Beliau juga mendesak kerajaan menahan golongan yang merancang perhimpunan haram itu bagi mengelak daripada perhimpunan itu diteruskan.

Antara NGO yang hadir pada sidang media hari ini ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia dan Persatuan Melayu Tanjong. - Bernama




p/s: Dalam kita sibuk-sibuk marah kat puak-puak pengkhianat BERSIH sebab nak buat kacau dalam negara, dorang ni pulak menyibuk nak cari glamer buat havoc jugak...

Gua langsung tak setuju dengan apa yang dorang buat ni.. Otak lembu dorang tu tak tau ke rakyat yang non partisan dan atas pagar akan benci dengan permainan politik bangsat macam ni?

Gua desak PDRM tangkap je semua kepala-kepala bangang yang cuba nak timbulkan kekacauan dalam masyarakat ni semua... Jangan ada pilih kasih langsung..

Baju kuning ke.., baju merah ke.., baju hitam ke.., baju 3 line ke., ataupun baju pink ke..., semuanya patut dapat layanan yang sama kalau dorang buat perangai bingai..

Imej PDRM akan lebih teruk kalau bagi muka kat puak-puak haramjadah ni semua!!!

Semua yang hadiri perhimpunan HARAM dinasihatkan BERTAUBAT!!



Umat Islam yang ingin menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini dinasihati segera bertaubat kerana perhimpunan itu ditegah oleh Islam disebabkan ia hanya akan membawa kerosakan, kata ahli akademik Islam.

Mereka berkata, Islam tidak menggalakkan sebarang kekerasan, dan perhimpunan sebegitu walaupun dimulakan dengan aman, pasti akan berakhir dengan keganasan seperti yang berlaku sewaktu perhimpunan Reformasi 1998 dan Bersih 1.0 pada 2007.

Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Dr Fadlan Mohd Othman berkata bahawa daripada kaca mata Islam, tidak ada sebarang dalil daripada Al-Quran yang membenarkan perhimpunan sebegitu dilakukan.

"Saranan kita kepada orang Islam yang sudah mendengar amaran daripada polis tapi masih lagi berniat nak pergi, batalkan niat berkenaan kerana risikonya untuk membawa kepada kefasadan dan kerosakan adalah besar.

"Mengikut kaedah Feqah, sebarang jalan walaupun niatnya baik tetapi jika ia mempunyai kecenderungan untuk membawa kerosakan, maka jalan itu hendaklah ditutup," katanya.

Fadlan berkata kenyataan Polis Diraja Malaysia bahawa perhimpunan sebegitu akan mendatangkan kemudaratan harus diambil kira.

"Apa yang disebut oleh polis merupakan satu benda yang telah diperhatikan dan kerosakan itu dapat kita lihat dalam demonstrasi haram yang pernah dijalankan sebelum ini," katanya.




p/s: Gua sokong sangat apa yang Dr Fadlan ni kata.., semua umat Islam tak patut sertai perhimpunan haram yang menganggu ketenteraman awam.. Tak kiralah puak-puak Pakatan ataupun puak-puak UMNO..

Orang bangang saja yang sanggup menyusahkan diri dan juga masyarakat dengan berdemonstrasi sambil buat kacau!!

TAKUT FRU.., Chegu Bard terpaksa pakai BODYGUARD..



Gua difahamkan, ceramah Chegu Bard berlangsung di Serom 3, Ledang bersama dengan Cikgu Mala telah berjaya digagalkan oleh Polis dan FRU.

Macam biasa, puak-puak ni memang suka buat benda-benda HARAM.. Sebab tu lah ceramah dorang tak pernah ada permit.. Semuanya Haram belaka..




Walaupun ceramah di Muar ni dibuat di tanah persendirian, kalau ada masyarakat sekitar yang mengadu dan buat laporan, kira salah lah beb..

Dan mulanya, Polis nasihatkan Tuan Rumah tu secara baik suruh dorang stop majlis ceramah tu.. Tapi sekali lagi macam biasa, puak-puak ni bukannya faham bahasa melayu dan dorang teruskan jugak..




Pasal tu lah FRU terpaksa dipanggil untuk suraikan ceramah ni.. Tapi, ada pulak Unit amal PAS yang perasan kebal sebab ada tiket syurga dok sibuk halang tugas Polis dan FRU..

Dorang siap buat pagar manusia lagi di keliling Chegu Bard spaya FRU dan Polis tak boleh tangkap si malaun tu.. Nasib baiklah gua takdak kat situ.., kalau tak, gua ketuk dahi Unit Amal tu dulu..




Bila FRU sudah mula ramai turun.. banyak jugak puak-puak yang melangut dengar ceramah tu pakat lari balik rumah..

OCPD yang ditugaskan kat situ dikhabarkan still bagi amaran supaya semua bersurai sebelum Pasukan Unit Simpanan Persekutuan ambil tindakan...




Dan puak-puak bahalol tu semua hanya berhentikan ceramah dorang selepas FRU kepung kawasan tu.. Keras kepala sungguh dorang tu yee... Banyak minum Kopi Janda gamaknya kot?

Patutnya FRU buat testing sikit kat situ... Yang mana lagi keras.., belantan FRU ke atau kepala puak-puak penganut mahzab PAS tu semua...




Yang bestnya.., gua difahamkan Chegu Bard tak berani nak balik walaupun semua dah bersurai.. Dia takut ditahan Polis dan digari ke lokap..

So terpaksalah OCPD yang datang tu bagi jaminan untuk tak tangkap adik ipar Anwar tu... Dia terpaksa di bawa keluar dari tempat ceramah sambil dikawal oleh Unit Amal PAS...




Sungguh gua tak sangka.., bacul jugak Chegu Bard ni yee... Sembang kat pentas ceramah bukan main meletop-letop lagi.. Tapi sebenarnya perangai serupa Pandikutty....

Buat malu kat Cikgu Mala saja... Dah lah dia tak sempat ceramah... Hahahahaha....

HOT!!! FRU kepung Markaz PAS di Pongsu Seribu semalam..



Walaupun dorang dihalang oleh mahkamah untuk buat perhimpunan di Tapak Expo Seberang Jaya, puak-puak PAS terus tunjuk keras kepala dengan pindahkan ceramah pra BERSIH dorang ke Markaz PAS Pongsu Seribu.

Tapi.., kehadiran lebih 50 anggota polis berpakaian seragam di luar pagar Markaz sebelum ceramah dorang bermula, mengakibatkan perhimpunan haram tu bertukar jadi kecoh.

Gua tengok, sebanyak 2 trak FRU dengan 20 anggota berbaris di sepanjang jalan berhadapan dengan Markaz PAS. Salah sebuah daripada trak tersebut dilengkapi dengan meriam air.




Gua dapat tau dari seorang pegawai Polis kat situ, kawalan ketat terpaksa dibuat semata-mata untuk menghalang Mat Sabu daripada menyampaikan ceramah tentang BERSIH. Dan memang betul.. Mat Sabu tak berani turun beb...

Dan tak ada tangkapan dibuat semalam walaupun ada puak-puak bangang PAS tu cuba nak provoke FRU dan Polis dengan kata-kata carut dorang. Memang macam budak-budak sungguh laa...




Gua jangkakan kehadiran kat situ semalam adalah lebih kurang 200 orang.., tapi tak semua yang khusyuk tengok ceramah. Dorang lagi syok tengok brader-brader FRU yang berbaris tepi jalan..

Gua rasa, dorang semua tu tengah standby untuk lari kalau apa-apa jadi.. Ye lahhh.., mau tak cuak beb bila nampak trak water cannon ada kat tepi tu.. Gua pun rasa cuak beb... Maunya FRU sembur.., gatal badan seminggu nanti...

So.., pemimpin-pemimpin Pakatan kat situ semalam memang berkategori cap ayam. Baru nampak 20 orang FRU berbaris, dah berterabur semua ucapan dorang..




Syabas brader-brader FRU dan Polis semua.. Korang dah berjaya mengegarkan "keimanan" puak-puak bangang PAS tu semua..

Lain kali.., alang-alang dah bawak water cannon truck tu.., sembur je lah seround dua.. Best jugak tengok puak-puak kambeng kena mandi air kimia... Hahahahaha...

Finalis Miss Universe akan turut meriahkan BERSIH..


Gua bukan nak promosikan suruh rakyat turun ke perhimpunan haram tu yee.. Gua cuma nak bagitau bahawa khabarnya finalis-finalis Miss Universe akan turun berhimpun memeriahkan tunjuk perasaan BERSIH tu..

Betul ni baii..., gua mana ada tipu.. Yang selalu tipu tu adalah Anwar Ibrahim dan juga pemimpin-pemimpin PAS je.. Gua cuma menyampaikan berita secara tersurat atau tersirat je..

Korang percaya tak cakap gua ni? Kalau korang kurang percaya.., sila tengok video kat bawah ni.. Amaran!!! klip video ni mempunyai imej seksi melampau yee..

Sila dapatkan bantuan pakar kalau korang rasa meluat dan nak termuntah...





Haaa.., macam mana? Betul tak Miss Universe nak turun ke tunjuk perasaan BERSIH tu? Pakai selempang kuning tu kira perasan macam Miss Universe jugak laa... Korang ni punn.., bagi can lah kat dorang tuuu nak berangannn...

Miss Universe yang ni adalah dari versi yang pertama di reject oleh pihak juri.. Sebab tu lah muka sekor-sekor macam muka jamban..

Kalau dipertandingkan, yang menang mestilah yang tengah bertudung hijau tu.. Dapatlah dia anugerah Miss Jamban of the all years..

So..., kalau korang nak tengok aksi Miss Jamban semua tu.., baik korang duduk depan TV3 tunggu Buletin Utama pukul 8 malam 9 Julai nanti...

Mesti ada muka-muka jamban tu tengah melalak di tengah jalanraya sambil diekori oleh pencacai-pencacai bangang dorang..

Kalau korang bertuah, dapat tengok aksi seksi puak-puak tu mandi air kimia yang disponsor secara sukarela oleh FRU..

Bukan senang oo nak tengok aksi Miss Jamban mandi beb... Seksi maut tuuu... Mengigau malam korang dibuatnya.... Hahahahaha...

Penyanyi MAK NYAH tersohor di Kelantan dambakan DAKWAH Nik Aziz..



Kontroversi membabitkan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, kini memasuki episod baru apabila dia disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.

Pegawai JAHEAIK Jajahan Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati penyanyi yang terkenal dengan lagu berentak Bollywood itu melakukan kesalahan serius apabila mengaku bukan Islam.

“Segala bukti mengenai pengakuan penyanyi itu sudah diperoleh dan fail siasatan mengenainya sudah dibuka dan dihantar ke ibu pejabat JAHEAIK.

“Kami mengambil tindakan segera membuka fail siasatan kerana Kajol secara sedar mengaku bukan Islam walaupun pada pengenalan dirinya menunjukkan agamanya Islam,” katanya.

Sebelum ini, muka depan Harian Metro melaporkan, Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara.

Ia jika tertuduh gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika mengadakan persembahan di sebuah tapak ekspo di Tanah Merah, 15 April lalu.

Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan selepas Kajol merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prosiding akan datang.

Kajol yang berseluar jeans biru dan berbaju panjang berwarna hitam mengaku salah atas pertuduhan serta fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Aris Fadhilah.

Ketika nasihat diberikan, Kajol dilihat menyampuk dengan berkata: “Saya bukan orang Islam, tetapi Orang Asli”, menyebabkan hakim bertegas kerana dokumen dikemukakan di hadapannya mengesahkan Kajol beragama Islam.

Menurut Nik Ahmad Zuhdi, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana kes berkaitan Kajol sedang disiasat.

“Apa yang penting, kami sudah buka fail siasatan dan penyanyi itu akan disiasat atas perbuatannya,” katanya.

Sebelum dijatuhi hukuman itu, Kajol pernah mencetuskan kontroversi apabila mengaku lebih rela mati daripada berubah menjadi lelaki sejati.



p/s: Nik Aziz tak payahlah sibuk berlakon nak dakwah pada kafir-kafir DAP.., di Kelantan sendiri pun masih tak BERSIH lagi dari maksiat dan huru hara walaupun Pok Nik dah perintah selama 21 tahun..

Daripada Nik Aziz sibuk harapkan Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Guan Eng faham Islam.., gua rasa lagi bagus kalau Pok Nik dakwahkan Mak Nyah KAJOL tu dulu..

Amacam Pok Nik..., ada brannn ke? Hahahahaha...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online