BREAKING NEWS

Ustaz RABA #@$*? pelajar perempuan 17 tahun..



Seorang ustaz sanggup membelakangkan hukum agama apabila tergamak menodai kesucian seorang pelajar ketika memberi rawatan kepada gadis belasan tahun yang difahamkan pernah mengalami gangguan makhluk halus itu.

Kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Bukit Besi, dekat sini antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari 25 Jun lalu, ketika pelajar Tingkatan Lima di salah sebuah sekolah di Bukit Besi itu sedang menerima rawatan daripada suspek, yang juga difahamkan seorang bekas guru al-Quran di kampungnya.

Sebelumnya, suspek diundang oleh bapa mangsa untuk melakukan proses pemulihan setelah anak gadisnya itu dikatakan terkena gangguan makhluk halus.

Ustaz terbabit yang kononnya tahu bab-bab agama dan ilmu halus difahamkan telah memulakan rawatan di ruang tamu.

Detik hitam itu bagaimanapun bermula apabila suspek mengarahkan mangsa ke bilik air untuk melakukan proses mandian, kononnya untuk membuang bala.

Bapa mangsa yang turut berada di situ mulai rasa sangsi setelah suspek dikatakan mengambil masa yang agak lama untuk merawat mangsa di dalam bilik air.

Bagaimanapun ketika berada di bilik air, mangsa yang diarahkan mandi dalam keadaan berkemban itu dikatakan telah dinodai oleh suspek yang berlagak alim itu dengan mencabul kehormatannya.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan separuh sedar kerana difahamkan masih belum pulih daripada terkena gangguan makhluk halus.

Sebaik selesai rawatan, mangsa terus keluar dari bilik air dan menyendiri di bilik tidur, manakala suspek pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa.

Tembelang suspek yang difahamkan sering menjadi imam di salah sebuah surau di kampung berdekatan bandar Bukit Besi itu mulai terbongkar setelah mangsa menceritakan perbuatan terkutuk suspek kepada ibu bapanya.

Mangsa diiringi bapanya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Besi keesokan hari, sebelum suspek ditahan kira-kira jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor (gambar) mengesahkan tangkapan terbabit dan suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan sebelum dihadapkan ke mahkamah.- SH




p/s: Ni lah yang dikatakan Ustaz celup yang jual agama untuk penuhi tuntutan nafsu.. Apa beza ustaz-ustaz macam ni dan juga lebai-lebai politik dalam PAS?

Sama je beb dua-dua kelompok tu.., menyamar warak dan tunjuk alim untuk laksanakan agenda keji dorang...

So berhati-hatilah dengan puak-puak penyamar ni semua yee...

Mufti Harussani HENTAM Ambiga dan BERSIH..



Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Datuk S Ambiga dilihat cuba menjadi 'superhero' dengan tindakannya mengetuai penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Beliau berkata dengan mengetuai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu, penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.

"Tindakan itu juga seolah-olah dia (Ambiga) mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah," katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini.

Beliau turut mencadangkan supaya pengamal undang-undang yang bertindak seperti Ambiga dibatalkan lesen guaman mereka.

Beliau berkata sebelum ini bekas presiden Majlis Peguam itu pernah mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.

Harussani berkata malangnya ada kalangan masyarakat yang sudah lupa serta mempunyai perasaan hasad dengki antara satu sama lain.

"Rentetan itu, mereka bertindak menyokong perhimpunan haram yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini bagi menunjukkan tanda protes," katanya.

Beliau menasihatkan supaya rakyat tidak terpengaruh dengan perhimpunan haram terbabit serta mengelakkan diri daripada menyertainya. -Bernama

Kerajaan Nik Aziz nak "ROMPAK" duit PENYOKONG BOLA Kelantan..



Penyokong Kelantan memohon penjelasan rasional daripada Kerajaan Negeri dengan tindakan membenarkan "charge parking" di perkarangan stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Tanpa angin dan ribut, dapat dilihat pembinaan rancak pihak Metro Parking membuat pondok di kawasan stadium.

Tindakan ini nyata mengundang masalah tidak puas hati segelintir pihak terutamanya para penianga akan sebab-sebab pihak Metro Parking diberi hak mengenakan bayaran kepada kenderaan yang masuk ke kawasan stadium.

Bagi mereka, mengenakan bayaran parking di kawasan ini membuatkan ramai pihak tidak lagi memilih kaawasan ini untuk aktiviti santai serta menjamu selera di medan usahawan.

Secara tidak langsung ia menjejaskan rezeki mereka yang bergantung harap kepada kehadiran orang ramai.

Mereka juga mempersoalkan adakah terdapat jaminan dari pihak Kerajaan Negeri bayaran tidak dikenakan seandainya ada perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Kelantan di Stadium.

Justeru itu, pihak Kerajaan Negeri seharusnya memberikan satu penjelasan terbuka kepada semua pihak mengapa baru kini mereka dengan kerjasama sebuah syarikat luar akan mengenakan bayaran di kawasan tersebut.

Kita tidak mahu rakyat dibebankan lagi dengan bayaran mengarut yang dilihat tidak memberi sebarang faedah untuk jangka masa panjang.

Selain itu, penjelasan juga perlu bagi menutup mulut pihak yang menuduh tidak benar kepada Kerajaan Negeri.

Ini penting untuk menjaga nama baik Kerajaan yang dipilih majoriti rakyat Kelantan. - sumber

VIDEO PALSU : GOMO bakal disaman oleh JOHARI ABDUL..



Kuala Lumpur - Seorang blogger pro BN yang dikenali dengan nama pena Papa Gomo bakal disaman kerana menyiarkan sebuah video klip yang mempunyai unsur-unsur memfitnah. Video yang berdurasi selama hampir 2 minit itu menampilkan wajah SEAKAN-AKAN Johari Abdul, penyokong kuat Anwar Ibrahim.

Walaupun ianya hampir menyerupai wajah Johari, tetapi banyak percanggahan dapat dilihat terutamanya di bahagian perut dan juga di bahagian wajah. Perut Johari taklah SEBUNCIT perut "pelakon" didalam video tersebut.

Dan wajah Johari yang mirip P.Ramlee itu juga ternyata jauh berbeza dari apa yang terpapar didalam video itu. Dipercayai, Eskay dan Rahim Tamby Chik mengupah "pelakon" yang DISOLEK seakan-akan wajah Johari.



Mungkin juga Gomo sendiri yang di "make-up" kan sebagai Johari kerana gaya ketawanya seakan serupa..

"FITNAH" terbaru terhadap pemimpin Pakatan ini amatlah berat kerana ia berkait dengan maruah serta bertujuan MENGAIBKAN pemimpin PKR tersebut.

Blogger Gomo diberi masa selama 7 hari untuk membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana dia telah memfitnah seorang yang berperibadi mulia seperti Johari. Gomo haruslah mencari saksi-saksi yang berkredibiliti jika dia berada di pihak yang benar.

Jika tidak, pihak Israel Pakatan tak akan teragak-agak untuk mendakwa beliau di Mahkamah Antarabangsa - Agensi Berita KELDAIan Today.





P/S: Untuk makluman, Agensi Berita KELDAIan Today tu adalah paper rasmi masyarakat Hutu di Zimbadwe... Hahahahaha...

PANAS!!! Wardina kata blogger TAK BERILMIAH dan MENJENGKELKAN...



Wardina nampaknya dah panas hati bila ramai blogger pro kerajaan menghentam dia dan menyebarkan gambar tembelang dia yang sebenar bersama pemimpin Pakatan.. (BACA SINI)

Dan untuk tunjuk bagus dan cover agenda dia yang dah kantoi tu, Wardina mula tuduh blogger pro kerajaan ni sebagai blogger yang TAK BERILMIAH dan juga MENJENGKELKAN..

Gua tak nak komen apa-apa untuk permulaan ni.. Gua cuma nak tunggu dan lihat je.. Hahahaha....

Korang boleh baca "luahan hati" dia yang gua quote kat bawah ni... Gua bold dan highlight kan "ayat-ayat menarik dan berilmiah" dari pompuan yang paling "suci" dalam Malaysia ni...






Soalan pertama saya. Salahkah? Ini adalah negara bebas di mana saya mempunyai hak duduk berbincang dengan sesiapa sahaja... Berbagai "versi" kini tersebar di internet. Hakikatnya mereka yang menulis ini semua memanglah menampakkan ketidakmatanagan dan memperihatkan rendahnya mentaliti dan cara pemikiran mereka. Saya terpanggil untuk menceritakan hal yang sebenar supaya anda boleh mendengar dari mulut saya sendiri. Tiada seorang pun "blogger" media baru itu menghubungi saya bertanyakan kisah sebenar. Bahasa dan cara mereka menulis mengerikan saya. Amat parah sekali jiwa mereka. Jika mereka ini mewakili UMNO dan BN, saya mengharapkan ada diantara pihak atasan "menegur" anak buah mereka ini....

- Saya telah dipanggil oleh YB Nik Nazmi untuk turut serta bersama dalam Karnival Mesra Rakyat bersama dgn Uthaya Sankar, Safee Sali dan ramai lagi pada pagi Sabtu tersebut. Saya yakin tiada agenda politik dalam program ini maka saya bersetuju. Saya diminta memberi MOTIVASI KEIBUBAPAAN (satu bidang yang memang dekat dengan hati saya)

- Akan tetapi saya tidak dapat hadirkan diri pada pagi tersebut kerana hal yang tidak dapat dielakkan, maka disuruh oleh YB untuk hadir pada majlis penutupan pada waktu malam pula. Saya bertanya apa sebenarnya program malam itu. Perlukah saya hadir? Kerana seikhlasnya saya sudah teramat penat kerana baru lepas pulang dari satu lagi program di SIRIM Shah ALam bersama 400 wanita dan remaja perempuan. YB menegaskan bahawa ramai menantikan kehadiran saya. He insisted me to come.

- Tiada siapa memberitahu saya apa agenda malam itu. Walaupun berkali-kali saya bertanya. Saya dibawa ke restoran untuk makan malam. Kemudian saya diberitahu YB Azmin sudah sampai. Saya tidak pula tahu, kerana tiada siapa memaklumkan kepada saya. YB Azmin bukanlah seorang penjenayah dan saya bukanlah seorang yang biadap.Kami berbual dan ini kali pertama saya berbual dengan beliau. Saya berjumpa dengan ramai orang...janganlah begitu jumud dalam pemikiran. Bagaimana pula gambar saya dengan Datin Seri Rosmah Mansur? Ada yang nak tolong sebarkan?

Saya sedar implikasinya sekiranya saya kelihatan duduk semeja dengan beliau. Tetapi saya merasakan bahawa amat perlu untuk kita tidak berfikiran sempit dan menghormati hak saya atau sesiapa sahaja untuk bertemu dan berbincang denagn sesiapa pun! Saya tidak melakukan kesalahan.

Saya dijemput berucap untuk memberi motivasi kepada penduduk di situ hanya untuk 10 minit. Saya jujurnya agak terkilan kerana diberi masa yang begitu singkat. Sepatutnya saya tidak perlu pun hadir. Tetapi saya ini orang yang berpegang kepada janji. Saya sepatutnya dimaklumkan dengan lebih terpenci mengenai apa yang akan berlaku.

Sepatutnya lebih berkesan jika saya turun padang dan mengadakan motivasi bersama ibu-ibu dalam kumpulan yang lebih kecil agar impaknya lebih terkesan. Saya megakui saya tidak berapa gemar dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Buat masa ni lebih banyak yang dapat saya sumbangkan sekiranya tidak menyertai mana-mana parti politik...anatara sebabnya juga saya merasakan kita di Malaysia belum mencapai satu tahap yang benar-banar 'matang dan tulus' maka saya sememangnya tidak teringin pun melibatkan diri dalam politik....

Tetapi saya percaya ada hikmahnya disebalik semua ini. Semoga kita bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan orang-orang yang kronik dalam jiwa mereka. Blogger yang seolah-olahnya tiada kerja lain selain mencaci orang lain dan menulis dalam cara yang tidak ilmiah serta menjengkelkan. Tiada rasa malu dan bersalah menyebarkan fitnah pada saya (dan juga orang lain). Apa nak jadi dengan Malaysia? Apa nak jadi dengan oang Melayu? Bangunlah dan gunakanlah akal yang diberi ini kita ini untuk berfikir....

(Baca Versi Penuh DI SINI..)

HOT!!!! VIDEO PEMUDA PATRIOT LANGGAR IBU PEJABAT PKR


Semalam, gua dengar ada konvoi bermotor dan kereta Pemuda Patriot telah berjaya membuatkan semua pemimpin-pemimpin PKR lari bertempiaran apabila dorang menyerbu Ibu Pejabat KEADILAN di Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya..

Dorang dikatakan turut mengecam Anwar Ibrahim dan pengerusi jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, kafir Ambiga Sreevenasan supaya membatalkan hasrat mengadakan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ni.

Dorang juga mengugut untuk memusnahkan ibu pejabat parti itu jika himpunan mahu diteruskan.

Syabas kepada semua yang terlibat. Biar puak-puak pengkhianat agama dan bangsa tu tau bahawa bukan semua rakyat Malaysia yang suka dengan politik bangang dorang..

Jom kita layan video ni yang gua cilok dari blogger penjilat tegar Anwar si Milo Awwww...

Gua heran jugak..., apa yang Milo awww tu buat kat Ibu Pejabat PKR tu tengah-tengah malam buta? Takkan dia jadi ofis boy kat situ kot? Hehehehehehe....


TERKINI: Anwar Ibrahim dipanggil untuk siasatan Akta Hasutan..



Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia telah diberikan notis supaya hadir ke Balai Polis bagi memberikan keterangan.

Gua difahamkan, Anwar dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan berkaitan ucapan semasa ceramahnya di Brickfields.

Ucapan tersebut dikatakan ada menyentuh pasal Perhimpunan Bersih. Notis 111 itu juga ada menyebut siasatan dibuat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan.

Dimaklumkan juga, Anwar Ibrahim akan ke IPD Dang Wangi esok, 28hb Jun 2011, pada pukul 5.00 petang.

Lagi amah Indon nyaris KENA PANCUNG di Arab Saudi..



Kerajaan Indonesia membayar 2 juta riyal (RM1.59 juta) sebagai wang darah untuk menyelamatkan nyawa pembantu rumahnya daripada dihukum bunuh di Riyadh kerana membunuh majikannya yang berketurunan Yaman pada 2009.

Media tempatan melaporkan, Kementerian Luar Indonesia menghantar wang itu ke kedutaannya di Riyadh bagi membolehkan pembebasan Darsem Dawud.

“Pampasan itu diserahkan oleh dua pegawai Kedutaan Indonesia kepada satu panel kerajaan di Riyadh yang mengendalikan kes,” kata pegawai rasmi Bahagian Perlindungan Warganegara kedutaan, Hendrar Pramutyo.

“Wang darah itu membuktikan komitmen kerajaan Indonesia untuk melindungi pekerja negaranya di luar negara tanpa mengira kos,” katanya lagi.

Beliau memaklumkan mahkamah Riyadh bersedia membebaskan Darsem yang kini ditahan di penjara Malaz.

Darsem berasal dari bandar Subang, Jawa Barat. Beliau didapati bersalah oleh mahkamah Riyadh pada Mei 2009. Hukuman mahkamah terhadapnya adalah pancung.




Pembantu rumah itu terus menegaskan bahawa majikannya cuba merogolnya dan tindakannya bertujuan mempertahankan diri, lapor media Indonesia, kelmarin.

Januari lalu, keluarga majikannya bersetuju mengampunkan Darsem jika mereka dibayar pampasan sebelum Julai tahun ini.

Terdahulu, Menteri Luar Indonesia Marty Natalegawa meminta wakil Dewan Rakyat Indonesia meluluskan penghantaran wang darah untuk menyelesaikan kes itu di bawah belanjawan perlindungan rakyat Kementerian Luar.

“Berikutan isu sensitif ini, kami bimbang akan terlepas tarikh akhir jika terus berbincang dan masalah baru pula akan dihadapi,” katanya kepada penggubal undang-undang di Jakarta.

Jumaat lalu, aktivis Indonesia mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Arab Saudi di Jakarta yang membantah hukuman pancung. Siri tunjuk perasaan sering dilakukan di Indonesia selepas seorang amah, Ruyati Sapudi dihukum pancung kerana membunuh majikannya, dua minggu lalu.

Sejak itu, Indonesia melarang penghantaran baru pekerja ke Arab Saudi yang berkuat kuasa 1 Ogos depan.

Ketika ini ada 28 pembantu rumah Indonesia yang masih menanti pelaksanaan hukuman pancung di Arab Saudi, sementara 1,000 lagi masih merengkuk di penjara di seluruh negara itu atas pelbagai kesalahan jenayah. – Agensi

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online